Monday, September 24, 2018

Resepi Sambal Kerang menggunakan Stir Fryer



Ada perempuan suka buat roti perlukan bread maker.. Ada perempuan suka eat clean dan tak suka makanan berminyak, perlukan air fryer.. Saya pula hobi suka masak2 lauk. Nak yang cepat, mudah dan senang. So saya perlukan Stir Fryer ni. Senang sangat sebab time boleh diadjust dan paling penting ada pengacau automatik.

Contohnya haritu masak kuew tiaw goreng, campak2 je bahan dalam stir fryer, tinggal naik atas mandi, turun dah siap masak.

Pagi tadi pula masak sambal kerang, walaupun pecah minyak 5 kali, tapi langsung sambal tak tembak keluar dari periuk. Boleh refer video cam mana nak masak sambal guna stir fryer. Memang gadget dapur yang ni umpama ada helper sorang.
Pagi tadi ada yang tanya, macam best je stir fryer ni, hanya utk menu fryer je ke?

Eh tak lah.. Menu2 utk pan fry, saute, toast & braise pum boleh digunakan juga.

Ada yang tanya mahal tak kak ayu? Saya beli masa Lazada buat sale 9.9. Harga RM210 termasuk delivery. Tak sampaj 24 jam, eh eh dah sampai depan office. So recommended.

Ada yang tanya juga. Tak hangit ke kak ayu? Setakat 2 kali guna ni tak hangit lagi. Yang penting pandai adjust time. Boleh refer buku resepi yang diberi sekali.

Ok. Sekarang saya happy sebab dah ada helper baru didapur 😍😍.. Moga persoalan terjawab dan perkongsian bermanfaat.



See, cantik kejadian sambalnya...
Nak pecah minyak berapa puluh kali pun boleh kalau cenggini..janji dapur tak kotor kan..


Nasi lemak pandan..
Eh bukan semua nasi lemak letak daun pandan ke? Hahaha..


Full set cukup lengkap...
Kini saya tak perlu lap2 dapur lagi lepas masak sambal...dengan stir fryer...memang easy peasy..recommeded untuk semua perempuan dan ibu-ibu..

Oh ya ada yang tanya senang tak nak cuci stir fryer ni? Senang je...tak yah buka2 bagai..just lap je dengan tisu dulu sambal2 yang memercik kat penutup tu, then guna tuala lembap untuk lap sehingga bersih. Pastikan kering betul2 dulu, baru tutup penutupnya.

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Sunday, September 23, 2018

Anak-anak pergi lawatan selalu mak ayah bagi berapa RM?


Awal2 pagi tadi tanya cikgu Prasekolah ni, budak2 shopping cam mana? Diaorg shopping sendiri atau cikgu2 dah kutip duit siap2 dari murid untuk shoppingkan?

Dengan confidentnya cikgunya menjawab "saya tak pesan budak2 ni bawa duit pun, rasanya diaorg ni tak bawa duit pun".. 

Dalam hati saya kata "wait and see" (sebab dah selalu berlaku). 

Habis je program Edutour tadi, chef tanya siapa ada bawa duit nak shopping coklat? Maka ramailah pelajar2 angkat tangan. 

Cikgunya confius tanya "betul ke kamu semua ni bawa duit? “

Hah! Rupa2nya dari 45 pelajar, lebih kurang 10 pelajar je tak shopping kot. Yang lain siap bawa duit nilai RM20 keatas. Yang bawa RM100 pun ada. Katanya mak yang suruh beli...

Lalu saya ceritakan pada cikgu2, yang memang selalu berlaku cikgu2 tak pesan duit, tapi ibu ayah diaorg yang alert dah bagi duit siap2. Siap ada parent whatsapp kami lagi tanya senarai harga coklat2 kat GO JB Chocolate ni supaya senang nak bagi anak2 berapa ringgit.

Terima kasih semua!

Hari2 kami ada Edutour sesi pagi dan sesi petang. Untuk pertanyaan atau booking tarikh, boleh whatsapp 0106468383. 

P/s: Selalunya uolss bagi berapa RM kalau anak2 pergi lawatan? 


