Confirm mudah sangat!
Sebab resepi campak-campak je ni!
Sebab mudah saya nak share kat sini.
Bukan setakat mudah, malah sedap lagi berkhasiat. Sesuai utk org yang berdiet!
Eh dulu dah pernah share resepi ni. Tak caya? Cer google "resepi siakap stim nyonya + damia aleesya".. Hah jumpa kan! Kat situ siap ada gambar 1 by 1 lagi.
Tapi sebab entry ni namanya mudah, maka resepi pun ditulis dalam bentuk mudah!
Hanya blend sebatang serai, sebatang bunga kantan, 6 biji cili hijau, 4 biji lada merah, 2 sudu pes asam jawa adabi, 3 biji limau nipis ambil airnya sahaja, sedikit serbuk lada hitam, 1 sudu sos cili, garam serta ajinomoto.
Blend sampai halus, tuangkan atas ikan dalam bekas. Lepas tu letak daun kesum, daun saderi dan tomato dadu atas ikan tadi. Kukus dalam kukusan selama 15 minit. Hurmmmm kejap lagi bau haruman menusuk jiwa di dapur. Hikss
Then bolehlah angkat dan makan dengan nasi panasa2. Perghhh isi ikan yang lembut dan tidak berbau hanyir menambah2 selera anda. Tapi saya makan dengan segenggam nasi putih je. Gigih kan saya diet. Sikit2 start diet tak pe janji berterusan. Haha
Ok lah mudahkan resepi saya tu. Lepas ni uols cuba buat tau! Confirm menjadi..
No comments:
Post a Comment