Wednesday, August 31, 2016

Wordless Wednesday || Merdeka short getaway


Gambar pagi tadi..

Jom! Daim Muslim dah siap..

Daim Muslim's first holiday ni..

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 59 Malaysia!

Tuesday, August 30, 2016

Termenung nak pilih pakai tudung mana..

Nak pergi klinik je pun, kadang2 nak gi kedai runcit depan rumah tu je pun, tapi dia punya termenung fikir nak pakai tudung apa dan warna apa mengalahkan org nak amik award!


Walhal dah susun display siap2 tudung instant/shawl kat rumah ni. Kalau dulu2 lagi jenuh termenung sebab susun lipat tinggi. Pastu nak ambil pakai yang mana jenuhlah belek satu persatu.


Ayah Damia kata, hurmm makin sempitlah rumah ni penuh ngan rak2 tudung je. Tu tak termasuk tudung2 yang berawning yang tergantung kat rail khas dalam bilik laundry room. Dah namanya perempuan kan..


Uolss pun mesti sama ngan saya kan. Pagi2 nak gi keje terutamanya mesti termenung habis depan almari fikir nak pakai baju mana dan tudung apa. Tak masuk mencari pin2 tudung yang matching ngan warna tudung lagi. Inilah fitrah perempuan kan..




Monday, August 29, 2016

1st & 2nd time Family Outing bersama Daim Muslim

Semalam bawa Daim Muslim shopping kat Today's Baby Expo yang berlangsung di Danga City Mall.

Btw ni 2nd Family Outing. Kelmarinnya 1st Family Outing sampai Ke Batu Pahat kami jalan-jalan cari makan dan shopping barangan Daim Muslim. Balik sampai ke malam pula tu. Daim behave sangat. Tak meragam tak mengamuk. Alhamdulillah. Masa makan pun sempat main2 ngan kakak2nya lagi. So LULUS nak bawa Daim jalan jauh2 lagi ya. Hihi...

Tujuan utama bawa Daim Muslim ke sini adalah nak beli Carrier Carseat dan Baby Wrapping/Wearing. Hah anak no 3 baru rasa nak beli semua ni. Dulu time kakak2nya tak ada perasaan pun nak beli sebab membesar atas kendongan bibik je. Dah besar sikit membesar atas stroller dan buggy pula. Dah kemana-mana pun naik flight stroller dan buggy tu. Memang berjasa sungguh! 

Btw ibu dan ayah still rasa kekok nak pakai baby wearing/wrapping ni. Lebih selesa tolak stroller je. Tapi kadang2 dalam sesetengah situasi, perlu juga pakai baby wearing/wrapping ni kan. Jangan dah beli ni jadi harta karun kat rumah sudah sebab Daim tak nak duduk dalam tu atau ibu ayah tak selesa.


Ni lepas salesgirl tu ajar ibu pakaikan baby wrapping ni. Suka pula Daim duduk dalam beg cam kangaroo tu. Hihi..


Ibu pun selesa juga pakai ni sebab ringan dan fabrik pun lembut.


Kalau pakai ni senang juga Daim nak tidur dalam kendongan ibu kan. Bonding lebih terasa.


Salesgirl tu ajar cara2 nak pakai baby wrapping ni. Ada 3 pcs yang kena plug and play gitu.


Ayah Damia pun cuba juga. Yang ni jenis span. Tapi kami tak berkenan sebab tak lembut.

So decided amik yang jenis mula2 tadi. Tapi warna merah.


Pastu beli carrier carseat pula. Nak beli yang carseat sahaja tak sesuai sebab Daim Muslim kan belum boleh duduk lagi. Jadi cari yang infant Carrier Carseat. Ada yang berkenan tapi habis stok lah pula. Kena tunggu stok dan diaorg akan delivery ke rumah. Kitanya urgent nak guna. So cari je mana yang ada stok. Lagipun infant Carrier Carseat ni tak banyak pilihan berbanding dengan Carseat biasa tu. 


Haha.. Sampai tertidur Daim org cuba2 carrier carseat ni. Yang ni jenis 3 in 1. Alang2 dah tidur dalam tu, terus kami beli. Kiki.. Tapi warna lain lah. 


Kami pilih warna merah. Lama sungguh Daim tidur dalam ni.


Sementara Ayah Damia dan Ayyunie tunggu Daim tidur di Rest Area, saya dan Aleesya pula gi shopping macam2 barang lagi. Antaranya baju2 Daim, set mandian organik dan juga set lepas berpantang.


Ni Daim dah duduk dalam Carrier Carseat masa dalam kereta. Ok sangat. Dia happy!


Yeayy.. Pasni bolehlah ibu drive gi mana2 alone sambil bawa Daim Muslim kan. Kalau tak dulu2 ibu bawa bibik kendong kakak2 kamu tau! Pun lagi senang sebenarnya.. Opss..


Suka nauuu Daim Muslim duduk dalam ni. Ayah dan ibu pun boleh makan dengan bahagianya. Otw balik rumah semalam, singgah Aeon kejap utk makan kat Sedap Corner. 


Semalam kami pergi time tengahari tak ramai sangat org. So dapat shopping dengan happynya. Nampak Daim pun ok je pabila bercampur dengan masyarakat sebenar ni. Al-maklumlah dah 3 bulan berkurung je kat rumah kecuali gi Klinik dan balik kg aritu. Balik kg pun tak kemana sebab masih pantang.


Kat sini susah tul parkingnya. So parking tepi jalan kat area belakang sana. Alahai dapat pula surat saman dari pihak berkuasa. Apa nak buat, bukan kita seorang dapat. Sepanjang jalan kereta tu dapat surat saman. Hihi.. 

Ok next kemana pula nak bawa Daim outing ni?













Saturday, August 27, 2016

Menang Contest dari Nuby Malaysia


Yeayy..

Alhamdulillah..
Menang "My Baby First Step" Photo Contest anjuran Nuby Malaysia...
Dapatlah hamper barangan dari Nuby Malaysia..
Bolehlah guna untuk Daim Muslim nanti..

Pasni ibu latih Daim Muslim pula beraksi depan kamera macam kakak2nya kecik dulu ya. Siapa tahu ada rezeki lebih besar menanti kan. Aaminn..

Thursday, August 25, 2016

Tak habis lagi obses shopping online


Banyak sangat butik2 dan online shop buat Merdeka dan Aidiladha Sale sekarang ni. Mana hati boleh tahan kan! Harga yang sebelum ni kaw-kaw menjunam sampai 60-70%. Perghhhh..

Ok hari2 pun tak sabar tunggu posmen datang. Semalam dah datang, kelmarin dah datang, kelmarin dulu2 pun dah datang. Kemuncaknya harini lah 25 Ogos.. 2 pasang kurung, 1 flare skirt dan 1 instant shawl in delivery. Yang Lazada cam biasalah home appliance. Siapa obses shopping online kita geng hokayyy!

Tak lama lagi dah start masuk office, tak dan haihh nak scroll shopping2 online ni. So baik nikmati masa dan duit yang ada. Hihi..mujurlah ada akaun geli2..tak terasa sangat duit keluar hari2.. :-)

Memang sindrom mak-mak pantang 100 harini, tapi saya belum 100 hari lagi.. Hihi..

Tuesday, August 23, 2016

Daim Muslim's first Musical Play Gym


Yeayyy! Dah sampai..

Daim Muslim's First Musical Play Gym... Kakak2 awak tak ada pun benda ni tau dulu2... Kalau ada memang tak lah beli Play Gym ni.. Hihi.. Guna je mana yang ada..

Petang semalam order online, harini dah sampai... Obses shopping online sungguh. Btw pagi tadi dah ada posmen hantar parcel (beli cabel iphone) dengan motor. Ni tengahari posmen hantar Play Gym ni dengan van pula. 2-2 beli kat Lazada tengahari semalam..

Tapi berbaloi2 dengan pembelian melalui Shopback ni. Maksudnya beli kat Lazada, tapi melalui link Shopback. Pastu dapatlah cashback RM semula. Zaman sekarang ni kena shopping smart, bukan shopping hard. Hihi...

You all boleh klik2 dan register kat link ni ya utk explore sendiri pengalaman shopping tapi dapat duit balik. Ni link dia... https://www.shopback.my/?raf=GmkZhG



Happy betul Daim main2 dalam Play Gym ni ya. Bila dengar music, bukan main berkerut2 lagi kening tu cari arah mana lah music tu datang ya. Pastu bila pegang2 toys yang tergantung tu, ketawa pulak dia sebab ada bunyi2 kan. Bolehlah utk membantu stimulasi pendengaran, penglihatan dan sentuhan untuk mula2 ni. Nanti dah besar sikit, toys lain pula kita beli ya. 

Happy sangat main, sampai lewat pula dia tidur petang ni. Selalu kul 3:30 petang tidur, ni kul 5 petang baru tidur. Huhu.. Dia dah tidur tu bolehlah saya update blog kejap ni. 

Ok lah.. Nanti sambunv lagi..

Monday, August 22, 2016

Sindrom pantang 100 hari || Obses Shopping online


Ahad, isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu...
Ahad, isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu..
Hari2 posmen datang hantar parcel hah!

Selain obses shopping online barang2 seperti baby clothing, baby gear dan juga home appliance, sedar tak sedar TERshopping juga untuk diri sendiri. Walhal sebelum ni kurang gemar shopping baju2 kat Online sebab faktor kalau tak lengan baju singkat, mesti labuh yang singkat. 

Tapi kalini kebanyakan baju2 yang dibeli pun kena alter daaaaa... Bukan sebab singkat lagi daaaaa, tapi besarrrrr lah pula... Ada 2-3 baju je just nice cantik terletak di badan. Yang lain may be kena alter jahit "dat" bagi kecik sikit.

Eh saya makin kurus erkkkk??? Hooyayyy! Baru lost 20kg je.. Ada lagi tu nak kena lost. Lagi banyak lagi bagus.. Hihi...

Ok lah, nak sambung hunting online Musical Play Mat Gym untuk Daim pula.. Opppsss.. Shopping lagi... Memang sindrom ibu pantang 100 hari betul ni. Selagi tak dapat keluar rumah, shopping online lah pengubat jiwa raga.

Sunday, August 21, 2016

Daim Muslim || Motor pergerakan tangan


Yeayy! Daim Muslim dah pandai pegang objek. Tapi kejap2 je lah.. Kadang2 terlepas juga objek tu. Bila dah dapat pegang sesuatu objek tu, apa lagi.. Melambai2 lah tangan dia tu sambil pegang sesuatu objek tu. 

Kadang2 terhantuk sikit kat kepala dia sendiri, diam kejap sambil bulat matanya memandang kita. Haha...Lepas tu dia sambung lagi lambai2 tangan tapi kalini dengan lebih berhati2. 

Botol susu pun bolehlah pegang kejap2. Tapi masih tak kuat dan masih belum kontrol pegang sepenuhnya.

Yang ibu hairannya, kenapa setiap benda yg baby2 pegang, end up dalam mulut juga. Samalah ngan Daim ni.. Oh ya dia nak bezakan ni mainan atau makanan kan.. Kiki..


Semoga membesar dengan sihat, bijak dan soleh Daim Muslim B. Khairuddin.




Friday, August 19, 2016

"Anugerah Khas" Award








Jumaat yang barakah..

Alhamdulillah...
Thanks Jabatan Pertanian Daerah Negeri Johor for selecting us as "Anugerah Khas" award, so glad with what CocoDamia Brand have achieved. Keep up the good work team.

* Tahun 2016 adalah tahun meraih anugerah..
* Itulah target dan impian kami dalam master plan tahun lepas..
* Target untuk tahun 2017 pula? Insyallah the big project coming soon..

WORK HARD IN SILENCE, LET YOUR SUCCESS BE YOUR NOISE..



Dapatkan produk2 CocoDamia seperti Coklat IQ, Energy Bar dan Cereal express cup di www.cocodamia.com atau utk fast respond 010-6468383











Wednesday, August 17, 2016

Sekolah cuti sebab nak halau hantu..

Harini sekolah Aleesya dan Ayyunie cuti. Bolehlah kakak2 melayan Daim Muslim ya. 

Saya tanya kenapa sekolah cuti? Surat pun tak ada..

Sekali Ayyunie jawab "ya sekolah cuti sebab orang cina nak sembahyang nak halau hantu banyak kat sekolah"... Kah kah.. Jujur sangat jawapan kamu tu Ayyunie..

Anak-anak uols yang sekolah cina pun cuti juga ke harini?


Adorable first sibling photo..
Macam tak percaya pun ya alih-alih ada little hero kat situ..
Kakak2 cuti, sempatlah snap2 gambar sikit..
Nanti saya transfer dari DSLR ya..

Tuesday, August 16, 2016

Pandai Daim Muslim mengurat ya..


Cerita selasa lepas..

Tetamu malam kami... Terima kasih Diana (my ex-student, ex-staff, ex-PA, ex-nanny untuk both Damias, dan walaupun ex tapi kadang2 khidmatmu masih diperlukan lagi..hihi) dan rakannya yang datang melawat Daim Muslim.

Nampaknya Daim Muslim serasi sangat ngan kamu ni sampai senyum2 dan ajak berborak je memanjang...

Untunglah sebab ramai2 tetamu yang datang melawat Daim, tidur je memanjang...malam tu bukan main galak lagi ya..

Next time balik JB kita ngeteh bawa Daim ya..


See, bukan main happy lagi Daim ya. Pandai ajak borak2 dan ngurat kak Diana ya. Senyum je memanjang. Kadang2 selang seli ngan suara kikiki dia..


Menu yang saya masak malam tu. Mee goreng basah. Dah lama tak beraksi kat dapur main masak-masak utk tetamu. Alhamdulillah.. Habis licin weyyy.. Siap ada yang request nak tapau yang dalam kuali lagi.. Hihi..




Monday, August 15, 2016

First time makan Puding Raja/ Royal Pudding..


Puding Raja
First time try makan ni.. Anak2 pun jakun makan. Lapisan bawa ada pisang sira dan dilitupi dengan jala mas (kot) kemudian ditabur dengan prune, gajus, dan cherry.. Dimakan dengan susu cair tu.. So far memang bukan kegemaran kami anak beranak kot sebab bukan pengemar susu. Hihi.. Eh tapi koktail suka pula.. Haha

Cream Puff Durian
Huihhh.. Yang ni sedap hingga menjilat jari. Isi durian fresh yang dilapisi dengan cream. Bukan guna durian puree tau. So next time boleh order lagi..

Cream Puff Nutella
Memang kesukaan anak2 sebab filling dalamnya hasil gabungan fresh cream dan nutella. Dah rasa macam roti makan ngan aiskrim coklat gitu. Serius filling dalam tu rasa aiskrim coklat. Tu yang budak2 suka. Lebih2 lagi kalau lepas keluar dari peti ais..

Sekarang ni senang sungguh. Bukan sahaja pakaian, baby gear, kitchen appliance dan so on yang kita boleh shopping online, aneka jenis makanan pun boleh shopping online. Delivery hingga depan pintu pagar gitu.

Kepada sesiapa sekitar JB yang nak order Puding Raja, boleh cuba add kat FB "Royal Pudding D'JB".. Saya tak ada no contact, berurusan melalui FB sahaja. Bayaran pun saya terus masukkan dalam akaun. Senang cerita kan..


Thursday, August 11, 2016

Best ke Microfibre Spray Mop tu?


My new home toys..

Pagi tadi kul 11 lebih sampai. Well setiap kali shopping di Lazada so far bagi saya memang tidak pernah mengecewakan. Semalam kul 1 tengahari beli online, harini tak sampai 24 jam dah sampai. Dah lah sebelum sampai rumah, person in charge yang hantar ni akan call kita dulu (by LEX) tanya ada rumah tak. Pastu email dan sms pun akan dihantar untuk updated setiap process delivery parcel kita. Best kan! 

Berbalik kepada new toy ni, orang perempuan ni kalau ada gadget rumah yang mudah pun, tetap nak beli yang lagi mudah kan..

Saya yang dah ada spin mop pun, tetap merasakan Microfibre spray mop ni yang lagi mudah. Tak yah angkut baldi dan air bagai. Refill je dalam tank kecik yang disediakan tu. Mop dia tu pun masuk dalam mesin basuh je nak cuci. Sangat mudah.

Btw tadi dah test guna. Nak pasang pun senang. Handle mop ni pun panjang. Sesuai utk saya yang tinggi ni. Kalau tak ada sesetengah batang mop tu pendek. Terpaksa saya membongkokkan badan utk guna. Spray dia pun smooth dan sekata. Mop dia pun ringan.

Datang idea nak beli ni pun sebab ibu panic sangat bila buka je diapers Daim Muslim, dia tembak kencingnya tanpa notis. Tokojut ibu tau.. Jauh pula tu tembak.. Haha.. Dah nak kena ambil kain lap tisu bagai. Kadang2 saya guna je wet tisu lap. Haha..Insyallah.. Ada spray mop ni senang sikit dan lebih yakin bab kebersihannya.


Ni details new toy ni. Kot-kot lah ada sapa2 yang nak rasa mudah bab mop-mengemop seperti saya. Harga sangatlah berbaloi2 kan. Ok lah nak tunggu lagi 2 barang yang saya shopping via Lazada semalam sampai. Email dah masuk delivery by Pos Laju. Kita tunggu kejap lagi. Happy shopping uolss..

P/s: Kat rumah ni, kalau Daim Muslim tembak kencingnya tanpa notis, memang semua akan kecoh dengan ketawa bagai. Terutama si Ayyunie tu.. Al-maklumlah.. First experienced ada little boy kat rumah kan.. Hihi




Wednesday, August 10, 2016

Daim Muslim in Caterpillar Costume

Orang photoshoot newborn dalam costume selalunya usia 20 hari ke bawah. Senang nak handle dan baby tak banyak gerak2.

Tapi Daim Muslim usia 75 hari baru ibu berkesempatan nak photoshoot newborn ni. Al-maklumlah....Bukan photographer profesional. Takut nak handle baby yang masih fragile sangat disamping tak berani nak renyah2 amik gambar. Kang sakit pula tempat czer tu. 

Alhamdulillah. Walaupun Daim Muslim dah keras sikit badannya, dah pandai gerak2 dan usia pun dah 75 hari, tapi memberi komitmen yang bagus gitu masa photoshoot semalam. Cun! Next time boleh jadi model ibu ni. Bergabung dengan kakak Aleesya dan Ayyunie ya.


Memang sangat2 memberi komitmen. Kita buat apa pun tidur je dia...


Owhh melting sungguh gambar ni. Pandai pula dia buat satu pose senyum sambil tidur untuk ibu ya. Perfect!


Ibu tiarap kan Daim Muslim pun, relaks je dia. Yang bestnya tu, ibu terlentangkan semula, boleh dia sambung tidur. Ya Allah, sportingnya kamu anak!


Lena sungguh kamu ya! Macam2 gaya ibu buat kat kamu, steady je tidur. Muahhh..


Opsss ulat bulu naik daun dah.. Eh silap! Ulat bulu naik selimut lah.. Hihi..

Apa2 pun terima kasih Ya Allah atas kurniaan anak yang sangat baik dan soleh ini. Semoga membesar menjadi anak kebanggaan ibu dan ayah serta kakak2 ya. 

P/s: Beli costume ni masa ibu pregnant 7 bulan kat Lazada. Finally..tercapai hajat ibu nak tgk anak ibu pakai baju ulat bulu ni.. Hihi..ntah kenapa masa pregnant haritu, ngidam betul caterpillar costume ni..




Monday, August 8, 2016

Daim Muslim || Review Organic & Natural baby toileterries


Dulu saya pernah buat entry tentang organic dan natural baby wash/bath product. Kononnya masa tu nak guna untuk newborn yang bakal dilahirkan. 

Dan alhamdulillah.. Memang Daim Muslim tengah guna pun antara produk2 yang saya survey2 dan review tempohari.

Setiap hari, antara baby toileterries yang saya gunakan untuk Daim Muslim adalah:

1. Orange shampoo - Buds 
Review saya ok lah. Wangi dan kurang berbuih. Saya beli pun sebab berkenan kat travel set yang cute mute tu disamping keberkesanan produk2 Buds yang tidak perlu disangkal lagi. Harga untuk set cute mute tu dalam RM30.

2. Top to toe - Joielle baby
Review saya, wahhhhh ini memang best. Dah lah kekal wangi berpanjangan. Pastu  kalau gosok2 muka Daim Muslim pun siap ketawa2 lagi tak pedih. Aleesya dan Ayyunie pun suka sangat guna ni. Memang kejap je habis, dah kena beli baru top to toe ni. Nanti next time nak beli yang set pula sebab nampaknya anak2 dalam rumah ni suka sangat guna ni. Harga sebotol tu dalam RM27

3. Baby hair & oil - Tropika.
Review saya.. Whoop whoop... Ini memang best. Saya sendiri pun suka dan hari2 guna. Selalunya saya sapu kat rambut dan seluruh badan Daim Muslim. Termasuklah kat celah2 dan pelipat2 anggota badan tu. Memang terbaik! Orang kata boleh lebatkan rambut. Tapi memang rambut Daim Muslim lebat tu pun. Baka kot. Hihi.. Disamping tu baunya pun memang kekal wangi seharian. Lembab je rasa kulit. Saya selalu guna untuk diri saya lepas mandi tu, sapu kat muka dan lebih2 kat tangan tu sapu kat rambut. Bestnya wangi Lavender tu. Tapi lama2 ada selang seli bau minyak kelapa juga. Dah dibuat dari Virgin Coconut Oil kan. Dah beberapa kali repeat order dah ni. Next time kena beli yang botol besar pula. Harga dalam RM18 botol kecik 30ml tu.

4. Minyak telon - Cap Lang
Review saya, memang best! Bau macam gula2 hacks gitu. Kalau saya sapukan kat perut Daim Muslim, saya pula yang terkentut2. Haha.. Welll orang bersalin czer ni kan banyak angin. Kiki.. So far alhamdulillah, Daim Muslim tak adalah meragam teruk akibat perut kembung atau angin. Aleesya dan Ayyunie pun suka guna minyak telon ni. Tak nak guna minyak angin yang lain dah. Harga dalam RM7-8 sahaja. 

5. Bedak - Pureen
Ni saya no idea. Tak tahu bedak apa yang organic dan natural. Tapi saya jarang2 sangat pakaikan bedak utk Daim Muslim. Sebab cukup dengan Baby Oil Tropika dan bau top & toe Joielle Baby tu je dah wangi. Kalau uols ada cadangan bedak apa yang organic, let me know ya. 

6. Sikat- Gold Coast Morib punya. Free je. Haha.. Yg ni pun nak masuk list. 

Lepas dah mandi, dah guna semua baby toileterries kat atas, Daim Muslim apa lagi?? Confirm tidur lena...

Itu sahaja sedikit sebanyak sharing saya untuk pengalaman guna product2 diatas. Apa2 pun ingat, sesetengah product mungkin bagus untuk anak saya, tapi tidak untuk anak2 kalian.


Friday, August 5, 2016

Rezeki anak-anak menang contest Sunquick


Rezeki untuk Aleesya dan Ayyunie ni.
Sebab saya hantar gambar tu pun last minute dah..

Mana taknya.. 
Last day tarikh tutup contest ni lah baru nak shoot, baru nak transfer gambar dalam komputer, baru nak fikir caption, baru nak submit..padahal contest ni berlangsung selama 5 minggu lepas lagi. Mujur lah Daim Muslim tengah tidur nyenyak petang tu..

Yang bestnya tu, gara-gara nak shoot gambar ni kat buaian luar, saya suruhlah Aleesya angkat pasu bunga besar kat dalam letak kat luar sebagai prop. Alih2 masa nak angkat masuk dalam balik, Aleesya tersalah letak kat atas karpet pula. Terus jatuh pecah pasu bunga tu. Huhu.. Bertahun2 dah pasu bunga tu, dia suruh beli baru kat Nilai lah tu.. Kikiki..

Alhamdulillah. Rezeki yang tak putus2 daripada Allah. Dapatlah Voucher shopping kat Tesco. Lepas dah beli grocerries tu. Dan semestinya bahagian utk Aleesya dan Ayyunie pun ada sebagai pelakon dalam gambar tu.

Terima kasih Allah.

Thursday, August 4, 2016

Tungku tradisional atau tungku moden?


Whoop whoop... Panas-panas berasap lagi ni.. Baru angkat dari rebusan..

Tungku tradisional dah guna masa dalam pantang 44 haritu. Saya guna batu sungai dan alas dengan daun mengkudu yang dilayur semasa bertungku. Semua tempat saya bertungku kecuali tempat czer je tak.

Kalini kita sambung dengan cara moden pula ya. Rebus-rebus je tungku herba 13 in 1 ni. Cara nak rebus masukkan tungku ni dalam plastik yang disediakan dalam kotak, ikat dan rebus seperti biasa. Air rebusan boleh buat mandi pula. Lebih relaks lebih santai.


Semua maklumat seperti kebaikan, cara guna dan kandungan lengkap pada kotak. 


Zoom sikit kebaikan bertungku ni. Sebenarnya bertungku ni memang disarankan kepada wanita yang dalam pantang. Tapi lepas pantang sekali sekala buat pun boleh juga. Tak rugi pun utk badan kita. Terutama tang mengempiskan perut tu. Tapi orang kata czer ni lambat sikit lah perut nak kempis berbanding bersalin normal. Sebab tak leh tungku tempat jahit tu.


Beli kat mana? Beli kat kedai Jamu aje. First time guna brand Jami Jelita ni. Not bad lah. Memang bau herba.

So mana lagi best? Tungku tradisional atau tungku moden? Bagi saya 2-2 ada kebaikan dan kelemahannya. 

Contoh kebaikan tungku tradisional ialah habanya lebih tahan lama. Kadang2 sejam tu masih panas lagi tungku. Keburukannya berat je lah. Dan kena hati2, jangan bagi direct terkena kulit. Boleh hangus ooooo...

Kebaikan tungku moden pula, ada macam2 herba dan lebih ringan. Rileks dan santai je kita gunakan. Tapi kelemahannya pula, alahai kejap sangat panasnya tu. Dalam 15 minit je kot. Pastu kena rebus semula.

Apa2 pun kebaikan bertungku ni memang tak dapat disangkal lagi tak kira cara tradisional atau moden. You all suka guna cara tradisional atau cara moden?