Friday, October 5, 2018

Pabila ko tertinggal baju official untuk presentation


Gara-gara baju official untuk presentation awal pagi semalam yang siap  digosok dan digantung tertinggal dirumah, maka terjadilah OOTD kami semalam dari Parkson B.B. Bangi. Baju official husband pula dari Galeri Uniform B. B. Bangi (siap sulam).

Tersedar tertinggal baju tu masa jammed teruk kat Pagoh, nak patah balik mustahil sebab dah lewat petang kelmarin baru bertolak dari JB. 

Sampai B. B. Bangi jam 8 malam. Mencari baju yang sesuai utk saya kat butik2 pula susah sebab banyak butik tutup 8 malam. Yang ada pula saiz kerengga, tuannya saiz standard international 😁. Fuhh mencabar sungguh. Terus ke Parkson cepat2 sebab takut tutup, terus ambil2 dan bayar beberapa helai baju, skirt dan seluar husband yang rasa sesuai untuk presentation pagini. 


Maka terjadilah tema merah menyala ni walaupun tema CocoDamia sebenarnya adalah purple.

Alhamdulillah, pagi semalam presentation saya tenang, yakin, lancar dan berserah sepenuhnya kepada Allah.

Sesungguhnya keselesaan dan pemilihan pakaian sangat mempengaruhi mood dan aura semasa presentation. Kalau kita sendiri tak yakin dengan pakaian kita, cam mana kita nak selesa dan meyakinkan orang lain kan.

No comments: