Semalam..
17.10.2018
Genap usia anak sulung ibu 11 tahun..
Anak yang paling senang dilahirkan..
Anak yang dilahirkan paling kecik berbanding adik2nya..
Anak yang paling jiwanya sensifif..
Anak yang sentiasa beralah ngan adik2..
Anak yang dari kecil dah melalui liku2 kehidupan bersama business ibu dan ayah kesana kemari..
Semalam FB Throwback video2 dan gambar2 masa dia kecik, terasa sangat yang masa ni berputar laju.. Teringat pelat2 dia, teringat kerenah2 dia, teringat manja2 dia.. Semua tu satu memori. Mujurlah time dia kecik2 dulu banyak gambar2 dan video2 dirakam utk tatapan harini dan akan datang.
Tapi seiring dengan usia, dia makin bertambah pemalu. Maksudnya perkembangan emosi remajanya seiring usia. Pagi2 tadi sebelum hantar dia ke sekolah, minta snap sekeping gambar, ditutupnya muka dengan belon. Hihi. Dah besar ni tak leh paksa2 bergambar dah.
Dan dia pun rasa diri dia makin besar. Demand nak hadiah birthday bag sama macam staff bujang ayahnya pakai. Wahh dah makin pandai melaram.
Semoga Damia Aleesya membesar sebagai anak soleh dan berjaya dunia akhirat. Aaaminn...
Dah pandai demand nak hadiah apa dan macam mana..
Gigih lepas ibu balik kerja terus gi cari beg idaman birthday girl dengan Daim malam tadi. Alhamdulillah, kul 11 malam dia balik tengok hadiah, dia happy.. Warna beg pun warna kesukaan dia warna pink..
Tengahari semalam, celebrate dengan daim dan ayahnya sahaja di SDS. Ibu as usual busy kat kilang.. Ayyunie pula sekolah.. Huhu..
Walauapapun, doa ibu untuk kakak dan anak2 ibu tidak pernah putus. Ingat ibu dan ayah selalu dalam doamu jua anakku..
Aaaminn..
No comments:
Post a Comment