Friday, September 14, 2018

Bercuti di Penang II Penang Avatar Secret Garden

Lepas sahaja balik dari makan Pasembor di Padang Kota Lama, terus kami ke Penang Avatar Secret Garden. Fuhhh nama pun Avatar kan, mesti gempak tempat ni. Untuk sampai ke sini, ayah damia just masuk je nama tempat ni dalam Waze, then sampai lah nanti. Hihihi... Oh ya tempat ni area Tanjung Tokong ya. Memang banyak tokong2 kat sini dan kebanyakan yang datang sini pun orang2 cina...

Masa mula2 nak masuk ke satu lorong nak sampai sini, jalannya alahai kecilnya..
Confius kejap, kiri kanan rumah orang, tapi berduyun2 orang jalan kaki nak masuk tempat ni. Kami memang masuk dengan kereta je senang sebab malas nak jalan kaki. Tapi azablah sikit menunggu parking in & out kan... Parking kat sini RM5 per entry...Yang bestnya parking tepi pantai..sejuk sangat anginnya..

Lepas dah cari parking, maka kami pun jalanlah cari apa yang Avatarnya....kami ikut je orang ramai beratur pergi ke mana...haha..


Sekali dah sampai...wahhhh...cantiknya susun rias lampu2 atas pokok ni...kena mendaki tangga nak sampai ke bahagian atasnya...puas hati tengok lampu2 LED yang cantik ni..memang betul lah macam dalam citer Avatar..


Tak nampak muka orang2nya sebab tak guna flash...haha


Hah ni baru ada flash...


Cantikkan pemandangan kat belakang tu...orangnya muka berminyak2 dah..haha


Guna torchlight handphone baru cantik gambar2 kat sini..
Btw tempat ni kecik je pun, tak luas sangat..tapi sebab suasana Avatar tu yang best, tu lah kot ramai yang datang jalan2 ke sini..


Tak pasti ada apa kat atas tu, tapi rasanya orang ramai just naik untuk bergambar dan selfie je kot..
Tak sanggup nak naik tangga tinggi tu ramai2...hihi..
Ni kat kawasan luar kat Parking ya..


Ada persembahan Opera cina juga..
Sebab tu lah ramai orang2 cina ke sini..
Dan malamnya kami pun terus balik ke Eastin Hotel untuk berehat..
Tak sabar nak bangun pagi esoknya untuk breakfast di tempat viral..
Di mana tu?? Tunggu Next Entry...

No comments: