Friday, July 31, 2015

Siapa tak suka menang kan?

Tak kiralah menang hadiah kecil atau besar..
Hadiah mahal atau murah..

Kerana yang paling penting usaha kita dinilai..
Dan kemudian dapat menambat mata dan hati para juri..
Sekaligus memilih kita sebagai PEMENANG.
Itulah KEPUASAN KEMENANGAN yang sebenar..

Terima kasih Fair & Lovely..
Mesti susah kan pihak Fair & Lovely nak pilih pemenang...
Sebab gambar dan pantun masing2 ada kekuatan sendiri..

#syukurselalu..;-))





:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, July 30, 2015

Harga makanan di Restoran Kapal Terbang


Aritu masa balik raya di Kelantan, ternampak keunikan sebuah kapal terbang di atas tiang di sebuah Restoran ni. Masa tu otw kami nak beraya ke Besut. Rupa2nya nama restoran ni pun Restoran Kapal Terbang.

Then malam tu nya, saya mengajak ayah damia dan adik2 ipar saya untuk makan2  dan ngeteh kat restoran ni sebelum berangkat balik JB esok paginya.

Tapi malangnya restoran tu full house. Fuhhh dah lah lama juga menunggu parking, lepas tu dah dapat parking alih2 full house pula. See dalam gambar diatas yang saya snap malam tu, siap beratur bagai lagi org menunggu giliran nak makan kat restoran tu. 

Kami??? Tidaklah sanggup beratur begitu semata2 nak makan je kan. So kami pun ke restoran lain untuk makan nasi kukus pula.


Semalam saya ada ternampak info pasal Restoran Kapal Terbang ni dalam Facebook : The Kelat Daily. Wahhhh.. Kapal terbang kat restoran untuk diaplay sahaja pun dah cecah RM100K. Tapi itulah strategi orang business.


Ni lah kapal terbang yang dimaksudkan. Tapi tak lah besar mana pun.


Senarai harga minuman di restoran kapal terbang. Still reasonable.


Senarai harga makanan di restoran kapal terbang. Erkkk.. Boleh nilai sendiri..


Ni senarai harga menu special di restoran ni.

Kepada yang nak cuba makan2 dan ngeteh2 di restoran ni, bolehlah cuba. Dibuka 24 jam ya.



Wednesday, July 29, 2015

Yeahhhh, Finally it's a wrap!



Yuhuuuuuu!!! Finally it's a wrap!!!
Lepas sudah beban separuh jiwaku setelah 4 bulan membuat perancangan.
Jam 9:15 pm malam tadi telah selesai semuanya berakhir di Gelang Patah.

Selebihnya, kepada Allah aku berserah.


Sementara menunggu para penilai dan juri dari Sekretariat RBC datang, sempat posing2 dulu.


Hidangan utama untuk para sekretariat.
Sambil dengar presentation saya, boleh rasa coklat-coklat keluaran CocoDamia.


Cenderahati untuk para sekretariat


Sedikit hidangan sate untuk Sekretariat
Tapi tak makan sangat pun mereka, coklat saya juga yang luak. Hihi..
Masing2 khusyuk menilai saya tu.


Sekretariat tiba lewat lah pula.
Sebab mereka sebenarnya dari Felda Taib Andak menilai seorang usahawan lain.
Tapi terpaksa patah balik sebab tertinggal beg.
So kita wefie dulu bagi hati tenang dan ceria. Ngeh ngeh ngeh..


Tepat jam 5 petang, mereka pun sampai.
3 wakil dari Sekretariat RBC, seorang dari MARA Johor dan Seorang dari Kejora.


Oh ya, sebelum presentation bermula, saya bawa mereka melihat sendiri di line production dulu.


Kemudian di line packaging pula.


Maka sesi soal menyoal pun bermula.


Sebelum ke lawatan tapak pengembangan perniagaan CocoDamia, sedikit cenderahati disampaikan sebagai tanda kenang-kenangan. En Is selaku ketua sekretariat.


Puan Farah


En Zuhairi


En Rahmat
Opss...nampak sangat gambar ni kami berdua tak bersedia lagi..


Bergambar ramai-ramai sebagai kenangan.
Insyallah kalau terpilih ke final stage iaitu stage 5, kita berjumpa lagi.


Kemudian mereka follow kereta saya untuk ke Lawatan Tapak pula.
Jam 7:30 malam baru sampai.


Sampai senja penilaian dan lawatan tapak disini.
Cantik pula pemandangan senja tu.


Walaupun malam, mereka tetap gigih memikul amanah untuk tugasan mereka.
Bukan senang nak bagi orang hadiah RM 2 Juta kan.
Segala2nya perlu diteliti dan dihalusi.


Memandangkan alang2 kami dah berada di Gelang Patah ni, saya pun mengajak mereka untuk dinner di Restoran Terapung Kg Pendas. Sebelum tu sempat kami singgah di masjid berdekatan untuk solat maghrib. Asam Pedas Kaw dan Udang Lipan blackpepper tu memang sedap. Insyallah boleh repeat lagi. Aritu saya datang makan menu lain i.e siakap 3 rasa dan lain2.

Sesunggunya saya telah berusaha, dan selebihnya kuasa Allah yang menentukan segalanya.
Ini tahun kedua saya menyertai RBC. Tahun lepas saya sampai peringkat stage 4 iaitu lawatan tapak sahaja.
Tapi saya tak putus asa, tahun ni saya sertai lagi. Semoga tahun ni saya merupakan salah seorang pemenangnya.

Bukan senang juga nak sampai stage 4 ni. Dari 777 penyertaan, hanya 70 yang terpilih untuk stage 4 iaitu lawatan tapak. Kemudian akan dipilih pula 30 (lebih kurang) untuk peringkat final iaitu stage 5 dan seterusnya 20 pemenang akan diumumkan. Insyallah. Kun fa ya kun. Allah No 1.

Man Jadda Wa Jada..
Siapa yang berusaha pasti akan nampak hasilnya.
Doakan kejayaan saya dan CocoDamia ya para pembaca semua.
Sesungguhnya Nawaitu saya untuk menambah nilai kepada komuniti setempat hanya Allah jua yang lebih tahu.

Aaaaminn..

_Percayalah_
CocoDamia,
Bukan sekadar coklat biasa.

p/s: Profil pengembangan projek saya tahun ini agak berbeza sedikit dengan projek tahun lepas. Insyallah kalau menang, nanti saya reveal ya projek apa.
















Monday, July 27, 2015

Kemana duit raya anak-anak?


Kemana lagi?
Ke dalam bank lah kan..

Tak sabar betul both Damias nak mengira duit raya mereka dan bersemangat sungguh mereka nak simpan duit-duit raya mereka dalam bank sendiri.

Hari-hari lah mereka dok bertanya "bila nak gi bank, bila nak gi bank"..

Sebelum2 ni saya pergi simpan sendiri ngan ayah damia sahaja. Demi tak nak menghampakan mereka, harini saya angkut sekali mereka simpan duit sendiri. Sejam lebih menunggu giliran dan selesaikan semua urusan penyimpanan. Sampaikan lewat setengah jam Ayyunie masuk sekolah dan Aleesya ngam2 sampai time org beratur nak masuk kelas dah. 

Barulah muka mereka berdua happy sebab nak sangat merasa simpan duit raya sendiri dalam bank. Kat kaunter bank bukan main lagi bertelagah adik beradik "duit kakak lagi banyak"... "Bukan duit adik lagi banyak"..hihi..

Semoga anak2 ibu pandai menguruskan dana kewangan dan jimat berbelanja untuk masa akan datang.

Duit anak2 raya uols buat apa dan simpan kat mana?

P/s: Dah lama pula tak menyimpan dalam akaun SSPN sejak hilang kad SSPN aritu.

Sunday, July 26, 2015

Apps "whoscall" untuk trace nombor yang tidak dikenali


Wahhh... Saya baru tahu ni ada apps ni dalam mobile apps. Selalunya kalau ada no yang tak dikenali tertera dalam phone saya, saya akan trace melalui website "who calls from this number xxxxxxxxx"..

Ni dah ada apps ni lagi mudah! Sepantas kilat dah dapat jawapannya. Tapi ada juga no tel yang "no information". Contohnya pejabat-pejabat kerajaan dan kementerian. Hurmm may be apps ni trace no yang agressive dan aktif menelefon org kot..:-). Contohnya bank, ejen insurans atau agensi pengutip hutang.


Senang je nak trace no yang tak dikenali tu. Hanya masukkan no tel dalam "search".



Untuk quick search pun boleh. Just copy je no tu, masukkan dalam search dan panggilan dari siapa terus kita tahu.



Bukan setakat siapa je kita tahu, details organisasi pun boleh trace juga. Siap alamat dan webpages lagi tau!



Yang bestnya tu saya saja try masukkan no phone saya semalam. Katanya "no information".

Lepas tu masukkan no tel business saya, terus dia link kan dengan websites dan pages business saya.

Yang paling-paling best, masuk je no phone ayah damia, wahhh terbeliak mata saya tgk tittle "jutawan" tu... Aaminn aaaminn.. Siapalah yang letak tittle tu ya. Bahaya ni.. Kih kih..

Apa-apa pun dengan dunia dihujung jari sekarang, kadang2 maklumat diri memang boleh bolos dan bocor. Kita ingat org tak kenal kita, rupa2nya orang kenal dan sedang memerhati kita. 

Semoga kita semua dibawah lindungan rahmat Allah dan dijauhkan dari sebarang  bencana dan mala petaka. Nauzubillahiminzalik..




Friday, July 24, 2015

Ye ke ni Zamzarina Junior?


Eh eh ye ke ada orang cakap gambar2 Aleesya ni macam muka saya.
Kiranya macam Zamzarina Junior lah ya?


Tapi sekali saya tengok gambar2 raya tahun ni, Aleesya memang cantik persis ibunya..Hahaha..
Ya lah mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi kan...hahahaha...gelak besar ni..


Mana satu kakak? Mana satu adik ni?
Ayyunie masa raya haritu naik chicken pox.
Mujur tak demam. Mujur tak gatal.
Yang penting dia tetap happy beraya sana sini....hihi..
Nanti saya buat entry lain pasal Chicken Pox ni ya.

p/s: Memanglah Zamzarina Junior, dah anak saya! ;-)



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, July 23, 2015

Lesen Eksport ke Vietnam


Alhamdulillah...Kembali bersiaran setelah hampir seminggu blog tidak ber-entry.
Mana tak-nya, selain tuan blog sibuk beraya di kampung, balik ke JB pula sibuk dengan urusan2 kerja pula.
Itu yang tak menyempat je nak menaip entry.
Ni luangkan lah sikit masa untuk blog kesayangan kan.

Alhamdulillah, sebelum raya haritu dapat tahu yang lesen Eksport CocoDamia ke Giant Vietnam telah pun diluluskan. Ni antara lesen Eksport yang paling lama CocoDamia tunggu sebab banyak prosedur kena tapis dan kawal.

Contohnya kalau report lab di Vietnam yang keluar tak matching dengan report di Malaysia, itu pun boleh dijadikan salah satu sebab susah nak dapatkan lesen Eksport juga.

Semalam masuk je kerja lepas cuti raya seminggu, terus dapat PO dari Vietnam. Masa yang diberi untuk loading dalam kontena sebelum berlepas ke Vietnam pula 2 minggu je lagi. Dengan nak buat preparation lawatan tapak RBC (RM2 juta tuh) lagi next week. But No Worries, kita yang minta, ALLAH bagi lah kan.

Semoga Allah permudahkan segala urusan dan memberi skrip yang baik-baik sahaja untuk Business CocoDamia dan business2 saya yang lain dan juga untuk kami sekeluarga. Semoga diberkati olehNYA.
Aaamin...

p/s: Bila nak upload gambar hari raya ni? Jenuh photoshoot kat kampung tau...;-)


Friday, July 17, 2015

Salam 1 Syawal


Salam 1 Syawal dan Aidilfitri daripada kami sekeluarga.

Mohon ampun dan maaf andai ada terguris rasa atau terkasar bahasa sepanjang perkenalan kita semua.

Semoga Syawal kalini lebih diberkati dan Syukur Selalu.





Tuesday, July 14, 2015

Buffet durian lagi!

Kalini gerai lain pula.. Harga Buffet RM10 per person. Kanak2 RM5 sahaja per person.

Btw kami dah pergi ke kedai yang buffet durian sebelum ni. Yang RM8 per person tu. Tapi durian semua dah habis pula. Gerai pun tengah kemas2 nak tutup.

So nak tak nak sebab nak belanja org makan durian, kami pilih gerai yang di depan tu. Tapi services agak tak best. Berbeza dengan buffet durian yang kami makan sebelum ni.


Kena angkut sendiri durian. Tak boleh pilih. Lepas tu musim durian pun dah nak habis agaknya. Terhad je durian yang diberi. Kalau tak sebelum ni memang makan sampai puas dan org dia yang akan served kopek durian depan kita.


Durian dah cantik2 isinya. Tapi banyak yang masih keras. Makan je lah ya tak? Rezeki kami malam tu. Jangan banyak songeh! Lagipun kami pergi pun dah lewat. Lepas solat terawikh baru pergi. Kami antara yang last sampai. Ngeh ngeh..


Nak belanja 2 org buddies ni. Ex-students saya. Balik cuti sem dan raya. Zaman diaorg jadi students saya selalu keluar makan2 minum.. Sampai sekarang pun diaorg kalau balik JB akan tetap sama2 keluar minum2 kalau masing2 ada masa.

Ok.. Nak kemas barang balik kampung pula!


Monday, July 13, 2015

Buffet Ramadan 2015 di Johor... kalini makanan western pula



Cerita sabtu lepas..
24 Ramadan..
Bertempat di Yus Bianco..
Makanan semua ala western dan grilled.
Penuh dengan Mayonis dan Cheese..;-)

Alhamdulillah..
Selesai jua iftar bersama kanak-kanak ribena yang nak ambil SPM tahun ni.
Tahun depan belum tentu lagi dapat iftar sama-sama lagi kan.
Ya lah masing2 dah sambung belajar.


Makanan kat sini kebanyakannya pasta, ayam dan ala2 western.
Nasi hanya ada Nasi Ayam sahaja.
Sekali sekala tukar selera makan Western pun best juga..
Kanak2 ribena ni memang suka..


Ayyunie ambil hotdog cucuk je banyak tu..


Aleesya pula mula2 ambil lagi dah berkenan kat mushroom soup dan grilled chicken.


Tepat jam 7 malam, masing2 dah boleh ambil makanan bawah khemah.
Tapi Ya Ampun..
Ramai betul orangnya..
Tempatnya agak sempit..
So berhimpit2 lah sikit..


Selain makan bawah khemah, boleh juga makan santai2 bawah pokok kelapa tu..


Kalini 2 orang cikgu yang mengajar kelas SPM turut serta..


Kanak-kanak ribena pada hari tersebut..
Sebelum makan baca doa berbuka dulu..


Ada makanan yang tak dapat diambil..
So kena tunggu refill lah dulu..
Sambil2 tu boleh lah makan apa yang ada depan meja dulu..


Bersungguh2 masing2 makan..


Master planner untuk projek Iftar kalini adalah kanak2 ribena tepi saya tu...Namanya Rose..


Kambing panggang dan ayam panggang ni pun ramai peminatnya..


Harga Buffet Dewasa RM28.00
Kanak-kanak RM15.00
Beli 10 percuma 1 dewasa.


Haruslah sesi bergambar dulu kan sebelum sambung ngeteh di tempat lain..
Yang kami perempuan2 ni pergi shopping pula..

Oh ya..kat sini surau dekat medan Mara tu juga.
Tapi kebetulan masa hari kami pergi tu surau black-out pula..
So yang lelaki solat di Masjid Pulai Perdana dulu, kemudian sambung datang makan semula..
Kami yang perempuan solat di surau Medan SOBB dekat tu je..
Kalau nak lagi selesa boleh ke Surau Petronas sebelah tu je.

Cikgu doakan All the best untuk SPM akan datang ya kanak2 semua.
Sebelum tu ingat trial SPM bulan 8 ni weii... So berpada2 lah raya pada tahun ini..



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::