Sunday, February 9, 2014

Event II Detik-Detik Kasih Dettol bersama celebriti

Nak updated cerita saya bersama Sazzy Falak dan Wardina cepat-cepat  sebelum kenangan bersama mereka basi dari ingatan.


Sebelum ni saya ada buat entry stay di Best Western Primer di KL Central kan, so dari hotel tu saya naik shuttle free services ke Le Meridien Hotel. Tak sampai 10 minit dah sampai. 


Sampai2 saya nampak kak ezna dan seorang lagi pemenang dah ada. Means saya orang ketiga lah sampai. Berkenal-kenalan dulu dan apabila semua dah ada, kami diberikan soalan utk dijawab dalam kertas yang diberikan. Masing-masing memerah otak utk menjawab soalan yang diajukan on the spot!


Kemudian Kak Ezna dipanggil utk interview dalam slot Nona. Ni saya amik gambar dari FB kak Ezna. Saya turut dipanggil utk interview dalam slot Nona juga. Ntah apalah yang dijawab, semuanya spontan sahaja. Seolah-olah utk melihat reaksi sebenar kita apabila digelar pemenang "Dettol Star Mom" dan juga berkongsi pengalaman bersama ibu2 diluar sana.


Inilah bilik yang sesi interview untuk Nona diadakan. Bukan main besar lagi biliknya.
Oh ya tak semua ibu-ibu ya diinterview utk siaran Nona ni, kalau tak silap hanya 4 orang sahaja dipilih. 


Dah lepas sesi interview, saya kembali semula ke meja tempat menjawab soalan2 tadi. Lepas hampir semua pemenang menjawab keseluruhan soalan, kami sekali lagi masuk ke bilik tadi utk sesi photography pula. Cara posing kena standard iaitu tangan cekak pinggang.


Dan inilah hasilnya yang diterbit oleh Metro ahad dan Kosmo beberapa minggu lepas. See, gaya posing hampir sama kan.. Hikss


Perghhh punyalah besar ruangan meja makan ni kan. Suka konsep yang dideko dalam bilik ni, style Itali..


Wardina dah datang awal, Sazzy je terlambat sikit, so acara rasmi dimulakan agak lewat. Selepas Sazzy hadir bersama dengan 2 puteri comelnya, majlis rasmi pun bermula. Diskusi tentang parenting yang dikongsi bersama Wardina dan Sazzy amat menarik perhatian audience. Terutama bagaimana Wardina mendidik anak-anaknya. 


Sampai separuh jalan, salah seorang anak Sazzy pula nak mommynya. Alahai comel anak dia kat atas stage tu. Whatever, tak kira apa status atau pangkat you, anak-anak tetap menjadi priority kita semua kan. Terutama insan yang bergelar IBU! Hah, bersungguh2 Wardina berkongsi pengalaman tu.


Selesai sahaja slot "live chat" bersama celebriti, kami ditayangkan pula dengan iklan Dettol yang menyayat hati kami semua sebagai ibu. Alaa, iklan tu ada kat TV. Iklan Dettol yang abang adik masuk pertandingan larian tu. Cuma kat TV ditayangkan beberapa saat sahaja. Yang kami tonton ni adalah behind the scene dan lebih panjang. So lebih touching.

Selepas itu para pemenang dipanggil namanya utk menerima hamper Dettol yang bernilai RM200. Oh ya tema pakaian para pemenang adalah "baju kurung". Mungkin kalau pakai baju kurung nampak lebih keibuan dan tema detik-detik kasih Dettol tu lebih jelas. Btw baju saya tu mix and match. Bukan baju kurung. Saiz baju pun lebih besar tu hah! Alah pedulikan.. Janji saya selesa..:-)).

Lepas tu ada acara memotong reben ramai-ramai bersama orang kuat Dettol dan juga celebriti. Lebih banyak Gambar2 you all boleh tgk kat FB: Dettol Malaysia ya. Saya haritu malas nak mengangkut DSLR sebab tahu nanti siapa yang nak tolong snap2 utk saya kan. Uhukss..


