Wednesday, July 4, 2012

Bandung Day 3 || Shopping Heaven

Masih Day 3 lagi...
Bilalah nak habis  entry Bandung ni...

Supir bawa kami gi sambung shopping lagi..


Kami dibawa ke "ANAKECIL"
Dunia pakaian dan mainan kanak-kanak


Bukan setakat pakaian dan mainan jer, malah ruang utk parents menunggu dan mini playground pun ada..
Kalau cam ni, dapatlah para ibu shopping dengan tenang kan..:)

Aleesya berposing di hadapan "ANAKECIL"
Ayyunie masa ni tido dalam kereta..
Kebetulan pulak ada sale sampai 50%..
Memang berbaloi2..

****************************************************************************
Lepas tu kami ke Factory Outlet Jalan Dago pula
Banyaknya factory outlet disini..
Memang kami tak pergi semua tempat pun..
Selected pergi yang besar2 jer..
Tak larat weiiii


First sekali kami ke "The Secret"
Wowww...besar juga kat sini..
Confirm tak habis tawaff


Mula2 masuk pun dah cantik susunan bangunannya..
Pakaian lelaki perempuan memang banyak giler..
Rambang mata dibuatnya..


Tapi Hairanlahkan..
Kenapa asal masuk jer Factory Outlet, tempat pertama yang pergi mesti bahagian kanak2..
Walaupun dah shopping banyak utk Both DAMIAs, tapi tak puas2 tu nak shopping jugak utk mereka..
Agaknya cam ni lah kalau sesiapa yang ada anak2 perempuan tu kan..
Pantang nampak kedai, keperluan anak2 dulu diterjahnya.
Oh ya, DUNIA ANAK ni terletak di bangunan belakang THE SECRET tadi yer..


Ada banyak bangku2 utk duduk santai sambil melihat air pancut yer otw ke DUNIA ANAK tu..


Bukan setakat pakaian, aksesori dan mainan jer..
Pam minyak tiruan pun ada
Sakan both DAMIAs main2 isi petrol kat sini..


Anak dah tunjuk, wajb kena beli lah jawabnya..


Kakak nak, adik pun nak jugak lah kan..

************************************************************************

Pastu kami ke Factory Outlet sebelah THE SECRET tu..
Nama OASIS..
Wahhhh, sangat cantik Interior Designnya..


Sementara tunggu ibu shopping.
Ayah damia dan both DAMIAs layan ikan2 ni semua..
Kebetulan pulak masa ni hujan lebat..


Syionya shopping kalau pemandangan cantik cam ni kan.
Sejuk mata memandang dan laju jer duit keluar poket..:)


Ada juga perkhidmatan jahit seluar jeans ikut ukuran saiz kita betul2..
Maksudnya custom made bukan ready made..
Harga pun berpatutan kan.
Kepada sesiapa yang susah nak cari saiz seluar jeans tu, ini memang peluang berharga..:)


Kain jeans macam2 boleh pilih..
Nak yang pattern mana dan warna apa..
Cuma sediakan badan utk diukur dan juga ongkosnya sahaja..

*************************************************************************

Malam tu pula, sambung lagi shopping..
Shopping till drop hokeyyy..hehe
Supir bawa kami ke BALI HEAVEN.
Oh rasanya semasa pembacaan pengalaman pelancong Malaysia ke Bandung, tak ada pula org buat entry ke Bali Heaven ni...terima kasih Pak Supir kerana bawa kami ke sini..


Seyes, memang besar gilerrr..


Ambil gambar buat kenangan kat depan BALI HEAVEN ni..


Jalan berliku2 dan cabang sana cabang sini kalau nak ke satu2 department tu..
Contohnya ni nak ke Department kanak2..
Wahhh baik betul Aleesya dengan abang2 kat BALI HEAVEN ni yer..
Lagipun abang yang entertaint kat sini muda2 dan handsome...hehe


Interior Design memang tip top..
Ada jer yang sedap mata memandang..


Ayah Damia tgh pilih2 baju BALI..
Tak sampai BALI pun boleh beli baju HARD ROCK CAFE BALI hokeyy...:)


Kenangan di Bali Heaven..
Memang Heaven..


Aleesya yang suka dapat rembat beberapa helai lagi dress..


