Kek paling mudah..
Kek pisang..
Masukkan aje semua bahan2 dalam food processor/blender..
Pastu bakar dalam air fryer..
Siap!
.
Kalini bakar dalam Airfryer Oven, masa dan suhu tu kena tambah sikit.
Sebab ruang air fryer tu besar, jadi mungkin makan masa sikit utk masakan masak sekata berbanding air fryer yang basket tu..
Saya pernah share resepi kek pisang air fryer ni dalam media sosial..
Cuma masa tu guna AirFryer yang basket.
So masa dan suhu untuk kalini bertambah sikit.
Bahan-bahan:
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1/2 cawan gula (nak manis boleh tambah)
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
8 biji pisang berangan yang telah ranum (saiz besar)
Secubit garam
Untuk perhiasan:
Hirisan pisang
(Sebelum ni saya pernah guna hirisan badam dan chocolate chips..pun ok..)
Cara-cara:
1. Ayakkan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Kemudian satukan.
2. Blendkan telur, minyak masak, gula, garam dan pisang.
3. Masukkan bahan2 yang diblend ke dalam bekas. Kemudian masukkan tepung dan kaup balikkan adunan supaya rata.
4. Masukkan adunan kek tadi ke dalam foil tray mengikut saiz yang sesuai.
5. Susun pisang yang dihiris2 atas adunan.
6. Panaskan dulu air fryer dengan suhu 200'c selama 5 minit. Kemudian masukkan adunan kek tadi dan bakar dengan suhu 200' selama 20 minit (ikut saiz tray dan kuantiti ya) Siap! Saya guna Innofood Air Fryer 22 liter.
Moist2 & Chewy2 ..
Bolehlah buat minum petang..
Selamat mencuba!
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
1 comment:
Air fryer memang pembantu yang sangat memudahkan kerja dapur!
Post a Comment