Para guru dan para chef yang sedang guide pelajar2 Prasekolah untuk shopping.


Tuesday, September 18, 2018

Bercuti di Penang ll Roti Canai Gemas Road


Day 2 cuti2 di Penang. Kami mulakan dengan bersarapan di tempat viral. Awal2 lagi check out hotel dan meneruskan misi cari makan di Penang. Anak2 merungut juga kenapa check out awal sangat sebab tak sempat menikmati pun fasiliti yang ada di Easten Hotel tu. Tapi lepas saya terangkan kepada anak2 yang kita nak check in hotel lain di tepi pantai pula, wahhh bukan main happy lagi diaorg ya.. Haha.. 

Risiko kalau makan tempat viral adalah kena "SABAR MENANTI'.. Punyalah ramainya orang beratur dan menunggu meja, rata2 adalah datang bercuti.. 


Apa yang specialnya kat sini? 
Roti canai special lah. 
Lapisan paling bawah roti canai, atasnya ada seketul ayam kari, lepas tu letak cheese, then letak pula telur mata kuning goyang. Akhir sekali tabur bawang! Woww.. First timw makan ni.. 


Mula2 ingat tak habis sepinggan sorang..tapi phewwww... Licin weiii sorang sepinggan.. Marvelous! 


Sementara menunggu makanan sampai, sempat lagi ayah damia snap gambar untuk dijadikan kenangan. See... Ramai giler beratur.. Yang beratur nak bungkus line lain, yang beratur tunggu meja pandai2 lah cari meja sendiri dan tunggu dibelakang orang yang makan tu.. Hihi.. 


Walaupun panas ceng ceng di pagi hari, tapi kami tetap menikmatinya hingga habis licin.. Haha.. Kari ayam tu boleh tahan juga pedas. Daim pula makan cheese dan telur mata je.. 


First time tengok menu roti canai sebegini.. Macam sedap sangat sekali sekala dapat maka.. Nanti tunggu renovation rumah siap, akan ku cuba juga buat menu cam ni.. InsyaAllah. 


Portion agak besar untuk budak kecik. 
Btw tips kat sini kalau nak cepat makanan sampai, jangan order pelik2 contohnya kakak roti telur lah, adik roti kosong lah, ibu roti special lah..order sekaliharung sama semua roti canai special senang. Sekejap je sampai...sejenis ambil order tak tulis kat kertas. Lepas tu terpekik2 sampaikan order kat yang tukang buat roti. Nanti time kira nanti pun terpekik2 bos dia dok ulang balik apa yang orang ambil order tu cakap.. hahaha... Nampak tak sistematik.. Tapi itulah keunikan dan warna warni di Roti Canai Gemas Road ni...

Next? 

Friday, September 14, 2018

Bercuti di Penang II Penang Avatar Secret Garden

Lepas sahaja balik dari makan Pasembor di Padang Kota Lama, terus kami ke Penang Avatar Secret Garden. Fuhhh nama pun Avatar kan, mesti gempak tempat ni. Untuk sampai ke sini, ayah damia just masuk je nama tempat ni dalam Waze, then sampai lah nanti. Hihihi... Oh ya tempat ni area Tanjung Tokong ya. Memang banyak tokong2 kat sini dan kebanyakan yang datang sini pun orang2 cina...

Masa mula2 nak masuk ke satu lorong nak sampai sini, jalannya alahai kecilnya..
Confius kejap, kiri kanan rumah orang, tapi berduyun2 orang jalan kaki nak masuk tempat ni. Kami memang masuk dengan kereta je senang sebab malas nak jalan kaki. Tapi azablah sikit menunggu parking in & out kan... Parking kat sini RM5 per entry...Yang bestnya parking tepi pantai..sejuk sangat anginnya..

Lepas dah cari parking, maka kami pun jalanlah cari apa yang Avatarnya....kami ikut je orang ramai beratur pergi ke mana...haha..


Sekali dah sampai...wahhhh...cantiknya susun rias lampu2 atas pokok ni...kena mendaki tangga nak sampai ke bahagian atasnya...puas hati tengok lampu2 LED yang cantik ni..memang betul lah macam dalam citer Avatar..


Tak nampak muka orang2nya sebab tak guna flash...haha


Hah ni baru ada flash...


Cantikkan pemandangan kat belakang tu...orangnya muka berminyak2 dah..haha


Guna torchlight handphone baru cantik gambar2 kat sini..
Btw tempat ni kecik je pun, tak luas sangat..tapi sebab suasana Avatar tu yang best, tu lah kot ramai yang datang jalan2 ke sini..


Tak pasti ada apa kat atas tu, tapi rasanya orang ramai just naik untuk bergambar dan selfie je kot..
Tak sanggup nak naik tangga tinggi tu ramai2...hihi..
Ni kat kawasan luar kat Parking ya..


Ada persembahan Opera cina juga..
Sebab tu lah ramai orang2 cina ke sini..
Dan malamnya kami pun terus balik ke Eastin Hotel untuk berehat..
Tak sabar nak bangun pagi esoknya untuk breakfast di tempat viral..
Di mana tu?? Tunggu Next Entry...

Thursday, September 13, 2018

Jemputan sebagai penceramah


Pesan guru: 
"Ayu, kalau sudah ada ilmu, tidak baik simpan untuk diri sendiri saja. Kongsikan ilmu itu supaya orang lain pun boleh dapat manfaat.” 

Terima kasih kepada Jabatan Pertanian Johor atas jemputan sebagai penceramah kepada pegawai-pegawai Agen pengembangan Industri Asas Tani seluruh daerah Johor. Semoga ilmu dan perkongsian yang dikongsi dapat disalur semula secara bermanfaat kepada usahawan2 bimbingan lain pula.

Saya bukan guru pemasaran, tapi saya kongsi ilmu pemasaran based on the real business. Bermula tahun pertama berniaga 2003 dulu, pemasaran saya hanyalah print flyers banyak2 dan edarkan dikawasan pasar2 malam, kemudian suami (belum lagi jadi suami masa tu) naik motor masukkan flyers2 ke dalam peti surat rumah ke rumah sampai kena kejar anjing, sehinggalah trend pemasaran terkini iaitu dominasi secara online.

Tapi alhamdulillah, kini branding dan pemasaran boleh bergerak sendiri dengan apron2 edutour yang dibawa balik, dengan gambar2 maskot yang ada, dengan goodies2 edutour yang lengkap penjenamaan, responds baik dari mulut kemulut serta cikgu2 tak putus2 sharing gambar2 sepanjang edutour mereka. Bila dah share, berjangkit2 lah rantaian pemasaran tu.

Jadi usahawan kena KREATIF!
Tapi tanya pegawai2 tadi semua surrender nak jadi usahawan 😁. 

Terima kasih Allah.

#cocodamia #gojbchocolate #janganberhentibuatpemasaran

Wednesday, September 12, 2018

Bercuti di Penang || Makan Pasembor di Padang Kota Lama


Kisah percutian kami di Penang pada cuti sekolah + Hari Raya Aidiladha yang lepas. Tak tahu lah cam mana boleh decided nak ke Penang. Sebab unplanned pun nak ke Penang ni. Ingat otw nak balik Kota Bharu singgah bercuti di Terengganu. Alih2 pagi tu lepas bertolak je dari rumah, bagitau kat ayah damia yang bercuti kat Terengganu bila2 pun boleh otw nak balik Kota Bharu, tapi cuti2 panjang ni kita gi JJCM kat Penang nak?

 Ayah Damia pun turut setuju dengan cadangan yang diberi kerana anak2 pun tak pernah sampai Penang, kami pun dah lama giler tak ke Penang, lalu terus kereta menghala ke highway utara selatan. Haha.... Bertolak jam 8 pagi, kul 4 lebih baru check in kat Easten Hoten, Bayan Lepas. Teruja lain macam percutian kalini sebab suasananya sungguh baru dan berbeza bagi kami sekeluarga. Dan yang pastinya motif bercuti di Penang ni adalah untuk JALAN JALAN CARI MAKAN... Hihi.. 


