Wednesday, May 27, 2020

Daim Muslim turns 4

26/5/016 - 26/05/2020

4 tahun yang lepas tarikh harini, satu2nya anak yang ibu tak dengar tangisan pertama sebab bius kena czer. Sedar2 je terus dengar "tahniah, awak dapat baby boy, berat 4.4kg". 

Happy 4th birthday Daim Muslim Bin Khairuddin.

Berikanlah dia keselamatan dunia & akhirat. Kurniakanlah dia ilmu, iman dan amal secukupnya. Perindahkanlah akhlak dia. Berikanlah kejayaan dunia & akhirat kepada dia. Aaamin..

Boston Chocolate Cake. Coklat tapi rasa oren. Berat 1kg je ni.
Just nice untuk kami sekeluarga dan bagi jiran sorang sikit.

Sesi buka hadiah dari ibu.

Sesi buka hadiah dari ayahnya.
1 minggu sebelum raya beli, lepas tu peram dalam kereta.
Kalau tak peram, tak jadi hadiah birthday lah jawabnya..

Ni lah hadiah dari Ibu.
Btw Daim pilih sendiri dalam Shopee ni.
3 minggu baru sampai,
Ingat kan sampai lepas raya dah.
Rezeki kami Daim sampai 1 hari sebelum raya.
Suka lah dia dapat ulang alik ulang alik pakai costume tu.
Siap makan, main & tengok TV pun pakai costume tu.
Mujur tak panas dan kain selesa.

Dah pakai costume ni, aura lain macam ya Daim.
Sebelum ni dah jadi hero, ni bertambah2 hero lah jawabnya.
Pening semua nak melayan kerenah awak nanti..

Satu2nya tetamu yang dijemput untuk meriahkan birthday Daim.
BFF dia ni sebelah rumah.
Tengok punyalah baik siap nak pakaikan lagi topeng tu kat BFF dia..
Sabar je lah..

Yang datang beraya, jangan lupa kita ikut SOP yang disarankan oleh KKM.
Ambil suhu & pakai hand sanitizer.
Lepas makan, bagi duit raya terus balik.

Begitulah Raya 2020 dan birthday Daim disambut dalam PKPB. 
Tidak berlebihan, tidak pula rasa tidak kecukupan. Alhamdulillah.. . 

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Saturday, May 23, 2020

Tips merebus ketupat nasi

Sekejap je dah 30 Ramadan.
First ramadan yang cukup hari terawih. 
Kecuali time Allah bagi cuti untuk perempuan lah. 
Memang banyak hikmah menyambut ramadan kali ni seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan. 
Kalau dulu kadang2 ada alasan skip terawih di surau atau masjid sebab takut Daim ganggu jemaah lain, kita tak kusyuk asyik fikirkan Daim ke sana ke sini, penat balik kerja, sibuk kat dapur, anak2 banyak kerja sekolah, Daim tidur awal dan alasan2 lain, kalini tidak lagi. Semuanya berjemaah terawih, apatah lagi yang solat wajib kan. Syukur alhamdulillah. 

Harini pasti ramai antara kita sedang buat persiapan raya esok kan. Walaupun ramai antara kita tidak boleh balik kampung, tapi raya tetap diraikan sebagai tanda kemenangan orang2 berpuasa. Ada yang sedang merendang dan menganyam ketupat ke tu? 

Semalam masa beli kelongsong ketupat ni, sempat makcik yang jual tu bagi tips kat saya (al maklumlah first time excited nak rebus ketupat sendiri ni, selalu beli yang dah siap ada nasi dalam tu, so saya tanya macam2 lah)

1. Beras cuci bersih2 dan tapis bagi keluar semua air dulu. Jangan masuk beras yang masih berair2.
2. Kelongsong ni balik rendam kejap dalam air, takut kotor2 ada lagi dalam kelongsong tu. Dan gantung bagi kering kejap. 
3. Letak beras separuh (siap tunjuk garisan segitiga) je. Kalau tak nanti ketupat keras.
4. Rebus dalam periuk 4 jam baru cantik dan lembut ketupatnya. 

