Tuesday, September 17, 2013

Buah Rambai



Lamanya tak makan buah rambai...
Dulu2 kat rumah selalu makan sebab ada pokok kat kebun..banyak pulak tu sekali upah orang panjat pokok amik buah rambai. Selalu bawa gi sekolah makan dengan kawan2...


Masa Karnival Hari Malaysia tempohari, ada pakcik ni jual buah rambai. Seikat RM2..murahkan...apa lagi ambil kesempatan belilah. Selain makan sendiri, bagi juga kat peniaga2 berdekatan. Ada yang manis isinya, ada juga yang masam. Saya kalau menghadap buah ni memang tak bangun dari tempat duduk. Alhamdulillah, jarang2 jumpa buah ni sekali sekala makan terasa nikmatnya.

P/s: Uolllss suka makan buah rambai?

Monday, September 16, 2013

Menikmati berehat di rumah sendiri!!

Selamat Hari Malaysia Rakyat Malaysia semua!!! Semoga Malaysia terus maju, makmur dan adil utk rakyat jelata!!


Dah beberapa minggu weekends tak ada kat rumah. Sibuk ke sana sini urusan business. Tak pun sama2 OT dengan staff production utk penuhi permintaan tinggi coklat IQ-CocoDamia.

Alhamdulillah, jualan CocoDamia di Karnival Hari Malaysia yang berakhir malam tadi di Tanjung Balau berjalan lancar. Walaupun separuh hari semalam hujan tak henti-henti dari pagi hingga ke tengahari, namun Allah hadiahkan pelangi pada waktu petangnya. Syukur..

Sempena cuti Hari Malaysia hari ini, saya dan keluarga mengambil peluang menikmati berehat dirumah sendiri. Hujung minggu ni ke Melaka pula utk support stokis yang buka booth CocoDamia di MITC Melaka.

So harini mengambil peluang masak-masak dirumah. Selain itu projek buat bubur jagung dan jagung bakar permintaan anak2 dan suami pun ON. 2 singgit 2 singgit beli kat Booth Peladang di Karnival semalam. Jagung manis2.

Hurmm nak masak pulak dah.. So ada ke istilah REHAT bagi seorang isteri kalau kat rumah tu??? Hihi..insyallah besar ganjaran pahala kan kalau kita isteri-isteri ikhlas memasak utk keluarga kita. Amin amin..

Jom main masak2!!!



Saturday, September 14, 2013

Officially "Puding Roti CocoDamia"


Alhamdulillah.. Malam tadi kul 1 pagi siapkan 50 packs "puding roti cocodamia" ni. Walaupun hajat dihati nak siapkan 100 packs kerana permintaan yang mengalakkan, namun apakan daya,  tulang 4 kerat hanya mampu siapkan setakat tu sahaja dan mata pun dah tak berapa nak boleh buka dah. 


Pagi ni jam 6:30 pagi dah bertolak dari rumah utk ke Tanjung Balau sempena Agro mini Johor dan Sambutan Hari Malaysia. Macam2 program dan games ada. Kalini lebih meriah sebab tepi pantai. Jom ramai2 datang.



Friday, September 13, 2013

Pergi Site dan Survey Hotel


Jam 11:30 pagi lepas hantar both Damias ke tadika, bergegas ke Tanjung Balau utk tgk site Karnival esok. Berdua lebih baik. Manakala staff CocoDamia berhempas pulas menyediakan stok2 yang hari-hari licin. 


Dah sampai tapak Karnival. Kelihatan beberapa staff jabatan masing2 sibuk menyiapkan booth dan pameran masing2.


Karnival tepi pantai. Angin sepoi sepoi bahasa. Ada macam2 aktiviti. Ada macam2 program. Ada artis dan VVIP juga. 


Lepas tu survey2 hotel/chalet area Tanjung Balau. Huaaaaa so sad. Semuanya penuh. Group2 yang kat karnival ni juga yang stay situ. 


Sementara nak cari Homestay, kita lunch kat Bayu Balau Resort ni dululah. Baru je datang sini last 2 week berphotoshoot kat sini. Hihihi. Ni datang lagi..




Sudah cukup usaha kita?



Tidak perlu mengeluh tentang rezeki.
Kerana rezeki itu milik Allah.
Usaha itu adalah sebenar-benar milik kita.

P/s: Again!!! Minggu yang sangat sibuk!!! Lepas hantar anak2 ke sekolah terus ke Tanjung Balau.

Thursday, September 12, 2013

Pekerja part time COCODAMIA diperlukan SEGERA!!! SEGERA!!!


Kepada yang berminat sila hubungi saya dengan segera. Pekerja part time akan buat kerja-kerja packaging sahaja. 


Semoga Allah perkenankan doa2 kami team CocoDamia agar kebaikan dan keberkesanan Coklat IQ terus menjadi fenomena..


Insyallah, karnival dekat2 HQ CocoDamia yg akan handle, manakala karnival yang jauh-jauh, kami akan sponsor stokis yang aktif utk meningkatkan jualannya. Terima kasih Ya Allah atas peluang ini!!! Akan saya dan suami amanahpada peluang rezeki yang Engkau pinjamkan kepada kami ini. Syukran-syukran..

Orang2 sekitar desaru dan berdekatan, jom meriahkan Karnival di Tanjung Balau nanti. Jumpa kami di sana!!!


Menang berjemaah dengan Suami


Alhamdulillah..Menang contest "Kongsi Momen Seri Aidilfitri Anda bersama Syahirah"
Dapat tahu sebab semalam person in charge call tanya nak amik hadiah kat outlet mana..
Kebetulan ayah damia pun menang juga contest ni. 
Dia jawab AEON Bukit Indah, saya jawab AEON Taman Universiti. 
Last2 petang semalam Person In Charge call balik, semua kena amik kat AEON Bukit Indah..


Then kat FB ada kawan2 yang tagging saya gambar menang tu..
So gambar kat atas tu menang atas nama saya


Gambar yang ni pula menang atas nama ayah damia..

Kami menang berjemaah hamper set penjagaan muka Syahirah yang bernilai RM100..
Syukur Alhamdulillah...walaupun hadiah kecil, besar nilainya pabila gambar kita diangkat sebagai pemenang kan. 

p/s: Semoga saya, suami saya, keluarga dan kalian semua dipermudahkan lagi rezeki dalam pelbagai bentuk.
Menang besar dan lebih berkat!
Amin, amin.


Nota Kaki:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, September 11, 2013

Cabutan Bertuah Grand Prize || Menang kambing baka baik!!!

Just nak kongsi kegembiraan. Ahad lepas saya menang hadiah cabutan bertuah first prize i.e peti ais. Lepas bergambar dengan VVIP atas pentas, turun tangga tak sampai pun 10 langkah, disebutnya pula nombor cabutan Grand Prize. Dalam hati cakap erkk tu kan no aku.. Sekali Mcee pun umum nama saya. Sah saya menang!!! Tahu tak menang apa? Menang kambing baka seekor. Hahahaha lompat kambing biri2 saya kat situ juga. Malu Aii tau...dah lah depan VVIP, depan para pengunjung, ada artis lagi...hihi

Lepas tu Mcee suruh pilih, nak hadiah peti ais atau kambing on the spot. Tak boleh bolot dua-dua katanya. Tapi disebabkan saya dah terlintas di hati, kalau menang kambing nak buat kenduri dan share rezeki ramai2, so keputusan muktamad saya pilih Kambing.. Hihi..Cabutan bertuah paling unik bagi saya ni.

Btw kambing tu sebenarnya adalah hadiah utk Menteri Besar Johor masa perasmian, tapi beliau tak datang. So dibuatlah cabutan bertuah. Kambing tu ganas dan aktif. Kalau dipelihara lagi setahun sama tinggi dengan paras pinggang kita katanya. Aritu petugas kat situ ada bagitau nama spesifik kambing ni kat ayah damia, tapi susah benauuu nak sebutnya. So abaikan nama spesis kambing ni..