Lepas berehat di hotel seketika, misi utama ayah damia adalah nak makan pasembur famous kat Penang ni. Lepas sahaja buat carian google, ramai yang recommend makan di Padang Kota Lama. So ayah damia apa lagi? Terus masuk kat Waze "Medan Renong Padang Kota Lama".. Wow.. Akhirnya sampai jua kami disini.. Dalam gambar tu tak sabar2 ayah damia memilih aneka pasembur. 


Btw kat Medan Renong ni ada banyak sangat gerai2 yang jual Pasembor dan pelbagai makanan lain juga. Kami tak kisah pilih mana2 gerai pun janji ada tempat duduk.. Hihi.. So kalini kami pilih gerai Pasembur nama apa ntah ni.. Haha.. Malas nak ambil tahu nama kedai, janji dapat makan pasembur... Kikiki.. 


Kalau kat Johor ni ala2 steamboat atau Yong Tau Fu, kat sini namanya Pasembur dan yang pasti perbezaanya adalah pada kuahnya. 


Craving satisfied bak kata ayah damia! Sepinggan besar ni cukup untuk kami sekeluarga. Makan sungguh2 kami sekeluarga weiii.. Harga sepinggan ni RM18 (bergantung pada jenis dan apa yang diambil ya) 


Meriah betul gerai2 yang bergantung sotong2 besar ni.. Saya ada juga teringin nak try makan sotong kangkung, tapi mengenangkan anak2 dan ayah damia tak reti nak makan sotong ni, terbantut pula nafsu nak makannya.. Haha.. Takut tak habis je... Sotong besar RM17, sotong kecil RM13 sepinggan... 


Ok tak reti makan sotong, kita makan kerang rebus ok! Sepinggan ni harganya RM15.. 


Eh untuk apa erkk air dalam baldi tu? Haha.. Confius kejap masa tu. Tapi kami letak kulit2 kerang dalam tu.. Betul ke cara kami orang Penang? 


Rezeki Daim dapat makan free pasembur haritu.. Sebab sepatutnya kuah asing yang kami order tu, sekali mamak tu letak sekali dengan kuah pula.. Pastu time ayah damia nak order untuk Daim sahaja, mamak tu cakap tak yah bayar.. Alhamdulillah.. Terima kasih.. 


Orang memang ramai sebab cuti sekolah 1 minggu dan cuti Raya haji kan.. Tapi still tak jammed sangat nak masih boleh duduk dengan selesa lagi.. 


Ada macam2 makanan lain juga kat sini sepertu Thai food, soto, laksa penang, western dan lain2.. 


Dah siap makan, kami singgah di Kedai Jeruk madu yang terletak di dalam medan renong ni juga. Senang shopping jeruk awal2 untuk keluarga di kampung. Nanti tak yah susah2 cari nak beli kat mana dah...satu2nya kedai jeruk yang ada dalam ni.. Ole ole dari Penang gitu kan.. 


1kg harganya RM16, setengah kilo harganya RM8.. So settled makan pasembur dan shopping jeruk disini...

Next kami ke Avatar Secret Garden pula.. 

Monday, September 10, 2018

"Jangan pontengkan adik"


Since minggu lepas lagi Ayyunie hari2 dok remind ibu dan ayah "hari isnin, 10hb jangan pontengkan adik tau, ingat tu jangan pontengkan adik, adik ada penentu siapa dapat no 1 hingga 3 dalam Spelling Competition".. (sebab 3 orang ni dapat markah sama dalam competition sebelum ni) 

Punyalah dia dok remindkan kami hari2, lagi2 bila dia tahu asalnya kami dah planned nak gi holiday somewhere, punyalah dia masam mencuka merayu2 tak yah lah gi holiday..

Ada hikmah plan holiday terbantut. Dapat siapkan rumah yang tengah direnovate (delay) , dapat juga tak pontengkan Ayyunie dari gi sekolah.

Ibu, ayah dan kakak yakin adik boleh dapat no 1 dalam competition harini walaupun words yang diberi adalah on the spot nanti! Good luck adik. Believe yourself. Doa banyak2.

