Alang2 masa cuti sekolah Raya Haji ada kat Bangi, lepas check out dari hotel, terus datang ke sini. Motif datang ke sini nak membeli belah apa yang patut sambil2 tengok cam mana kilang orang lain beroperasi kan. Boleh juga cedok2 ilmu mana yang patut.
Kedai untuk membeli belah produk2 Brahim's ni comel je.. Kalau tak ramai orang ok. Tapi kalau ramai2 nanti boleh tahan sesak dalam ni.. Kat rak tu ada pek rendang ayam dan rendang daging....
Jimat 30% hingga 40% dari harga retails kat luar tu..
Adventure pack pun ada.. Senang juga beli pack cam ni.. Set breakfast, set tea time (nampak ada biskut dan uncang teh) , set lunch, set tea time dan set dinner dah ada siap2 dalam satu pack ni.. Fuhhh senang keje kan.. Sesuai utk yang nak bercuti backpacker 2-3 hari ni..
Mine..
So far setakat ni yang biasa beli adalah set nasi Beriani dan rendang2 ni je lah... Sedap... . Yang nasi2 goreng belum pernah try lagi.. Nanti2 lah cuba.. Oh ya ni pun try beli pek kuah percik juga.. Tak masak pun lagi.. Rumah berhabuk tengah renovate.. Dapur tutup untuk beberapa hari ya.. .. Nanti dah masak kita review best ke tak ya..
First time bawa pek Brahim's ni masa gi Hong Kong bulan 3 aritu sebab susah nak cari makanan halal kan.. Selalunya kalau gi bercuti kat Oversea memang bawa pek beras wangi 1kg macam dalam gambar tu, lepas tu lauk pauk pula yang dalam tin. Senang panaskan aje dalam mini multicooker tu. Nak panaskan kat mana2 pun senang janji ada plug...so lepas ni bolehlah standby pek Brahim's ni kat rumah.. Bukan digunakan untuk bercuti je, agak2 kalau malas atau tak tahu nak masak apa kat rumah, Brahim's kan ada.. Hihi..
No comments:
Post a Comment