Tuesday, May 26, 2015

Selamat menyambung pengajian Matriks dan Asasi


Panjang umur anak murid saya ni, Siti Rozaireen. Baru je kami suami isteri sebut-sebut nama dia manalah dia dapat sambung belajar dalam kereta tadi otw ke AEON. Dan ayah damia pun ada sebut nak bagi sumbangan sikit kat dia sebab ayahnya telah meninggal dunia awal tahun haritu. Sekali Allah betul2 bagi jumpa depan mata kat AEON. Memang rezeki dia Allah bagi tepat pada masanya. Kebetulan dia tengah beli barang untuk persediaan sambung belajar 1 Jun nanti.

Tahniah Siti dapat sambung belajar Asasi Sains di UiTM. Dapat lagi satu tawaran Matriks, tapi dia memilih Asasi. Kebetulan tahun ni ramai anak2 murid saya 2-2 dapat. Matriks dapat, Asasi pun dapat. Semoga keputusan yang diambil masing2 mendapat keberkatan Allah.

Tahniah juga semua anak-anak didik saya di Pusat Bahasa Pelangi, SPM 2014 yang dapat sambung belajar Matriks dan Asasi. Ada yang dapat sambung belajar di luar negara pun tahniah. Ada yang dapat sambung diploma Tahfiz Al-Quran dan sewaktu dengannya pun tahniah. Kalian semua hebat dan berjaya!
Yang tak dapat sambung belajar, percayalah...ada sesuatu yang lebih baik sedang menanti di hadapan kalian. Jangan putus asa ya. Ini baru permulaan.

Tahniah untuk ibu bapa kalian semua. Ibu bapa hebat, anak-anak cemerlang. Tuisyen hanya membantu sahaja. Semuanya dengan Izin Allah.


Lama saya mengajar anak2 didik saya yang SPM tahun 2014 ni. Kebanyakannya start darjah 1 hingga darjah 3 lagi belajar di Pusat Bahasa Pelangi. Cuma bila form 4 masing2 sambung belajar di MRSM. Hubungan kami pun dah lebih dari seorang pendidik dan anak murid. Sebak pabila melihat kejayaan anak-anak didik dapat sambung belajar. Umpama melihat anak-anak sendiri melangkah ke Menara Gading.

All the best to you!


No comments: