Saturday, October 27, 2018

Resepi Daging Masak Kicap Sepantas Kilat..


Menu tengahari yang mempengaruhi nafsu anak2 makan nasi sampai bertambah berkali2 termasuk Daim si kecik tu...

Resepi Daging masak kicap sepantas kilat..

Bahan2:

Daging direbus dulu
Kunyit
Garam
Kicap manis
Bawang merah
Halia
Tomato
Daun bawang (tanam sendiri)
Minyak bijan
Minyak

Cara2nya:

1. Goreng daging yang digaul dengan kunyit dan garam dalam minyak.
2. Dah agak garing, masukkan halia dan bawang merah yang dihiris halus. 
3. Kemudian masukkan kicap manis mengikut kuantiti kuah yang nak. 
4. Dah sebati, masukkan 2 sudu kecil minyak bijan.
5. Akhir sekali masukkan tomato dan daun bawang, kacau2 sekejap terus tutup api. Siap!

Makan dengan nasi panas2 sedap. Ada pula sambal belacan dan ulam2an.. Fuhh

Monday, October 22, 2018

First time terima Edutour dari SJK Tamil


Kalau sebelum ni kami dah pernah terima kehadiran pelajar2 dari SJK (C), buat kali pertamanya petang ini kami terima kehadiran pelajar2 dari SJK (T) pula.

Sis teruja ni sebab semangat diaorang lain macam. Masing2 berkobar nak belajar ilmu baru dan pengalaman buat coklat sendiri. Have fun kids!

#tersamapulawarnatudungsisdenganbajudiaorg #gojbchocolate #edutour #cocodamia #lawatansambilbelajar 


Selamat Datang untuk pelajar2 dan guru2 dari SJK (Tamil) Ladang Sedenak..

Friday, October 19, 2018

Tetamu jauh dari Kedah II Masak sambal senyap-senyap guna stir fryer

Cerita ahad lepas..

First time ni kakak saya dari Kedah datang ke rumah saya di JB.. Kalau tak kerana anak sulungnya a. k.a anak buah saya dapat kerja kat JB ni, tak sampai rasanya diaorg kat rumah saya. 

Tahniah untuk anak buah saya Alim yang konvo pada hari sabtu haritu, kemudian hari ahadnya terus datang JB untuk tengok rumah sewa yang company provide dan juga daftar kerja. Bertuah lepas grade je terus dapat kerja yang not bad positionnya..


Petang ahad tu sampai, saya jamukan mereka ringan2 dulu..kiranya minum petang lah..Dessert semua order je sebab petang tu pun saya balik dari office pun dah lepas asar. Mee goreng tu je lah yang gigih buat..


Meriah rumah...
Sekali sekala kumpul ramai2 cam ni kan..


Diaorg pakat dok berkenan kat Open Concept Kitchen saya aihh..
So jom bergambar kenangan disini..
Alahai si Daim enterframe kat depan tu pula..
Habis semua orang nak ditembaknya..


Malamnya pula, saya ajak anak saudara saya yang belajar kat UTM untuk join kami dinner pula..

Teringat dulu2 mak saudara sorang ni alone je kat JB ni...tak ada sesiapa pun saudara mara..kini anak2 saudara dapat jodoh orang JB, dapat belajat kat JB, dan terbaru dapat kerja pun kat JB..


Pagi esoknya...fuhh ramai yang menolong didapur buat sarapan...anak saudara saya boboy ni memang suka masak2 kat dapur..pendek kata kalau nak minta tolong kerja2 dapur, serah kat dia je..


Kebetulan cuti Hari Hol, so anak2 dara saya pun merajinkan diri didapur..


Taraaa...buffet breakfast haritu..
Walaupun ramai assistant didapur, tapi bab masak memasak memang saya juga selesa buat sebagai tuan rumah kan.. menu utama Nasi Lemak pandan..


Dah macam hotel ni katanya..hihi..Alhamdulillah..


Yang bestnya tu, masa dah siap2 masak nasi lemak semua, tetiba anak2 saudara saya tanya..
" Eh Cik Ayu dah masak sambal ke? Masak bila? Tak nampak pun.."

Diaorg tak tau yang Cik Ayu diaorg ni masak sambal guna stir fryer diam2 dalam tu...Masak 15 minit, kacau pun automatik, 2 kali pecah minyak, dapur bersih tak memercik dan rasa memang confirm tip top lah...sedar2 dah siap sambalnya...hihi..

Terima kasih semua yang datang...InsyaAllah ada rezeki dan peluang jemput datang JB lagi...

Thursday, October 18, 2018

Happy 11th Birthday Aleesya


Semalam..
17.10.2018

Genap usia anak sulung ibu 11 tahun..
Anak yang paling senang dilahirkan..
Anak yang dilahirkan paling kecik berbanding adik2nya..

Anak yang paling jiwanya sensifif..
Anak yang sentiasa beralah ngan adik2..
Anak yang dari kecil dah melalui liku2 kehidupan bersama business ibu dan ayah kesana kemari.. 

Semalam FB Throwback video2 dan gambar2 masa dia kecik, terasa sangat yang masa ni berputar laju.. Teringat pelat2 dia, teringat kerenah2 dia, teringat manja2 dia.. Semua tu satu memori. Mujurlah time dia kecik2 dulu banyak gambar2 dan video2 dirakam utk tatapan harini dan akan datang.

Tapi seiring dengan usia, dia makin bertambah pemalu. Maksudnya perkembangan emosi remajanya seiring usia. Pagi2 tadi sebelum hantar dia ke sekolah, minta snap sekeping gambar, ditutupnya muka dengan belon. Hihi. Dah besar ni tak leh paksa2 bergambar dah.

Dan dia pun rasa diri dia makin besar. Demand nak hadiah birthday bag sama macam staff bujang ayahnya pakai. Wahh dah makin pandai melaram.

Semoga Damia Aleesya membesar sebagai anak soleh dan berjaya dunia akhirat. Aaaminn... 


Dah pandai demand nak hadiah apa dan macam mana.. 


Gigih lepas ibu balik kerja terus gi cari beg idaman birthday girl dengan Daim malam tadi. Alhamdulillah, kul 11 malam dia balik tengok hadiah, dia happy.. Warna beg pun warna kesukaan dia warna pink..


Tengahari semalam, celebrate dengan daim dan ayahnya sahaja di SDS. Ibu as usual busy kat kilang.. Ayyunie pula sekolah.. Huhu..

Walauapapun, doa ibu untuk kakak dan anak2 ibu tidak pernah putus. Ingat ibu dan ayah selalu dalam doamu jua anakku.. 
Aaaminn.. 

Sunday, October 14, 2018

Bercuti di Penang || Chew Jetty

Sambungan lepas breakfast di Roti Canai Gemas Road

Jarang dengar tentang Chew Jetty kan. Btw Chew Jetty ni antara little tourists spot. Banyak je jetty2 lain kat sini, tapi Chew Jetty ni lah antara yang tourist friendly. 

Kebanyakan yang datang ke sini adalah tujuan untuk bergambar semata2. Ini disebabkan budaya penduduk tempatan cina yang menetap di rumah atas air sepanjang kita nak sampai ke penghujung jetty. 

Ada jugalah terdapat kedai2 kecil di kiri kanan jetty jual soveniour dan snacks seperti ais krim, minuman ringan dan kebanyakannya adalah menu makanan cina. 


Seperti yang dikatakan tadi, tujuan utama ke sini adalah untuk bergambar sahaja. Ramai juga tourist2 beratur menunggu giliran nak sampai ke hujung jetty ni sebab jetty nya sangatlah sempit. Kalau selisih, memanglah kena mengalah salah sorang. 


Bukan sahaja sempit, malah jetty nya juga siap goyang2 dan ada lubang2 lagi.. Haha.. Gigih nal sampai ke hujung tu.. 


Aleesya pun willing nak ambil gambar di hujung jetty ni.. 


Ayyunie pun nak juga.. Tapi dia tak berani sangat nak sampai penghujung sana.. 


Sambil jalan atas jetty, sambil dukung Daim.. Ngeri lah juga.. Haha.. 
Sebab takut tak stabil kan.. 


Rumah merah yang terkenal di Chew Jetty ni. Kalau pandai cari angle, persis Blue House kat Perth dah orang bergambar.. 


Daim punyalah takut nak berjalan sendiri atas jetty ni. Nya paut kat ibu macam anak kanggaroo dah. Haha.. 


Struggles of taking family photo.

Foto atas ni win. Ayahnya siap meniarap kat titian jeti sempit tu, si Daim pula cepat2 naik kat belakang ayahnya peluk kuat2 sambil cakap "takut.. takut"... Kita nak posing pun tak fokus takut Daim tu jatuh gedebusss dalam air.. Dah lah sepesen dengan ibu dia.. Kalau takut je mesti mulut bising.. Hahaha..buat orang kelam kabut habis.. Demi photo yang cantik!


Tapi ada juga gambar2 yang tak jadikan.. 


Suasana kat Chew Jetty.. 
Macam ni lah lorongnya.. 
Sempit dan ramai tourist.. 
Kiri kanan ada orang jual macam2 terutama yang berkaitan cenderahati dan makanan ringan


Ni dah kat penghujung Chew Jetty.. 
Masih pagi, jadi banyak boat2 nelayan baru pulang dan berlabuh kat sini.. 
Tempat spot ambil gambar juga ni.. 
Budak2 ralit tengok obor2 dan ikan2 banyak kat bawah tu.. 


1 for my family..


Kesayangan2 saya! 


Ok Daim dah dapat apa yang dia nak.. 
Happy betul dia!

Next, kemana kami?

Thursday, October 11, 2018

Shopping coklat di GO JB Chocolate persis Langkawi


Maka impian mak mak dan bapak bapak untuk shopping coklat persis di Langkawi pun tercapai. Tak perlu pergi Langkawi dah kata mereka.
Datang sini GO JB Chocolate lagi best sebab confirm Produk Bumiputra, confirm ada sijil Halal, confirm ada sijil MESTI dari KKM, confirm pekerja semua islam, confirm dapat tengok pemprosesan coklat depan mata, confirm dapat makan coklat dan minum air coklat dan yang penting confirm anak2 happy sebab dapat buat coklat sendiri. Terima kasih atas doa, ucapan tahniah dan juga pujian daripada semua.
Rezeki milik Allah, saya hanya pengusaha sahaja. Wallahualam..
.
Edutour semalam dari TBK Bandar Tenggara.
.
#cocodamia #gojbchocolate #edutour #lawatansambilbelajar

P/s: Untuk pertanyaan Edutour, boleh whatsapp atau hubungi 0106468383. Sedikit makluman, tarikh sesi pagi untuk Bulan Oktober dan November Fully Booked. Manakala sesi petang pula tinggal tak sampai 5 tarikh lagi yang masih kosong. Sila whatsapp utk pertanyaan lanjut ya. 

Tuesday, October 9, 2018

Resepi lempeng pisang paling senang



Resepi lempeng pisang.. Dulu kecik2 sado lengan ni nak lenyek pisang sebiji2 nak buat lempeng, sekarang masuk2 je bahan dalam food processor senang..



Menu yang jarang2 sangat buat walaupun senang..
Tapi bila dah buat, tak larat ibu nak membakarnya..
Letak sekeping hilang, letak 2 keping hilang..
Sudahnya ibu catu, siap semua dulu baru boleh makan..

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Sunday, October 7, 2018

Apartment @ Tenera Hotel

Kalau beberapa minggu lepas saya buat entry transit di Hotel Tenera, kalini pun transit di hotel yang sama juga. But this time we prefer to stay in an apartment..Very nice and so spacious...
So here we are again!


Kami check in kat sini hampir nak waktu solat jumaat, lepas je ayah damia bawa kami ke bilik dan hantar barang2 semua, ayah damia pergi ke Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi dengan menaiki shuttle yang disediakan. Ingatkan Van hotel..tapi rupa2nya kereta pekerja hotel ni juga. Tak pe lah, janji sampai kan..


Wahhh masuk2 je sejuk mata memandang dan bilik pun sangat luas...


Lengkap ada kitchenette (tapi pinggan mangkuk sudu pisau semua tak ada ya) dan living room yang cosy untuk anak2 saya berehat sambil menonton TV.


Satu bilik tidur, dan satu bilik air yang sangat panjang dan luas. Terbahagi pada 3 bahagian bilik airnya.. fuhh..


Pandangan dari dalam bilik..


Katil yang sangat besar...bantal pun banyak..haha..tu dalam almari ada lagi bantal..


Bahagian bathtub..


Bahagian sinki 


Amboiii, belum apa2 Daim dulu yang rasmi bathtub ya..
Sebenarnya dia berak dalam kereta lagi, tu yang sampai2 bilik terus bagi mandi..


Petangnya kami bawa anak2 main pool pula..anak2 happy, ibu ayah bolehlah rehat santai2 kejap kan..
Penat dari pagi ayahnya drive sebab nak hantar tempahan kahwin ke Putrajaya...Lepas tu kena gi jumpa supplier pula..Bila ada ruang berehat macam ni, gunakan masa sebaiknya..
Daim tengah makan dark chocolate tu..


The view..
Kalau duduk apartment, senang turun lift je terus sampai ke swimming pool ni..
Tapi kalau duduk kat hotel, kena jalan kaki atau naik buggy untuk ke sini ya..


Pandangan dari dalam bilik kami tingkat 16..

*********************************************************************************

Sabtu lepas baru balik dari Apartment Tenera ni, rabunya kembali stay disini lagi untuk tujuan presentation saya pula... Memandangkan kami check in pun confirm malam dah, so kami pilih stay di hotel lagi...


Here we are again and again and again..
Memang selesa hotel ni..
Yang paling penting nak cari makan senang, nak cari barang senang, dan ayah damia sempat lagi ke masjid untuk solat subuh berjemaah dan mendengar kuliah subuh. Jumpa supplier pun area sini juga...sebab tu hotel ini menjadi pilihan..


Bye bye our 2nd home..
InsyaAllah nanti kami datang lagi ya..


Complimentary dari hotel..

p/s: Harga masa saya stay untuk apartment RM260/nite...harga untuk hotel kali ni pula RM210/nite


Friday, October 5, 2018

Pabila ko tertinggal baju official untuk presentation


Gara-gara baju official untuk presentation awal pagi semalam yang siap  digosok dan digantung tertinggal dirumah, maka terjadilah OOTD kami semalam dari Parkson B.B. Bangi. Baju official husband pula dari Galeri Uniform B. B. Bangi (siap sulam).

Tersedar tertinggal baju tu masa jammed teruk kat Pagoh, nak patah balik mustahil sebab dah lewat petang kelmarin baru bertolak dari JB. 

Sampai B. B. Bangi jam 8 malam. Mencari baju yang sesuai utk saya kat butik2 pula susah sebab banyak butik tutup 8 malam. Yang ada pula saiz kerengga, tuannya saiz standard international 😁. Fuhh mencabar sungguh. Terus ke Parkson cepat2 sebab takut tutup, terus ambil2 dan bayar beberapa helai baju, skirt dan seluar husband yang rasa sesuai untuk presentation pagini. 


Maka terjadilah tema merah menyala ni walaupun tema CocoDamia sebenarnya adalah purple.

Alhamdulillah, pagi semalam presentation saya tenang, yakin, lancar dan berserah sepenuhnya kepada Allah.

Sesungguhnya keselesaan dan pemilihan pakaian sangat mempengaruhi mood dan aura semasa presentation. Kalau kita sendiri tak yakin dengan pakaian kita, cam mana kita nak selesa dan meyakinkan orang lain kan.

Wednesday, October 3, 2018

Resepi Salad Tempura by Ayyunie



Bukti Ayyunie buat Salad Tempura sendiri.. As usual, ibu bagi arahan2 je, yang salah ibu betulkan.. But this is really mother & daughter bonding moment in kitchen walaupun sama2 penat keluar rumah 6:15 pagi dan sama2 balik rumah 7:15 malam. Penat tapi happy!
Happy watching..


Taraaa.. Ni hasilnya.. Walaupun simple.. Tapi sedap tau.. 
Boleh dijadikan menu diet juga ni kot.. 
Oh ya ada juga yang bertanya, tempura tu saya beli yang ready made ke? 
Saya beli dalam pack oren Chicken nugget tempura jenama Marina.. 
Goreng dahulu ya sebelum potong2.. 


Ok selamat mencuba! 




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::