Friday, December 9, 2011

Ni lah padahnya beli voucher murah dari GROUPON!!!


Uolss ada bad experienced dengan GROUPON???

Owhhh..saya pun ada experienced dengan Groupon..

Tapi tak tahulah nak cakap tu bad experienced atau pun memang bukan rezeki saya..

Nanti2 erk saya citerkan dalam entry akan datang..

Jom kita baca kisah seorang pembeli voucher GROUPON ni...

Mungkin lepas ni kita lebih berhati2...who knows kan..


Assalammualaikum.

Tak tahu macam mana saya nak mulakan penulisan untuk meluahkan isi hati saya. Tujuannya 

untuk memberitahu pada semua peniaga agar memberi perkhidmatan yang sewajarnya tanpa 

mengira siapa pelanggannya dan juga apakah yang dibelinya?

Ini berkenaan videographer untuk majlis perkahwinan saya 10 Sept lalu. Saya telah membeli 

satu voucher dari Groupon daripada Simplisiti Studio.

Berikut adalah screenshot dari page Groupon untuk promosi syarikat ini.

Daripada apa yang ada semua lihat, mereka menawarkan 3 hours event, dengan seorang 

Senior Videographer, dan Video Editing dan DVD yang kesemuanya bernilai RM1200.

Tapi promosi ini menawarkan 90% diskaun. Yang mana saya hanya perlu bayar RM120 sahaja!

Saya membeli 2 voucher dari groupon ini untuk cover dua event. Dengan harga RM120 setiap 

satu. Bermakna nilai Video saya menjadi RM2400. Betul tak? Awak faham tak apa yang saya 

cuba sampaikan.

Saya bayar RM240 untuk nilai RM2400 kerana PROMOSI! bukan saya bayar RM240 untuk pakej 

RM240.

Saya bagi contoh lain. Jika saya ke kedai perabot. Harga asal perabot tersebut RM2000 tapi 

saya dapat diskaun dan cuma perlu bayar RM500 sahaja. Saya tetap dapat perabot tersebut 

yang nilainya RM2000.

Tapi apa yang berlaku pada DVD kawen saya dari syarikat ini tidak seperti yang digambarkan.

Adakah presentation DVD cover ini menunjukkan nilai yang sepatutnya saya dapat iaitu 

RM2400?

Mula-mula DVD ni sampai ke tangan saya, saya agak terkejut. Beginikah rupanya untuk nilai 

RM2400?

Saya pergi ke syarikat ini pada 29 Nov 2011. Itu pun seminggu sebelum itu saya minta husband 

call mereka untuk bertanya mengenai progress video kawen kami. Bayangkan, video kahwin 

customer lain yang bertarikh 11.11.11 telah pun diupload di website vimeo mereka seminggu 

selepas itu. Sedangkan video kahwin saya mengambil masa 2 bulan untuk disudahkan.

Adakah kerana saya membayar dengan harga RM240 maka layan terhadap saya perlu 

dikurangkan? Lihat sahaja cara mereka menyambut saya dan suami ketika sampai disyarikat 

mereka. Mula-mula salah seorang staff sedang tidur di sofa. Kami masuk dan nyatakan hasrat 

kami, staff yang tidur itu bangun masuk ke dalam dan keluar kembali dalam keadaan mamai 

dan menyerahkan DVD itu pada kami. Lepas tu dia masuk, dan tinggalkan kami terus tanpa ada 

sepatah dua kata.


Apakah? Dah lah langsung tak bersuara mengenai kelewatan persiapan DVD kawen tu. Kami minta preview dahulu DVD tersebut. Tahu apa jawapan yang diberikan oleh salah seorang staff mereka “Biasanya kalau dari Groupon kami tak preview”

Suami tanya, “Jadi, prosedurnya amik DVD dan balik?” Dia balas, “Ya, biasa amik DVD balik” “So 

ini final la tak boleh re-edit balik?” tanya suami balik. Dan dia jawab ” Ya!”

Fuh! Kerana kami beli voucher dari Groupon maka kami tak layak untuk preview dahulu video tersebut. Macam ni, takde sapa lah nak beli sebarang voucher dari Groupon kalau itu prosedurnya.

Saya sangat tidak puas hati. Dalam perjalanan pulang saya tak henti memikirkan layanan yang 

diberikan kepada kami. Dan berdoa agar video yang dihasilkan tidak mengecewakan saya.

Tapi sebelum itu saya mahu bezakan dengan presentation photographer saya dengan video ini.

Ini cover DVD gamabr kawen saya. Walaupun saya tahu kualiti gambarnya pasti cantik, tetapi 

sekurang-kurangnya ia menarik! Mereka juga seharusnya bijak menggunakan kreativiti selari 

dengan harga yang ditawarkan.

Lihat belakangnya pula…

So Simpleeeeee siti jadinya….

Saya bukan mahu sangat mereka berikan TERBAIK dengan harga RM240 yang saya bayar. Tapi 

seharusnya ia sama nilai dengan RM2400 yang dijanjikan. Takkan macam ni nilainya RM2400? 

Betul tak? Kamu sendiri yang berikan diskaun sehingga 90%. Siapa yang tidak tertarik dengan 

promosi itu?

Itu baru bicara tentang cover DVD. Belum saya bicara tentang video dan kualitinya. Ternyata 

bila saya lihat sendiri…nah, jangkaan saya memang meleset.

Saya SANGAT berharap hasilnya seperti yang selalu dipamerkan di website, FB, mereka. Tapi 

tidak. Kualiti video sama macam kualiti video yang abang saya ambil guna kamera video kami. 

Malah abang saya lebih bagus dari mereka.


Kalau bertanya dari segi editing, siapa yang kenal ayah saya yang suka edit-edit gambar + 

video, Ayah saya buat jauh lebih baik daripada apa yang mereka berikan pada saya. Editing 

simple. Masuk lagu..visual tak ikut ritma lagu tersebut..Kalau mereka berikan footage kepada 

ayah, he will do much better!

Saya tak nampak di nama kreativiti SENIOR VIDEOGRAPHER yang mereka hantar sewaktu 

majlis saya, dan saya tak nampak di mana kreativiti editor mereka yang saya percaya adalah 

orang yang sama.

Sudahlah perkhidmatan dari segi layan kepada pelanggan tidak memuaskan. Kualiti video juga 

sangat mendukacitakan.

Adakah disebabkan saya hanya membayar RM240 maka ini hasil yang saya dapat??

Di manakah promosi sebenar seperti yang dijanjikan? RM120 sama nilai dengan RM1200?

Atau mungkin syarikat tersebut boleh berikan pada saya hasil sebenar video untuk RM1200…

saya mahu lihat DVD cover, mahu lihat videonya? Kalau memang seperti yang saya dapat. 

SANGATLAH TIDAK BERBALOI untuk membayar nilai itu kepada kamu.

Saya sangat geram, tapi saya terkunci lidah untuk suarakan kepada mereka. Bagi saya, ia 

sudah berlalu. Mujur bukan RM1200 yang saya bayar. Walaupun harapan saya dengan nilai 

seperti itu.

Tujuan saya menulis ini sekadar luahkan pendapat saya. Hubby saya seorang yang cool. Jadi 

dia pun tak galakkan saya menyerang syarikat itu. Oleh itu di sini medan saya. Jika mereka 

terbaca, Sila tingkatkan kualiti perkhidmatan kamu. Dan kepada pelanggan mereka, please take 

note about this. Saya pasti bukan saya seorang sahaja yang beli voucher itu.

Sekian sahaja entry saya yang memang langsung tidak menyebelahi Simplisiti Studio. Kalau 

mereka rasakan ini menjatuhkan reputasi mereka, sila berikan hasil yang memuaskan kepada 

saya yang sama nilai dengan apa yang dijanjikan.

Dipetik dari FB: OH MEDIA!


p/s: So macam mana??? Ada yang pernah terkena dengan voucher dari GROUPON ni??

Apa2 pun kisah ni membuatkan kita sebagai pembeli sentiasa beringat sebelum terkena dan 

sebagai peniaga, jalankan perniagaan dengan jujur..

p/s: Tapi susah nak cakap jugakkan..sebab dengar dari sebelah pihak sahaja...kita sebagai org 

luar hanya sebagai pemerhati dan pembaca kisah ini sahaja..





Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Mari berkampung di perpustakaan!!

Pagi ni sampai ke tengahari..
Kami akan berkampung utk membuat tugasan yang diamanahkan kepada peserta2 GROUP A program cuti sekolah..
Aleesya + Ayyunie yang tak sabar2 nak gi library..
Dari malam tadi tak habis2 dok remind ibu dan ayah pasal nak ke library..


Peserta2 GROUP A!!!
Good luck to all of you!!

p/s: Cuti sekolah..memang masa yang sangat berkualiti utk both damias...isnin hingga jumaat ikut kami ke office dn join program bersama peserta2 lain...sabtu ahad pulak hari leisure bersama family...
p/s: Owhhh december!! Bulan dapur tidak berasap di rumah yer...hehe...cuti sekejap dari main masak2..
p/s: Uolsss...apa pula program utk anak2 anda sempena cuti sekolah ni???

 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Thursday, December 8, 2011

Girl's Hair Cut Day!!

Dah nama pun pompuan..
Maintenance bulanan wajib ada..
Cuma kekerapan utk kita buat maintanance tu jer..
Tak kira pompuan KECIK atau pompuan DEWASA..
Masing2 ada maintenance bulanannya tersendiri..


Kisah jumaat lepas..
Lepas ayah damia solat jumaat, tiba2 datang pulak hajat yang bertangguh-tangguh nak gunting rambut aleesya ni..bukanlah gunting pendek sangat...cuma gunting mana rambut yang kat hujung2 tu..


Cer tengok rambut aleesya yang kat hujung2 tu..
Dah tak staright...ikal2 dah..tu yang nak gunting tu..


See!! Lepas gunting kan nampak teratur sikit rambut aleesya..
Dok diam jer dia atas kerusi tu control cun..
Org suruh senyum pun jual mahaiii..
-
-
-
-
-
Lepas giliran Aleesya, giliran ibu pulak gunting rambut..
Kalau nak tahu, sob sob sob..ibu potong separuh rambut panjang ibu..
Ayah damia ler yang nak style rambut cam dalam gambar tu..
Tak pe lah..at least rambut ibu still panjang lepas paras bahu..
Sayang ooooo tgk rambut sendiri banyak giler kat lantai tu..
Dah lah rambut sihat dan lurus..(kata tukang gunting rambut tu)
Opsss..gambar ibu gunting rambut tak ada lah yer....kang jadi isu sensitiviti pulak tayang potong rambut dalam blog ni..:)
-
-
-
-
-
-

Dah lepas ibu gunting rambut, giliran ayyunie pulak..
Actually ayyunie baru jer gunting rambut seminggu sebelum raya aritu..
So, sayang nak potong banyak2..
Just trim jer mana yang patut..
Terutama rambut depan tu yang dah menutupi mata ayyunie..
Boleh pulak buat lawak cam kat atas tu time org nak amik gambar dia..


Ketiga-tiga perempuan kesayangan MR. KHAI gunting rambut aritu..
MR. KHAI tak gunting rambut?? Tak pe, biar  rambut dia panjang cam aaron aziz...hehe
Yang pasti MR. KHAI yang jelaskan bil gunting rambut haritu..


Potong rambut macam amoi..kata both damias...hehe

p/s: Alhamdulillah..ayyunie + aleesya memang tak ada masalah dari segi nak gunting2 rambut kat saloon ni...malahan diaorg yang volunteer tanya bila nak gunting rambut...kalau dah pompuan, memang melaram jerlah kejenya tak??? Eh, anak uols takut tak gunting rambut kat saloon????



 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!! 
 

Tuesday, December 6, 2011

Johor Premium Outlet|| Tempat shopping barang-barang berjenama!!

Wowww weeeee...
Kat Johor dah ada Johor Premium Outlet..
Dah tak yah gi Pavilion kat KL nak beli branded stuff..
Dah tak payah nak beli online lagi beg COACH dan baju BURBERRY anak2..
Dah tak payah nak kirim kat kawan2 lagi nak beli FIDANI CHOCOLATE..
Dah tak payah susah2 nak gi Orchard Road, Singapore semata2 nak beli THE COSMETIC..
Semuanya ada di Johor Premium Outlet..
Tipuuuuuuuuuu...
Ada juga yang tak ada...contohnya Gucci, LV, Anya Hindmarch dll..


Sempat snap gambar outlet2 ni jer..
Sebab hari dah nak hujan..
So, kalau uols nak tahu branded stuff apa yang ada..
Leh klik2 link bawah ni..

Baru jer buka ni..
1/12/2011 aritu..
Launching katanya 11/12/2011
So, ni kiranya macam sneak peak laaa..


Tapi serius ler cakap..
Punyalah ramai umat manusia...
Nak sorong kaki pun susah..
Nak2 bawak anak2 kecik ni kan...
Kat sesetengah outlet macam Burberry, Coach dan Guess kena beratur weeiii nak masuk dalam..
Tak kosa makkk nak beratur ngan anak2 kecik ni.
Tak pe..next time datang lagi..


Ni bahagian tingkat atas..
Actually konsep ni bukan macam shopping complex tu..
Dia lebih pada rumah2 boutique/ outlet yang macam kita dengar kat New York tu...
Ecehhh..macam lah pernah sampai New York..
Choppp chopp..pernah ok...tak cayer??
Klik sini


Sebelum hujan turun, baik posing habis-habisan.


Ai likeeee this pic....sweet!!!


Hari2 pakai Fareeda...so haritu ubah style tudung pulak..korek2 shawl lama2..


Dah penat jalan dari 1 outlet ke 1 outlet..
Masa utk minum pulak..
Punyalah ramai org kat starbuckkk ni..
Beratur nak beli air pun 30 minit...huhu..
Coffee house lain semua full house tu..


Premium Outlet...
1 Fenomena baru di Johor..
Yer lah tu kan ..:)


Eja nama pun salah...


Dah lepas minum...window shopping lagiiii..


Suka gambar ni...
Nampak ada style kan kan kan..
Opsss..tu komen2 kat FB ok...bukan saya yang berani komen...hehe


Ibu masuk outlet window shopping..
Anak2 ngan ayah sila berada di luar kawasan yer...hehe


Aleesya dengan rambut barunya..


Saya pun suka gambar atas tu...hihi
Kami balik dalam keadaan hujan lebat yang teramat..
Masuk2 kereta lapar lah pulak..


So, kami ke sini utk dinner..
Tapi alahai...macam tak banyak pilihan jer BBQnya...
May be baru setup kot sebab lepas hujan lebat..


So kami makan siakap stim nyonya.


Bersama dengan sotong goreng oats..
Tu pun tak habis makan lauk pauk tu...
Sekadar nak habiskan masa jer...hehe..
Sambil tgk anak2 main kat palygroom kat Restoran Singgah Selalu tu..

p/s: Lepas makan, kami ke shopping mall lagi...kalini shopping baju2 utk ayah damia pulak..ibu dah pesan, kalau nak beli baju, beli baju ala-ala aaron aziz tau..biar nampak stylo...ekekek

p/s: Tarikan baru kat JB Johor Premium Outlet tu...leh ler singgah bagi yang duduk luar Johor tu yer..



 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Monday, December 5, 2011

Alhamdulillah...Yakin pada rezekiNYA!!

Mahu bergerak dari office PUSAT BAHASA PELANGI  TAMAN UNIVERSITI 
ke CAWANGAN TAMAN TERATAI..
Petang nanti naik pulak ke GALERI KEBAYA ZARINA AYU COLLECTIONS..
Kemuadian malam tolong ayah damia siapkan photobook under KHAI MOHD PHOTOGRAPHY..

Alhamdulillah...rezeki daripadaNYA tak pernah putus-putus..


Sesi perbincangan dengan clients semalam...
Terus-terang cakap..
Yang photobook & photoshoot memang jarang2 sekali buat promosi..
Tapi alhamdulillah....rezeki utk photography ni tak pernah putus-putus..
Siap 1, ader jer lagi customer yang nak buat photobook..
Sampaikan yang photoshoot pun kena sub kat org lain daaaaa...
Amin amin..


Opsss...sneak peak kejap..
Semalam adalah hari utk family..
Sempat jengah dan survey2 kat JOHOR PREMIUM OUTLET..
Tempat apa tu???
Nanti2 erkk review..


P/S: WAAHHHHH....ada org nak hadiahkan TAB ler utk ibu....hehe...ai likeeeeee...
P/S: Jawatan kosong!!! Tukang updated blog utk ke3-3 company saya diperlukan....sapa mahu????? hehe..

Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Saturday, December 3, 2011

Apa yang best, tak best dan lucu tentang OMBAK RINDU???

Meh sikit nak buat review pasal filem OMBAK RINDU ni..
Semalam tak sempat pulak nak buat review..hehe

Yang tak best!!

1. Adoiii..mula2 start citer lagi Azizah Mahzan dah seksi...pakai baju renang yang terdedah bahagian atasnya...yang lagi tak best tu, aaron siap peluk lagi masa tu..haishh..memang tak best langsung..

2. Bukan setakat tu jer..yang tak bestnya juga, awat ler mak aaron (azizah) tu terover sangat dalam filem tu...ngan gaya yang bongkak serta gedixxx terover gitu...tak pe..think positif...tu hanya lakonan sahaja..tapi tetap tak suka jugak..

3. Tak suka lagi pasal rambut Lisa yang baru balik dari Luar Negara tu...alahai..macam tak kena jer potong rambut depan cam tu..habis 1 panggung ketawakan Lisa time tu...huhu

4. Yang tak best lagi, apesal mesti ada adegan peluk2 aaron ngan pelakon2 pompuan dalam filem tu??? Mula2 peluk Azizah Mahzan, pastu of coz ler Maya Karin kan, then Lisa Surihani, tgk2 sempat lagi peluk bagai nak rak ngan Julia Ziegler...haishhh...dasyat..

5. Hahahah..nak tergelak tgk perut muncit Julia masa dia tgh kejar Lisa Surihani kat office tu...adoii..jelas dan nyata lagi nampak perut muncit tu!! Sapalah yang pilih baju tu utk Julia tu..

6. Alahai..banyak juga rupanya adegan peluk2 atas katil aaron ngan maya masa mula2 start citer tu...huhhh...bukan lah tak suka...cuma tak best kan kalau yg tgk tu budak2 yang tak kahwen lagi macam student2 tu...pastu mulalah dalam panggung saja2 buat bising time adegan2 tu...huhu..tapi saya suka!! hehe

 See!!! Bersungguh nak tgk filem ni, sampaikan dengan baju2 uniform pun tak sempat nak tukar..

Yang best!!!

1. Semestinya lah setiap kali aaron aziz keluar, dengan gaya machonya, dengan gaya gentlemannya...membuatkan peminat2nya cair...walaupun bawak watak jahat...tak nampak jahatnya tu...haha..

2. Suka watak Maya...menjiwai sungguh Maya watak Izzah tu...Izzah mengajak penonton sama2 menangis dalam filem tu..

3. Lisa pun best..dah banyak kalikan dia berlakon watak antagonis cam tu...memang sesuai dengan mukanya kot watak2 cam tu...tapi Lisa berjaya membuat org benci kat dia...

4. Ni tak tahu best ke tak...tapi nampak aaron menitiskan air mata aslinya dalam filem ni...rasanya ada 3 kali kot yang betul2 aaron nangis ...time tu jugaklah air mata ni bercucuran membasahi pipi...best best best...sebab sama2 dapat menghayati watak tu bersama aaron..

5. Banyak adegan romantik2...secara tak langsung memberi idea pada hubby aka ayah damia cam mana nak ngurat ibu semula...haha

6. Lokasi yang best, cinematogaphy yang best, dan yang paling best wowwww..OMBAK VILLA yang didiami Izzah tu sangatlah cantik!!!! Tenang jer rumah tu rasanya walaupun nampak macam kampung2 style...owhhh kalaulah saya ada rumah cam tu!!! hehe..berangan..

7. Overall memang citer ni best!!!! Confirm nak repeat lagi tgk filem ni....beli DVD pun jadilah...

My hubby yang sempat tukar baju batiknya haritu..nasib baik ler ada baju T-shirt yang berita harian bagi masa fashion show aritu, leh gak pakai time terdesak...hahaha..tak sanggup ayah damia pakai batik tgk movie katanya..


Yang Lucu!!!

1. Eekekek..lucu jer masa Lisa nak cabut cincin kat jarinya lepas Aaron cakap nak batalkan perkahwinan tu..lama betul dapat cabut cincin tu, lepas dah boleh cabut, pakai balik pulak tu..masa tu 1 panggung ketawa!!!

2. Hahaha..boleh pulak time aaron dan maya tgh peluk2 kat depan pantai tu sehari sebelum aaron kahwin ngan Lisa, tiba2 kat belakang tu ada pompuan pakai baju pink enterframe...agaknya tak sempat  nak sunting kot...hehe

3. Masa aaron nak peluk Maya atas kerusi tu, pastu maya pun cakap "Ya Allah, lindungi aku, Ya Allah, lindungi aku"..terus aaron tak der mood nak peluk2 maya..haha..masa tu nampak tension giler muka Aaron...ekekekeke...

4. Masa aaron suruh Maya picit kaki dia...pastu leh pulak cakap "atas sikit"...pastu cakap "dekat sikit"..adoiii..memang sweet lah adegan tu...ai likeeee..

Ok lah setakat tu je lah review saya utk filem OMBAK RINDU..
Ni pun rasanya macam dah terlebih review...hehe..
Nak tahu best ke tak filem ni, boleh tgk sendiri kat Panggung...
TAPI memang sure best lah...saya bagi 4.9/5 bintang boleh??? hehe

Last but not least!!!

Gambar dari googled!!

Jangan tgk pada adegan yang membuatkan adrenalin kita naik tu..
Tapi tgk pada bilik yang transparent tu..
Woww...cantik sangat ..ala-ala resort dah bilik tu..
Suasana yang nyaman dan menghijau..
Angin sepoi2 menghembus masuk dalam bilik..
Hahaha..sampaikan ayah damia cakap..
" Ni kalau tak sempat tutup langsir masa nak ehem2 ni, confirm ramai yang skodeng"..

hahahaha...

Moral of the story??
Saya beruntung sebab suami saya buka pelakon...kalau suami saya pelakon, saya tak sanggup tgk adegan2 atas katil tu dengan pelakon perempuan lain...Alhamdulillah...Khairuddin Muhammad adalah Aaron Aziz saya...

Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Friday, December 2, 2011

Aku menangis kerana AARON AZIZ!!!

Bercucuran air mataku keluar..
Selaju deruan ombak rindu yang membadai  Izzah dan Hariz..
Tak tahan tatkala melihat Hariz mengalirkan airmatanya yang asli..
Kerana perasaanku itu mengiringi setiap perincian watakmu!

Cewahhhh bermadah pula di pagi jumaat ni kan..
Apa2 pun memang sedih betullah tgk filem OMBAK RINDU ni..
Berkali2 air mataku gugur terutama part "Hariz" menangis tu..
Kalau suruh repeat tgk 5 kali lagi pun, aku sanggup!!


Alhamdulillah...sempat juga tengok filem yang ditunggu2 ni..
Lepas habis kerja jam 5 petang, bergegas ke Umall utk beli tiket siap2..
Lepas tu makan, balik office solat..
Jam 7:15 baru gerak ke Cinema...
Panggung penuh dengan students UTM..
Kami dapat seat 3 dari depan...hehe..
Sanggup tu janji dapat tgk filem ni kan...

Review filem ni???
Kejap lagi yer!!! Tak leh review lebih2..kesian kat org yang tak tgk lagi..
Nanti tak suprised pulak!!!

Oklah..mahu ngajar dulu...



Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Thursday, December 1, 2011

1 DECEMBER!! HARI YANG DITUNGGU-TUNGGU..


Cer teka cer teka..
Apa yang ditunggu2 sangat tu??
Alahai...nak tgk tayangan awal, kerja lah pulak dari jam 8 pagi hingga 5 petang..
Nak tgk tayangan kul 7 lebih...insyallah sempat kot...sebab kat JB ni maghrib pun awal..6:55 dah maghrib..
Nak tgk tayangan kul 10 malam?? hohoho..tak sesuai sebab esoknya kena bangun awal2 pagi kan..
Kang tak terbangun pulak...hehe..cam tak biasa tido lambat jer..

Oklah..kita tgk lah cam mana..
Kalau dapat tgk harini..alhamdulillah..sebab memang dah lama aim filem ni..
Kalau tak dapat tgk harini...weekends ler jawabnya..huhu

p/s: Jangan lupa bawa tisu banyak2!! 


 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!