Sunday, May 10, 2015

Suprise Hari Ibu


Ya Allah..

Anak siapa ni yang datang office ibunua bagi suprise kek Hari Ibu? Comel sangatlah awak ni!

Kesiannya awak pegang kek dari tingkat bawah naik sampai tingkat 3 dengan penuh hati-hati takut api lilin terpadam ya awak, kata ayahnya..


Apa-apa pun terima kasih ayahnya..
Kalau ayahnya bukan mastermind siapa lagi ya tak?

Ibu sayang anak-anak ibu..

Dah selamat makan kek comel tu bersama staffs CocoDamia lunch tadi. Tinggal sepotong untuk Aleesya balik sekolah nanti.

Selamat Hari ibu juga buat mak dan ibu mertua saya nun jauh di Kelantan. Walau segunung emas diberi, tak mungkin dapat jasa dibalas ganti..

Begitu juga kepada semua ibu, mama, mommy, ummi, ma, che dan lain-lain.

Semoga kita terus menjadi inspirasi kepada anak-anak kita.
Post a Comment