Sunday, October 14, 2018

Bercuti di Penang || Chew Jetty

Sambungan lepas breakfast di Roti Canai Gemas Road

Jarang dengar tentang Chew Jetty kan. Btw Chew Jetty ni antara little tourists spot. Banyak je jetty2 lain kat sini, tapi Chew Jetty ni lah antara yang tourist friendly. 

Kebanyakan yang datang ke sini adalah tujuan untuk bergambar semata2. Ini disebabkan budaya penduduk tempatan cina yang menetap di rumah atas air sepanjang kita nak sampai ke penghujung jetty. 

Ada jugalah terdapat kedai2 kecil di kiri kanan jetty jual soveniour dan snacks seperti ais krim, minuman ringan dan kebanyakannya adalah menu makanan cina. 


Seperti yang dikatakan tadi, tujuan utama ke sini adalah untuk bergambar sahaja. Ramai juga tourist2 beratur menunggu giliran nak sampai ke hujung jetty ni sebab jetty nya sangatlah sempit. Kalau selisih, memanglah kena mengalah salah sorang. 


Bukan sahaja sempit, malah jetty nya juga siap goyang2 dan ada lubang2 lagi.. Haha.. Gigih nal sampai ke hujung tu.. 


Aleesya pun willing nak ambil gambar di hujung jetty ni.. 


Ayyunie pun nak juga.. Tapi dia tak berani sangat nak sampai penghujung sana.. 


Sambil jalan atas jetty, sambil dukung Daim.. Ngeri lah juga.. Haha.. 
Sebab takut tak stabil kan.. 


Rumah merah yang terkenal di Chew Jetty ni. Kalau pandai cari angle, persis Blue House kat Perth dah orang bergambar.. 


Daim punyalah takut nak berjalan sendiri atas jetty ni. Nya paut kat ibu macam anak kanggaroo dah. Haha.. 


Struggles of taking family photo.

Foto atas ni win. Ayahnya siap meniarap kat titian jeti sempit tu, si Daim pula cepat2 naik kat belakang ayahnya peluk kuat2 sambil cakap "takut.. takut"... Kita nak posing pun tak fokus takut Daim tu jatuh gedebusss dalam air.. Dah lah sepesen dengan ibu dia.. Kalau takut je mesti mulut bising.. Hahaha..buat orang kelam kabut habis.. Demi photo yang cantik!


Tapi ada juga gambar2 yang tak jadikan.. 


Suasana kat Chew Jetty.. 
Macam ni lah lorongnya.. 
Sempit dan ramai tourist.. 
Kiri kanan ada orang jual macam2 terutama yang berkaitan cenderahati dan makanan ringan


Ni dah kat penghujung Chew Jetty.. 
Masih pagi, jadi banyak boat2 nelayan baru pulang dan berlabuh kat sini.. 
Tempat spot ambil gambar juga ni.. 
Budak2 ralit tengok obor2 dan ikan2 banyak kat bawah tu.. 


1 for my family..


Kesayangan2 saya! 


Ok Daim dah dapat apa yang dia nak.. 
Happy betul dia!

Next, kemana kami?

No comments: