Saturday, October 5, 2013

Lebih memahami erti BERSYUKUR!




Alhamdulillah.. Semoga kita lebih memahami erti BERSYUKUR!!! 

Terima kasih Ya Allah kerana tak putus-putus melayan permintaan hambaMU yang hina ini. 

Warga Johor yang free harini, bolehlah ke Karnival "satu daerah satu industri" di Angsana Mall ya.

Tq my silent reader yang datang ke booth cocodamia semalam. So sad saya tak dapat berjumpa dengan anda semua kerana sibuk utk production coklat IQ di kilang. 

Friday, October 4, 2013

Karnival "Satu Daerah Satu industri" di Angsana Mall


Warga Johor!!!
Berita baik utk anda!!!
Temui team CocoDamia di Angsana Mall sempena dengan karnival "Satu daerah Satu industri" peringkat Johor. Seramai 5 usahawan terpilih untuk peringkat Johor Bharu.


Petang semalam dah siap2 setting booth. Terdapat 10 daerah di Johor yang mewakili daerah masing berkumpul mempromosikan produk masing2.


Alhamdulillah, stokis kami Puan Roziyah dan teamnya seawal pagi lagi telah berada di sana utk meraikan penduduk Johor yang berkunjung ke Booth CocoDamia.


Karnival bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan bermula hari ini, jumaat dan berakhir hari ahad. Jom rasai kesedapan dan keberkesanan Coklat IQ. Sangat sesuai utk anak2 yang sedang menghadapi peperiksaan PMR sekarang dan juga SPM serta peperiksaan akhir tahun akan datang. Jom ramai2..

P/s: BTW esok dan lusa kami ada convoy dan holiday di Lanjut Beach Resort, Rompin. Perancangan dah dibuat hampir 2 bulan lepas. Bilik pun dah bayar. Tapi apakan daya, perancangan daripadaNya tiada siapa yg boleh sangkal. Menteri Besar Johor juga akan datang merasmikan Karnival ini dan sekaligus melawat booth2 yang ada dan beramah mesra dengan para usahawan semua.

P/s: Pagini, adik ipar saya datang. Meriah bawak budu, keropok, serunding berkilo dan juga kerepek dari kelantan.



Thursday, October 3, 2013

Resepi roti cheese telur blackpepper

Minggu lepas saya ada upload gambar breakfast saya kat dalam Instagram dan FB. Tak sangka pula ramai yg minta resepinya walaupun menu biasa2 sahaja.


Ni gambar yang saya upload dan terus menerus org minta resepinya. Kebetulan minggu tu sibuk dengan KUD, makanya postponed lagi nak share resepi. 

Pastu 2 hari lepas ada blogger yg whatapps saya supaya cepatkan tulis resepi tu. Sebab suaminya dah tak sabar nak try menu ni. Hihi.. Maka dengan pantasnya saya tulis resepi tu hah.


Sebelum2 ni dah biasa buat resepi ni. Cuma intinya sahaja yg berbeza ikut tahap kerajinan anda. Time rajin sangat guna daging cincang buat inti. Time banyak keje sikit guna inti sardin. Dan time kesibukan yg melampau, guna inti telur pun sodapppp!!!

Meh saya share resepi saya ini.

6 keping roti
500 ml susu segar
2 biji telur
Sedikit garam
Cheese 4 keping
Mozerella Cheese ikut suka nak banyak sikit.

Untuk inti:
4 biji telur
Garam
Bawang besar di potong halus
Lada sulah
Sos lada hitam
Sos cili
Mayonis.

Cara membuatnya:
Goreng bawang besar sampai naik bau. Masukkan telur. Kacau cepat2 agar menjadi ketulan kecil. Masukkan garam, sos lada hitam, sos cili dan lada sulah. Tutup api dan gaulkan dengan mayonis.

Cara bakar:
Rendamkan roti dalam susu yang bercampur telur. Susun dalam pemanggang ajaib. Lepas masukkan inti layer by layer. Kemudian lapiskan dengan cheese. Yang atas sekali tabur mozerella cheese banyak2.

Then bakar sampai cheese kekuningan. Makan panas2. Fuhhh confirm suami dan anak2 sayang anda double triple.. Haha


Bakar dalam pemanggang ajaib jer senang! Tak sampai 10 minit dah masak!


Ni yang saya buat sebelum ni. Guna inti sardin. Pun sodappppp juga.

So kepada yang dah cuba jangan lupa share hasil anda dengan saya ya. Hihi

Selamat mencuba!!!



Wednesday, October 2, 2013

Hadiah-hadiah yang dapat minggu lepas

Dasyat tajuk entry! 
Macam banyak sangat hadiahnya..
Tidaklah banyak mana, tapi bestlah hasil daripada hobi join contest. 
Tak usaha siapa nak bagi kan?
Contest pun contest bergambar aje. Kalau contest Higher Purchase ke, contest rumit2 ke, contest kumpul POP ke, memang jarangggg sangat nak join..

Alhamdulillah, last week ayah damia yang gi collect kat office2 berkaitan di KL sebelum startnya KUD.


Ni voucher hasil kemenangan contest May. Menang gambar ceria raya. Dapat voucher Jusco RM200. Yang bestnya tak ada expired date. Hooray!!!


Dapat duit RM500. Menang contest bergambar Follow Me. Yang masuk Harian Metro haritu. Ni monthly winner.


Selain dapat cash RM500, dapat juga electric Oven jenama Cornell ni. Sabo jer lah besarnya oven ni. Separuh bonet SUV ni. Dah tumpang letak rumah BIL kat bangi masa otw balik KUD tempohari.


Khamis lepas, dah selamat sampai hadiah kemenangan gambar "best raya dress" contest. Alhamdulillah dapat Grand Prize.


Hadiahnya pun grand juga. Lagi grand kalau dapat emas 916 kan. Ngeeeee... Saja gurau2.. Ni pun dah bersyukur. Eh ada apa dalam 2 kotak tu? Ada bling2 ler.. Nanti2 ler tunjuk ya.

P/s: Banyaknya Appointment harini! Semoga semua perbincangan dan urusan dipermudahkanNya dan berjalan lancar. Aminn



Tuesday, October 1, 2013

Sekeping Wall Photo Potrait membawa seribu satu kenangan abadi di Tanah Suci


Beberapa hari sebelum saya ke KUD di Putrajaya, saya ada tempah online utk wall deco ni. Ni kali kedua saya tempah dengan owner yg sama. Dulu saya tempah gambar2 both Damias sempena Hari Jadi Aleesya. Kalini saya tempah gambar2 saya dan ayah damia pula. Oh ya gambar diatas saya ambil dari Facebook airiswalldeco.

Services memang tip top, harini send gambar dan buat pembayaran, esoknya terus dah siap dan siap delivered ke KUD lagi. Kebetulan juga owner tersebut nak ke JB hari jumaat, dan saya pula ke KUD hari jumaat, so kami memang tak sempat jumpa. Hari khamis owner tersebut hantar ke ayah damia di booth CocoDamia. Terkejut jua ayah damia apa lah tetiba ada org hantar barang atas nama dia kan. Boleh juga dijadikan hadiah Anniversary kami berdua yang baru lepas beberapa minggu.

Sepanjang di Putrajaya, kami amat sibuk dan tak sempat nak bukak pun wall deco yang berbalut kemas tu. Sampai2 sahaja dirumah, terus buka dan alhamdulillah, seperti biasa hasil tangan yg sangat puas hati.



Dah siap tergantung. Inilah yang dimaksudkan dengan sekeping wall photo potrait yang membawa seribu satu kenangan abadi di Tanah Suci. Dan yang pasti kenangannya sentiasa terpahat dihati agar kaki kami dapat lagi menjejakkan kaki kesana. 

Setiap kali melihat gambar2 ini, seolah-olah ia memanggil-manggil untuk kami ke sana lagi. Wahai Allah yang Maha Pemurah lagi maha Kaya, izinkanlah kami untuk jejakkan kaki kami ke sana lagi bersama dengan keluarga kami Ya Allah. Terima kasih Ya Allah.













Monday, September 30, 2013

~meeting~




Alhamdulillah, baru selesai meeting di Pejabat daerah dan tanah Johor Bharu utk program "Satu Daerah, Satu Industri". Seramai 5 usahawan yang terpilih utk program ni. 


Dan macam biasa, lepas meeting agenda makan-makan mesti ada..:)

Semoga CocoDamia dapat mengorak langkah yang lebih jauh dan terus berada di pasaran Sehingga luar negara. Bukan senang nak mengapai bintang, tapi kalau tidak berusaha, macam mana nak mengapainya kan..

Mind power! Mind power! Mind Power!

Terima kasih Ya Allah.

Daging Salai Masak Lemak Cili Api


Terdapat 1001 kenangan manis sepanjang saya dan team CocoDamia berada di KUD 2013 di Putrajaya ini. Selain daripada jualan Stok CocoDamia yang laris sampai 3 kali pinjam dengan stokis, dapat juga berjumpa dengan silent2 reader, blogger, kawan2 alam maya dan juga yg best kawan2 zaman sekolah menengah dulu! Nanti saya cerita details pasal corat coret sepanjang saya berada di KUD 2013 ya.

Dan antara yang paling best juga di sana adalah makan, makan, makan.. Haha

Terdapat pelbagai gerai kat KUD 2013. Tapi yang paling menarik, gerai2 yang menawarkan makanan asli dan original bagi setiap negeri. 


Mula2 sampai dari JB lagi jumaat haritu, ayah damia terus ajak makan. Ya lah hampir 4 hari tak jumpa, apa lagi time ni lah nak tenung muka anak2 dan isteri kan.. Muahahaha.. Saya pilih gerai N. sembilan sebab dah lama sangat tak makan "daging salai masak lemak cili padi"..


Ni lah rupa daging salai tu. Alhamdulillah.. Best best.. Lepas tu ingat nak try "telur itik masak lemak gulai cili api" dengan belimbing buluh, alahai ramai lah pulak orang yg beratur.

Aleesya dengan makanan lemang+ ketupat dan rendang, Ayyunie pula sama menu suka makan sup original dari Gerai Kedah.


Aleesya yg snap gambar ni. Pantang nampak ibu ayah "I Love You", mesti dia nak snap.. Hihi..menurun dah hah hobi suka amik gambar kat Aleesya ni..


Lepas tu hari keesokannya kami makan makanan di gerai kelantan. Mana boleh tahankan tgk nasi kerabu asli dari kelantan. Ramai betul orang kat booth ni. Uniknya yang membeli di gerai ni majoriti cakap kelantan.. Hihi


Tu lah menu utamanya. Saya siap beli nasi kerabu dan sup tulang itu!!! Best best..

P/s: alhamdulillah.. Ayah damia baru dapat call dari MICCOS utk karnival besar-besaran yang akan datang di KL lagi.

P/s: Hujung minggu ni temui team cocodamia di event "satu daerah, satu produk" di Plaza Angsana!

P/s: Petang nanti ada meeting di Pejabat daerah Johor Bharu bersama dengan aensi2 kerajaan. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Berilah berita yang baik-baik sahaja kepada kami  CocoDamia. Terima kasih Ya Allah.





Sunday, September 29, 2013

Breakfast bertiga sahaja di hotel Everly putrajaya


Pagi2 pagi lagi ayah damia dan para staff telah keluar utk persediaan hari2 terakhir di KUD 2013. Al-maklumlah semalam balik awal. Jam 6 petang da balik sebab stock Sold Out lagi. Sepatutnya kena tutup booth jam 10 malam, habis tu nak jual apa kan. Alhamdulillah.. Laris laris..

So pagini bersarapan bertiga sahaja di hotel. 


Sambil makan, sambil tgk pemandangan cantik Putrajaya. Boleh tgk org mandi pool juga. Malam tadi both Damias dah pulun mandi pool dengan saya dan juga para staff sebelum tinggalkan mereka di bilik staff utk ke KL pinjam stok dengan stokis.


Masing2 muka ceria!!! Mana tak ceriakan.. Sorang2 dapat buat sales masyukkkkk!!!


Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah..

Saturday, September 28, 2013

Panas!!! Panas!!! Panas!!! Stok Coklat IQ CocoDamia Out of stock di KUD 2013

Spechless!!!
Besarnya kuasa Allah,
Asalkan kita berusaha bersungguh-sungguh, pasti ada ganjarannya. 
Usaha milik kita, Rezeki jua milik Allah..





Syukur, Alhamdulillah.. Details later..


P/s: tengah urut satu badan ni hah!!! Sian Ayyunie sampai ngantuk2 tunggu..



Friday, September 27, 2013

Wahhh bas dah canggih!!!

Statement kat atas adalah utk org yg jakun naik bas utk perjalanan jarak jauh dan juga utk orang yang dah lama giler tak naik bas ekspress! Hihi


Fuhh sangatlah kelam kelibut sejak awal pagi lagi. Jam 5:30 pagi baru nak packing semua baju2 dan baru nak gosok baju bagai. Ya lah dah 4 hari jadi SUPERIBU. So semua benda kena buat sengsorang. Janji ngan staff saya yang tak gi KUD2013, kul 7 amik saya kat rumah gerak nak gi Sri Putri, sekali kul 7 baru dia keluar dari rumah dia. Dah tu jalan jammed giler gaban pulak tu. 

Pastu kena singgah kilang CocoDamia amik berdozen2 stok Coklat IQ lagi. Ayah damia cakap stok yg bawak 13 dozen selasa lepas tinggal 3 kotak jer lagi. Hah? Alhamdulillah..So jammed jammed pun memang terpaksa singgah kilang amik stok yang baru siap jam 7 petang semalam.

Dan nak elak jammed, terpaksa lalu jalan shortcut dalam UTM.. Alhamdulillah, Allah sayang kami. Walaupun dalam UTM banyak kereta dan bas, tetapi jalan smooth.

Ngam2 sampai tempat tunggu bas, tunggu dalam 10 minit, bas pun sampai.. Syukur walaupun agak kelam kelibut disitu. Tu tak cerita lagi otw tadi, kereta depan kami langgar kereta depan dia, kereta depan kami boleh pulak dan dan rosak, kena follow driver yang slow giler bawak kereta. Haha.. Macam2.. Ada hikmah disebaliknya tu!


Naik jer bas... Wahhh sangat best weiii. Bas luas giler.. Seat canggih macam dalam flight keluasan dan dimensi panjangnya. Tak tersekat kaki panjang saya ni.. Lutut pun jauh lagi nak kena seat depan. Siap boleh adjust baring 45 darjah.. Haha.. Statement org jakun ni..
See Ayyunie happy giler dapat naik bas. Nak duduk ngan kakak2 staff ibu both Damias harini. Bagus, senang ibu nak updated blog dalam bas ni hah!


Yang paling penting, tak ramai org dalam bas ni. Ramai lagi staffs CocoDamia dari passenger luar. 3 orang jer passengers. Haha dah macam bas CocoDamia ni. Yang penting turun terus kat Putrajaya. Nak naik flight susah oooo, sapa nak jemput ramai2 ni kat LCCT? 

Kawan2 dalam group whatapps pun teruja tgk gambar bas ni. Diaorg cakap macam seat exam dah hah. Kikikiki.. Ya lah masing2 kan dah lama giler tak naik bas since semua ada family dan berkereta besar2.. Hihi

Ok lah, siap buat entry dalam bas Plusliner ni. Sedikit tips utk uolss yang nak ke Putrajaya dari JB, hanya naik bas Plusliner dan Transnasional sahaja ya. Yang lain2 tak turun Putrajaya..:)

Ok lah, nak tido dulu.. 
Both Damias tak sabar nak jumpa ayah diaorg ni. Rindu kata mereka.. Ibu pun rindu ayah juga ni!!!! Opssss..

P/s: Untuk update2 dan gambar2 terkini di KUD2013 di Putrajaya, jangan lupa LIKE fanpages : Coklat iq ... ada gambar2 silent reader blog ibuayahdamia, ada gambar2 org yang teruja melihat lubanah dan pelbagai gambar2 program menarik disana.
Jumpa disana ya Uolss. Jom jom..

Thursday, September 26, 2013

Dapat Telur Penyu



Siapa pernah makan telur penyu? Apa rasanya ya? Seumur hidup tak pernah makan. Ni pun sebab malam tadi ada student bagi. Katanya mama dia belikan. 

Mamanya siap sms lagi bagi panduan cam mana nak rebus dan makan telur penyu ni. Katanya juga kalau saya tak leh makan, sedekah jer kat sapa2.

Dah google cara2 nak masak telur penyu ni. Hanya kaedah rebus sahaja org buat. Rebus lama cam mana pun tetap cair telur putihnya tu. Haihhh dah lah seumur hidup tak pernah makan. Nak try tapi tak berani.. Huhu

Sapa2 yg pernah try cer citer rasanya cam mana? Ok ke? Sedap ke? Hanyir ke? Tq in advanced!

Wednesday, September 25, 2013

CocoDamia di Karnival Usahawan Desa (KUD 2013)

Tahun lepas saya rajin ke Karnival-karnival serta apa2 jua pameran yang melibatkan produk usahawan serta khidmat nasihat untuk menjadi usahawan produk. Masa itu saya hanyalah sebagai seorang pengunjung sahaja dan sekaligus merupakan pemerhati serta cuba belajar untuk membuat produk sendiri. Begitu bangga saya kira para usahawan2 yang cuba mempromosikan produk masing2 serta memikirkan pelbagai strategi untuk menarik perhatian para pengunjung utk singgah dan sekaligus membeli produk masing2.

Boleh tengok dalam entry saya di bawah yang masa saya sanggup balik hari JB-KL-JB ke Halal Festival di PWTC semata2 utk melihat produk 600 usahawan yang lain dan cuba mencari peluang yang ada

Tak cukup disitu, saya pergi lagi ke MAHA yang diadakan di MAEPS, UPM Serdang untuk belajar, belajar dan memerhati apa2 peluang keusahawanan yang ada. Boleh juga baca di entry di bawah

Dan tak sangka, tak sampai setahun, akhirnya saya mempunyai produk atas jenama sendiri dan kini COCODAMIA telah mendapat tempat di KUD 2013, yang mana mengumpulkan 600 usahawan bersama produk masing-masing. Syukur Alhamdulillah. Bukan senang nak senang. Kalau dahulunya saya hanya sebagai pengunjung dan kini saya adalah sebagai usahawan dalam Karnival2 tersebut. Walau bagaimanapun, kejayaan ini bukan kejayaan saya seorang kerana tanpa TEAM COCODAMIA yang sangat HEBAT, CocoDamia takkan berada disini pada harini.



Alhamdulillah, petang semalam En Khairuddin aka ayah damia dah selamat sampai di Putrajaya. Sampai2 sahaja terus ke kaunter pendaftaran Usahawan


Siapa sangka, kini nama company saya berdiri gah disitu membawa produk jenama COCODAMIA.


Tengah setting booth.


Ayah Damia cakap, event ni memang besar-besaran. Tak cukup langsung kalau jalan-jalan 1 harini.
Mau 2 hari 2 malam baru sempat tilik satu2 produk kat KUD ni..


Selain daripada tempat para usahawan berkumpul, ada juga pelbagai program yang dianjurkan.


Promosi Besar-besaran ni tau. Rugi tak datang.


Kebanyakan suratkhabar memang buat cover story pasal KUD 2013 ni..


Ni pre launching KUD di Pentas Utama TV3 


Dalam Harian Metro pun ada.


Kat TV pun ada iklan tentang KUD 2013 ni. Alaaa...iklan yang Kak Engku dan Zizan promote buah bahulu tu..

So kepada yang berkesempatan, apa lagi..jom ramai2 kita meriahkan KUD 2013 ni. Sama2 membantu menjana ekonomi Islam dan Bumiputra.

Temui Team CocoDamia di ZON D, booth NO 463 bermula harini 25hb Sept hingga Ahad, 29 Sept dari Jam 10 pagi hingga 10 malam. Jumpa anda di sana!!!
BANYAK ACARA MENARIK!!!
Ada cabutan bertuah, tunggang kuda percuma, naik hot balloon air percuma dan macam2 lagi. Just guna resit CocoDamia sahaja!!!!