Pastu saya cakap "hah 4 jam? 
Kalau saya guna pressure cooker boleh cik?" Sekali makcik tu jawab "apa benda ker tu". Alamak, makcik tak faham pula 😀. 

Apa2 pun terima kasih makcik baik hati bagi tips. Merasa lah buat ketupat sendiri (walaupun beli kelongsong yang siap je)  tahun ni 😉. 

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri semua. 

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, May 20, 2020

Resepi Bombolini Donut Berkrim Kastard

First time buat Bombolini Donut ni..
Banyak juga step nak kena ikut dari kneading, freezing dan doughing.
Lepas tu timbang, rounding, proofing dan goreng.
Tunggu sejuk, baru tabur snow powder dan filling inti.
Inti kastard dan chocolate tu buat awal2 lagi simpan dalam peti.
Memang gebu gebas dan penuh inti sampai ke bawah.
Tak macam beli kat sesetengah kedai tu inti secoet je kat atas.

Resepi kastard ni saya ikut dari Kuali Helena.

Bahan-bahan:

1/2 cawan whipping cream
1 biji telur
2 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-caranya:

Satukan kesemua bahan2 diatas dan kacau rata. Kemudian masak atas api sederhana. Ingat sentiasa kacau agar tidak berketul. Apabila dah agak pekat, masukkan ke dalam piping beg dan biarkan sejuk. Nak masukkan dalam peti ais pun boleh.

Resepi Bombolini ni pula saya ambil dari FB dan saya adjust sikit sebab guna tepung high protein.

Bahan-bahan:

1/2 cawan susu segar
2 sudu besar gula
1 sudu besar yis
1 sudu besar baking powder
2 cawan tepung high protein
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
2 sudu besar mentega

Cara-caranya:

1. Saya campurkan kesemua bahan dalam bread maker dan guna setting "knead" 8 minit.
2. Kemudian saya letak doh tadi dalam freezer selama 10 minit.
3. Selepas tu saya masukkan semula dalam bread maker dan guna setting "dough" selama 1 jam 15 minit.
4. Keluarkan dari bread maker, dan timbang setiap doh kecil 50 gram.
5. Roundingkan doh tadi dan tunggu proofing selama 45 minit. Bila dah mengembang, bolehlah goreng dengan menggunakan api perlahan.
6. Bila dah masak, bolehlah toskan minyak dan biarkan sejuk betul-betul.
7. Kemudian bolehlah tabur gula icing atau snow powder.
8. Akhir sekali, guna chopstik untuk buat lubang pada bombolini. Saya tak ada chopstick jadi saya guna gunting je. Kemudian bolehlah piping inti kastard dan hias mengikut kreativiti masing2.

Tips: Dah nak dekat2 makan baru tabur gula icing dan piping kastard ya. 
Sebab takut nanti gula tu cair.

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, May 18, 2020

Resepi Ikan Percik

Macam2 cara nak bakar ikan ni. 
Dalam Oven, Air Fryer, atas Pan hatta dalam pemanggang ajaib pun boleh. 
Tapi tetaplah tidak sama dengan bakar atas arang. 
Sebab bau bara api tu yang menyedapkan lagi rasa ikan percik ni. 
Tapi kalau setakat bakar 2 ekor, tak ada maknanya nak hidupkan arang. 
Sudahnya bakar dalam 'para', letak direct atas api terus. 
Rasalah juga aroma hangit2 api tu at least .

Ok, ni saya sertakan resepi Ikan percik cara saya. 
Kot lah ada yang nak mencuba.
Ikan perap dulu dengan kunyit dan garam. Kemudian bakar atas api.
Untuk kuah percik:

4 ulas Bawang merah*
1 ulas bawang putih*
Secubit belacan*
1 inci halia*
1/2 sudu ketumbar*
1 kotak santan 200ml
1 cawan air
1 keping asam keping
2-3 sudu cili kering kisar
Garam, gula & perasa
Mula2 blend dulu semua bahan yang bertanda *, kemudian masukkan dalam periuk bersama bahan2 yang lain, kacau2 kuah sehingga pekat. Kepekatan bergantung pada selera masing. Tuangkan kuah sikit demi sikit pada ikan bakar, dan terus membakar sehingga 3 kali tuang kuah. Siap.

