Wednesday, July 7, 2021

Pengalaman saya dapat 1st dose Covid-19 Vaccine


Allah is the best planner..
Berdebar-debar juga masa dalam perjalanan ke klinik untuk cucuk vaksin masa ni.

Time menunggu dengan penuh Harapan sampai sehari 5 - 6 kali buka MySejahtera, tak ada seruan lagi.
Bila ko dah hampir putus asa dan buat tak tahu, eh eh tiba-tiba nama naik pula.

Pukul 3:08 minit semalam dapat call untuk mengesahkan kehadiran cucuk vaksin pukul 4 petang hari yang sama.
Terkejut berukkk masa tu. Dah lah saya dan ayah damia ada kelas masa tu.
Habis kelas pula pukul 3:30 petang.
Terus cepat-cepat check2 nama kat MySejahtera..
Ah ah lah...Nama kami berdua naik untuk cucuk Vaksin pukul 4 petang..
Fuhhhh...lain macam ya panggilan vaksin kali ni.
Dah macam panggilan akhir gi Haji berdebarnya..hihi
Terus ayah damia cancelkan next class pada pukul 4 semalam.


Perjalanan dari rumah ke klinik untuk cucuk vaksin mengambil masa dalam 20 minit je.
Sampai-sampai je, terus pembantu klinik sebut nama kami..
Prosedur sama je dengan cucuk vaksin kat mana2 mega PPV macam kat Persada tu.
Cuma kat sini selesa sangat2 lah sebab tak payah beratur. Parking pun depan klinik je. Tak Crowded (tak ada orang lain pun masa kami sampai tu) sebab orang datang cucuk vaksin mengikut masa yang ditetapkan seperti dalam MySejahtera, air cond sejuk giler, doktor dan pembantu klinik pula peramah, memang masa untuk cucuk vaksin sekejap sangat. Lagi lama menunggu 15 minit selepas vaksin tau untuk memantau kot2 kita ada apa2 kesan sampingan.


Lepas je hantar borang kat kaunter, terus doktor panggil masuk dalam bilik rawatan untuk suntikan.
Saya disuntik dulu dari ayah damia.
Adalah juga menjerit sikit sebab sis ni kan takut jarum dan sejenis tak tahan sakit..haha
Bak katanya ayah damia, nasib baik cucuk kat klinik swasta, orang lain tak dengar sis menjerit.
Kalau cucuk kat tempat2 ramai orang, malu dia bini siapalah tu menjerit...haha..



Then, barulah ayah damia punya turn kena suntik.
Dia kidal..so kena cucuk tangan sebelah kanan lah..
Yang penting suami isteri boleh  masuk bilik sekali.
Siap boleh aku ambil gambar ko, ko ambil gambar aku..
Sebab tu Ayah Damia kata ni memang dah betul2 macam "panggilan terakhir"..
Service pun dah macam "business class"...kih kih...


Alhamdulillah.. Done 1st dose Sinovac..
Siapa lagi geng Sinovac?


Syukur dapat rezeki cucuk vaksin bersama..
Semua urusan juga dipermudahkan...
Allah maha penyayang...


Bukan main lagi ya lentok lepas kena cucuk vaksin..
Ater, dah berbulan2 tunggu since reg vaksin dari 25 Feb 2021..


Cantik & selesa pula tu tempat Cucuk vaksin..
Nikmat mana yang hendak ko dustakan...


Pagi tadi check dalam MySejahtera dah dapat tarikh untuk cucuk dose ke 2 pula..
Semoga tiada kesan sampingan dan dipermudahkan urusan kesihatan dan vaksin seterusnya.



Baca ayat kat atas ok..
InsyaAllah...turn kamu semua pula tak lama lagi..
Lagipun Vaksin Prifzer dan AZ dah banyak masuk negara kita minggu ni..
Tak kira vaksin apa pun, yang penting kita telah jalankan tanggungjawab kita untuk 
mengekang Covid 19 ni. Tak sabar nak bebas ke sana ke mari dan bekerja macam dulu-dulu.

p/s: Alamak, ada yang tanya cucuk vaksin kat klinik swasta ni berbayar ke?
Tak lah, mana ada bayar. Percuma untuk semua rakyatlah.
Nama naik kat MySejahtera macam biasa..
Cuma sekarang ni pusat PPV dah diperluaskan ke klinik2 swasta, hotel, dewan serbaguna, IPTA, masjid dan lain2 tempat yang telah dilantik sebagai pusat PPV.

p/s: Alhamdulillah...so far dah 24 jam lepas suntik vaksin, macam biasa je. Tak ada apa2 kesan sampingan lagi. Tangan pun tak lenguh. Cuma mula2 lepas cucuk semalam rasa mual sendikit, lepas minum air mineral dah ok. Semoga berpanjangan lah kesihatan tubuh badan ini. Aaaaminn...







::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

1 comment:

Hans Hanis said...

alhamdulillah
sama lah sinovac
tak sabar tunggu dos kedua