Tuesday, September 24, 2013

Booth Stand CocoDamia di HPPN, MITC Melaka

Bermula dari jumaat hingga hari ahad lepas, stokis CocoDamia, Puan Ruziyah telah berada di MITC sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Melaka. 
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
En Khairuddin a.k.a ayah damia turut sama turun padang ke Melaka dari JB untuk membantu stokis CocoDamia memberi kata-kata perangsang serta khidmat nasihat. 
Manakala saya dan anak2 pergi keesokan harinya bersama ayah damia jua. Pergi pun dah lambat, jam 6 petang baru bertolak sebab pagi tu semua OT kat kilang CocoDamia.


Yeayy!!! Kini CocoDamia berkembang lagi setapak.
Kami dah mempunyai Booth Stand sendiri.
Dengan ini baru CocoDamia dapat berdiri gah lagi berkeyakinan di tengah2 produk lain.


Untuk setiap karnival dan pameran di booth2, memang Coklat IQ ada jua dijual dalam bentuk sachet bagi memudahkan para pengunjung rasa dahulu coklat IQ ni. 


Dan yang pasti, harga walk in jauh lebih jimat berbanding dengan harga online. 


So, lepas ni mana2 pengunjung yang nak ke booth CocoDamia di mana2 karnival atau pameran, dari jauh dah boleh nampak ya. Testimoni2 terpilih juga ada utk dibaca oleh siapa2 yang tak pernah lagi singgah di FB: Coklat IQ. 

-Gambar-gambar dibawah adalah saya ambil dari FB stokis tersebut-


Kenangan bersama Melaka FM
CocoDamia turut menarik perhatian salah seorang deejay disitu utk menjadi dealer. Alhamdulillah..


Kenangan bersama penari kebudayaan Melaka.


Abang traffic pun berminat dengan CocoDamia ni.


Saya dan keluarga yang singgah sekejap di Booth CocoDamia di MITC. Alhamdulillah, sambutan yang mengalakkan. Ada yang nak jadi pengedar dan stokis.
Syukur dengan Rezeki yanh Allah kurniakan kepada kami. Semoga keberkesanan dan kebaikan CocoDamia diperluaskan dan menambah nilai kepada masyarakat sekeliling. Amin

P/s: Dan harini pagi2 lagi otw ayah damia ke Pontian ambil barang, dah COD cocodamia. Pastu nanti otw ke Putrajaya, singgah Melaka hantar stok berdozen2 utk stokis baru. Pastu singgah ayer keroh utk hantar setengah dozen kepada regular customer. Then pergi puchong hantar utk stokis baru disana pula. Then at the same time, saya suruh ayah damia collect hadiah2 contest yang saya menang. Hihi.. Then malam pula ada taklimat bersama 600 usahawan di Putrajaya. Alhamdulillah.. Ayah Damia jadi Iron Man, saya jadi iron lady disini..:)




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Berdebar-debar nak jadi stokis CocoDamia?


Lately memang saya banyakkkkkkkkkk sangat terima email, pm, sms dan whatapps berkenaan permohonan individu nak jadi stokis dan dealer. Ada tu sampai satu kawasan, 4 orang hantar permohonan nak jadi stokis. Alhamdulillah, besarnya kuasa Allah kan.

Tapi kami hanya pilih 1 kawasan/ daerah,1 stokis. Manakala utk dealer takkan bertindih juga untuk sesuatu tempat. So mana yang tak boleh, kami akan menolak secara baik atau mengambil inisiatif supaya individu tersebut jadi dealer kawasan lain.

Tapi dalam banyak2 yg hantar nak jadi stokis, sms ni yg paling mencuit hati saya. Ya lah, istilah berdebar2 tu yang membuatkan saya turut berdebar2.. Hihi.. Apa2 pun Alhamdulillah, insan yang berdebar2 ni dah bersetuju nak jadi stokis kami dan insyallah harini, Team CocoDamia akan hantar stok kepadanya di KL.

USAHA adalah kunci UTAMA untuk mendapat hasil yang berkat dan lumayan. BERUSAHA lah sebaik mungkin kerana USAHA itu milik kita. Jangan fikirkan laku atau tidak sesuatu produk tu andai USAHA kita pun seciput cuma, tapi mengharapkan pulangan yang berganda-ganda. Bukankah REZEKI itu milik Allah? Semoga dealer2 dan stokis2 CocoDamia dapat menambah nilai kepada masyarakat sekeliling dan juga sekaligus menambah kebaikan dan pendapatan kepada keluarga masing2. 

Monday, September 23, 2013

Meeting susulan

Kesinambungan daripada hasil lawatan pihak2 Jabatan Kerajaan ke Kilang CocoDamia jumaat lepas.
Maka hari ini dalam kesibukan yang amat, tetap luangkan masa untuk ke Jabatan Pertanian.
Fast action, fast result!


Wakil dari Jab Pertanian Johor yang suruh kami cepat2 ke Jabatan Pertanian Johor.
Katanya produk CocoDamia lain dari yang lain.
Rugi tak minta bantuan samada dari segi perkhidmatan, mesin ataupun pemasaran.
Dan katanya tidak mustahil CocoDamia boleh dipasarkan ke Dubai jua. Amin amin, semoga CocoDamia terpilih untuk dibawa ke peringkat antarabangsa terutamanya negara-negara Islam.

Tapi kami sendiri pun tak tau nak minta bantuan apa sebenarnya..
Nak minta TRADEMARK kan produk kami, kami dah buat sendiri. Tak tahulah pula Jab Pertanian boleh buat. Nak minta bantuan packaging kotak, kata pihak mereka, design dan kualiti kotak kami pun lagi cantik. Hihi. So, setelah melihat kepada masalah CocoDamia yang permintaan MELEBIHI tawaran, kami mohon mesin2 packaging dan freezer. Insyallah, semoga Allah permudahkan. 

Dan semoga hasil daripada meeting susulan ini mendapat keberkatanNYA. Saya tahu ini peluang yang Allah cuba salurkan kepada kami melalui Jabatan2 Kerajaan. Semoga kami dapat menguruskan amanah2 ini sebaiknya.

p/s: Kami cuba juga bergurau minta Van CocoDamia...haha..terkejut puan tu...

Saya pun join sekali mandi swimming pool!!!

Memang dah nekad, kalini saya pun nak join anak2 dan suami mandi pool jugak. Dah lama saya tak berendam lama2 dalam pool.


Mula2 both Damias dan ayahnya dulu main pool. Tugas saya as usual lah, amik gambar. Kata blogger kan. Gambar dan saya memang tak dapat dipisahkan.


Testing2 jacket swimming baru..


Both Damia kejap jer main kat pool kanak2 ni. Ntah, agaknya guna jacket swimming tu kat pool ni, macam tak adenture gitu..


Aleesya yang baru mula2 nak belajar apungkan diri. 


Ayyunie yg paling excited. Walaupun ban bam, tapi dia paling senang apungkan diri. Tahniah baby!!!!


Nampaknya kena beli lagi satu jacket swimming ni. Berebut hah.. Kejap aleesya pakai, kejap ayunnie pakai.


Gambar saya??? Haha.. Sapa nak tolong snap kalau saya dah masuk dalam pool tu! Tak pe itu tak penting. Yang penting kami sekeluarga dapat spend quality time bersama. Lepas check out, kami jalan2 cari makan pula di Melaka. Syukur Alhamdulillah dengan kenikmatan kebahagiaan ini.

P/s: Super Duper Bizi, esok team CocoDamia akan berada di Putrajaya untuk "Karnival Usahawan Desa" yang mengumpulkan 600 usahawan. Doakan kami berjaya ya!

P/s: Yeayy both Damias cakap "nanti duduk hotel lagi ya ibu"... :)

Sunday, September 22, 2013

Jauh Both Cik Ted datang tidur..

Baru check-in..


Jauh both Cik Ted datang tidur malam ni..


Jacket swimming yang tak sabar both Damias nak rasmi pagi esok. Beli dah seminggu.


Inilah yang diaorg suka sangat tido hotel..


Dan currently tgh makan burger lepas mandi. Tadi masa ibu ayah makan asam pedas power, aleesya tido atas meja, ayyunie pulak tak ada mood nak makan. Hah ni dah macam org kebuluran makan burger.

Semoga both Damias happy dengan holiday kali ini. Sambil ibu ayah datang melawat booth CocoDamia di MITC, sambil bawa anak2 holiday. Alhamdulillah..

Saturday, September 21, 2013

OT OT OT




Salam sabtu. Stok CocoDamia yang terhangat dipasaran. Letak jer licin, letak jer habis. Maka harini walaupun cuti terpaksa OT. Jom sama-sama mendidik kita sebagai peniaga dan pekerja sebagai insan yang soleh dan solehah dengan menjadikan perkerjaan kita sebagai satu ibadat. Berminat nak jadi stokis dan pengedar, boleh pm/whatapps 010 646 8383. Happy weekends semua!


Demi menghargai staffs yang semua sanggup OT hari ini, saya siap masak udang galah masak lemak cili api dengan pucuk paku lagi utk lunch nanti di kilang cocodamia. 

P/s : Warga Melaka, boleh lah ramai2 ke MITC harini kerana team CocoDamia berada disana selama 3 hari utk promosi Coklat IQ sempena Hari Peladang, Petani dan nelayan negeri Melaka. Diskaun menarik menanti anda disana. Jom ramai-ramai. Dengar khabar dari stokis disana, orang tersangat-sangat ramai. Alhamdulillah.

Friday, September 20, 2013

Apabila DO, FAMA dan JAB PERTANIAN melawat kilang COCODAMIA



Alhamdulillah..
Syukur Ya Allah..
Baru sahaja habis interview dan lawatan tapak daripada wakil District Officer JB (Tok penghulu, orang kanan DO katanya), En Nazri dan rakan dari FAMA, Puan Ruby dan rakan dari Jabatan Pertanian ke Kilang CocoDamia. 

Alhamdulillah, CocoDamia terpilih dalam produk yang berdaya saing dan akan diketengahkan oleh pihak2 tersebut ke peringkat daerah, kemudian peringkat Negeri dan seterusnya peringkat Antarabangsa.

Syukur kepadaMU Ya Allah, segala penat, usaha dan hasil menambah nilai kepada orang lain, Allah anugerahkan saya Legasi CocoDamia ini untuk sama-sama berkongsi kebaikannya. Wakil2 tersebut teruja melihat bagaimana rupa Lubanah, bagaimana proses kismis diterapikan dan bagaimana saya dan suami boleh menghasilkan produk Coklat IQ A-Z tanpa bantuan modal daripada mana2 agensi dan pemprosesan coklat serta packaging semuanya kami buat sendiri. 

Sedih juga sebab harini, pagi2 lagi Ayah Damia dah bertolak ke Melaka untuk memberi sokongan penuh kepada Stokis yang buka booth di MITC, Melaka bermula harini hingga ahad nanti. Semua tajaan CocoDamia bagi menghargai stokis yang aktif dan sales yang kencang. Syukur Ya Allah. Kalau tidak, mesti ayah damia insan yang paling happy sebab usaha penatnya selama ini dipandang oleh badan2 kerajaan.

Saya dan staffs pun happy juga sebab nanti akan ada bantuan2 daripada Jabatan Pertanian dan pihak FAMA dari segi mesin-mesin dan juga marketing ke luar negara. So diaorg dah tak payah OT sampai malam lagi..hihi..Staffs semua pun teruja pabila diaju pelbagai soalan berkaitan dengan pemprosesan coklat IQ ni. 

Terima kasih Ya Allah. Kerjasama daripada semua pihak terutamanya para pembeli, stokis, dealer dan agen amatlah kami hargai. 

Syukur juga, tadi terus kami diberitahu bahawa produk CocoDamia terpilih dalam produk 'satu daerah, satu produk" untuk dibawa ke events2 anjuran jabatan kerajaan. Subhanallah. Besarnya KuasaMU.


En Nazri (FAMA) sedang merasa Lubanah yang telah diproses dan beliau sangat terkejut kerana 1kg Lubanah ini bernilai ratusan dan boleh mencecah sehingga ribuan ringgit mengikut grednya. Manakala pihak Jab. Pertanian pula sedang merakam dan merekod pemprosesan Coklat IQ dibuat.


Sampai tilik cam tu sekali wakil Jabatan Pertanian ni melihat pempsosesan Coklat IQ dihasilkan.


Masing2 teruja nak rasa lubanah.


Pihak FAMA dan pihak Jab. Pertanian sedang melihat bagaimana kotak2 CocoDamia sedang dilipat dan seterusnya packaging penuh Coklat IQ dihasilkan. 
Abaikan bakal CEO CocoDamia yang comel itu ya. Pagi ni terpaksa bawa gi kilang sebab ibu masuk awal kilang. 


Berbincang dengan lebih lanjut tentang produk cocodamia dengan wakil DO.


Alhamdulillah...Insyallah hujung bulan ni saya dipanggil meeting di Pejabat Daerah Johor untuk tindakan lanjut berkenaan projek "satu daerah, satu produk" yang bakal dilancarkan.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau perkenankanlah doa2ku dan suamiku.
Semoga impian kami ingin menjadi USAHAWAN JUTAWAN yang DERMAWAN diperkenankan dan dimakbulkan olehMU Ya Allah. 
Jom sama-sama kita menambah nilai kepada orang lain.
Tangan yang memberi adalah lebih baik daripada menerimakan.
Namun andai kata orang memberi kepada kita, anggap sahaja itu rezeki yang disalurkan olehNYA.

P/S: Harini memang betul2 jadi Iron Lady...semua urusan rumah, anak-anak, kilang dan office tuisyen kena urus sendiri. Sampaikan Both Damias masuk tadika pun lambat setengah jam. Eh, ayah damia call yang dia dah sampai kilang CocoDamia lah...wahhh ni mesti pecut habis bawa kereta kan. 

Won Bracelet and Classic Earring


‘ZAMZARINA BT ZAKARIA’; You are the 1st Prize Winner for Astutexperience Best Raya Dress Contest! Congratulations! Do PM us at FB for us to process your Prize yeah!

Hampir terlupa pula nak updated kisah menang Contest Anjuran ASTUTEXPERIENCE ni. 
Dapat tahu kemenangan ni masa hari jumaat lepas. Otw nak gi site kat Tanjung Balau.
Hah, genap seminggu baru nak updated kan.

Btw Syukur dengan kemenangan ini. Ya lah saingan sangat sengit. Gambar2 para peserta lain pun cantik2 dan dabomb!! Tapi telah tertulis rezeki kemenangan kali ini adalah untuk saya. Maka dengan mood happynya saya terima. Hihi. 

Hadiah yang saya akan dapat adalah Seutas gelang tangan dan sepasang subang tajaan Kelvin Gems. 
Syukur Alhamdulillah..
Mudah-mudahan akan datang menang barangan kemas 916 pula ya. Tak salah berangan kan. Sahkan kambing pun Allah anugerahkan untuk saya melalui cabutan bertuah. Hah tu lagi hadiah yang saya tak pernah terfikir dan tercapai dek akal. Hihi..

P/s: Apa khabarlah kambing Boer saya di ladang batu pahat sana. Dah call PIC utk confirmkan bila sembelih kambing dan buat makan-makan. Mula2 nak buat Cuti Hari Malaysia aritu. Kepenatan balik dari Tanjung Balau pula. Nak buat khamis malam jumaat malam tadi, postponed sebab banyak kerja di kilang yang perlu diuruskan sempena program di MITC Melaka harini dan Karnival Usahawan Desa di Putrajaya Next week. Insyallah, nanti kena rearrange semula. Kambing oh kambing!!!



Nota Kaki:
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, September 19, 2013

Riang Ria di Lotus Desaru dan Pantai Tanjung Balau



Di kesempatan kami ada Karnival Hari Malaysia di Tanjung Balau tempohari, sempat jua kami sekeluarga bersuka ria di Lotus Desaru dan Pantai Tanjung Balau. Sambil2 keluar makan tengahari, sempat menyinggah di Lotus desaru. Ramai orang hari tersebut. Penuh dengan event dari Agensi Kerajaan.

