Tuesday, November 26, 2013

COCODAMIA terpilih ke Pertandingan Produk peringkat Nasional


ALHAMDULILLAH..
ALHAMDULILLAH..
ALHAMDULILLAH..
Sesungguhnya kuasaMU tiada had batasnya!


Ingat lagi tak yang CocoDamia terpilih untuk Karnival "satu daerah satu industri" peringkat Negeri di Angsana awal bulan Oktober lepas?
Tak ingat??? Boleh refresh semula kat sini.

Dan dari peringkat Negeri tu lah akan dipilih ke peringkat Nasional pula. Kriteria pemilihan adalah berdasarkan produk yang berdaya saing serta memenuhi ciri-ciri yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

Dan Alhamdulillah, masa saya dan ayah damia di HPPNK Kuantan, salah seorang pegawai FAMA datang memberitahu bahawa CocoDamia dicalonkan untuk ke SDSI peringkat Nasional. Tapi masa tu saya dan ayah damia masih tak teruja sebab baru dicalonkan. Dan akan masuk mesyuarat lagi utk penentuan produk mana 3 daripada 5 usahawan yang akan terpilih mewakili JB. Dan sesungguhnya kuasa Allah tu maha besar. Dapat panggilan Rasmi dari Pejabat Daerah bahawa CocoDamia terpilih!!! 


Banner promosi Showcase "Satu Daerah, Satu Industri"
Dari Malaysia ke Persada Dunia.. Itulah taglinenya...
Ya Allah, sesungguhnya ia merupakan satu rahmat kepada kami pabila CocoDamia terpilih ke peringkat Nasional. Penat lelah kami lupakan semata2 utk CocoDamia. Dan akhirnya berbaloi. Terima kasih Ya Allah.


Aturcara Program SDSI yang akan berlangsung dari jumaat ini hingga ahad ini (29/11 - 1/12).
Jom ramai2 ke MITC utk melihat sendiri produk2 muslim dari usahawan-usahawan Bumiputera.
Di samping menyertai serta menonton program-program yang dianjurkan.


Dan yang paling sangat saya gembira dan terharu, khamis lepas saya dapat email dan panggilan bahawa CocoDamia terpilih untuk ke Pertandingan produk makanan terbaik di peringkat Nasional. Allahu Robbi. Bergenang air mata saya dan suami dan terus sujud syukur. Sampai tahap ini Allah permudahkan urusan CocoDamia. Dapat terpilih ke SDSI pun dah bersyukur, ini apatah lagi masuk pertandingan tersebut.


Sebenarnya khamis lepas sebelum dapat panggilan dari UPEN, saya dapat juga panggilan dari FAMA dan KKM unit kualiti makanan. Ya Allah Mudahnya menjemput rezeki. Sungguh Indah Aturan Allah. Yang baik-baik sahaja datang serentak. Disebabkan kami terlalu happy, kami benarkan semua staff balik 1 jam awal dari biasa. Mereka pun layak untuk happy juga!


Dan sebab saya happy sangat2, saya juga menawarkan harga promosi RM39 utk pembelian CocoDamia 10 yang terawal. Khususnya kenalan saya di FB. Ya Allah, bukan main hebat lagi penangannya. Nak tidur pun tangan masih lagi reply pm dan  whatapps. Dan ada yang malam tu juga COD area tmn u, desa skudai dan jiran saya sendiri...hihi..bijak-bijak mereka grab time promosi ni. Bukankah rezeki kena berkongsi bersama. Insyallah lebih berkat dan cukup rezeki kita.


Ada yang beli 10 kotak, ada yang beli 3 kotak dan rata2 beli 2 kotak..
Alhamdulillah dah selamat pos semua semalam..


Bual Bicara Showcase "Satu Daerah, Satu Industri" pagi tadi di MHI.


PromosI besar-besaran akan diadakan.


Iklan SDSI oleh ABON. Teringat masa KUD yang lepas, ZIZAN yang promote dalam iklan. Memang betul strategi dan pelan pemasaran pihak penganjur. Habis licin semua produk usahawan. Semoga SDSI kali ini juga turut berjaya dan mencapai target jualan.

Doakan supaya CocoDamia juga berjaya dalam pertandingan produk makanan terbaik ya semua.
Yakin pada rezeki Allah. Yakin pada rezeki Allah. Yakin pada rezeki Allah.
Dan kami team Cocodamia akan berusaha sebaiknya kerana USAHA itu milik kita, REZEKI jua milik Allah.
Andai menang! Itulah hadiah daripada Allah.


"YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, IZINKANLAH PENYERTAAN COCODAMIA DALAM SHOWCASE SDSI 2013 PERINGKAT KEBANGSAAN INI DI BERKATI, DI RAHMATI, DI REDAI DAN DIPERMUDAHKAN OLEH MU YA ALLAH. IZINKANLAH USAHA COCODAMIA DALAM MEMPROMOSIKAN MAKANAN SUNNAH MELALUI COKLAT IQ DIBERKATI DAN DIREDAI OLEH MU YA ALLAH. TERIMA KASIH YA ALLAH, TERIMA KASIH YA ALLAH, TERIMA KASIH YA ALLAH


Tudung cantik "tada burus" hanya RM9.80 sahaja..


Sekarang ni dah ramai sangat yang pakai  tudung berlayer-layer. Ada yang 2 layer, ada yang 3 layer dan ada juga yang 4 layer. Dah lah berlayer-layer, macam2 gaya pula tu. Ada yang brooch kat tengah, ada yang brooch kat tepi dan ada yang brooch kat belakang. Macam2 pattern!

Hah gambar kat atas tu murah jer harga tudung kan. Cantik pula tu. Sampai dah tak boleh nak beza sangat yang mana mahal dan yang mana murah. Tapi yang "tada burus" mestilah lagi murah kan. Hanya RM9.80 sahaja. Yang "ada burus" pula RM13.80. Faham ke uols apa itu "burus"? Hihi..

P/s: Pabila warga asing menguasai sektor pekerjaan kita.. Hurmmm tu nasib baik pakaian... Kalau makanan macam mana?

P/s: Sumber gambar dari FB..

Monday, November 25, 2013

Wajah kita sama dengan ayah atau ibu? Kenapa???


Ye ke sama macam ibu?
Gambar semalam ni. Dah lama tak photoshoot Aleesya. Makin besar makin malu katanya. Kadang2 ikut mood juga nak bergambar.


Ye ke sama macam ayah?
Gambar malam tadi dinner kat Pizza Hut. Ayyunie as usual memang sentiasa ceria dan happy!

" Allah Taala tidak mencipta wajah aku persis ummi dan ayah semata atas alasan saintifik. Aku percaya wajah aku dilukis begini supaya tiap kali aku renung cermin, aku nampak ummidan ayah. Lalu tidak kira kemana sahaja aku pergi, dan manusia apa aku jadi, aku membawa ummi dan ayah bersama".

" Dan bila kita semakin tua, wajah kita semakin iras ibu bapa, kerana pada waktu itu mereka mungkin sudah tiada, dan Allah tahu kita rindu, kita perlu lihat wajah mereka".

Percuma untuk anak-anak yatim dan yatim piatu


DAFTAR SEKARANG!!!

Percuma untuk anak-anak yatim dan yatim piatu!!!


Sesi pendaftaran bermula harini iaitu 25hb hingga esok 26hb! Nikmati diskaun tersangat hebat utk tempoh 2 hari ini. Selepas tarikh tersebut, anda masih boleh menelefon kami utk pendaftaran berikutnya dan mendapatkan jadual.


Since 2003.
11 tahun berada di dunia pendidikan bersama kalian.
Tidak perlu musykil dengan kepakaran kami. Masalah pelajaran anak2 anda tiada yang mustahil.


Selain tunai, kami juga menerima pembayaran melalui kad debit dan kad kredit. Cek pun boleh!!!

Pakej adik beradik pun ada.

Yang penting jom daftar!!!


Sunday, November 24, 2013

Shopping sayur di "Zen Xin Organic Park"


Jumaat aritu kan Johor cuti sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor, saya ambil kesempatan ke Kluang utk melawat tapak utk CocoDamia sempena Karnival 1 Malaysian Best dan Agro Johor. Sambil2 tu cari hotel utk staff juga. Alahai hotel semua penuh sebab jabatan2 kerajaan dan booked pukal. So kena cari homestay lah. Nasib baik ada kawan ayah damia yang ada homestay dan chalet yang cantik kat Parit Raja. Lepas tu apa lagi? Jalan2 cari makan lah kan. Habis satu kluang jalan2. Hihi.. Jam 8 malam baru sampai JB.


Antara tempat yang saya nak sangat pergi adalah Zen Xin Organic Park ni. Selalu nampak sayur2 Zen Xin ni kat Aeon jer kan. Kalini puas hati dapat shopping direct dari ladang dia.


Banyak makanan dan sayuran organic kat sini. Sayur2 pun segar dan harga rasanya murah jugaklah. Mahal sikit pun ok sebab utk kesihatan juga kan. Nama pun organic.. Hihi..


Btw kat sini bukan sekadar utk shopping sayur sahaja, ramai pelajar2 sekolah pun ada lawatan juga kat sini. Boleh sewa basikal masa lawatan tersebut. Ada juga kandang2 arnab dan ternakan lain disini.

Ada juga restoran halal kat sini. Semua makanan berasaskan makanan organic. Yang paling special kat sini adalah Jus Dragon Fruit. Nampak menarik jer. Tapi tak sempatlah saya dan anak2 nak buat lawatan kat sini dan juga cuba2 makanan kat sini. Banyak lagi agenda nak buat masa tu.


Ayah damia meneliti peta di ladang tersebut. Boleh tahan besar. Next time insyallah bawa anak2 atau student saya ke sini.


Kat depan pintu utama ni ada kolam ikan. Besar2 ikannya..


Ok lah semalam menu utama makanan tengahari saya adalah berasaskan sayur2 Zen Xin. Alaaaa.. Masak pun dah lambat sebab balik dari kelas Coaching Cocodamia baru sempat masak. Jam 3 petanv baru lunch. Tak sabar2 nak makan sayur2 segar ni.


Taraaaa.. Ni lah menu utama saya semalam. Lauk ni memang kegemaran kami sekeluarga. Makan nasi bertambah2 tau. Dimakan pula dengan ikan kering, sambal belacan power dan ikan bakar! Walllllaaaaa!!!! Nikmat sangat makan. Syukur ALHAMDULILLAH..

P/s: Nanti nak singgah lagi sini.

P/s: Esok dah start pendaftaran kelas tuisyen sesi 2014. Harini sibuk uruskan persediaan registration esok.







Saturday, November 23, 2013

Sesi Coaching CocoDamia



Alhamdulillah, selesai sudah sesi diskusi dan sesi coaching produk cocodamia kepada rakan niaga semua. Semoga lepas ini anda lebih tahu APA yang anda jual, anda lebih yakin dengan REZEKI Allah dan anda capai MATLAMAT yang anda sendiri tetapkan. 

Jujurnya kadang2 ada sesetengah orang jual produk, tapi tak tahu apa yang dijual dan tak jatuh cinta pun dengan produk tersebut. Ini konsep yang salah dalam business. Anda tak jatuh cinta, macam mana anda nak tahu lebih details pasalnya.

Kepada rakan niaga yang tak sempat nak join sesi coaching harini, insyallah akan kita jumpa pada sesi dan waktu coaching yang lain ya. Insyallah mungkin di kawasan berdekatan anda.

Terima kasih Ya Allah..
CocoDamia,
Bukan sekadar coklat biasa.


Friday, November 22, 2013

CocoDamia sebagai Cenderahati kepada DYMM Sultan Johor


Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!

Dengan segala kerendahan diri, patik doakan Tuanku hidup dengan penuh kebahagiaan dan kerukunan serta dianugerahkan segala Taufik dan Hidayah, Kemuliaan, Darjat dan Daulat!

Ampun Tuanku!


Syukur kehadrat Illahi, sehari sebelum patik bertolak ke HPPNK di Kuantan 2 minggu lepas, patik mendapat panggilan daripada Ketua Tok Penghulu di Pejabat Daerah bahawa produk patik "CocoDamia"  akan dipersembahkan kepada Tuanku sempena Hari Keputeraan Hari ini. Walau bagaimanapun, ia perlu mendapat persetujuan DO terlebih dahulu.


Dan Alhamdulillah, jumaat lepas patik telah menyerahkan 10 kotak "CocoDamia" kepada Pejabat Daerah untuk dijadikan Cenderahati untuk dipersembahkan kepada Tuanku sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor pada hari ini. Syukur Ya Allah. 

Semoga Tuanku dan sekeluarga suka dan gembira merasai keenakan serta khasiat yang terdapat dalam "CocoDamia". Sudilah kiranya Tuanku dapat membantu dan menyokong usahawan-usahawan Bumiputera khususnya Usahawan dari Johor untuk memperkembang lagi produk-produk muslim dan Bumiputera.

Akhirul Kalam, patik berasa begitu bangga kerana produk patik telah dipilih utk dipersembahkan kepada Tuanku!

Patik Doakan semoga Tuanku dilanjutkan usia dan sentiasa berada dibawah lindungam IILAHI.

Allahuakbar!

P/s: Maaf patik tidak pandai berkata-kata..:)


Thursday, November 21, 2013

Makaroni Bakar Cheezy!


Macam mana?
Nampak menyelerakan tak?
Nampak sedap tak?
Nampak wow! Yummy yummy tak?
Hihi..gurau2 je ya..


Kebetulan petang semalam tak tahu nak masak apa tatkala dapur kehabisan gas, tetiba datang idea nak buat makaroni bakar ni. Goreng guna portable stove, rebus guna rice cooker dan bakar guna Oven. So simple kan..yang penting macam status kat atas tu! HALAL!!!!!

Lagi pun cuti2 sekolah ni anak2 asyik merengek kejap2 lapar, kejap2 lapar.. Maka dalam kesibukan tetap luangkan masa main masak2 didapur..


Ok ada yang minta resepi juga tu.. Ni resepi main campak2 jer.. Sukatan ikut suka. Janji jadi dan sedap.. Hihi..

Mula2 rebus lah makaroni tu.. Lepas tu toskan air dia.
Dalam masa yang sama, tumis bawang putih, bawang merah dan serbuk kari. Dah naik minyak masukkan daging kisar. Kemudian masukkan perasa, garam dan sos cili. Last sekali masukkan meatball.

Lepas tu potong kecil2 cheese macam gambar kat atas. Fungsinya agar lebih cheezy masa makan. Gaul2 makaroni goreng tu bersama cheese tadi.


Oleskan sedikit mentega pada bekas yang kita nak bakar tu. Masukkan makaroni tadi. Pecahkan 4 biji telur dan pukul sehingga kembang. Masukkan dalam bekas yang nak bakar tadi.


Akhir sekali bolehlah tabur mozarella cheese atas macaroni tadi. Nak lebih cheezy? Tabur banyak2 cheese tu. Hihi..
Then bakar suhu 170'c guna kaedah "both" selama 15 minit.

Enak dihidang panas2 bersama sos cili! Wowwwwww!!!

Selamat mencuba! 


Aktiviti mandi manda dan cuti sekolah..


Semalam ayah damia janji nak bawa anak2 gi mandi manda di kolam renang jam 4:30 petang.. Huh jam 6:00 petang baru sampai rumah. Lambat sebab dia ada discussion dengan kawannya. Tapi lambat2 pun tetap bawa gi jugak. Sebab both damias dah merajuk dah. Ayyunie punya merajuk siap ugut "jom kita langgar kereta ayah dengan basikal"... Muahahahaha..


Jam 6:30 petang sampai. Kolam tutup jam 7 malam. Dan akan dibuka semula jam 7:30 malam sampai 9:30 malam. Aduss, takkan nak tunggu sampai jam 7:30 kan. Last2 decided mandi jer lah walaupun setengah jam. 

Rezeki both Damias, tidak dikenakan bayaran utk kami sekeluarga sebab org yg jaga kaunter tu cakap tak pe lah, kejap sangat nak mandi ni. Celup2 kaki jer pun budak2 ni. So kami tidak dikenakan bayaran. Terima kasih Ya Allah. Ada hikmah sampai lambat ni. Alahai, lagipun both Damias jer mandi. Kami ibu ayah jadi pemerhati di tebing sahaja..:)


Walaupun sekejap, alhamdulillah.. Happy tgk anak2 gembira main air. Kesian mereka tak ke mana pun since cuti sekolah haritu. Eh baru 3-4 hari cuti sekolah kan. Ibu sibuk dengan kunci kira2 akaun dan persediaan CocoDamia utk 3 events besar hujung minggu depan, ayah damia pula sibuk buat jadual baru utk sesi 2014 dan juga persediaan pendaftaran baru. So memang kena curi2 masa utk bawa anak2 keluar berjalan.

P/s: Tapi ok gak tak jalan2 kemana, Aleesya focus hafal sifir. Sekarang dah hafal sifir 5. Terima Kasih Ya Allah..Ayyunie pula focus membaca dan baca muqaddam.. Al-maklum ler budak 4 tahun, masih banyak yang perlu diperbaiki terutamanya bab pronounciation tu. Nanti ibu dah start mengajar, nampaknya kena fikir aktiviti lain utk both Damias. Semoga Allah beri petunjuk dan permudahkanNya. 




Wednesday, November 20, 2013

"Halal" bukan sekadar Cop Halal..

Dah lama saya nak share pasal isu halal ni..Sejak saya dan ayah damia ke sebuah kilang makanan ringan beberapa bulan lepas utk melihat contoh mesin yang dikeluarkan oleh pembekal, namun ada perkara baru yang perhatikan dan menjadikan saya lebih berhati-hati lepas ni. Produk makanan ringan tu memang famous, senanglah nak jumpa kat pasaraya atau kiosk2 di stesen minyak macam petronas.

Memang ada sijil halal terpampang jelas dalam premis tersebut. Tapi yang menjadikan kami terkesima sekejap adalah attitude para pekerja dikilang itu. Beberapa pekerja lelaki bukan islam sedang buat kerja masing2... Ya bukan islam..lepas tu sambil merokok sambil mengoreng.. Ya Rabbi.. Kami orang luar berada dalam kilang tu pun selamba jer lelaki tu hisap rokok berkepul2 depan kami. 

Yang bahagian packaging pula Dengan pakaian seluar pendek dan hanya bersinglet, kemudian ada bangle di pergelangan tangannya, siap pakai rantai silver lagi di leher.. Tattoo pun ada di lengan..Masyallah.. Senangnya dapat "halal" kan. Walhal nak dapat halal tu bukan sahaja dilihat pada bahan mentah, bahkan pada siapa pekerjanya juga, dimana dan bagaimana keadaan premis, peralatan yang digunakan dan pelbagai aspek lagi yang perlu diambil tahu.

Jumaat lepas, sempat saya dan ayah damia bersembang petang sambil ada perbincangan dengan seorang pengarah bahagian Keusahawanan. Antara intipatinya adalah kata beliau "cukup 3 kali solat jumaat ada khutbah tentang makanan "halal", insyallah orang islam pasti tidak akan memandang remeh tentang ini". Betul juga kata pengarah tersebut. Masalahnya ada ke yang nak bicara tentang makanan "halal" masa khutbah jumaat?

Apa2 pun, mereka tidak boleh disalahkan. Yang penting adalah KITA SENDIRI. Apa yang kita cari, itulah yang kita makan. Mereka hanya mengisi peluang pasaran yang kosong. Namun kita jua lah yang harus bertidak sebagai pembeli muslim yang bijak. Alhamdulillah, kini dah banyak kedai muslim shop yang menjual barangan2 produk islam tumbuh bagai cendawan. Nampaknya makin ramai yang mula menyedarinya.



Insyallah.. CocoDamia akan cuba melaksanakan tanggungjawab sebagai penyebar makanan sunnah dan produk muslim dengan berada di landasan yang betul. Akan kami cuba tingkatkan kebaikan produk CocoDamia dari masa ke semasa utk kepentingan pengilang, pekerja dan juga pembeli bersama.


Status saya di FB kejap tadi. Malas nak taip semula, screenshot pun boleh lah ya. Janji apa yang ditulis sama2 kita hayati. Ayat2 tu jujurnya saya ambil dalam page carigoldforum tentang usahawan makanan halal.


Tapi betulkan memang ada orang yang macam tak kisah jer pun...:) Dan saya serta keluarga pun mungkin ada terlepas pandang pasal ni. Terutama utk restoran makanan segera dan juga produk sejuk beku. Jom sama-sama lepas ni kita saling berubah ke arah makanan yang betul-betul "halal" konsepnya. Saya pun bernasib baik sebab bawah office saya ada kedai muslim shop! So memang senang nak beli meatball, sosej, maggie atau apa2 bahan mentah yang kering dan sejuk beku disitu. 

Dan akhirnya siap jua entry yang dah lama terpendam di hati ni. Nak buat nak buat entry pasal halal ni, tapi terfikir sejenak, siapa aku utk buat entry ni? 

Tapi saya kembali kepada konsep "buatlah sesuatu kebaikan walaupun nampak kecil akan kebaikan tersebut. Walaupun kecil disisi manusia, tetapi besar disisi Allah" 

Insyallah, sharing is caring..

Surat beli buku darjah 1, suai kenal dan ujian penempatan kelas.

Masa minggu last Persekolahan minggu lepas, sampai sudah surat penempatan Darjah 1 untuk Aleesya di office.


Antara isi kandungan surat tersebut adalah tarikh utk beli buku baru, tarikh suai kenal dan juga tarikh utk ujian Penempatan kelas.


Jadual dan skop ujian yang bakal diadakan nanti. Semoga Aleesya lebih rajin belajar dirumah sempena cuti sekolah ni.


Bayaran untuk buku. Dan saya pasti sekolah cina ni banyak hidden cost. Sure pasni macam2 bayaran lagi kena bayarkan. Macam tadika Aleesya juga. Tiap2 bulan ada jer benda yang kena beli dan bayar. 

Insyallah.. Demi pelajaran anak2, akan ibu dan ayah sediakan keperluan yang sebaiknya utk kamu aleesya dan ayyunie.

Tuesday, November 19, 2013

Tea-time di mana?

Kalau agak2 tak tahu nak minum petang dimana dan dah borinb asyik minum petang cendol dan pisanv goreng, saya suggest jom minum petanv di Old Town White Coffee.

Ni kami minum masa last day both Damias bersekolah jumaat lepas. Bersemangat Ayyunie, masuk3 jer kereta terus cakap "happy holiday!!".. Bila saya tanya berapa lama holiday, Ayyunie jawab "lamaaaaaaa".. Hihi


White Coffee pilihan saya.


Roti kahwin pilihan saya juga..


Steam Bun Aleesya punya. Nasi lemak Ayyunie punya..


Ni hidangan minum petang yang ada. Sekali set dengan air panas atau air sejuk. Kalau rasa tak tahu nam minum petang kat mana, boleh lah datang sini ya. Tanda Halal sebesar2nya terpampang di Signboard luar.

P/s: Kecoh semalam pasal budak hilang kat Villa Nabila tu.. Katanya kena sorok oleh tut tut tut.. Rupa2nya.. Hurmm baca kat link bawah ya..

http://www.mazidulakmal.com/2013/11/saya-tidak-percaya-mereka-disorokkan.html?m=1


Monday, November 18, 2013

Mesti Queue!!!


Queue kat mana?
Queue kat Chicken Chop Hutan Bandar..
Tak sah datang sini kalau tak queue..
Tapi bukan queue dalam line..
Queue style siapa cepat dia dapat meja dan tempat duduk tu..
Pandai2 lah round cari meja yang org dah nak habis makan..

Nak tahu details pasal chicken chop hutan bandar ni, boleh google..
Macam2 review ada..


Lebih kurang 15 minit, order sampai.. Kalau nak cepat sikit boleh order makanan panas dari pengerai lain..

Yang kaw kat sini adalah sos black pepper dia.. So yummy!!!

Alhamdulillah.. Dinner kami mlm tadi.. Both Damias yg beria-ia nak mkn chicken chop..

Saturday, November 16, 2013

Sekali sekala menikmati hujung minggu di rumah..

Apa lagi???
Masak-masak lah kat rumah kan..
Hobi saya kan masak2.. Itupun kalau ada masa masak..:)


Menu tengahari ni, kari kepala ikan merah..


Kerang bakar sambal..

Dan adalah ikan kering 2 ekor..


Siap beli durian masa keluar breakfast pagi tadi sambil2 beli lauk.. Buat "pulut durian" kegemaran ayah damia. Kami makan serawa durian je. Pulut durian kurang berehi.. Hihi..

P/s: Kalian masak apa harini?

Friday, November 15, 2013

Hadiah daripada Allah


Yakinlah..
Yakinlah..
Yakinlah..
Sesungguhnya Usaha itu milik kita..
Rezeki jua milik Allah..
Rezeki itu rahsia Allah..
Rezeki itu hadiah daripada Allah...