Monday, December 26, 2016

Service membalut buku


Ayah yang prihatin..
Mencari perkhidmatan sesiapa yang boleh membalut buku anak-anaknya. Haha.. Nak harapkan ibu dan ayahnya dari sehari ke sehari tak sempat. Lagipun ibunya tak berapa kemas lah bab2 membalut buku ni. Opsss.. Tak semua org mahir dalam semua bidangkan (ayat control..kiki)..

Tahun2 sebelum ni suruh kerani kat office je yang tolong balutkan buku. Dah nama kerani kan, mesti workmanship bab2 balut buku ni tip top. Tapi tahun ni kerani baru saya start kerja pada 1.1.2017 ler. Yang lama dah sambung belajar di UPSI. Tu gelabah cari sesiapa yang boleh balut buku ni. Padahal dapat buku2 teks dan aktiviti lama dah. Sebelum cuti sekolah hari tu. Selagi tak last minute, memang tak sah. Kiki..


Mujur ada kawan ayah damia yang sudi nak balut buku2 ni. Actually anak2nya yang balut. Dah anak2nya pula librian. Siap tunjuk contoh buku2 anak2nya balut lagi. Memang kemas lah nampak. 

Otw ke Angsana Mall semalam, singgah drop by tinggalkan semua buku2 aktiviti yang nak dibalut kat rumah kawan ayah damia tu. Sebelum tu singgah kedai buku beli pembalut dan seletip dulu. 

Then tak sampai sejam rasanya, eh dah ada status yang tag ayah damia cakap buku2 siap dibalut. Wahhh pantas!


Balik dari Angsana Mall petang semalam dalam jam 6 lebih, baru pick up buku2 ni semua kat rumah kawan ayah damia tu. Wahhhh kemas dan tegang gitu! Bab2 kekemasan ni memang ayah damia cerewet le. Sebab tu dia tak bagi isteri dia balut sebab dia tahu tak berapa kemas. Haha..

Kenapa tak guna pembalut buku yang dah siap tu. Hurmmm sebelum2 ni guna yang tu lah kalau emergency nak balut buku. Tapi tak kemas dan teganglah. Nanti hujung buku terconget2 pun ya.

Total semua RM15 sahaja. Tapi saya bagi lebih lebih lebih lah untuk dorongan dan galakan budak2 sekolah buat business cari duit sendiri. Sapa tau lepas ni makin ramai nak membalut buku dengan anak2 kawan ayah damia ni kan. Peluang tu...


Semalam seharian spent time kat Angsana Mall mencari baju2 sekolah, tudung2 sekolah, beg2 sekolah, stationary sekolah dan semua yang berkaitan sekolah lah. Dah macam raya pula semalam kat Angsana Mall ramai org. Tapi still boleh jalan2 dan solat dengan selesa lagi. Beli kat UO je semua. Alhamdulillah, saiz2 both Damias masih ada lagi.

Ok, uolss semua dah get ready ke barang2 keperluan sekolah anak masing2. Minggu yang sibuk rite?



No comments: