Ini bukan kali pertama saya stay di hotel ini.
Boleh tengok review saya sebelum ni dan entry saya bawa anak saudara ke sini, pernah bawa mak juga sama2 stay disini, dan bawa bibik juga masa saya ada bibik dulu.
Sebab utama kenapa saya pilih hotel ni sebagai hotel pilihan sebab konsep dia seperti
"A vacation that feels like home".
Jom tengok gambar-gambar hari pertama semalam.
Ayyunie di Putrajaya
Posing dulu sementara tunggu bilik ready
Dah besarlah anak-anak ibu..
Sebab-sebab saya suka stay hotel ni
Dulu dan sekarang tak banyak berubah bilik deluxe ni..
Barang-barang dan keperluan memasak sepanjang disini. Tak cukup, kat sebelah hotel ni ada Amp Walk Mall. Boleh beli barang2 atau makanan lain kat situ. Kedai-kedai arab pun banyak kat bawah hotel ni. Pilih je nak makan kat mana.
Masak dinner semalam.
Lepas asar bawa anak-anak mandi pool. Yeayy tak ada orang lagi masa ni. Lepas jam 6 petang barulah beransur-ansur orang ramai.
Main kejar-kejar dalam pool
Nikmat bahagia anak-anak
Dinner kami malam tadi. Simple but perfect taste.
Sambal sotong, kubis masak lemak dan telur dadar. Semua masak sendiri. Siap bawa food processor lagi. Bukan instant food ya.
Ayah damia ada seminar dari pagi hingga malam. Malam tadi balik jam 1 pagi.
Tapi walau bagaimanapun, waktu lunch dan dinner ayah damia tetap balik hotel makan sama-sama.
Nikmat makan sekeluarga. Sebab dah biasa. Lagipun rushing waktu gap rehat 1-2 jam sahaja. Mujur hotel kami dekat dengan tempat ayah damia ada Seminar di KLCC.
Oklah, Selamat Hari Buruh kepada semua. Selamat bercuti dan outing bersama family.
Ni saya tengah fikir nak bawa anak-anak ke mana pula selain ulangkaji untuk peperiksaan pertengahan tahun tak lama lagi.
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
No comments:
Post a Comment