Monday, February 17, 2014

Dating dengan En Mydin sampai 3 jam!


Benarlah Institusi Kekeluargaan sangat penting kan! 
Sabtu lepas terasa begitu sunyinya kehidupan saya.
Anak2 ada sekolah ganti..
Imam saya pula berada sejauh 276km jauh dari saya..
Nak gi Office siapkan presentation slide saya pula tak bawa kunci..
So pergilah lepak di Sedap Corner ditemani En Mydin selama 3 jam...
Nak order makanan pula baru kenyang makan ngan anak-anak..
So terpaksalah juga order makanan ringan2 supaya waiters kat situ tak pandang saya lain macam..

Abang tak marahkan saya dating ngan En Mydin selama 3 jam?

Siap solat kat masjid then boleh dengar lagi ceramah kursus haji yang sedang berlangsung..


Then jam 4 petang ambil Ayyunie dari tadika. Terus bawa dia makan kat sini. Order macam2 last2 nasi lemak juga yang dia makan. Yang lain-lain ibu juga wajib habiskan. Duduk kat sini pun dekat 2 jam sambil tunggu Aleesya balik sekolah jam 6:30 petang.


Sian anak ibu! Sampai tertidur kat sini. Nak gi jalan2 tak tau dah nak gi mana. Nampak tak keboringan kami 2 beranak? Hampir 1 jam Ayyunie tidur kat sini..


Semoga lepas ni kita lebih selalu dating bersama ya En Mydin. Banyak yang saya nak korek rahsia dari awak ni!

P/s: Baru lepas presentation di Jabatan Pertanian Johor. Semoga ada rezeki untuk saya dan CocoDamia serta Allah permudahkan segala urusan. Aaaamiiin..

Jihad ekonomi!



Post a Comment