#budaksukakumpulpiala #damiaayyunie

Friday, September 7, 2018

Jadual persekolahan dan cuti sekolah 2019


Yeayy! 
Jadual persekolahan dan cuti sekolah 2019 dah keluar. Dah boleh rancang percutian atau apa2 event dengan senang. Boleh rujuk jadual dibawah untuk manfaat bersama ya. 

Jadual kredit to:
FB: Pemburu tiket murah


Tuesday, September 4, 2018

First time ke Kilang Brahim's


Alang2 masa cuti sekolah Raya Haji ada kat Bangi, lepas check out dari hotel, terus datang ke sini. Motif datang ke sini nak membeli belah apa yang patut sambil2 tengok cam mana kilang orang lain beroperasi kan. Boleh juga cedok2 ilmu mana yang patut. 

Kedai untuk membeli belah produk2 Brahim's ni comel je.. Kalau tak ramai orang ok. Tapi kalau ramai2 nanti boleh tahan sesak dalam ni.. Kat rak tu ada pek rendang ayam dan rendang daging....


Jimat 30% hingga 40% dari harga retails kat luar tu.. 


Adventure pack pun ada.. Senang juga beli pack cam ni.. Set breakfast, set tea time (nampak ada biskut dan uncang teh) , set lunch, set tea time dan set dinner dah ada siap2 dalam satu pack ni.. Fuhhh senang keje kan.. Sesuai utk yang nak bercuti backpacker 2-3 hari ni.. 


Mine.. 
So far setakat ni yang biasa beli adalah set nasi Beriani dan rendang2 ni je lah... Sedap... . Yang nasi2 goreng belum pernah try lagi.. Nanti2 lah cuba.. Oh ya ni pun try beli pek kuah percik juga.. Tak masak pun lagi.. Rumah berhabuk tengah renovate.. Dapur tutup untuk beberapa hari ya.. .. Nanti dah masak kita review best ke tak ya.. 


First time bawa pek Brahim's ni masa gi Hong Kong bulan 3 aritu sebab susah nak cari makanan halal kan.. Selalunya kalau gi bercuti kat Oversea memang bawa pek beras wangi 1kg macam dalam gambar tu, lepas tu lauk pauk pula yang dalam tin. Senang panaskan aje dalam mini multicooker tu. Nak panaskan kat mana2 pun senang janji ada plug...so lepas ni bolehlah standby pek Brahim's ni kat rumah.. Bukan digunakan untuk bercuti je, agak2 kalau malas atau tak tahu nak masak apa kat rumah, Brahim's kan ada.. Hihi..

Monday, September 3, 2018

Resepi Daging Bulgogi


Anak2 dah suka makan, maka ibunya kenalah belajar buat kan.. 

Resepi Daging Bulgogi
(Korean style marinated grilled beef) 

Bahan-bahannya (untuk perapan):

 Daging lembut (potong panjang2 nipis2)
Bawang putih (ditumbuk halus) 
Gula perang
Kicap manis
Sos BBQ
Minyak bijan
Serbuk lada hitam
Bawang holland (dihiris sederhana nipis) 
Lobak (dihiris sederhana nipis) 
Garam
Perasa

Untuk hiasan: 

Daun bawang (dihiris) 
Biji bijan (disangai)

Cara-caranya:

1) Campurkan semua bahan2 dalam mangkuk dan gaul sampai semua bersalut dengan daging. 
3) Perap selama 1 jam. Lagi lama lagi bagus. 
4) Guna nonstick fry pan/magic pan. Letak sekeping2 dan masak. Masukkan sekali bawang dan lobak yang dihiris masa masak. Pastikan /fry pan/ magic pan bertutup. 
5) Buka penutup dan balik-balikkan daging. Jangan masak sehingga terlalu kering ya. Saya suka ada kuah2 minyak2 sikit. 
6) Siap! Angkat dan hidangkan. Tabur daun bawang dan bijan. 


Sedap dimakan dengan nasi beras wangi panas2. Kalau rajin wrap nasi tu macam Sushi King dan letak daging bulgogi ni atasnya. Walla!