Kisah percutian kami di Penang pada cuti sekolah + Hari Raya Aidiladha yang lepas. Tak tahu lah cam mana boleh decided nak ke Penang. Sebab unplanned pun nak ke Penang ni. Ingat otw nak balik Kota Bharu singgah bercuti di Terengganu. Alih2 pagi tu lepas bertolak je dari rumah, bagitau kat ayah damia yang bercuti kat Terengganu bila2 pun boleh otw nak balik Kota Bharu, tapi cuti2 panjang ni kita gi JJCM kat Penang nak?
Ayah Damia pun turut setuju dengan cadangan yang diberi kerana anak2 pun tak pernah sampai Penang, kami pun dah lama giler tak ke Penang, lalu terus kereta menghala ke highway utara selatan. Haha.... Bertolak jam 8 pagi, kul 4 lebih baru check in kat Easten Hoten, Bayan Lepas. Teruja lain macam percutian kalini sebab suasananya sungguh baru dan berbeza bagi kami sekeluarga. Dan yang pastinya motif bercuti di Penang ni adalah untuk JALAN JALAN CARI MAKAN... Hihi..
Lepas berehat di hotel seketika, misi utama ayah damia adalah nak makan pasembur famous kat Penang ni. Lepas sahaja buat carian google, ramai yang recommend makan di Padang Kota Lama. So ayah damia apa lagi? Terus masuk kat Waze "Medan Renong Padang Kota Lama".. Wow.. Akhirnya sampai jua kami disini.. Dalam gambar tu tak sabar2 ayah damia memilih aneka pasembur.
Btw kat Medan Renong ni ada banyak sangat gerai2 yang jual Pasembor dan pelbagai makanan lain juga. Kami tak kisah pilih mana2 gerai pun janji ada tempat duduk.. Hihi.. So kalini kami pilih gerai Pasembur nama apa ntah ni.. Haha.. Malas nak ambil tahu nama kedai, janji dapat makan pasembur... Kikiki..
Kalau kat Johor ni ala2 steamboat atau Yong Tau Fu, kat sini namanya Pasembur dan yang pasti perbezaanya adalah pada kuahnya.
Craving satisfied bak kata ayah damia! Sepinggan besar ni cukup untuk kami sekeluarga. Makan sungguh2 kami sekeluarga weiii.. Harga sepinggan ni RM18 (bergantung pada jenis dan apa yang diambil ya)
Meriah betul gerai2 yang bergantung sotong2 besar ni.. Saya ada juga teringin nak try makan sotong kangkung, tapi mengenangkan anak2 dan ayah damia tak reti nak makan sotong ni, terbantut pula nafsu nak makannya.. Haha.. Takut tak habis je... Sotong besar RM17, sotong kecil RM13 sepinggan...
Ok tak reti makan sotong, kita makan kerang rebus ok! Sepinggan ni harganya RM15..
Eh untuk apa erkk air dalam baldi tu? Haha.. Confius kejap masa tu. Tapi kami letak kulit2 kerang dalam tu.. Betul ke cara kami orang Penang?
Rezeki Daim dapat makan free pasembur haritu.. Sebab sepatutnya kuah asing yang kami order tu, sekali mamak tu letak sekali dengan kuah pula.. Pastu time ayah damia nak order untuk Daim sahaja, mamak tu cakap tak yah bayar.. Alhamdulillah.. Terima kasih..
Orang memang ramai sebab cuti sekolah 1 minggu dan cuti Raya haji kan.. Tapi still tak jammed sangat nak masih boleh duduk dengan selesa lagi..
Ada macam2 makanan lain juga kat sini sepertu Thai food, soto, laksa penang, western dan lain2..
Dah siap makan, kami singgah di Kedai Jeruk madu yang terletak di dalam medan renong ni juga. Senang shopping jeruk awal2 untuk keluarga di kampung. Nanti tak yah susah2 cari nak beli kat mana dah...satu2nya kedai jeruk yang ada dalam ni.. Ole ole dari Penang gitu kan..
1kg harganya RM16, setengah kilo harganya RM8.. So settled makan pasembur dan shopping jeruk disini...
Next kami ke Avatar Secret Garden pula..
No comments:
Post a Comment