Saturday, May 23, 2015

Boleh ke keringkan kasut dalam oven?

Haha..
Ceritanya begini..

Sekarang ni memang tengah hujan, tiba-tiba..

Ayyunie: Ibu, ibu, kalau kasut sekolah kakak tak kering, boleh tak  kita masukkan dalam oven bagi kering?

Ibu: Good idea! Ibu pun tak pernah terfikir idea sebijak tu...haha..

Btw saya pun confius boleh ke tak... teringat masa kecik2 dulu, mak selalu spin je kasut tu dalam mesin basuh. Memang bising giler lah bunyi mesin basuh tu. Lepas tu letak bawah peti ais sampailah esok pagi. Kalau tak betul2 kering pun, lembap sikit2 je lah.

So ada ke yang dah pernah try masukkan kasut dalam oven? 
Kiki....


Throwback gambar Ayyunie masa di Kidzania dulu..
Ayyunie ni memang petah dan berani sejak kecil. Sebab tu kadang2 soalan2 dia dan cara dia bagi kita jawapan tak terjangkau dek akal kita.





:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Post a Comment