Monday, December 23, 2019

Brewing Coffee @ Arked Meranti, UTM


Hipster kemain cafe2 dalam Universiti ya sekarang. 
Jauh berubah dah wajah Arked Meranti UTM ni.. 
Tempat hari2 lalu dari Kolej Tun Fatimah ke Fakulti masa study Master dulu..

Harini lepas bayar yuran dan settled urusan tadika Daim, terus ajak ayah Damia try minum coffee kat sini.
Memang harmoni suasananya..


Sibuk je Daim nak photobomb!


Kerlasss budak2 U sekarang..
Lepak dan buat assignment dalam cafe hipster gitewww..


Aneka pilihan kek..
Kebanyakan kek rata2 harga RM9.90/slice.


Daim macam biasa..
Kalau order makanan western, spagetti carbonara pilihan dia.


Habis sepinggan ko makan nak!


Tanya adik kat kaunter tu, apa yang paling special minuman coffee kat sini..
Dia jawab Caramello Cappucino..
So kita try..
Not bad lah rasanya, tapi manis sikit lah..


Chocolate Croissant..
Yang ni padu..
Meleleh coklat cairnya..
Kena makan dengan sudu garfu baru nampak sopan sikit..
Kalau tak meleleh ke dagu coklatnya...


Harga macam mana?
Harga student ke?
Biasalah kalau dah nama ala2 hipster kan..
Harga pun standard hipster lah..Tapi still mampu kot sebab kebanyakan air coffee dia memang bawah RM10. 
Tapi kalau nasi2 campur kat luar cafe ni, harga still harga student.

Btw Bistro (ala mamak) 23 jam pun ada kat Arked Meranti ni.
Coming Soon Tea Live pula akan dibuka.
Sememangnya untuk kemudahan pelajar dan kelestarian kampus katanya.


Nanti kita datang lagi bawa kakak2 pula try makan sini ya..






:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, December 18, 2019

The Pines, Melaka

Bye bye Kedah..
Welcome Melaka...

Bergerak dari Kedah jam 8 pagi, berhenti berehat & overnite di Melaka semalaman dulu..
Hotel pilihan kami kalini adalah The Pines, Melaka..
Setahun banyak kali singgah/transit Melaka pun tak pernah jemu..
Janji duduk hotel berlainan dengan sebelum ni dan rajin mencari tempat2 makan baru kan..


Beli jiwa anak2..
Sepanjang di Kedah tak sempat nak mandi pool, so kita ganti kat sini..
Cantik dan luas pool kat hotel ni..
Yang penting children friendly..



Ni pool yang kedalamannya 4 kaki keatas...


Bilik2 poolside...


Kolam renang kat sini guna salt water ya..


Ada playground juga..
Syok lah budak2 termasuk Daim..


View cantik je dari swimming pool ni..
Sebelah dengan river cruise..


Sekeliling memang pool...
Pool ni kat aras 7..
Nak ke pool atau playground kena guna tangga aras 8 turun..
Bilik kami pula memang aras 8, hurmm lagilah anak2 suka..


Ada cafe juga untuk santai2 minum petang atas swimming pool ni..
Dibuka pada jam 2 petang...


Budak jiwa paling seronok ya...


Sukanya dia..


Ni dalam bilik..
Luas biliknya..


Ayyunie dah booking dia nak tidur kat Sofa tu..haha


Toilet walaupun tak ada bathtub, tapi luas dan lengkap dengan peralatan mandi yang disediakan..


City view..
Dan kat bawah tu boleh nampak juga orang2 yang mandi dari bilik poolside masing2..


Boleh nampak dengan kerap juga boat2 yang menyusuri river cruise tu..
Malam2 lagi cantik dengan lampu lip lap lip lap..


Muka kepenatan masing2 baru sampai dari Kedah..

So far puas hati dengan hotel ni..
View cantik, bilik luas, fasiliti cukup, parking free dan yang penting pool children friendly..

Antara service lain yang disediakan adalah shuttle service untuk ke Jonker Street & Dataran Pahlawan. Nak sewa basikal round2 bandar Melaka pun boleh..

Boleh nampak monorel Melaka pusing2 dari dalam bilik..

Bye bye Melaka, till we meet again..




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Saturday, December 14, 2019

Alor Setar Breakfast Station


Bangun2 tido, eh dah sampai Loq Staq noo.. 
Btw tujuan tiba2 ke Loq Staq ni bukanlah untuk holiday..
Tapi tujuan menziarah dan menjaga mak yang masuk hospital since 6 hari lepas.. 
Kebetulan mak ada kat rumah kakak di Loq Staq.. 
Alih2 tiba2 muntah2 dan cirit birit pula.. 
Mungkin keracunan makanan atau doktor suspek virus dari banjir di Kelantan.. 

Tapi alhamdulillah..
Harini mak dah keluar wad dah.. 
Aura anak cucu menantu dari JB noooo.. 
Kikikiki.. 


Our breakfast sebelum ke hospital tengok mak.. 
Exit je Tol Alor Setar (U), ambil jalan Langgar, insyaAllah jumpa lah kedai ni.. 
Nama tempat ni adalah Alor Setar Breakfast station...
Tak pun masuk je dalam Waze, senang.. 


Muka anak3 yang tak mandi lagi.. 
Saya dan Ayah Damia dah mandi awal2 masa kat RnR Semanggol. 


Signature dish kat kedai ni. 
Oletto namanya.. 
Omellete yang diletak keju kemudian dibalut dengan roti jala. 
Dimakan dengan kuah kari. 


Ni pula namanya Kayatop. 
Menu famous kat sini.. 


Ni pula recommended dish kat sini. 
Namanya Big Breakfast. 
Tapi yang ni better makan utk 2 oranglah.. 
Big portion sungguh! 


Mana yang terbaik itulah kami order nak rasa.. 


Ni pula roti bakar teluq gedik-gedik.. 


Our big breakfast.. 
Tak habis makan, kami bungkus makan kat hotel pula.. 


Baru tahu kat Kedah ni makan telur masak separuh guna gelas noooo.. 


Senarai harga semua menu.. 

Alhamdulillah.. 


:Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, December 11, 2019

Resepi Steak & Western Food

Malam tadi masak western..
Suami nak makan steak..
Saya nak makan salmon..
Anak2 nak makan chicken wings..
Berpeluh juga lah siap sorang satu punya menu..
Mujurnya semua grill2 dan masuk dalam air fryer je..
Jimat tenaga dan masa..


Tunjuk skill ke bang..
Orang lain pakai sarung tangan..
Abang rileks je pegang gitu ya..
Clap clap..


Cheesy Mussel..
Beli Mussel yang fully cook (frozen punya)..
Pastu defrost..
Sapukan sos BBQ atas isi mussel tu..
Then tabur keju dan mix herbs..
Lepas tu bakar lah dalam air fryer kejap...
Nak nampak effect hangit2 kat atas tu, guna burner yang macam ayah damia guna tu..


Striploin steak..
Ayah Damia punya...
Cara masak easy peasy je..
Lumurkan sos BBQ dan perap 1 jam..
Pastu grill lah atas pan dengan sedikit butter..
Agak2 dah separa masak, masukkan pula bawang putih cincang dan drill herb..
Kacau2 sehingga lah steak tadi well done (ayah damia suka well done)..


Ni saya punya..
Salmon grill with lemon sauce..
Ni pun senang nak buat...
Lumurkan salmon dengan sos teppanyaki..
Perap 1 jam..
Then bakar atas frying pan dengan sedikit butter..
Dah separa masak, masukkan bawang putih cincang dan dill herbs..
Saya tak berapa suka garing sangat kalau bakar salmon..
Sebab saya suka rasa juicy2 tu..


Honey mustard Chicken Roll...
Ayyunie punya..
Dia yang pilih sendiri masa ikut saya beli barang2 kat Bens Independent Grocer kat Medini Mall semalam..
Ni beli yang dah siap perap ya..


Smokey BBQ Chicken wings..
Aleesya dan Daim punya...
Sorang satu pinggan..
Ni beli yang dah siap2 perap je...


Nasib baik ada 5 ahli je kat rumah ni..
Lagi ramai, makin berpeluh lah nak siapkan request masing2..
Hihi..



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, December 9, 2019

Review || Maritime Luxury Suite, Penang

Sebab ramai yang whatsapps, pm & dm tanya..
Here we go..
.
Sorrylah kalau tak berjawab masa tanya tu, sebab memang nak buat entry cerita sekaligus senang.
Nama tempat ni Maritime Luxury Suites. 
Ia berkonsepkan services apartment. 
Terletak di Jalan Karpal Singh, Jelutong. 
.
Suite ni ada 2 bilik. 1 bilik atas, 1 bilik bawah. 
Sesuai untuk 6-7 orang. Bilik atas sangat luas. 
Living hall dia pun memang awesome sebab luas dan breathtaking view dengam konsep cermin besar dan panjang menghadap laut. 
Tenang je tengok feri2, boat2 dan kapal2 macam semut bergerak dari bilik.
Ada dapur lengkap dengan pinggan mangkuk cawan periuk semua, ada iron, microwave, induction cooker, vacuum, dan mesin basuh juga. 
Yang paling best sekali, kawasan2 menarik sekitar Penang ni pun dalam lingkungan 10km je dari sini. Nak ke Deen Maju dalam 2km, Hameediyah Restaurant 8km, Komtar 4km, dan sewaktu dengannya.
Nak cari makan sekitar apartment agak susah sebab kebanyakannya restoran2 cina yang besar2 tu. Adalah 3 gerai kecil kat seberang jalan tu jual pisang goreng, nasi lemak panas2 dan air. Surau pun kalau azan, memang boleh dengar dari bilik. 
.
Saya tempah melalui Air BNB. Agoda dan booking.com pun ada. Tapi harga di Air BNB lebih reasonable utk seaview duplex suites ni. Nak dapatkan house keys & access cards, nanti host akan bagi panduan step by step utk ambil kunci dalam letterbox. No Parking lot pun disediakan juga.
Swimming pool dan gym pun kita boleh guna janji ada access card.
Overall sangat sesuai untuk yang bercuti bawa family. Recommended!
Tapi mak lagi suka apartment kat Tanjung Bungah tu. Next review ok.


Day 1
Check in


Cantik living hall..
Luas dan tenang je..


Mak pun suka living hall ni..


Mini kitchen..
Ada disediakan juga induction cooker dan periuk..


Sukalah anak3 sebab bilik luas..
TV pula adalah smart TV..
Memang syok ler layan you tube diaorg.


Bilik tidur tingkat bawah...
Boleh muat untuk 2 orang..


Bilik tidur tingkat atas..


Boleh muat 4- 5 orang..


Mesin basuh dan sabun basuh disediakan..


Boleh menghayati sunrise atau sunset terus dari bilik..


Minum petang beli je dari gerai2 kat bawah simpang jalan tu..


Lunch hari kedua...


Day 2
Get ready nak ke Bukit Bendera


Day 3
Nak check out dah..
Dan check in tepi pantai pula..
Next entry ok..


Boleh tonton video ni untuk tengok bilik dengan lebih details..



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::