Friday, August 5, 2016

Rezeki anak-anak menang contest Sunquick


Rezeki untuk Aleesya dan Ayyunie ni.
Sebab saya hantar gambar tu pun last minute dah..

Mana taknya.. 
Last day tarikh tutup contest ni lah baru nak shoot, baru nak transfer gambar dalam komputer, baru nak fikir caption, baru nak submit..padahal contest ni berlangsung selama 5 minggu lepas lagi. Mujur lah Daim Muslim tengah tidur nyenyak petang tu..

Yang bestnya tu, gara-gara nak shoot gambar ni kat buaian luar, saya suruhlah Aleesya angkat pasu bunga besar kat dalam letak kat luar sebagai prop. Alih2 masa nak angkat masuk dalam balik, Aleesya tersalah letak kat atas karpet pula. Terus jatuh pecah pasu bunga tu. Huhu.. Bertahun2 dah pasu bunga tu, dia suruh beli baru kat Nilai lah tu.. Kikiki..

Alhamdulillah. Rezeki yang tak putus2 daripada Allah. Dapatlah Voucher shopping kat Tesco. Lepas dah beli grocerries tu. Dan semestinya bahagian utk Aleesya dan Ayyunie pun ada sebagai pelakon dalam gambar tu.

Terima kasih Allah.
Post a Comment