Thursday, May 21, 2015

Bestnya makan-makan dan shopping dengan mak

Terima kasih mak sudi meluangkan masa datang JB melawat anak menantu cucu yang jauh diperantauan. Nak harapkan kami balik kampung, setahun 2 kali je lah balik time raya mahupun Tahun baru cina. Mujur mak pun faham akan komitmen kami disini. Kalau makan gaji, boleh juga mohon2 cuti. Tapi kalau business macam kami ni, kerja dan cuti tak menentu. Anak-anak pun sekolah lagi. 


Mak sampai hari sabtu malam lepas. Hari selasa malam dah bergerak ke Port Dickson rumah abang saya pula. Hanya 3 hari sahaja dapat bermanja dan berkongsi cerita dengan mak. Walau apa pun, saya tetap happy dan bersyukur.

Hari isnin waktu lunch, anak2 semua dah masuk sekolah. Saya sempat bawa mak makan Nasi Arab berdekatan office saya ni. Tetiba mak cakap teringat pula Nasi arab kat Mekah. Lain dengan kat Malaysia ni. Insyallah mak, ada rezeki kita gi sama2 ya mak lagi ke Mekah.


Lepas tu, saya juga curi2 masa mengambil peluang untuk bawa mak shopping. Tak jauh pun, kat Aeon sini je. Tapi mak happy. Keluar masuk keluar masuk fitting room try dekat 10 helai baju. Hihi.. Kelakar pula saya tgk mak. Sakan mak shopping. Lagi satu mak memang sporting bab bergambar. So tak susah panggil "mak.. Mak.. Senyummm"!

Lepas tu saya turut bawa mak ke Language Centre saya lepas asar sampailah jam 9:30 malam. Saya nak hantar mak balik rumah mak tak nak. Dia cakap dia happy duduk kat office saya tgk ramai murid2 belajar. Keberkatan seorang ibu kan penting. So saya bawa mak duduk tgk rutin seharian saya di office. Hihi..


Malamnya pula saya sempat bawa mak ke tempat feveret mak kalau dia datang JB ni. Kat mana lagi? Kat Steamboat Dataran JB lah. Saya nak bawa mak makan steamboat yang kat kedai tu tak nak. Mak cakap steamboat Dataran ni sedap sebab kuah dia lain dari lain. Anak2 pula makan Yong Tau Fu. 


Dan saya juga sempat bawa mak ke Production CocoDamia untuk melihat progress dan perkembangan CocoDamia. Mungkin mak tak berapa faham sesetengah term dan perkataan yang saya sebut. But No Worries, hanya doa dan keberkatan dari Mak yang saya perlukan. Sekurang2nya mak boleh jawab kalau org tanya "ayu berniaga apa kat Jb"... Hihi..

Terima kasih mak atas segalanya. Mak jugalah guru pertama saya. Walau seluas lautan dan segunung emas, tak mungkin terbalas jasa mak. Hanya doa dari anak-anak agar mak panjang umur dan dipermudahkan rezeki.

P/s: Mak paling suka melayan keletah Ayyunie. Macam2 Ayyunie tanya nenek dia. Hihi..





No comments: