Tuesday, February 15, 2022

JJCM JOHOR || Restoran Bawah Kolong



Bawa anak3 merasai pengalaman makan bawah rumah.


Lauk pauk citarasa kampung yang pelbagai pilihan. Paling sohor ikan Bakar lah. 


Tapi masa kami sampai pukul 1 tadi, hanya ada ikan cencaru bakar je. 
Ikan2 spesis lain2 sedang dibakar lagi sebab dah habis.
Total harga makanan dalam gambar RM68 tidak termasuk otak-otak dan pepes.


Owner Kak Su pun sporting ramah tatkala datang mengira makanan. Lepas dah bagi harga makanan pada cebisan kertas, siap cakap "kalau tambah nasi nanti, Kak Su belanja" 


Ayyunie teliur nak makan kupang masak lemak cili api.


Sedap-sedap citarasa menunya..


Lokasi di Kluang lebih kurang 1 jam dari JB. Gigih semata2 nak gi makan lunch. 
Tempat luas dan selesa. Buka setiap hari kecuali sabtu dari jam 10 pagi.


Ikan cencaru bakar dan udang bakar je ada masa ni..
Bawal, sotong, pari semua masih atas bara arang lagi..


Tinggi hah bawah rumahnya..
Kalau bawah rumah kat kampung, siap kena bongkokkan badan..


Kebanyakannya menu kampung lah..


Ulam2 pun ada..


InsyaAllah..
One fine day boleh singgah lagi..


::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

2 comments:

Lynn Huraiza said...

boleh cuba ni nanti... tq ayu sharing tempat makan best kat kluang

Ayu Zarina said...

Sama-sama.. Jangan lupa cuba kat sini.. Berbaloi2.