Semalam gi shopping barang-barang dapur kat AEON berdua dengan Ayyunie lepas balik tadika dia.
Jalan punya jalan, terus terjumpa lada besar yang bewarna hijau kekuningan yang biasa orang buat solok lada tu. Jarang-jarang dapat jumpa cili tu kecuali kat Kelantan. Plan awal nak masak mee sup dinner malam tadi, dan dan terus tukar plan masak nasi kerabu pulak. Hikss..
Sebenarnya masak nasi kerabu ni senang aje. Yang lecehnya sebab banyak benda kena buat. Kena goreng kelapa lah, kena rebus ikan lah, kena tumbuk isi ikan mentah lah, kena racik-racik serai, halia dan bawang lah...tu yang banyak aksesorinya nasi kerabu ni. Tapi bila dah makan, Ya Allah, Syukur sebab sedap. Hihi..
Sampai je rumah lepas amik Aleesya dari sekolah dia jam 7:30 malam, cepat2 mandi dan solat maghrib berjemaah ngan anak-anak, lepas tu bergegas masuk dapur pula eh ah eh ah masak nasi kerabu.
Fuhh, memang penat, tapi fikirkan jarang2 sekali dapat makan nasi kerabu buatan sendiri yang sedap lagi suci ^_^, gigihkan jua buat.
Kalini saya fokus cara-cara buat solok lada je ya.
Bahan-bahannya (untuk 7 biji lada besar):
- 7 biji lada besar (dihiris tengah, dibuang biji dan rendam dalam air kejap)
- 4 ekor ikan selayang (ambil isinya sahaja tanpa tulang)
- 1 inci halia
- 3 ulas bawang merah
- 7 biji lada hitam
- 1/2 cawan kelapa putih
- 5 sudu santan pekat
-garam dan gula mengikut rasa
Cara memasakknya:
- tumbuk lumat isi ikan bersama halia, lada hitam dan bawang merah.
- tumbuk bersama dengan kelapa putih.
- gaulkan bahan2 yang ditumbuk tadi bersama garam dan gula dalam bekas. Gaul sehingga sebati.
- sumbatkan bahan2 tadi kedalam lada tadi hingga padat dan susun dalam pemanggang ajaib.
- masukkan santan pekat tadi ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana hingga kering santan
Taraaaa!
Dah siap!
Nasi kerabu kuning saya bersama tumis budu, kerabu, telur asin, daging bakar, solok lada, ulam timun, dan keropok goreng. Yummy!!! Tak jumpa cari pewarna biru, guna kunyit buat nasi jadi kuning pun bolehlah ya. Janji sedap.
p/s: Sobssss! Dah beberapa hari tak makan nasi malam, malam tadi goyah jua makan. Apa-apa pun bersyukur sebab Allah masih bagi saya merasai nikmat makan.
p/s: Credit to both Damias yang berebut-rebut menolong ibu mengoreng Nyor buat kerabu. Nasib baik tak hangit!
No comments:
Post a Comment