Saya sertakan sekali video secara ringkas sebagai panduan.
Moga bermanfaat.
Selamat mencuba..

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, May 15, 2020

Resepi Dark Chocolate Chips Cookies

Projek kuih raya anak3. Termasuk Daim sekali mengentelnya ni 😁. 
Betullah Raya ni anak3 yang terlebih excited sebenarnya.
Kuih raya homemade pertama tahun ni. 
Siap 5 dulang Dark Chocolate Chips cookies. 
Takut tak sempat hari raya je nanti licin ni.

Resepi easy peasy saya:

500gram tepung mix biscuit
250gram butter
1 biji telur
1/2 gula castor
Dark Chocolate chips secukupnya (beryl's)
Badam nibs secukupnya
Mula2 guna mixer putarkan dulu butter, telur dan gula sehingga sebati. Lepas tu campurkan tepung sikit demi sedikit. Stopkan mixer. Last sekali masukkan badam dan chocolate chips dan gaul2 dengan sudip sehingga sebati. Pastu bolehlah gentel2 saiz ikut suka dan bakar pada suhu 190'c selama 20 minit (ikut microwave masing2).
.
Tapi satu je lemah buat kuih raya ni, masing3 dah tak tahan nak rasa bila bau masa baking tu memenuhi ruang udara. Tak pe anak3, ibu kecik2 dulu pun pernah terbuka puasa masa buat kuih raya 🤭. 
Korang jangan ikut pula 🙃. 

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Photos of the decade: 2009 - 2019

10 years back

10 years later
 
Kedai gambar yang sama, tapi owner berbeza. 
Dulu milik auntie sekarang milik orang muda dah.
Agak lama nak siapkan gambar 10 years later tu. 
Photoshoot November 2019, Feb 2020 baru siap. 
Sebab2 lambat pada mulanya tuan kedai bagitau 
frame yang sama dengan 10 years back tu dah tak ada dah. 
Susah nak cari sekarang sebab tu royal frame. 
Tapi kami minta juga carikan frame, kualiti, warna dan design yang sama.
 Selang 2 hari kemudian, tuan kedai maklumkan dah jumpa frame tu.
 Rezeki kami lah tu. Alhamdulillah.
.
Hopefully 10 tahun coming soon, frame design ni masih wujud lagi.
 Masa tu Aleesya 23 tahun, Ayyunie 21 tahun, dan Daim 13 tahun. 
Ada lah sorang anak bujang teman ibu ayah sampai tua ya.
 Moga2 ibu & ayah masih panjang umur tengok anak3 membesar dan berjaya depan mata. 
Aaaminn.. 

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, May 12, 2020

Resepi Murtabak Raja

MasyaAllah..
Macam tak percaya saya boleh buat Murtabak Raja.
 Menu tersohor di Kelantan ni. Harga pun boleh tahan.

Ni saya buat masa awal2 Ramadan haritu..
Hasil kerjasama 1 keluarga ni..
Masing2 ada tugas masing2. 
Anak2 bab kopek bawang, kopek kentang, goreng inti, pecah telur dll. 
Saya pula uruskan bab uli doh tapi guna "bibik"lah dan mencanai walaupun tak ada aksi2 terbang.
Suami pula uruskan bab jaga murtabak atas api dan bentuk2kan jadi sedap mata memandang.
.

Puas hati sangat hasilnya walaupun perlukan kesabaran. 
Ni sebelum dipotong.
Sayang nak potong sebab macam tak percaya boleh buat Murtabak Raja..haha

Tapi tetap juga kena potong kan kalau nak makan..hihi
Doh dalam dan luar lembut, isi daging dan telur lebih banyak berbanding bawang dan digandingkan pula dengan pencicah cuka bawang dan dalca daging.