Dah pernah stay kat sini dalam 5-6 kali. Ada yang percutian kami anak beranak sahaja, ada yang bawa family dari kelantan, ada yang holiday bersama kawan2 dan ada juga sebab AGM kat sini. Ingat lagi masa mula2 Lotus Desaru ni dibuka siap ada promosi harga yang best! Tapi tak ramai pun orang. Masa mula2 stay sini, water theme park pun tak ada lagi.

See, betapa happy kami dalam gambar diatas. Yang paling happy budak yang kat tengah tu kan. Both Damias memang ingat yang diaorg pernah datang sini. Siap cerita itu ini lagi mengenangkan kenangan mereka masa datang kat sini.


Tgklah happy tak happynya anak2 saya ni. Bukan main suka lagi Aleesya tu hah! Siap guling2 atas rumput hijau tu. Siap beli ais krim Cornetto lagi sorang satu menikmatinya ditemani angin sepoi2 bahasa.


Ni Aleesya yg snap secara candid. Ayyunie tanya aleesya ayah dan ibu buat apa. Aleesya jawab ayah I LOVE YOU ibu. Hihi.. Cepat2 Ayyunie suruh Aleesya snap gambar ni tanpa pengetahuan kami.


Wahhh dah ada bangunan barulah kat Lotus ni. Sepanjang 5-6 kali kami datang sini memang belum buat lagi fun fair ni. Ni lagi meriah lah sebab fun fair ni akan jadi tumpuan para anak kecil. Ayyunie siap cakap yang game foosball tu macam kat rumah kita. Hihi, yg rumah kita kecik jer nak, yang ni besar weii.


Lepas tu hari yg sama, dalam jam 6:30 petang, saya bawa both Damias ke Pantai pula. Aleesya siap beli jaket terapung lagi utk main air. Tapi alahai, malasnya ibu nak tukar baju nak teman anak2 mandi pantai. Last2 bagi diaorg main pasir dan tebing2 pantai jer.


Ramai juga org kat pantai masa tu..


Sukalah tu boleh main air..


Hah tu cubaan nak ke tengah pantai nak mandi. Nasib baik ibu perasan.


Sampai 6:30 petang kami disini. Lepas tu pergi toilet dan bawa both Damias mandi dan bersihkan diri. Walaupun sekejap, at least dapat jua mengembirakan hati anak2 kan. 

Btw ayah damia memang planning nak bawa Aleesya bercuti yang lebih proper sebab banyak peningkatan dalam pelajaran dan mengaji. Sebagai rewards lah tu kiranya. Tapi buat masa ni memang tak lah. Dari lepas raya sampai ke saat ini, stok memang asyik habis habis habis jer kat kilang. So memang banyak keje dan meeting dengan orang lately. Insyallah dah reda2 nanti kerja, ibu ayah bawa Aleesya dan Ayyunie gi holiday ya.

Ok, jom sambung buat kerja. Nak ajar pekerja part time yg baru masuk harini  cam mana nak lipat kotak2 dulu. Alhamdulillah, Syukur dengan Rezeki yang Engkau Kurniakan Ya Allah. 









Menang Produk Syahirah || For Sale


Sabtu lepas dapat panggilan daripada person in charge suruh ambil hadiah hasil kemenangan contest bergambar Syahirah di Aeon Bukit Indah. Kebetulan masa tu kat Tanjung Balau, so postponed ambil hari isnin.

Isnin malam nak gi ambil, call person in charge, dia pula dah balik. Haishh terus kami melencong dinner kat Benafe Village. Then buat appointment kul 1 hari keesokannya ambil.

Dalam kesibukan hari selasa tu, sempat jua selitkan slot masa singgah Aeon Bukit Indah semata-mata ambil hadiah ni. Dapat 2 beg sebab lagi satu menang nama ayah damia.


Taraaaa.. Ni lah produk2 Syahirah dalam beg pink tu yang bernilai RM100. Ingat nak jual lah produk2 ni per bag sebab memang tak pernah guna produk Syahirah ni. Dalam beg tu ada 11 items.


Kalau ada sesiapa yang memang guna produk Syahirah ni dan nak beli produk ni dangan saya, let me know ya! Nanti komen kat blog atau pm kat FB pun boleh. Sure harga kurang dari nilai sebenar.

P/s: Produk Johnsons, Oral-B, Follow Me dan Dettol kat rumah ni pun tak habis2 pakai ni walaupun ada separuh dah jual dan sedekah kat org. Syukur dengan Rezeki Allah. Ya Allah permudahkan lagi rezeki aku dan keluargaku..






Wednesday, September 18, 2013

Riang Ria di Mini Agro Zoo



Sabtu lepas masa Karnival Hari Malaysia di Tanjung Balau, selain dari pameran2 Jabatan Kerajaan dan juga booth2 usahawan disamping gerai2 makanan, terdapat jua Mini Agro Zoo yang mana selain pameran, binatang2 ini juga dijual. Memang kebanyakan binatang adalah ternakan dan yang jinak2 belaka.


Banyak2 haiwan kat situ, si arnan lah yang menjadi pujaan both Damias. 


Segala jenis itik dan ayam pun ada.


Then saya dan Ayyunie masuk taman mini Arnab. Aleesya tak nak masuk sebab katanya busuk. Ayyunie pula takut2 nak pegang arnab. Last2 saya jer lah posing ngan arnab2 ni.


Alahai, cutenya kamu kamu dan kamu wahai arnab. Tak takut orang!


Siap pegang lagi saya. Jinak sangat sampai tak ada hati pun nak lari dari tangan kita. Macam pegang teddy bear pun ya ni kan. Semua gambar saya ihsan dari Ayyunie. Dia yang nak masuk, last2 kita pula main arnab. Hihi

Udang Galah segar-segar dan manis-manis



Malam tadi ayah damia balik kerja jam 11 malam siap bawa balik udang galah segar 3 kilo hah! Memang segar dan kebanyakan udang ada telur. Saiz M- XL. Ayah damia cakap beli 3 kilo terus sebab baru boleh delivery. Below than 3 kilo kena self collect kat Bandar Dato' Onn.
Malam tadi juga terus goreng kunyit 8 ekor. Isi memang segar dan manis. 


Selain goreng kunyit, ingat nak masak tom yam kung macam secret recepi juga. Baru last week makan tom yam kung kat SR Setia Tropika lepas meeting somebody kat sana.


Ingat nak masak lemak cili api juga. Udang besar2 masak lemak ni best oooo.


Pagi ni ingat nak masak udang masak sos lah utk sarapan both Damias. Nampaknya beberapa harini menu utama udang ya. Takut lama2 dalam peti udang tak segar pula. Huhu.. 

P/s: Any idea nak masak apa lagi udang galah ni? Owhhh goreng butter pun best jugak kan?

Tuesday, September 17, 2013

Coklat IQ Gergasi!!!



Wahhh!!! Besarnya Coklat IQ Gergasi ni!!!
Ni nak buat tester sebenarnya. Agak2 kalau sorang sikit gigit coklat IQ ni sampai habis, boleh masuk The Malaysia Book of Records tak??? Hihihi...


Kalau convert dalam bentuk bar biasa, boleh dapat 50 bars ni. Bersamaan dengan 5 kotak Coklat IQ- CocoDamia. 

Baiklah sesiapa yang nak merasa tester puas-puas Coklat IQ ni, cepat2 temui Team CocoDamia di:

Hari Peladang dan Petani Negeri Melaka,
MITC Melaka,
20 Sept - 22 Sept

Karnival Usahawan Desa,
Laman 1 Malaysia, Presint 2, Putrajaya,
25 Sept - 25 Sept

P/s: Subhanallah, Masyalllah.. Mudahnya menjemput rezeki. Bertambah-tambah Rezeki utk CocoDamia, bertambah-tambah jua rezeki utk staff-staff CocoDamia. Penat lelah mereka OT sampai 7-8 malam, pasti ada ganjaran untuk mereka kan. Terima kasih Ya Allah.