Shopping utk anak2 dah..
So time utk ibu shopping baju ibu pulak yer..
Dont worry pasal anak2...
Customer services sini memang bestt..
Pasti akan ada sahaja yang melayan anak2 kita..
Ayah damia ada kat tepi tu tolong snap2 gambar2 ni semua..


Both DAMIAs memang pantang dilayan..
Cepat jer mesranya..


Ibu!! Shopping jangan tak shopping..
Dan akhirnya jam 10 malam kami pun balik ke hotel..
OTW tu singgah Mc'D kejap, pandu laju jer senang...
Sambil2 tapau utk kami anak beranak, kami tapaukan juga utk supir kami yang rajin dan setia tu..
Suka dia dapat makan Mc'D...katanya jarang2 dapat makan ni...

***************************************************************************

Dan inilah hasil kami shopping Day 3 di Bandung..
Dari pagi sampai malam...banyak juga hasil tangkapan tu..hihi
Paling suka shopping kain telekung yang dalam beg comeyyy tu...siap ada sejadah yang sama warna ngan beg tu..
Utk ibu pulak yang sport shoe NIKE tu memang mengancam jiwa..
Oh Aleesya pun beli sport shoes jugak..
Lagi satu yang koleksi batik sedondon 4 beranak tu pun best..
Urmmm...pendek kata semuanya best2 lah...

Ini baru betul shopping till drop..
Balik hotel just makan dan tido jer..hehe

Ok lah nanti sambung lagi last day kat Bandung ye...:)




Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Tuesday, July 3, 2012

Apa rasa cendol tapai??




Masa otw balik kenduri ahad lepas, singgah ayer hitam makan putu bamboo. Pastu try jugak cendol tapai yang ramai org makan tu.

Mula2 cuak gak cam mana lah rasa cendol tapai tu, hurmmmm agak masam rupanya cendol tapai ni.. Tak habis pun makan.. Banyakk sangat atau tak berapa gemar sebenarnya.. Lagi suka cendol pulut.

Kalau kat pasir mas, depan stesen bas tu, ada makcik ni jual tapai ubi goreng.. Bestnya makan panas2 dan garing.. Adoii teringin nak makan lah pulak.. Di tambah pula dengan coconut shake yang best tu..

Ada yang suka minum cendol tapaj?? Pernah makan tapai ubi goreng??

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Dumex Dugro Roadtour

Ahad lepas gi Giant PLentong lepas balik keje half day dari office.



Lepas kami makan2 dan shopping, kebetulan ada promosi susu Dumex Dugro. Dengan setiap pembelian 4 pek susu sahaja ada promosi dan dapat hadiah. Ada perasa baru iaitu campuran fruits dan vege.


Lepas dah bayar, tunjuk kat service kaunter Giant resit tu, dan dapat 4 tin Koleksi Dumex ni..




Lepa tu resit tu pula tunjukkan kat sales person Dumex dan akan dapat 1 set koleksi cawan dan piring.



Ni lah rupa cawan dan piring tu. Dah selamat masuk dalam display kabinet kat rumah ni. Sayang pulak nak guna:)





Gambar ni semua di ambil masa sahur pagi tadi... Hehe..




Yang ni di ambil masa hari ahad aritu.. Saja bergambar dengan GRAND LIVINA ni amik aura.




Aura apa?? Aura kot2 menang contest ni ke?? Hehe.. Syarat anak berumur tidak lebih dari 12 tahun pada 31 OGos ni.. Haishh budak kecik kena bersaing dengan budak dah bersekolah ni. Satu cabaran disitu.




Kalau sesiapa berminat bolehlah join contest ni. Tak salah mencuba kan...


- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Monday, July 2, 2012

Kids eat free every day!!!





Rabu lepas, both DAMIAs request nak makan pizza hut lepas balik sekolah.. Boring agaknya asyik makan DOMINOs pizza yang delivery kat office tu..

Lepas amik order, sekali budak yg amik order tu cakap yang kami free 2 set meals..utk budak2 sebab order dah lebih RM40...

Oooo barulah tahu rupa2nya dgn setiap belian RM20 dapat kids eat free..



Ok gak menu free ni.. Kami pilih pizza set dan meatball set.. 2-2 pun utk ayyunie sebab aleesya dah amik kids meal yg set dgn air milo dan ice cream tu..




Suka betul both DAMIAs kalau ke piZza hut.. Kebetulan tak ramai org, cepat juga piZza sampai..


