Friday, February 27, 2015

Pernan dengar nama buah TAR?


Pernah dengar nama buah tar?
Buah yang hampir sama dengan buah kelapa.

Mak mertua saya cakap ais krim kat atas tu bukan dalam buah kelapa, tapi dalam buah tar. Sebab tu senang nak potong bahagian atas tu sebab lembut. 

Ntah, saya pun tak pernah dengar nama buah tar. Uols tahu ke buah tu?

Kat kampung2 banyak kata ayah damia. Tapi dulu2 lah. Sekarang macam susah je nak jumpa buah tu.

UPDATED

Ok, dah ada kawan bagitau saya di FB yang nama buah tu adalah buah TAL..buah kelapa laut katanya. TQ friends.

Wednesday, February 25, 2015

Makan besar Chinese New Year di Restoran Payang Serai


Bukan kaum cina sahaja makan besar sempena Tahun Baru Cina minggu lepas, tapi keluarga besar kami turut makan besar juga sempena hari kelahiran ibu mertua saya.


Urusan tempat makan diserahkan bulat-bulat kepada adik-beradik ipar untuk membuatkan keputusan memandangkan mereka lebih arif restoran2 di Kelantan dan juga kami adalah orang yang terakhir sampai di Kelanta. Tempat makan yang dipilih adalah Payang Serai Restaurant, Kota Bharu.


Kecoh 3 meja bulat besar kami.
Orang cina sebelah-sebelah meja kami pun tak sekecoh kami. Hihi.


Antara hidangan2 yang telah ditempah.
Ada ikan siakap, udang, sotong, ayam, tomyam, sayur dan juga buah-buahan.


Siakap ada 2 jenis masakan. Siakap steam dan juga siakap 3 rasa.


Ayyunie dan sepupunya Aida darjah 3. 
Walaupun Ayyunie baru nak masuk 6 tahun, tapi dah nak sama besar dengan sepupunya tu.


Burpp.
Alhamdulillah. 
Kenyang perut suka hati.
Licin semuanya ni.


Dah macam balik Hari Raya Aidilfitri dah.
Cukup lengkap 8 orang anak, 5 menantu, 10 cucu (1 masih di sekolah Sukan Bukit Jalil sebab ada training) dan pasangan mertua saya.

Terima kasih Ya Allah atas nikmat dapat berkumpul bersama2 keluarga dan menikmati makanan yang enak2 ini. Semoga kita dapat berkumpul lagi.

p/s: Hadiah mertua pun on the spot beli masa petang sebelum makan besar ni. 

p/s: Lepas makan besar disini, kami makan besar air krim kelapa pula. Next entry ok!.




Tuesday, February 24, 2015

Rakaman Sembang Selatan bersama TV Selatan

Alhamdulillah.
Pagi ini saya ada rakaman Sembang Selatan bersama TV Selatan di Cupchai Cafe & Bistro.
Baru selesai shooting jam 12:30 tengahari tadi.

Terima kasih kepada pihak TV Selatan yang menjemput saya selaku pemilik CocoDamia, sebagai tetamu undangan program bual bicara ini di saluran Sembang Selatan.

Sembang Selatan ni merupakan sebuah program bual bicara yang menampilkan tetamu undangan bagi mempromosikan produk yang diusahakan di sekitar Negeri Johor.


Pihak produksi tengah set up produk2 dan banting CocoDamia.


Saya yang sedang dipakaikan microfon chips dibawah tudung.


Kena sorokkan wayar-wayar yang kelihatan.


Pengacara yang begitu sporting dan cepat serasi dengan saya.


Bersungguh-sungguh tu hah nampaknya saya sharing tentang produk CocoDamia.


Saya berkongsi Perancangan dan strategi untuk memperluaskan produk ini di peringkat Malaysia dan Antarabangsa.


Rakaman di sini.
Btw saya pernah makan disini.


Pengacara lelaki tu cakap dia pernah makan Krukk Krakk Chocolate tu.
Memang sedap! Makan sekali nak makan dan makan lagi.
Tak sedar sekejap je dah makan 3 bar.


Nanti dah ditayangkan rakamannya saya share ya.


Dan agenda wajib lepas rakaman adalah bergambar bersama produk-produk CocoDamia.


Terima kasih kerana belanja Roti Kacang Pool..;-)


Akhir sekali, terima kasih sekali lagi kepada pihak TV Selatan kerana menjemput CocoDamia.
Semoga cerita dan maklumat berkenaan produk-produk CocoDamia terutama Coklat IQ dapat memberi manfaat dan menambah nilai kepada semua.

Terima kasih Ya Allah.




