Hujung minggu lepas..
Rajin saya buat Laksa Siam atau dikenali dengan Laksa Thai juga ni..
Laksa Siam ni memang kena makan dengan ulam-ulaman meriah baru sedap..
Nak2 daun pudina dan daun selasih tu..
Berangin je dalam mulut..
Ni pun ada yang tak cukup lagi ulam.
Ulam burung tenggek dan terung bulat2 warna putih tu 3 pasaraya cari tak jumpa..
Ater bak katanya ayah damia memang lah tak jumpa cari kat pasaraya..
Cuba cari kat pasar2 biasa mesti jumpa..hihi
Untuk laksa siam ni, kuah lemak ikan tu kena pekat dan kaw kaw baru nikmat.
Laksa beras lembut tu pula kiriman pos dari Pantai Timur.
Tak payah rendam, tak payah rebus.
Hanya kukus semula je dalam 10 minit..
Memang perfect kombinasinya..
Bahan-bahan untuk Kuah Laksa Siam
*4 ulas bawang merah kecil
*2 ulas bawang putih
*1 batang serai
*1 inci kunyit hidup
*2 sudu besar cili kisar
*5 tangkai cili api merah
*3 tangkai cili besar merah
*2 inci belacan
*2 batang akar ketumbar
500 gram ikan kembung
1 inci lengkuas dihiris nipis
1 kotak santan yang 500 liter
2 -3 keping asam keping
1 liter air
3 helai daun limau purut
5-6 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan dibelah 4
Garam, gula dan perasa secukupnya
Cara-cara membuat Kuah Laksa Siam
1. Rebus ikan dengan 2-3 keping asam keping bersama sedikit garam. Pabila dah masak, biarkan sejuk seketika. Asingkan isi ikan dengan tulang. Kemudian kisar isi ikan sahaja sehingga halus. Tulang dan kepala ikan tak perlu untuk elakkan kuah laksa siam daripada jadi gelap.
2. Kisar semua bahan yang bertanda * hingga halus. Kemudian masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama dengan santan, hirisan lengkuas, asam keping, bunga kantan yang dibelah 4 dan sedikit air. Masak sehingga mendidih.
3. Apabila dah mendidih, masukkan isi ikan yang dikisar tadi. Kacau2 hingga rata. Kemudian baru masukkan daun limau purut, daun kesum dan perasakan dengan garam, gula dan perasa. Masak dengan api sederhana kecil hingga naik bau dan layu. Dah siap, tutup api.
4. Kuah laksa siam ni seelok-eloknya nak makan tenghari, masak pagi. Nak makan pagi, masak malamnya lagi kerana lagi lama, lagi sedap kuahnya sebati dan berbau wangi.
5. Sementara tunggu kuah laksa sejuk, bolehlah siapkan ulam2. Dah siap.
Bahan - bahan Ulam
Daun selasih
Daun pudina
Daun parsley
Daun kesum
Bunga kantan
Kacang panjang
Timun
Limau Kasturi
Tauge (jika suka)
Cili api (kalau nak pedas lagi)
Untuk ulam, saya lebih suka potong kasar2 macam timun dan kacang panjang tu.
Manakala untuk ulam-ulam yang berdaun, saya lebih suka letak macam tu je dalam hidangan, pabila nak makan, baru petik daunnya satu2 gaul sekali dengan laksa dan kuah. Baru lebih terasa.
Dan kuantiti ulam pun tak perlu banyak sangat, cukup serba sedikit.
Selamat mencuba..
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
No comments:
Post a Comment