Wednesday, September 3, 2014

Baik Bos! Esok juga kami ke Halfest 2014!


Tu dia...
Arahan dari Bos CocoDamia yang sekarang berada di Halfest 2014..
Esok semua team kena turun ke Halfest 2014..
Semua ok, semua!
(Haha, tak mungkin semua sebab mesti ada 1-2 orang yang standby dan buat production kat kilang)

Harini berpuluh-puluh kali saya call, tapi tak angkat pun phone.
Bos sempat whatapps "saya sibuk, sila standby stok lagi" je...
Pastu tak reply2 dah..


Alhamdulillah..
So, esok jumpa kalian semua di Halfest 2014 bersama team CocoDamia ya!
Yang bestnya kalini promosi untuk setiap pembelian pakej, akan dapat BEG ROYAL COCODAMIA.
Beg idaman Malaya..hihi..gi mana2 ramai yang minta beg tu.


Semalam dah siap set up dan loading barang di Mines (MIECC)


Ingat no booth kami... 029...sekali lagi 029.
Sebab terdapat lebih 600 usahawan yang akan membuat pameran dan jualan disana.


So kita jumpa ya kalian semua sehingga 7hb ni!


Pintu masuk Halfest 2014.


Dewan Mines (MIECC)

P/S: Nanti uols cari kat Insta #halfest. Macam2 ada kat situ. Artis pun ramai buka booth jual produk masing-masing. Antaranya Memey Suhaida, Rozita Che Wan, Noorkhairiah, Linda Onn, Shuib Sepah, Yatt Hamzah dan lain-lain lah. Produk makanan pun macam2 ada. Harapnya bawa duit banyak2 dan selamat menapak ke Halfest ya.

Chocolate Strawberry Bouquets








Cantiknya semua!
Semoga ia dapat memberi idea kepada saya untuk event-event akan datang.


Ni Chocolate Rose Bouquets yang CocoDamia sponsor untuk program Met Fama beberapa minggu lepas. Lebih kurang konsep warna warni roses disebuah taman bunga.

Lepas ni birthday anak-anak boleh deco2 coklat dah. No more cake. Hikss..









Tuesday, September 2, 2014

Video II Dettol detik-detik kasih - Star Mom Winner



Harini saya banyak upload video-video dari handphone saya ke dalam Youtube..
Dan delete gambar-gambar yang saya tak berapa sayang dalam handphone.
Walaupun semua gambar yang saya snap saya sayang sebenarnya.

Bukan apa!
Hari-hari dapat notification yang storage full dan kadang-kadang almost full.
Haishh, kadang2 tu nak cepat snap gambar, dah tak boleh snap sebab storage full.
Ni pun lepas2 delete masih berbaki lagi  3,760 photos dan 36 videos.
Haishhh sayangnya nak delete.

Ok lah, layanlah dulu video saya yang masuk siaran Nona untuk Dettol Star Mom Winner awal tahun haritu.
At least ia akan menjadi kenangan dan rujukan pada masa akan2 datang.
Kenangan yang akan tetap menjadi sebuah memori seiring dengan waktu berlalu.

Full Story boleh klik link bawah ya..



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Marhaban dan Jamuan Hari Raya Pusat Bahasa Pelangi

Cerita beberapa minggu lepas.
Yang berlaku pada 13 Ogos 2014.
Kisah hari rabu malam khamis.
Pusat Bahasa Pelangi mengadakan Jamuan Hari Raya serta marhaban beramai-ramai bersama para staffs dan para pelajar.


Dah macam kenduri menyambut menantu dah riuhnya. Masing2 ada tugasan masing. Ni para pelajar dan guru sedang menghiris daun pandan untuk dijadikan bunga rampai. Aleesya dan Ayyunie pun sibuk nak menolong.


Lepas tu Ayyunie tolong staff saya masukkan duit raya dalam sampul. Tq Cikgu Mazlan yang sponsor sampul JDT tu.


Makanan? Fuhhh tak terkira banyaknya. Pihak tuisyen memang ada sediakan makanan utama iaitu meehoon goreng dan mee goreng dalam tray beserta air. Katering je. Tapi masih ramai para pelajar dan guru yang membawa pot luck masing2. Memang terbaik makanan hari tersebut. Yang tak habis bertukar2 bekas isi makanan untuk dibawa balik.


Marhaban pun bermula.


Sayu dan penuh keinsafan pabila alunan marhaban dibaca.


Lepas tu apa lagi? Acara makan-makan lah kan. Masing2 mengambil makanan dan makan dimana2 bilik yang disukai. Ater pilih je bilik mana. Hihi..happynya tgk anak-anak ceria kat atas.


Ni kakak-kakak form 5. Terselit Aleesya kat situ. Sukalah dia ada org melayan sakan dia. 


Ni semua pelajar2 form 3. Bersila bagai makan ya!


Ni pulak abang2 dan kakak2 form 5 lagi! Masing2 control makan sebab ada cikgu lelaki kat depan tu.


Ni geng2 yang menambah dan makan kat luar. Untung makan kat luar, asyik menambah je kerjanya.. Hihi..


Ada rupa Mr. arrogant tak? Hihi.. 


Staff-staff saya! Malu2 semua. Makan kat celah meja dah semua ni.


Sesi penyampaian hadiah untuk 2 pelajar lelaki dan 2 pelajar perempuan yang terbaik pakaiannya.


Ni lah pemenang lelaki. Style wak doyok katanya.


Ni pun sama style wak doyok juga. Ntah kenapa student lain yang berpakaian baju melayu tak lengkap pakaiannya. Ada yang tak pakai samping, ada yang tak pakai songkok.


Ni pemenang kategori perempuan. Ntah kenapa semua cikgu pilih baju ni pakaian terbaik. Bling2 penuh baju agaknya.


Dan ni pun kategori pemenang perempuan. Pun ada bling bling. Hihi..


Dan semestinya acara pemberian duit raya yang dinanti2 kan oleh semua pelajar. Tak kira kecik besar, semua beratur ambil duit raya.


Selfie wajib ada!


Dan terima kasih kepada semua tenaga kerja pusat bahasa pelangi serta para pelajar atas komitmen yang anda berikan. Yang tak dapat hadir, no worries, insyallah tahun depan kita buat lagi.


















Monday, September 1, 2014

A Story from Us, A Talk for Real - CocoDamia di Universiti Malaysia Kelantan

Hello September!
Please be nice to me.
Bulan yang ditunggu-tunggu oleh saya dan ayah damia.

Ntah kenapa harini tetiba blurr nak buat entry apa.
Walhal banyak gambar2 dalam handphone dan cerita-ceriti yang ingin saya kongsi bersama.
Tapi tu lah kan, kadang2 mood menulis tak sentiasa ada.
Kadang2 kelaut juga.

Mujur ada gambar2 yang dah siap upload dalam puluhan draft saya.
Gambar2 yang telah diupload awal2, kengkonon lepas tu nak publish buat cerita, tapi basi dalam draft tu sahaja.
Tak pe hari ini saya buat entry apa yang ada dalam draft saya sahajalah.
Kesian cerita dah jadi perkasam dalam draft.



25 April 2014. 

Tempat : Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Jeli
Crowd : +-260 students



Alhamdullilah, founder dan pemilik #cocodamia berkongsi cerita dan pengalaman mengenai jatuh bangun dan perkembangan kejayaan cocodamia dalam bidang keusahawanan. Pengalaman di kongsi berdasarkan tindakan yang diperolehi dari pengalaman bukannya dari teori semata mata. Terima kasih kepada pihak #UMK di atas jemputan dari JB ke Jeli. Semoga ilmu yang dikongsi dapat di manafaatkan .
oleh semua pihak


Cerita bagaimana bermulanya kami menceburi bidang business masa tengah belajar lagi.


Tak semua orang suka dengan kerjaya usahawan.


Gambar blurr pun nak letak ya.


Pengacara majlis tak silap..


Lecturer yang mengajar usahawanan bersama para pelajarnya.


Sesi soal jawab


Semoga kalian semua dapat mendapat manfaat dari kami.


Bersama dengan para lecturer dan tetamu jemputan


April berlaku, September baru masuk blog ya... hihi..


Suka dengan tindak balas para pelajar..


Masing2 khusyuk fikir nak tanya soalan apa lagi


Dah macam pasangan pengantin kami hari tersebut.


Panorama dari iphone saya.


Sesi pemberian cenderahati


Makan-makan wajib ada.


Terima kasih atas jemputan dan cenderahati yang diberikan.
Macam2 dapat. Dari buah-buahan, kain pasang, plak UMK, dan lain-lain










:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::