Sunday, November 29, 2020

Resepi Ayam Panggang Peri Peri Ala Nandos

Baru je hujung minggu lepas makan kat Nandos Aeon Bukit Indah..
Minggu ni makan lagi..
Tapi kalini buat sendiri lah..
Mujur rasa dan teksturnya hampir sama walaupun tak 100% sama..

Dah namanya pun Ayam Panggang Peri-Peri Ala Nandos.. 
Tak ada sos peri-peri, tak jadi lah menu ni...hihi....

Ni resepi cara saya...
Nak cuba sila-silakan..

Bahan-bahannya:

1 ekor Ayam dipotong  kembang kupu-kupu. 
(Pastikan tulang belakang Ayam dan tulang dada Ayam dibuang.) 
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar garam
1 sudu besar oregano
1 biji lemon di ambil jusnya
4 sudu besar sos nandos peri-peri (hot) 
2 sudu besar sos nandos Peri-Peri (extra hot) 
Sedikit pewarna merah
Canola spray

Cara-caranya:

1.Lumurkan ayam yang telah di cucuk-cucuk dengan 
garfu bersama jus lemon ke seluruh badan ayam. 

2.Lumurkan pula semua bahan-bahan di atas  kecuali Canola Spray
 ke seluruh permukaan ayam termasuk di celah-celah. 
Perap selama 1/2 jam. Lagi lama lagi bagus.

3.Preheat Air afryer 180'C selama 10 minit.

4.Masukkan ayam ke dalam Air fryer dan spray dengan Canola spray. 
Bakar selama 30 minit pada suhu 200'C. 

5. Pada minit ke 15, terbalikkan ayam dan  sapu sos nandos extra hot 
pada ayam dan sambung bakar lagi lebih kurang 15 minit. 

6. Sapukan sos  nandos extra hot sekali lagi masa
 ayam telah betul2 masak sebelum dihidangkan. 

Siap! Bolehlah dihidangkan bersama nasi butter, jagung bakar dan fries ya...
Dan sos peri-peri jangan lupa..
Boleh beli kat mana2 pasaraya ada..

Selamat mencuba!

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, November 27, 2020

Resepi Kek Pisang Air Fryer lagi

Kek paling mudah..
Kek pisang..
Masukkan aje semua bahan2 dalam food processor/blender..
Pastu bakar dalam air fryer..
Siap! 
Kalini bakar dalam Airfryer Oven, masa dan suhu tu kena tambah sikit. 
Sebab ruang air fryer tu besar, jadi mungkin makan masa sikit utk masakan masak sekata berbanding air fryer yang basket tu..

Saya pernah share resepi kek pisang air fryer ni dalam media sosial..
Cuma masa tu guna AirFryer yang basket.
So masa dan suhu untuk kalini bertambah sikit.

Bahan-bahan:
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1/2 cawan gula (nak manis boleh tambah) 
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
8 biji pisang berangan yang telah ranum (saiz besar) 
Secubit garam

Untuk perhiasan:
Hirisan pisang 
(Sebelum ni saya pernah guna hirisan badam dan chocolate chips..pun ok..)

Cara-cara:
1. Ayakkan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Kemudian satukan.
2. Blendkan telur, minyak masak, gula, garam dan pisang.
3. Masukkan bahan2 yang diblend ke dalam bekas. Kemudian masukkan tepung dan kaup balikkan adunan supaya rata.
4. Masukkan adunan kek tadi ke dalam foil tray mengikut saiz yang sesuai.
5. Susun pisang yang dihiris2 atas adunan. 
6. Panaskan dulu air fryer dengan suhu 200'c selama 5 minit. Kemudian masukkan adunan kek tadi dan bakar dengan suhu 200' selama 20 minit (ikut saiz tray dan kuantiti ya) Siap! Saya guna Innofood Air Fryer 22 liter.

Moist2 & Chewy2 ..
Bolehlah buat minum petang..
Selamat mencuba!

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, November 25, 2020

Ikan Laga dalam Self Watering Pot

Yang bawah mainan Daim..
Yang atas mainan ibu..
Senang daun ketumbar, daun sup & akar kesum yang balance2 tu masuk je dalam Self Watering Pot ni. Nanti pandailah membesar sendiri. Setakat nak masak petik2 depan mata tu lepas lah juga. 

p/s: Ramai sangat yang tanya beli kat mana.
Ada juga yang ingat saya buat sendiri..haha..rajin bebenor...
Beli je kat Shopee pee pee..
Search keyword "self watering pot"
Happy hunting...

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, November 23, 2020

Resepi Roti Kastard / Custard Bun

Custard Bun untuk breakfast..

Doh tu dah uli siap-siap 3 hari lepas.
Tak sempat nak buat roti lagi masa tu, simpan je lah dalam freezer.
Pastu pagi ni defrost kejap.
Masuk dalam bread maker uli lagi guna mode knead.
Elok dan lembut kejadiannya.

Nikmat makan roti dengan kopi panas2. 
Pastu goreng kuew tiaw sikit dan rebus telur juga. 
Sebab tahu anak3 tak akan kenyang makan roti je.

Ni resepinya.

Bahan2 untuk roti:
250gram tepung high protein
1 sudu makan margerin
3 sudu makan gula
1/2 peket yis
1 cawan susu full cream
1 biji telur
Sedikit garam

Cara-cara:
Saya masukkan semua bahan2 diatas ke dalam Bread Maker.
Formulanya cecair mesti paling bawah, yis mesti paling atas dan tak boleh bercampur dengan garam.
Bila dah jadi dough dan proofing, sedia untuk dibakar.
Then bakar pada suhu 180'c selama 20 minit

Bahan2 untuk kastard:
2 sudu besar tepung kastard
1 kotak susu full cream (200ml)
2 sudu besar gula
2 sudu besar gula (nak manis boleh lebihkan)
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:
Masukkan semua bahan2 diatas kedalam periuk.
Kacau2 hingga sebati dulu.
Baru hidupkan api dan api mestilah sederhanas besar.
Sentiasa kacau2 hingga pekat dan elakkan berketul.
Apabila dah start letup2 dalam periuk. Bolehlah tutup api dan teruskan kacau untuk elakkan berketul.
Tunggu sejuk sekejap, bolehlah masukkan dalam piping bag.

Untuk lebih mudah faham, boleh tengok video di atas ya.

Selamat mencuba..

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, November 19, 2020

Lunch di Nasi Arab Zaituna

Harini dari breakfast, lunch & dinner cuti masak.

Very recommended Nasi Arab kat sini. 
Shawarma pun sedap gilsss sebab inti ayam dia padat dan rasa rempah.

Yang paling best sebab ada macam2 dessert Arab kat sini. 
Tadi sempat try Kunafa je sebab dessert2 lain masih tak siap lagi.

Tempat cantik, selesa, sejuk, service cepat dan pelayan2 pun very welcoming.

OK boleh repeat lagi!

Terletak di Jalan Glasiar, Taman Tasek JB.

Atmosphere kat sini terasa macam kat Turki gitewww.
Amboi bukan main lagi semua duduk jarak 1 meter ya.

Macam2 dessert ada kat sini..

Nasi Arab gabungan Nasi Mandy, Nasi Makloubah dan Nasi Kabsah.
Ada ayam dan kambing.
RM60/dulang untuk 4 orang makan.

Nampak biasa je Shawarma ni, tapi sedap...
RM12

Cantik dekorasinya..

Berkenan sungguh kat Wall Deco tu..

Daim tanya kenapa tak ada air dalam teko ni...muahaha

Jenuh nak habiskan sedulang..
Tapi akhirnya habis juga...hihi..

Sedaplah Kunafa ni..
Tapi tak leh makan banyak sangat...
Nanti muak..
RM8/slice

Macam ni lah rupa Kunafa  yang besar...

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, November 18, 2020

Resepi Fish Fillet Garlic Butter Lemon guna Air Fryer Oven

Fish Fillet Garlic Butter Lemon
Sedap hingga menjilat 5 jari.
Ikan tu masak dalam air fryer oven.
Sos tu masak lah atas dapur.
Akhirnya dalam mangkuk bertemu jua.

Bahan2 perapan:

2 keping Fish Fillet
Lada hitam tumbuk
Garam
Thyme
Cili flakes
Tepung jagung
Canola spray

My new Air Fryer Oven..
Penangan 11.11 punya sale..
So rasmikan dengan menu yang wow sikit..

Air Fryer sedia ada 3.8 liter.
Muat je nak masak seekor ayam saiz sedang.
Air Fryer Oven ni 22 liter.
Lebih besar, lebih praktikal..
Nak2 pula tahun 2020 ni banyak duduk rumah asyik masak, masak dan masak je kan.

Bahan2 Sos: 

2 sudu besar mentega
3 ulas bawang putih - cincang halus
1 ulas Bawang merah - cincang halus
1/2 kotak cooking cream 200ml
1/2 cawan air
3 sudu besar air perahan lemon
4 keping kulit lemon
2 sudu mozzarella cheese
Garam secukup rasa
Maggie secukup rasa

Cara-cara:

 1. Satukan bahan2 perap  bersama fish fillet kecuali canola spray dan perap 10 minit.

 2.Panaskan air fryer dengan suhu 180'c selama 5 minit dulu. 
Kemudian masukkan fish fillet tadi bersama sedikit canola spray. 

  3.Masak guna function "Air Fry" dengan suhu 200'c selama 15 minit. 
Masak fish fillet tadi sehingga keperangan. 

  4.Untuk sos, panaskan non stick pan dan masukan mentega. 
Biarkan mentega cair dengan api sederhana dan masukan bawang putih dan Bawang merah. 
Tumis sehingga kekuningan dan masukan cooking cream. Terus kacau sehingga berbuih.

 5.Masukkan air, garam dan perasa dan kacau. Biarkan mendidih sekejap. 

  6.Kemudian masukkan mozzarella cheese, air perahan lemon  dan kulit lemon. Kacau sebati.

 7.Akhir sekali, masukkan fish fillet dalam air fryer tadi ke dalam sos dan masak hingga mendidih supaya sos dan ikan serasi. 

  8.Sedia dinikmati. Yummmssss..

:Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:

Tuesday, November 17, 2020

Cepatnya Daim pandai kayuh basikal 2 roda

9 November 2020

Pencapaian terbaru Daim.
Boleh kayuh basikal dengan 2 tayar dah.
Tak ada niat pun nak ajar Daim kayuh guna 2 tayar.
Kebetulan ayahnya repair basikal terlupa nak pasang balik roda ke-3. Haha..
Terus ayahnya suruh Daim try kayuh guna 2 tayar je.
Tak sampai 1/2 jam practice..
Eh eh dah pandai lah..
Punyalah semua happy dengan pencapaian Daim ni.. Yeayy!

16 November 2020.

Harini makin laju dah bawa basikal 2 roda.
Siap turun naik bukit dan kayuh jauh sikit dah  ikut kakak2 dan jiran main basikal.
Kejap2 jatuh bercalar lutut kaki tu biasa.
Tapi Daim tetap bangkit bangun meneruskan kayuhan.
Ibu pula seram takut dilanggarnya kereta orang.

Alhamdulillah..
My fast learner boy..

p/s Tengah kemaruk tiap2 petang naik basikal tu..

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, November 13, 2020

Nasi Dagang Kahwin

Ketua keluarga kepingin nak makan Nasi Dagang Terengganu + Kelantan harini. 
Tu yang jadi versi Kahwin tu.
Kahwin antara 2 negeri.. Hihi

Nasi Dagang versi Terengganu tu saya campurkan beras basmathi, beras pulut dan beras wangi.

Yang versi Kelantan pula kena ada sambal nyor ikan tu baru jadi Kelantannya. 

Yang penting tak kisah lah masak versi Negeri mana pun, janji habis  makan dan sedap 😋.

Happy lunch 🍽️.

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, November 10, 2020

Simple celebration for my 40th birthday

Nasib baik lah sempat celebrate 2 hari sebelum diumumkan PKPB semula..
Si ayahnya beria-ia ajak semua keluar makan sambil2 celebrate birthday ibu katanya..
Tengahari tu, si ayahnya juga beria-ia ajak pergi kedai emas untuk pilih hadiah birthday juga..
Pendek kata semuanya selesai dan dipermudahkan sebelum masing2 berkurung kat rumah semula terutama anak3..

Ke manalah si ayahnya nak bawa kami semua ni?
Rupa2nya ke Woodfire Bukit Indah.
Yang terletak dalam lobby hotel Millesime.
Berdekatan dengan Hospital Colombia.
Rezeki kami masa datang tu tak beratur panjang sangat..
Memang selesa sangat ni woodfire kat sini berbanding dengan Woodfire yang pernah kami cuba di Taman Suria dalam Medan makan pasar tu.

Si ayahnya order ini.
Lamb tu ayahnya lah nak makan..

Tapi mengikut pemerhatian dan rasa kami, burger yang kat Taman Suria tu lagi besar dan nampak menarik. Lagi secukup rasa..
Eh ntahlah..perasaan je kot..

Lamb Grill..
RM96++
Harga berbeza2 ikut berat..
Bermula dari RM80++ ke atas..

Sebelum ke sini, sempat singgah SDS berdekatan rumah untuk beli kek..
Kek dan birthday mana boleh dipisahkan..
Tak pe lah lilin tak nyala pun, janji ada kek buat syarat...hihi

Alhamdulillah..
Di usia 40 tahun ini masih bernafas dan menikmati kebahagiaan bersama orang2 tersayang..

Kek black forest..
Rasa coklat dan masam2 blueberry di dalamnya..

My family..
My strenght...

Terima kasih my sweet family...

Nak masuk ke Woodfire ni kena masuk ikut pintu dalam lobby hotel ya..

Syukur alhamdulillah..
Moga2 kenangan hari ini memberi 1001 memori pada masa akan datang..
Terutama pabila anak3 dah besar dan ibu ayah dah jadi warga emas nanti..

Daim paling cute dan kuat nyanyi..
Sayang anak3 ibu...muah muah muah...

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, November 5, 2020

Jual kek dalam van

Comel je kan konsep jual kek macam ni. 
Nampak eksklusif walau hanya jual dalam van. 

Yang penting simple, bersih dan banyak pilihan.

Malam tadi singgah dalam jam 10 malam dah tak banyak kek yang tinggal. 
Yang display tu tinggal premium cake je lagi.

Dalam tray kuning tu baru nak susun top up kat rak. Harga RM13.
Pun tak banyak pilihan dah.

Rasa pun boleh tahan sedap bagi peminat kek span.  
Saiz pun tebal dari saiz slice kek biasa tu. 

Kotak pun cantik dan kemas.

Rasa 2 perisa ni dulu. Tiramisu & Strawberry.
Daim suka betul yang strawberry tu.

Lokasi- Depan Maybank Taman Universiti Skudai.
Masa - 8 malam hingga 12 tengah malam