....apa lagi boleh buat?
Selain dari makan, posing, makan, posing kan...
Bila semua dah boring be like...
Ni masa transit JHB-KL-KB pada 26hb November aritu..
Transit KL 3 jam pun dah habis arah nak pusing dan 2 kali makan dah.
Kalau transit lama lagi tak tau lah cam mana tambah2 bawa superhero sorang.
Bukan gi mana pun, balik kampung je.
Kat hujung sana tu ramai pula yang ambil gambar sunset.
Yang ni pula transit semalam..
KB-KL-JHB
Transit KL 4 jam pula..
Apa lagi, makan pun dah 2 kali makan.
Posing tak yah cerita ah berapa banyak gambar daaaa selagi mampu ko senyum..haha
Nasib juga suami dan anak2 rela hati nak snap sana, snap sini..
Tapi bermula 17 Disember ni, FIREFLY dah start ada penerbangan terus dari JHB-KB.
Wahhhh..kalau betul alhamdulillah..
Jimat banyak masa tuuuuuuuu...
Senyum selagi mampu ya...hihi
Balik kg 4 hari, beranak pula 1 beg..
Beg yang saya tarik dalam gambar tu..
Ayah Damia pun rela hati nak bergambar..
Kalau tak susah juga dia nak melayan..
Aleesya ni peminat air Starbucks..
Pantang nampak mesti beli..
Dia rela hati guna duit sendiri.
Balik kampung ni Tok ayah & nenek ada bagi duit sempena keputusan UPSR aritu..
Hah, pandai2 lah berbelanja ya Aleesya..
Ramai tegur Aleesya dah berisi..
Ayyunie pinjam tudung ibu ya..
Daim juga lah yang happy ke sana ke mari...
Sedondon dengan Daim jersey..
Lepas tu sambung makan lagi..
Mc'D lah, Nandos lah, Family Mart lah..
Begitulah kisah kami menghabiskan sisa2 transit di KL..
Tamat...
p/s: Dan pagini saya kembali sibuk dengan lawatan2 dari tabika di CocoDamia, dan Ayah Damia kembali sibuk dengan pendaftaran baru di Pusat Bahasa Pelangi...
:Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
2 comments:
Jimat masa dan kos kalau ada penerbangan terus
Warisan Petani - Berul sangat2...jimat masa tu penting.. kalau tak dah kena spend 1 hari perjalanan pergi, 1 hari perjalanan balik..
Post a Comment