Saturday, May 9, 2015

Nasi Beryani Al-Kahfi


Harini lunch di Restoran Baru Nasi Beryani Al-Kahfi bersama staffs CocoDamia. Tanda hargai mereka tidak berkira kerja overtime hujung minggu. Macam ni lah kalau order masuk bersumbat-sumbat. Rasanya kena overtime sampai sebelum Ramadan ni.

Kat restoran ni tak ada menu lain selain dari 6 menu yang tertulis dalam gambar diatas.



Pilihan minum saya kalini adalah asam boi kedondong. Selalu minum asam boi limau masam. Yang kedondong ni manis je airnya. Menu air pun hanya yang tertulis seperti dalam gambar diatas.


Kesemua kami order Beriani ayam. Not bad. Lembut nasinya. Ayamnya pun tak terlalu kering dan keras. Just nice.

Saya tapaukan nasi beriani kambing untuk ayah damia. Nanti saya update sedap ke tak ya.

Bagi yang nak cuba nasi beriani di restoran baru ni, bolehlah ke Kangkar Pulai ya. Dari tepi jalan dah nampak signboardnya. Selamat mencuba.

Alhamdulillah.

Rezeki yang banyak kita agih-agihkan.
Rezeki yang sedikit kita kongsi-kongsikan.

Post a Comment