Sesat barat nak boleh sampai ke sini. Pusing-pusing kawasan sama je. Padahal dah ikut waze dah. Waze pun pusing-pusing pening agaknya..kiki....
Sekali dah sampai...wahhhhhhh banyaknya kedai makan yang ada nama "ikan singgang"...meriah-meriah....tapi melalui carian google kedai yang namanya "Selera Ramai Ikan Singgang" ni paling best...ada 2 kedai selera ramai ni. Yang Selera Ramai I kat lot tengah. Selera Ramai II kat lot hujung.
Ikan singgang ni menu kenangan dulu-dulu.
Tapi anak-anak saya tak pandai makan ikan singgang ni sebab ayah damia pun tak makan ikan singgang ni. Makanya saya pun tak pernah nak masak menu ni kat rumah.
Sudahnya mereka makan sup tulang sahaja.
Tak pe tak pe bagi chance ibu makan dan hirup puas2 kuah ikan singgang ni ya.
Terima kasih abang sudi cari ikan singgang sampai ke sini.
Full house ramai orang. Masing2 menunggu giliran tengok siapa yang dah habis makan, cepat2 ke meja tu untuk duduk. Tapi jujurnya tempat memang sempit ya.
Appetizer kami.
Colek buah.
Yeayy kejap je dah sampai walau pun ramai orang.
Menu kami ikan kembung singgang, budu, ulam, ikan rebus goreng, telur dadar dan sup tulang.
Simple tapi menusuk jiwa gitu menu ni. Ulam pula ada petai lagi best.
Anak2 tengok je saya makan petai dan ikan singgang tu..huhu
Anak-anak suruh letak jauh-jauh ikan singgang tu. Haha
Nasi masing2 dah nak habis baru sup tulang ni sampai..
Aiyooo..
TQ Aleesya tolong snap gambar ibu dan ayah lepas habis makan..
Wefie sikit.. hehe..
Alhamdulillah...kenyang kami malam tu.
Harga RM50 untuk kesemua makanan tu termasuk 3 air panas dan 1 air ais.
Murah ke mahal?
Alhamdulillah, lepas 5 hari tinggalkan rumah, petang semalam selamat sampai JB.
Sampai JB pun terus masuk office dulu. Malamnya baru sampai rumah.
Yang pasti kami akan merindui detik2 selama 5 hari di hotel ini.
Lepas bulan puasa ni, hotel ini akan ditutup selama 9 bulan untuk tujuan renovasi.
No comments:
Post a Comment