Ni set hidangan ibu n ayah.. Saja try resepi baru yg macam dalam iklan kat TV tu kan..



Tapi kami tetap pengemar tegar pizza yg klasik tu.. Means yg roti tebal tu.. Kalau yg ni rotinya nipis sgt dan tak berapa umpphh.. Apa2 syukur alhamdulillah.. Kenyang jugak yer tak..

P/s: Harini nak bukak puasa dgn apa yer???? Urmmmmmmm

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Bandung Day 3 || Makan Nasi Padang yang real!!!


Ada apa dengan nasi padang??
Ada macam2 jenis lauk, sambal dan juga dessert!!

Kalau di Malaysia, memang banyak restoran2 yang tulis nama "Nasi Padang",
Tapi mungkin berbeza sedikit cara penyediaan kepada para pelanggan yang datang..

Setelah penat shopping sakan di Pasar Baru,
Supir membawa kami ke Restoran Nasi Padang ni..
Mula2 masuk jer Restoran ni, tak terasa pun macam berada di Indonesia..
Pelayan2 yang memakai baju kebaya dan tudung bawal, seolah2 mereka adalah dari Malaysia..
Kebetulan juga kebanyakan tetamu yang tgh makan dalam Restoran tu pun dari Malaysia..

Cam mana saya tahu mereka org Malaysia??
Dengar percakapan dengan anak2 masing pun dah tahu...hehe


Baru jer duduk di meja pilihan, sekali berdezuppp para pelayan menghidangkan kami pelbagai aneka lauk pauk dan juga sambal..walla...terkejut jugak kami dibuatnya...yer lah takkan lah kami nak makan semua atas meja tu kan..setelah diterang oleh Pak Supir yang dimakan sahaja dikira, barulah kami lega..
Saja jer kan nak letak banyak2 atas meja tu, supaya buat kami teliur...hehe
Pandai strategi marketing diaorg tu!!!


Supir dah tak payah disuruh lagi..
Memang dah tau tugas dia..asalkan sampai jer tempat baru, mulalah minta DSLR kami utk snap2 gambar kami sekeluarga...Eh, mana Ayyunie?? Ayyunie kepenatan tido kat sebelah ibu tu..kejut pun tak nak bangun...penat ikut ibu shopping tadi yer...


Ni dessert..apa pula diaorg panggil erkk..lupa pulak..tapi ala2 agar2 Malaysia lah ni...sedappp


Supir juga kami jemput makan bersama..
BTW dia pun sama2 penat ngan kita jugakkan..
Ikut kita ke hulu hilir, tolong layan anak2, tolong angkat barang..
So rasanya tak salah pun ajak supir makan bersama..
Walaupun dia segan, tapi saya tahu, dia malu2 kucing jer tu...hik hik..

Tapi supir makan pun beringat...dia makan 1 sambal, 1 lauk dan 1 sayur jer..
Kami jer yang kalau boleh nak try semua lauk tu..
Kebetulan pula lauk memang ngam dengan selera kami..


Aleesya siap bertambah2 lagi tau makan kat sini..
Dia makan kari ayam dan juga sayur macam masak lodeh tu..
Feveret saya adalah sapi bakar yang di masak sambal hijau..
Perghhhh terbaikkkk!!
Lagi satu sambal hijau org minang kalau tak silap..
Ya Allah, sampai 3 kali minta tambah weeiii..
Kata supir, hanya org2 sahaja yang pandai buat sambal tu..

Huhuhu..apasal lah maid2 saya dulu tak pernah buat sambal hijau tu yer..
Opsss lupa, saya mana pernah bagi maid2 saya masak kat rumah..hehe..
Tapi memang recommended lah sambal hijau tu!!

p/s: Kat Malaysia ni sapa2 boleh bagi suggestion nak makan kat mana Nasi Padang yang real macam ni..Please let me know yer....tetiba teringin nak makan Nasi Padang Real ni...


 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Sunday, July 1, 2012

Pagi ahad breakfast di office





Pagi2 ahad breakfast di office sgt cool kan..:)
Ayah Damia ada kelas extra utk students..
Aleesya pula ada kelas ganti utk kelas muzik..
Alang2 tu order roti jala belanja students breakfast sekali harung..
Baru betul2 cool kan:)

P/s: Kadang kala kita perlu juga berkorban hari cuti..

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone