Tak habis2 lagi cerita Phuket ni.
Kena update laju2..
Nanti boleh tulis cerita holiday coming soon pula kan..
Hari ke 3 kami di Phuket lebih Free and Easy..
No rushing and relaks2 je..
Bangun pagi, kemas barang sikit2 dan bersiap, terus turun breakfast.
Pemandangan breakfast yang sangat indah dan mendamaikan..
Sejuk je angin pagi2..
Kat Phuket ni memang tak tinggallah breakfast buah2..
Semua buah manis2 terutama buah Nenas tu..
Thailand kaya dengan buah kan..
Lepas sahaja breakfast, kami decided nak jalan2 ambil angin di Patong Beach.
Tempat hot spot jugalah di Phuket ni.
So kami terus keluar dari hotel dan naik cab yang memang dah tunggu kat bawah tu je untuk bawa kami ke Patong Beach. Bayaran TH300.
Sebenarnya boleh je nak naik shuttle free dari resort ke Patong beach tu.
Tapi sebab kami terlambat sikit, tu yang naik cab.
Kalau nak naik cab kena tunggu jam 9 kat lobby resort.
Sekejap je dah sampai. Dalam 10 minit gitu.
Ni tempat cab stopkan kami.
Jungceylon Mall..
Jungceylon Mall ni boleh tahan besar juga.
Ingat nak masuk dalam cuci2 mata, sekali alahai...belum buka lagi..
So kami decided terus je lah jalan2 ke Patong Beach..
Sebelum sampai Patong Beach tu, kami singgah makan kebab dulu kat sini..
Restoran Arab, turkey, pakistan dan seangkatan dengannya kat mana2 Negara pun boleh survive kan.
Hebat!
Oh ya..as usual, kebab2 ni memang best..
Lagi2 kalau kita boleh letak mayonise, sos dan thousand island sendiri.
Tu Patong Beach.
Dari dalam restoran ni dah boleh nampak..
Teringat masa kat Gold Coast dulu..
Suasana macam ni juga, kedai2 dan restoran2 arab ada je kat keliling pantai..
Bukti dah sampai Patong beach..
Yang hairannya, kat jalan ni, time pagi macam ni lenggang je..
Tapi kalau malam, fuhh bukan main havoc..
Penuh dengan pub2, tarian2 dan aktiviti2 maksiat kat sini..
Lalu malamnya tadi kat sini, sambil berjalan sambil mengucap...haha
Yeayy...wajib ada gambar ni..
Tanda dah sampai kan..
Halah halah halah..
Nak fokus yang mana satu ni?
Hello...
This is Miami Beach..
Not Patong beach..
But we respect each other.
Kat sini tak hairan langsung kalau yang pakai 1 pcs je...(harap faham..ngeh ngeh)
Anak dara sulong pun nak posing juga..
Mak dara apatah lagi..kah!
The view..
Sangat cantik..
Tapi padat..
Macam2 aktiviti pantai ada kat sini..
Tapi kami malas nak basah2..
Yess..baru complete kan!
1 happy family..
Lebih kurang jam 11 pagi, kami pun ambil tuk tuk balik resort..
Sebab jam 12:30 nanti kami akan check out dan ada orang yang akan
pick up kami ke Special Invitation di Anantara Resort pula.
Tu nanti saya cerita details next entry ok.
Mesti ada yang tak sabar2 nak tahu kan..
Oh ya, masa otw balik ke resort, kami siap suruh driver tuk tuk ni berhenti kejap (kita bagi lah tips, tapi kat sini memang amalkan budaya ambil tips tau) kat masjid sebab nak makan pulut mangga pior punya pasal. Tapi sayangnya kedai belum buka lagi, so belilah kuih2 tradisi Thai kat gerai yang ada.
Dah sampai resort..
Hari terakhir kami berada di Indo Chine Resort and Villa ni..
Sebelum check in ke hotel lain pula..
Ok sampai je bilik, terus kemas2, mandi dan ready to check out..
Bersambung...
No comments:
Post a Comment