Detik yang tak disangka2. Para Media yang hadir turut dapat "luck draw" dengan meletakkan name card masing2 dalam bekas yang disediakan. Wahhh, menang IPAD MINI ok. Terkejut pemenang tu hah! Rezeki kan..


Lepas acara rasmi dah settled, saya sempat bergambar kenangan bersama Wardina. Ehem, nampak saya makin membesar dengan jayanya kan! 


Lepas tu nak amik gambar dengan anak2 Sazzy kat ruangan playground, sekali diaorg dalam terowong ni lah..khusyuk masing2 bermain..


Kemudian kami dibawa ke bilik makan yang mula2 masuk utk interview tadi utk makan tengahari eksklusif bersama celebriti. Ini betul2 private lunch. Hanya 12 pemenang Dettol Star Mom dan celebriti sahaja yang makan. Manakala waiters sibuk menghidangkan makanan, manakala jurufoto pula sibuk snap sana snap sini. Fuhh, memang eksklusif. Tapi sedar ini semua pinjaman Allah sementara utk insan bertuah untuk menikmati saat-saat sebegini. 

Dan masa private lunch ni lah, kami banyak berborak santai dan berbual-bual pasal parenting. Hampir sejam lebih kot kami makan2 dan borak bersama. 


Menu kami pada hari itu! Nama bukan main unik.. Hikss.. Rasa makanan pun ada sedikit uniks.. <wink>


Appetizer! Bukan main lagi salmon berada atas watermelon. Kalau kita buat kat rumah macam buang tabiat menu cam ni.. Tapi kalau kat hotel, mentaliti macam terima jer.. Haha...


Aneka roti dan sos.


Ni rasa macam sup cendawan. Not bad..


Zuppa! Kikiki.. Bahasa biasa sup lah tu.. Masam2 manis rasanya..


Hah ni main course! Sedap juga.. Sazzy tak makan ayam erkk? Dia tukar salmon..


Dan last sekali dessert!


Lepas tu para pemenang dan celebriti bergambar lagi dan lagi. Bergambar sampai lebam gitu! Bergambar kenangan dengan Sazzy Falak. Sempat lagi saya tanya tips nak kurus macam Sazzy ni. Dia jawab "exercise! exercise! exercise".. Hah, meh le kita exercise.. 


Lepas dah habis semua sesi bergambar, kami buat pedicure dan manicure pula. Ada juga ibu2 yang dah balik. Tapi disebabkan saya lama lagi nak tunggu ayah damia amik saya (sebab tengah hantar stok pada stokis), saya pun join aktiviti ni. Nak potong kuku saya dah pendek, nak warnakan kuku saya tak nak, so just kikis2 kuku dan bagi bersih jer lah. Itu jer pun kita orang islam yang boleh buat.


Ni tengah cabut sel-sel mati tepi kuku.


Para ibu2 tengah pedicure..


Dan inilah rupa hamper yang bernilai RM200.. Boleh tahan berat juga ni..


Bertambah-tambah stok dettol saya. Terima kasih Ya Allah atas rezeki yang Engkau berikan.


Yang dulu menang hamper dettol RM500 pun masih banyak tak digunakan kecuali yang bahan pencuci dan hand wash memang saya bawa ke office.


Event ni keluar dalam Kosmo lagi pada jumaat lepas pula. Saya beli kosmo ni kat Bangi. Tu pun lepas salah seorang Dettol Star Mom whatapps saya tanya. Hikss.. Tq Yatie..:-)). Kalau tak memang kak ayu tak tahu..

Alhamdulillah, Syukur dengan nikmat dan Rezeki yang Allah pinjamkan kepada saya dan keluarga. Semoga lepas ni lebih banyak rezeki yang tak disangka-sangka dan juga kemenangan-kemenangan berpihak kepada saya dan keluarga. Aaaamiiin...
























No comments: