Stok apa yang baru?
Stok susu-susu dari Farm Fresh ler..
Yang yogurt utk anak-anak, yang Susu kurma untuk ibunya.. Ayahnya? Tukang beli sahaja.. Hihi... Mujurlah ada dealer berdekatan sini, so boleh lagilah nak minum susu ni tiap2 minggu.
Yang bestnya, botol2 tu lepas cuci dan dibuang stikernya, cantik pula buat isi juice atau air bewarna dalam peti ais rumah ni. Paling simple pun buat isi air kosong je. Cantik tersusun gitu dalam fridge kan.. Kadang2 time nak cepat, anak2 sambar je air dalam botol tu buat bekal gi sekolah.
Alhamdulillah. Dah makin serasi rasa susu ni ngan saya. Al-maklumlah, saya ni buka pengemar susu. Tapi ya lah makin lama dah rasa macam air cendol yang ada air gula tu. Lemak dia pula rasa badam kisar macam kat kilang CocoDamia tu. Hihi..
Kena paksa minum susu walaupun saya tak gemar minum susu2 ni. Nak buat stok utk Daim Muslim katakan. So ibu kena korbankan lidah ibu ni. Hihi...
P/s: Perasan tak? Botol susu kurma yang kanan sekali tu besar dan gemuk sikit. Sekarang semua botol dah upgrade 1 liter. Dulu 700ml je. Dan harga pun wajib up ler berbanding dulu...
No comments:
Post a Comment