Kulit murtabak tu uli guna Bread Maker Trio.
Lembut yakmat hah teksturnya.
Masa uli pun bukan main elastik.
Seronok main2 dengan tepung elastik ni.
Tarik sana tarik sini. Cuma tak ada aksi terbang2 lah. 
Almaklumlah firsf time buat murtabak guna doh buat sendiri. Excited lain macam.
Hasil pun macam tak percaya saya buat sendiri. Hihi..

Ni resepi kulit murtabak cara saya. 

500g tepung gandum
250ml air sejuk
2sb marjerin
2sb susu pekat
1sk garam

Cara-cara:

1. Uli semua bahan2 diatas dengan Bread Maker. Guna setting "dough". Anggaran 1 jam 30 minit.
2. Keluarkan adunan dari bekas. Timbang 100gram setiap biji dan bulat2kan. Saya dapat 9 biji.
3. Lumur setiap doh dengan marjerin.
4. Perapkan dan tutup dengan kain. Saya perap jam 2 petang, kul 5:30 petang start canai letak inti dan bakar.

Mula2 Ayah Damia nak mencanai..
Tapi asyik tak jadi..
Last2 saya juga yang mencanai..

Sudahnya ayah damia tukang bakar murtabak, jaga api dan bentukkan murtabak jadi 4 segi macam dalam gambar.

Bakar guna api kecil je tau.

Ni saya share resepi Inti Murtabak cara saya.

500gram daging cincang.
1 biji bawang holland dipotong dadu
3 ulas bawang putih dipotong dadu
1 biji kentang dipotong dadu
2 sudu besar rempah kari
Telur
Daun sup dihiris
Bawang besar dihiris
Garam dan gula. 

Cara-caranya:
1. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga naik bau. 
2. Masukkan rempah kari dan sedikit air. Masak dalam 3 minit. 
3. Kemudian masukkan daging cincang dan kentang. Masukkan bersama dengan garam dan perasa. Masak sehingga air daging hampir kering dan pecah minyak. 
4. Dah masak, sejukkan. 
5. Dalam mangkuk lain, masukkan 1 senduk kecil inti daging yang telah dimasak tadi, 1 biji telur, daun sup dan bawang. Kacau2 hingga sebati. 
6. Canaikan kulit murtabak tadi sehingga elastik/nampak bayang2 dulang dibawah. 
7. Kemudian masukkan inti tadi ditengah2 kulit murtabak, lipat kan kulit murtabak agar inti tak terkeluar, dan terus angkat letak atas pan pembakar. Bakar dengan api yang kecil dan minyak yanh sikit sahaja hingga masak kedua2 belah. 
8. Canai lagi kulit murtabak. Masukkan murtabak 1 yang dimasak tadi, ulang semula proses no 5, dan letakkan inti tadi atas murtabak 1. Lipat murtabak dan terus bakar. 
9. Canai lagi kulit murtabak utk kali ke 3. Masukkan murtabak 2 yang telah dimasak tadi. Kemudian pukul 1 biji telur bersama bawang dan daun sup, curah atas murtabak 2 tadi. Lipat murtabak dan terus bakar. 
10. Semasa bakar, guna 2 sudip utk rata kan sekeliling murtabak raja dan bentuk2kan supaya jadi cantik 4 segi. 

Dah siap! Renyah juga nak buatkan. Murtabak Raja ni umpama 3 murtabak dalam 1 kulit. Tu yang jadi berlapis2 tu. 

Murtabak biasa pun saya ada buat juga.
Murtabak yang lebih saya buat frozen. 
Senang nak makan masa moreh nanti masuk je dalam Air Fryer. 
Ni kalau open order pun ok kan. 

Selamat mencuba.

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, May 11, 2020

Resepi Kubedeh Kebab & Nasi Saffron

Woww...Mediterranean craving satisfied..
Semalam saya masak menu2 tema meditteranean untuk berbuka..
Bergelek2 Ya Habibi Ya Maulana juga lah kat dapur nak siapkan..hihi..
Tapi hasilnya sangatlah puas hati untuk kami sekeluarga..Alhamdulillah..

Btw sebelum ni tahun 2015 saya dah pernah share kat dalam blog ni resepi kubedeh kebab..
Kalini buat pun saya guna resepi yang sama juga..
Cuma ada olahan sikit dari guna cili api tukar ke Capsicum..
Yang lain2 bahan2 dan caranya masih sama..

Saya share semula ya resepinya disini

Bahan-bahan:
500gram daging ayam cincang/ isi ayam
1 biji bawang holland
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil rempah morocco
1/2 sudu kecil serbuk cili
Secubit lada sulah
1/2 biji capsicum saiz besar
Secubit garam & perasa

Cara-caranya:
Kisar kesemua bahan2 diatas dalam food processor sehingga sebati.
Kemudian masukkan dalam ziplock.
Tekan2 dan ratakan ke seluruh ziplock.
Perap dalam chiller selama 2-3 jam.
Lagi lama lagi bagus.
Boleh rujuk pada video diatas ya.

Kalau ada skewer yang leper (tak sesuai guna yang bulat), boleh terus tekan2 kubedeh tadi pada skewer dan bakar atas api arang.
Tapi kalau tak ada skewer yang sesuai, boleh ikut cara saya ni ya.
Alaskan loyang dengan baking paper.
Kemudian tuangkan semua kubedeh tadi dalam loyang.
Rata-ratakan agar dapat ketebalan yang sesuai.
Jangan nipis sangat, jangan tebal sangat.
Guna tangan agak melekat2 ya, jadi ratakan guna baking paper tadi.
Bila dah sama rata, potongkan adunan kubedeh tadi pada 4 dengan memanjang.
Kemudian boleh lah buat garis-garis pada setiap bahagian.
Bakar dalam oven sehingga masak dengan suhu 190'c selama 20 minit.
Untuk dapatkan aroma hangit2 tu, saya bakar pula atas pan selama 10 minit depan belakang.

Menu semalam, selain saya buat Kubedeh kebab, saya juga buat kambing BBQ dan Meatball Grill..

Ni masa proses bakar atas pan.
Guna api kecil sahaja.
Kambing tu banyak lemak2 sedapnya..

Hasil selepas dibakar.
Boleh juga bakar sekali tomato, cili hijau dan bawang bombay ya.
Daun pudina kalau ada lagi syokkk makan dengan nasi.
Lebihan pudina saya buat teh pudina.
Memang nyaman..

Nampak renyah, tapi sebenarnya tak susah mana pun nak buat ni.

Untuk Resepi Nasi Saffron pula, rendam besar basmathi selama 1 jam. Kemudian toskan.
Tumis 3 sekawan bersama butter dalam periuk.
Apabila dah naik bau, masukkan beras yang ditoskan tadi.
Kacau2 hingga air kering dan masak beras seperti biasa.
Bila dah masak, keluarkan 1/3 nasi dari periuk dan titiskan dengan air saffron.
Cara hidangan, letak nasi yang warna putih di bahagian bawah, manakala nasi saffron tadi dibahagian atas.
Kemudian hidangkan bersama kubedeh dan sayur2 yang telah dibakar tadi.
Sedap dihidangkan bersama sup kambing atau kari daging.

Selamat mencuba..

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Saturday, May 9, 2020

Resepi Gulai Ayam Kelantan

Bismillahirahmanirahim..
Iftar hari yang ke 14 ni

Teringin sangat makan Gulai Ayam "Kelantanese" yang nasi berlauk pagi2 tu. 
So harini kita masak menu tu. 
Nak masak gulai ni tak leh cepat2 dan kalut2. Kena "mati awah' dan reneh ayam tu lama dengan api perlahan. 
Biar sebati dalam campuran 2 rempah kari ayam dan rempah kerutuk tu. Baru kaw kaw. 
Dimakan pula dengan timun dan sambal lada cuka. Memang itulah stylenya. 

Selalunya orang akan masukkan "kopeh" dalam gulai ni.
"Kopeh" tu maksudnya hati, pedal, kaki ayam dan tulang2..
Sedap dan lembut je sebab dah reneh lama kan.
Sampaikan kadang2 tulang tu pun kita boleh kunyah dan telan.

Ni resepi yang saya buat ya..

Bahan-bahannya:

Ayam 1/2 ekor dipotong
4 ulas Bawang merah*
2 ulas Bawang putih*
2 hirisan Serai*
1 inci Halia*
1 inci Lengkuas*
1/2 sudu kecil Jintan manis*
1/2 sudu kecil Ketumbar*
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar rempah kerutuk
1/2 sudu asam jawa
1/4 relung gula melaka
1 kotak santan 200ml + air 200ml
1 sudu kecil kerisik
Cili besar hijau/merah
Garam & perasa

Cara-caranya:

1. Blendkan semua bahan2 yang bertanda *. Kemudian tumis dalam kuali sampai kekuningan.
2. Masukkan cili kisar dan sedikit air. Tumis sampai garing.
3. Masukkan pula rempah kari dan rempah kerutuk yang dicampur dengan sedikit air. Tumis sampai pecah minyak.
4. Bila dah pecah minyak, boleh masukkan asam jawa dan gula melaka.
5. Masukkan ayam dan air. Air tu agak2 paras ayam tenggelam. Masukkan sekali garam dan perasa. Tutup periuk dan reneh sehingga ayam empuk dengan api perlahan.
6. Kemudian boleh masukkan santan dan air mengikut kepekatan kuah yang masing2 suka.
7. Akhir sekali masukkan kerisik. Boleh tambah cili besar hijau/merah untuk lebih pedas dan hiasan. 

SELAMAT MENCUBA.

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, May 7, 2020

Warna warni kuih Onde-onde ku

Onde-onde atau juga dikenali sebagai kuih Buah Melaka memang antara kuih yang selalu didapati masa bulan Ramadan.
Samaada masing-masing buat sendiri atau beli sahaja di Bazaar Ramadan.

Selalunya ia mudah didapati dalam warna hijau.
Yang dijual pun kebanyakanya dalam warna hijau.
Tapi ni disebabkan saya buat sendiri bersama anak2 dan nak lain sikit, maka saya olah lah jadi warna warni.
Sejak PKP ni, macam2 idea kreatif kita boleh buat dengan #stayathome

Ada 4 warna tu saya dan anak2 buat.
Kalau rasa takut nak guna pewarna, boleh juga guna sumber warna dari alam semulajadi.
Biru/purple guna bunga telang, hijau guna daun pandan, pink guna pati bunga ros dan kuning guna air saffron.

Sejuk je mata memandang.
Tema warna warni gitu. 
Tapi rasanya tetaplah sama semua.
Nak buat pun senang hanya menggunakan gula melaka yang dipotong kecil, tepung pulut, air dan juga kelapa parut warna putih.
Walaubagaimanapun, tips untuk tak nak bagi onde-onde ni pecah adalah lepas je gentel bulat2 terus masukkan dalam air mendidih.

Ramadan kalini memang kuih muih atau masakan masak lebih dari biasa.
Misinya adalah 1 menu 1 jiran.
So far, without fail lagi since 1 Ramadan.
InsyaAllah, moga2 sampai ke penghujung ramadan lah berjaya misi tu.

Walaupun dalam PKP,  kita tetap boleh meraih pahala dengan pelbagai cara kan.
Semoga Allah terima segala amalan baik kita dan moga2 Ramadan kalini adalah yang terbaik dari tahun2 lepas.
Aaaminn.

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, May 5, 2020

Resepi Kulit Karipap menggunakan Breadmaker

Resepi asal saya ikut yang share kat FB.

Tapi saya olah resepi tu jadi half adunan je. Dapat 12 biji karipap saiz besar sikit dari dari karipap biasa tu.

Puas hati dapat buat karipap sendiri hah. Besar dan inti pun saya letak padat2. Bukannya karipap oksigen yang kadang2 kita beli tu 😁.

Berikut adalah resepinya. Masukkan dalam Breadmaker ikut susunan dibawah ya.

✔️Air sejuk peti ais 120ml
✔️Garam 1/2 sudu kecil
✔️Tepung gandum 250gram
✔️Tepung beras 2 sudu besar
✔️2 sudu minyak + 2 sudu majerin (panaskan biar berasap)

Saya uli guna function 'knead' 2x ya. 1 kali uli 8 minit. Dah siap 2x uli, rehatkan kejap doh dalam 15 minit. Pastu ready untuk canaikan dan letak inti. Kemudian bolehlah goreng dalam minyak yang banyak. 

Inti tu terpulang pada selera masing2. Letak sardin ke, letak sayur2 ke. Macam saya letak inti daging cincang dan kentang yang dimasak kari secara kering, kemudian tambah lagi telur rebus yang dibelah 4. Memang sedap dan mengenyangkan. 

Rangup diluar, lembut didalam. 

Selamat mencuba! 

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, May 4, 2020

Resepi Sambal Pauh Ikan

Pauh tu apa?
Pauh tu Mangga Muda lah..

Halah halah..
Kalau makan sambal pauh ikan ni dengan nasi panas2, boleh menyebabkan pertambahan berat badan ni. Mana tak nya, mau 2-3 kali menambah2 nasi ni.
Boleh dikatakan "ibu" segala menu lah ni kalau ada sambal ni atas meja..

Rasanya yang masam2, masin2 dan pedas2 memang sempurna.
Makan nasi dengan ni je pun dah cukup sedap, apatah lagi kalau ada lauk2 sampingan lain kan.

Ok jom kita tengok resepinya.
Resepi ni saya olah sikit supaya tak pedas sangat.
Barulah anak2 pun dapat makan dengan gembira.
Sampaikan diaorg pun bertambah-tambah nasi jua.

Bahan-bahannya:

1 tangkai cili merah besar
10 tangkai cili padi hijau
1/2 sudu kecil garam
Sedikit Ajinamoto (optional)
1 biji mangga muda saiz sederhana
2 ekor ikan rebus bersama garam dan asam jawa
(Kemudian saya goreng ikan tu gitu je dalam Air Fryer kejap untuk bagi garing sikit dan kering, barulah sambal kita pun kering dan tahan lama sikit)

Cara-caranya:

Saya masukkan semua bahan2 diatas kecuali mangga dalam Food Processor, kalau rajin nak tumbuk pun boleh. Kemudian sagat mangga muda dan boleh lah digaulkan bersama sambal yang dalam food processor tadi. Dah siap.

Selamat mencuba.

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Sunday, May 3, 2020

Resepi Daging Bakar Harimau Menangis dan sos pencicahnya

Sekali sekala berbuka puasa dengan Daging Bakar Harimau Menangis tak boleh balik kampung pun sedap juga. Menu simple, tapi rasanya menusuk ke jiwa.

Bakar jangan kering sangat, medium cooked je supaya bila kita kunyah daging tu, terasa juicy2nya lagi. Kalau daging yang ada part lemak2 tu pun ok. 

 Ni saya share resepi ringkas cara saya ya.

RESEPI DAGING BAKAR HARIMAU MENANGIS

Daging batang pinang
Akar ketumbar
Bawang putih
Sos Ikan
Sos Tiram
Gula perang
Minyak
Lada hitam
(blendkan kesemua bahan2 diatas kecuali daging, kemudian lumurkan pada daging, cucuk2 dengan garfu isi daging agar mudah meresap, dan perap sekurang2nya 2-3 jam agar lebih terasa. Bakar dalam AF dengan suhu 180'c selama 15 minit)

RESEPI SOS PENCICAH

Sos pencicah Thai Maepranom
Sos ikan
Air asam jawa
Jus limau nipis
Beras sangai (goreng tanpa minyak & tumbuk halus)
Daun Saderi
(masukkan kesemua bahan2 diatas dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati)

Makan dengan nasi panas-panas memang membuka selera sangat2.
Tapi kalau nak ratah saja pun lagi syokkkkk kan..