Ramai suggest buat baka. Peniaga2 kat booth-booth sebelah datang berjumpa saya. Kata mereka bagus buat baka ni. Harga kambing ni pun cecah RM1250 ke atas kata petugas disitu. Alamak sapa pulak nak jadi pengembala kan.. Hihi

So dah decided, sempena Anniversary saya semalam, Allah anugerahkan saya kambing baka baik. Insyallah saya akan buat solat hajat, doa kesyukuran dan kenduri kesyukuran utk kita sama2 bahagi2kan rezekinya. Tapi tarikhnya tak tahu bila lagi. Sebab kami suami isteri super duper bizi sibuk. 

Hihi, maka sekianlah cerita lompatan kambing biri-biri saya!


Saya ada ambil gambar proper dengan kambing ini kat bawah pentas, sayangnya hp saya dan hp ayah damia kehabisan bateri pula. So dah habis majlis, cepat2 saya ke booth pinjam hp staff saya snap gambar ni. Siap suruh staff saya lagi tolong snap kan. diaorg pun teruja. Siap lompat sama-sama ngan saya juga. Kikiki.


Handsomenya awakkkk!!! Hihi...
Nampaknya awak dah ada tuan baru..
Tapi saya tak boleh jaga awak tau...awak garang sangat..
Pantang terkejut atau kena usik, mesti cepat2 bangun nak menanduk orang..
So, awak balik kandang awak dulu ya kat Batu Pahat..
Rindu2 nanti saya pergi jumpa awak..


Bergambar dengan petugas yang jaga kambing kat situ..
Btw owner kambing ni ada buka booth kambing golek kat situ..
Tapi saya tak beli dan makan pun, saya sempat bertanyakan kalau next time saya nak buat kenduri kambing golek, berapa harganya? Dan macam mana procedur...Sekali Allah bagi saya menang kambing terus!!! Syukur Ya Allah..


Mak mertua saya cakap 
"kambing pun boleh menang ni"..hihi
Rezeki Allah kan macam2 bentuk..
So saya sangat bersyukur sebab menang kambing ni.
Setiap hari mulut saya dan hati saya berdoa agar perbuatan saya dapat menambah nilai kepada orang lain.
Dan nah!!! kalini Allah bagi saya kambing utk sama2 kongsi rezeki dengan staff2 saya, pelajar2 saya serta kawan2 dan keluarga saya.

p/s: Amalan dan ilmu yang betul, kalau dipraktikkan secara istiqamah dan ikhlas, tiada yang mustahil bagiNYA serta hambaMU yang serba kekurangan ini. Syukur Alhamdulillah...bergegas saya berlari-lari anak ke Masjid Berdekatan utk sujud syukur masa tu. Semoga Allah permudahkan lagi rezeki2 saya utk saya kongsikan bersama mereka yang memerlukan. Amin amin..

400 kesalahan dalam SOLAT


Malam tadi jam 11 malam baru sempat bagi hadiah Anniversary ni kepada ayah damia. Dah lama nak beli buku ni utk kegunaan kami sekeluarga, finally lepas maghrib semalam baru sempat pergi cari. Alhamdulillah, ada stok. Sebelum tu dah 2 kali pergi cari kat MPH, katanya stok habis dan belum sampai.


"Salah satu sifat SUAMI YANG HEBAT ialah dia mampu menjadi IMAM SOLAT. Suami yang mampu jadi Imam dalam solat adalah amat jelas mampu MEMIMPIN rumah tangganya"

"Kadang-kadang kita merasakan solat kita sudah betul dan sempurna namun tanpa kita sedari terdapat kesalahan-kesalahan yang akan mencacatkan nilai dan kualiti solat kita"

Harapan saya semoga dengan hadiah anniversary yang tak seberapa nilainya ini, namun SETITIS ILMU-SEJUTA MAKNA, semoga suami saya dapat membimbing saya dan anak-anak, keluarga dan staff-staff serta sesiapa sahaja utk ditambahkan nilainya. Insyallah niat yang baik Allah permudahkan jalannya.



Tuesday, September 10, 2013

Pandai pulak awak buat suprised kat kita kan!

Sila baca tajuk entry di atas dengan nada suara Yana Samsuddin ya...:)


Dah agak, mesti ada suprised..
Sama macam suprised2 yang tahun2 lepas..
Cuma kali ni terkejut sebab bukan main besar lagi ya Bunga tu..

Saya dapat agak sebab harini kejap2 ayah damia whatapps tanya saya kat mana, kejap2 call saya tanya kat mana, kejap2 nanti whatapps lagi suruh saya balik kilang CocoDamia cepat sebab ada org nak jumpa lah. Tapi disebabkan masing2 sibuk dengan tugasan masing2 di office yang berlainan, so saya tak fikir sangat apa suprisednya...hihi.

Tersergam indah sejambak bunga yang sekembang taman ni dalam pasunya. Menghiasi pula meja office saya. Memang sangat cantik. Terima kasih abang kerana hadiah ini. Walaupun bunganya mati bukan bunga hidup, namun kasih sayang kita tetap utuh macam bunga plastik ni kan sehingga ke Syurga nanti...Aminn..


Sedondon pula tu hah bunga dengan baju saya harini..
Ada pinky2, ada merah2, ada kuning2..
Instinct kita sangat kuatkan bang..
Ya lah, sayang kan sebahagian daripada tulang rusuk abang..hihi..
Ketinggian bunga yang separuh dari ketinggian saya ni akan saya pandang dengan penuh kasih sayang..

Opsss, boleh pulak tu hah staff lelaki saya nampak bunga ni atas meja siap cakap
"Nanti kalau ada karnival ke pameran lagi, boleh pinjam bunga ni bawa letak kat booth"
Hahaha, sabo jer lah..


Ni pulak komen dari ex-roomate saya..
Haha...dia pun tahu yg Ayah damia ni memang nampak diam jer orgnya..tapi bab buat suprised atau kenakan orang, boleh tahan juga tau..hihi..
Kenangan dulu2 masa zaman belajar kat UTM.Siap upah driver lagi amik saya kat Kolej sebab nak buat suprised gi dinner. Saya ada 3 ex-roomates sepanjang belajar Degree dulu...so rasanya ex-roomates saya pun memang tahu setiap kali tiba hari istimewa, pasti ada sesuatu yang lain dari yang lain. 

Alhamdulillah, saya bercinta dengan ayah damia dari zaman degree lagi masa tahun 1, lepas tu cinta kami sambung ke peringkat master pula 1 tahun setengah, dan finally kini Jodoh kami lagi kuat dengan ikatan perkahwinan yang masuk 9 tahun hari ini.
Terima Kasih Ya Allah kerana Engkau kurniakan Jodoh yang hebat ini buat diriku.



Dan jujurnya harini saya dan ayah damia memang sama-sama sibuk. Tak jumpa pun lagi harini since pagi. Awal2 pagi ayah damia dah keluar pergi JPJ dulu katanya. Saya sibuk di Office kilang, ayah damia sibuk di office tuisyen utk kaji dan cari soalan2 utk pelajar2 UPSR malam nanti. Semalam kan staff Cocodamia semua cuti. So boleh bayangkan tak harini masuk office semua kelam kelibut menyiapkan tugasan production dan packaging masing-masing. Stok tinggal 12 kotak (updated!!! dah habis pun) sahaja lagi kerana penangan di Karnival Biotek yang habis licin. Walhal stokis/ pengedar dan customer yang dah buat payment 180 kotak. Insyallah, mereka akan faham. Jadi marilah kita bekerja keras dan sambung OT lagi ya di hari Anniversary saya yang penuh bermakna ini. Alhamdulillah...kalau kita niat selalu utk kongsikan rezeki bersama mereka2 diluar sana, Allah akan permudahkan lagi rezeki kita. Jom sama-sama menambah nilai kepada orang lain. Besar Ganjarannya!!!

Akhir kata dari saya (macam ucapan sudah), walaupun kami tak ada makan2 anniversary harini, walaupun tak ada hadiah2 Anniversary yang mahal (huaaa, saya tak beli apa2 pun lagi utk ayah damia) hari ini, walaupun tak ada photoshoot gambar berdua best2 hari ini, walaupun tak ada kek anniversary yang come lote hari ini, namun saya bersyukur dengan ADANYA doa-doa yang kawan-kawan kirimkan dalam FB, INSTAGRAM dan BLOG ini, saya berasa sangat dihargai. Semoga Allah berkati kalian semua. 

Dah dah jom sambung kerja, opsss..nak amik both Damias balik sekolah dulu.


Ada yang tanya, tahun ni tak buat kek macam tahun lepas ke??
Hihihi...selagi ahli bilangan keluarga tak bertambah, cam mana nak buat kek baru kan...kikiki..
Kenangan Anniversary yang cukup manis tahun lepas boleh baca di link bawah..

Terima kasih sudi singgah blog saya ini..

p/s: Terima kasih kepada pakcik Handsome yang hantar bunga kembang setaman tu ke office saya!!!

Wedding Anniversary || 9 years and still counting


Ya Allah, 
Indahkan lah rumah kami dengan kalimat-kalimat Mu yang suci,
Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma Mu,
Penuhi kami dengan amal soleh yang engkau redhai,
Jadikan mereka Ya Allah teladan yang baik bagi manusia...


Ya Allah,
Damaikanlah pertengkaran di antara kami,
Pertautkanlah hati kami dan kasih sayang kami,
Selamatkanlah kami dari sebarang kegelapan dan kejahilan,
Sinarilah kami dengan cahaya kebahagiaan...


Ya Allah,
Berkatilah pendengaran kami,
penglihatan kami,
hati kami suami/ isteri kami,
keturunan kami, 
ampunilah kami..

Sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang..



Destinasi Cinta Kami..
Love you all till Jannah..

Ikhlas,
Isterimu..

p/s: Gambar2 adalah kenangan masa Raya 2013 tempohari.


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, September 9, 2013

Corat coret CocoDamia sepanjang di Karnival Biotek, Pasir Gudang

Meriah!! Meriah!! Meriah!!
Itulah ungkapan yang terpacul dimulut saya pabila mula2 sampai di Karnival ini. Seperti yang diberitahu sebelum ini, terdapat pelbagai program2 menarik yang dianjurkan disini. 

Ok tanpa lengah masa, jom kita baca corat coretnya. Alamak.. Malas betul saya nak menulis, so saya print screen jer lah ya kejadian yang saya dah coret on time masa haritu ya..:)



Hari sabtu baru saya berkesempatan turun padang bawa both Damias. Terima kasih tak terhingga kepada pengunjung2 yang beli Coklat IQ ya terutama kepada silent2 reader blog saya. Staff saya cakap "puan tak ada kat sini pun tetap glamour".. Hihi.. Bukan saya yang glamour, CocoDamia yang glamour dengan IzinNya.



At the same time, Pusat Bahasa Pelangi juga buka team futsal utk pelajar2 saya. Ayah damia sebagai pengurus. Alhamdulillah, menang ke peringkat suku akhir keesokannya. 


Tapi tewas jua nak dapatkan 3 tempat teratas.


Tak pe yang penting cg tahu anda telah berusaha sebaik mungkin. Pengalaman pertama kan. Insyallah akan datang cg akan cuba ketengah bakat2 kamu semua ya. 



Masa ni saya dah bak balik kul 1. Nak gi open house sebenarnya. Tak gi rasa tak sedap hati, sebab orh dah beria2 jemput kita kan. Nak tinggal booth, pengunjung ramai pula yang singgah ke booth CocoDamia. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.


Rumah pertama open house kami singgah. Bertambah-tambah saya dan anak2 makan kambing golek. Best best!!!


Rumah ke 2 kami pergi. Rumah tokey kek. Hidangan pun macam2 kek. Kek coklat, kek cheese oreo, kek blueberry. Macam2.

Rumah ke 3 aka rumah jiran saya. Alaaa, ralat tak sempat bergambar dengan tuan rumah sebab bergegas nak balik solat. Kul 6:30 tak solat lagi. Solat Zohor pun singgah masjid jer jadi musafir.


Hari ahad pula, jualan Puding Roti CocoDamia laku yang amat. Antara komen2 pelanggan kat situ "rasa macam hotel dah ni", "sedapnya kuah dia, resepi apa dik?", "sedap sedap, kalau nak order lagi kat mana"?.. Hihi.. Ni semua staff saya yg cakap sebab saya tak jaga booth. 

Saya betul2 jadi tok mandur ke hulu hilir beli itu, beli ini, borak2 dengan owner kedai tu, borak2 dengan penganjur, bawa anak2 main di booth Petrosains, tengok persembahan artis dan macam2 lagi saya isi masa lapang kat situ. Ayah damia cakap "ini dah betul2 bos, kejenya shopping jer kat situ".. Hihihi.. Bagi chance lah saya rehat pula ya..:)



Masuk jer tengahari ahad tu, wahhhh keadaan hampir tak terkawal sebab team cocodamia tak menang tangan dah. Sampaikan terpaksa buka booth kat depan lagi satu sebab jualan sangat laris dan org berpusu2 tanya tentang produk Coklat IQ ni.


En Nazri wakil FAMA datang buat lawatan tapak. Insyallah produk Coklat IQ akan datang dimasukkan dalam Van bergerak FAMA utk dibawa ke desa-desa. Namun masih belum ada hitam putih lagi ya. Ya Allah, Izinkanlah produk Coklat IQ-CocoDamia tersenarai dalam salah satu produk IKS yang akan dibawa oleh van bergerak FAMA utk sebarkan kebaikannya.


Bergambar kenangan bersama En Nazri dan Kak Imah, jiran peniaga sebelah.


Lepas tu jam 3 petang saya ke pentas utama utk melihat persembahan artis dan  juga sesi cabutan bertuah.


Artis pertama buat persembahan, Syura Masterchef. Lepas tu Mamat Mentor. Then diselang seli dengan cabutan bertuah. Kemudian majlis penutup dan semua bersurai.

Alhamdulillah, Allah betul2 menunaikan doa saya dan suami. Sale target dah tercapai malahan lebih dari target asal. Team CocoDamia happy sangat sebab antara yang tutup booth awal. Kami siap bertepuk tangan lagi menandakan kejayaan kami semua. Bayangkan jam 5:30, semua coklat IQ licin selicinnya dijual. Dah tak tahu nak jual apa lagi..Walhal booth2 lain masih banyak dibuka lagi..

Sebelum tu kul 3 dah habis dah jual semua. Ntah cam mana, kebetulan stokis Tmn U datang nak tgk cara2 kami berniaga macam mana sebab minggu depan CocoDamia akan taja stokis ni buka booth Pameran di Melaka pula. Allah hantar tepat pada waktunya. Kebetulan dia bawa 1 dozen dalam kereta utk dibagi pada pengedar di Masai. So saya pinjam dulu stok dia. Terima kasih Ya Allah kerana permudahkan urusan kami.


Bagi menghargai penat lelah dan kesungguhan serta kejayaan CocoDamia sepanjang di Karnival ini, ayah damia ajak belanja makan malam dulu ramai2.. Singgah solat dan makan di Restoran My Friends atas bukit tu. Oh ya, no worries.. Sepanjang team CocoDamia berada di karnival makan pagi, tengahari dan malam memang CocoDamia taja. Cuma makan malam yg ni makan malam penutup lah kiranya.


Wowww!!! Team CocoDamia yang sangat hebat. Masing2 boleh buat sales yang bombastik!!! Syukur Alhamdulillah kerana kurniakan saya dan suami staff yg berdedikasi dan tak banyak kerenah. Saya selalu doakan staff2 saya dipermudahkan rezeki dan juga dapat kerja lama dengan saya. Amin amin.

Sekali lagi saya wakil CocoDamia mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada semua pembeli-penbeli Coklat IQ dan juga pihak2 yang terlibat secara langsung atau tidak. Yang baik datang daripadaNya, yang buruk datang daripada saya dan suami sendiri.

P/s: Alhamdulillah, dengan Izin dan KuasaMu Ya Allah, tiada yang mustahil bagiMU, penambahan stokis dan pengedar yang hari-hari mesti ada. Syukur..