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, February 23, 2015

Ayyunie dah naik baca al-quran


Cerita hari selasa malam rabu lepas. Malam yang lepas anak-anak habis mengaji, terus bertolak balik Kelantan.

Teruja sungguh Ayyunie masa nak pergi mengaji masa tu. Nak belanja ustaz dan ustazah2 serta kawan-kawan dia tanda TERIMA KASIH sempena Ayyunie dah naik baca Al-Quran 2 hari lepas (ahad lepas).

Alhamdulillah. Belum sampai 6 tahun lagi Ayyunie dah mula baca Al-Quran. Btw Ayyunie dah boleh baca tanpa pemantauan kita, tapi biasalah budak2 memang banyak yang kita perlu perbetulkan lagi. Insyallah, hari2 baca Al-quran di rumah agar lebih lancar dan bacaan yang lebih tepat.

Alhamdulillah.
Ibu bangga dengan Ayyunie.
Terima kasih Ya Allah.

P/s: Aleesya dulu naik Al-quran bawa kek utk ustazah, ustaz dan kawan2. Seronok mereka dapat berkongsi rezeki.



Sunday, February 22, 2015

4 hari tak update blog, kemana weiiiiii?

Tak kemana..
Cuma balik Kelantan menziarahi keluarga di kampung.
Dan juga bertanya khabar dan menziarahi saudara mara yang menjadi mangsa banjir.

Habis tu apa kena mengena dengan tak update blog?

Busy lah weiii. Masa kan terhad balik kelantan hanya 4 hari sahaja. Macam2 agenda dan tempat nak pergi. Sampaikan nak online pun malas. Hihi...

Balik selasa malam lepas, pagi rabu sampai. Lepas tu malam tadi jam 9:30 malam bertolak dari Kota Bharu, jam 6:45 pagi tadi sampai di JB. Itu pun ada tidur kejap kat Muadzam Shah sebab ayah damia mengantuk sangat. Hah ni dia tengah qada' tidur lah ni.

Btw balik kampung kalini sungguh bermakna. Macam2 emosi dan perasaan ada. Yang penting dapat menghiburkan hati kedua org tua kita.


Malam hari pertama sampai di KB, kami pun makan besar macam kaum cina juga.


Lepas tu sambung makan ais krim kelapa berjemaah pula.


Hari kedua saya di KB, bawa mak saya menziarahi saudara mara pula.


Hari ke-3 pula kami berkelah di Pantai Mek Mas.


Hari ke-4 hari shopping sedunia untuk bawa bekalan balik JB dan juga jalan2 cari makan.


Sempat juga singgah di UMK alang2 ke Pasar Malam Pengkalan Chepa untuk berjumpa ex-student saya dan penyelamat Pusat Bahasa Pelangi dan CocoDamia ni. Hihi.. Dia ni selalu on call kalau balik JB, saya call je berdezup dia datang kerja dengan saya.

Ok lah. Saya nak sambung rehat lagi setelah sudah masak tengahari dan lunch tadi. Nanti saya buat full entry pasal jalan2 cari makan sepanjang saya balik Kelantan ya. 

Terima kasih Ya Allah.






Tuesday, February 17, 2015

Resepi Roti Pita dan Kebab Ayam


Pagi ini Aleesya dan Ayyunie berebut-berebut nak menolong saya siapkan sarapan pagi di dapur. Mereka teruja nak buat dan deco "roti poket" mereka. 

Masing-masing seronok isikan kebab ayam dalam "roti poket" masing2 dan deko2 dengan sos dan mayonis. Sampaikan si Ayyunie cakap "uishhh.. Sempit betul poket roti ni, habis sos adik dah leleh-leleh". Hihi..

Bukan susah pun buat Roti pita dan kebab ayam ni. Rasanya tak sampai 10 minit dah siap. Tapi kalau guna isi daging cincang, lama sikit kot sebab daging perlu betul-betul masak.

Jom kita tengok resepi ringkas dibawa ini.


Bahan-bahan untuk membuat kebab ayam:

2 ulas bawang putih dipotong dadu.
1 ulas bawang besar dipotong dadu.
1 tangkai cili besar merah dipotong halus.
Setengah tube isi ayam cincang. (Saya beli jenama Ramly).
2 sudu kecil seasoning maggi
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar mayonis
1/2 batang Timun yang disagat. (Jangan ambil pulur tengahnya)
Serbuk lada sulah
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili besar.
2. Masukkan isi ayam cincang. Goreng sehingga separuh garing.
3. Masukkan seasoning maggi, lada sulah dan garam.
4. Masukkan pula timun yang telah disagat. Masa ni bau kebab akan naik.
5. Tutup api. Gaulkan dalam kuali sos cili dan mayonis tadi. 
6. Masukkan inti kebab tadi dalam poket roti pita.

Walla! Memang best rasanya!


Roti pita pula saya beli jenama Mission. (Itu je kot pilihan yang ada dipasaran). 

Potong 2, bakar diatas pan/kuali sekejap sehingga lembut.

Dan bolehlah terus masukkan inti kebab kedalamnya. Makan panas2. Sedap yang amat.

Selamat mencuba!

P/s: Setengah tube isi ayam cincang dapat 4 keping roti pita yang dipotong 2.

Monday, February 16, 2015

Malam Minggu di Mariners Cafe & Bistro

Selalunya hujung minggu adalah hari untuk membeli groceries kan.
Begitu juga dengan aktiviti kami sabtu lepas.
Keluar sahaja dari Giant Tampoi, dengar2 dah Azan Magrib.
Singgah sebentar di Masjid Kampung Pasir untuk solat.
Masuk kereta, hah mulalah masing2 dah lapar.

Saya membuat keputusan untuk makan di area Bazar Karat.
Sebab saja nak ambil angin malam dan mencuba makanan di kedai2 yang belum pernah kami cuba.
Lagipun di Bazar Karat makin malam makin happening.

Sampai2 sahaja di Bazar Karat, kelihatan ramai orang-orang cina di Bangunan Merah.
Rupa2nya ada tarian, jualan dan aktiviti sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang.
Sarat dengan tanglung serta lampu2 neon yang mewarnai kawasan tersebut.


Atas recommended staff saya, maka kali ini saya sekeluarga pilih untuk makan-makan di Mariners Cafe & Bistro. Mula2 jejak je kaki di kedai ini, terasa vintage sangat. Kedai ini ada 2 setengah tingkat. Sebab nak menikmati keindahan malam Bazar Karat, kami sekeluarga decided makan di tingkat atas. Rezeki kami dapat duduk di betul-betul beranda tingkat atas.
See, gambar di atas boleh nampak orang lalu lalang dan jual beli di bawah sana.


Sementara tunggu makanan sampai, maka sempatlah kami berposing sakan di atas ini ya.
Tak hirau dah org yang makan kat atas tu. Janji kami happy.


Alolololo, so sweet Aleesya peluk ibu. 


Tak cukup korum 4.
Sebab yang sorang lagi tu sibuk nak ambil gambar kami.
Macam2 arahan Ayyunie bagi suruh kami ikut masa ambil gambar.


Posing lagi ya..;-)


Kat tingat setengah yang atas tu dah siap2 deco dengan belon2 dan bunga2.
Ada birthday party kat atas tu.


Lampu unik, botol coca-cola tu pun unik.


Ni lah area makan tingkat atas. Naik je tangga terus sampai sini.
Yang atas sekali tu lah tempat birthday party yang saya katakan tadi.
Unikkan.


Hati-hati masa turun naik tangga ni.
Sebab lebar tangga ni muat2 tapak kaki saya je.
Runsing jatuh.


Yeayyy..air dah sampai.
Dari kiri, laici, bandung soda, apple tea dan bandung biasa.
See, sambil minum pun boleh nampak orang lalu kat bawah tu.
Konsep open air gitu.


Nasi goreng Tom Yam
RM8.80
Pedas weiii..


Set burger 
RM15.90
Mayonis bersepah


Buffalo chicken wings
RM12.90
Ada 6 ketul, tapi tak cukup..hihi


Lepas dah siap makan, macam biasa..
Tak sah kalau pergi Bazar Karat tak beli apa-apa kan.
Sempatlah saya grab inner glitter dan juga pin-pin tudung.
Hairan, pin2 tudung selalu beli, tapi asyik jatuh je. Hihi..

Malam yang indah untuk kami berempat.

Nanti next time boleh try makan kat BurgerByte pula.












Sunday, February 15, 2015

Murtabak Cheese Meleleh Kg Kurnia


Cerita masih panas-panas-panas.
Baru balik dari Kg Kurnia.

Ada apa di Kg Kurnia?
Ada Murtabak Cheese yang leleh meleleh terleleh.

Mula2 sampai lagi dari kejauhan dah nampak ramai yang beratur nak beli/ambil murtabak cheese yang diorder ni. Kami makan disitu. So kena masuk ke bahagian dalam order.


Saya sebenarnya dah lama sangat nak makan kat sini.
Tapi asyik tak berkesempatan sahaja.
Saya tahu pasal murtabak cheese ni pun sebab ownernya tu ayah damia pernah jumpa setiap kali ada program keusahawan. Tu yang boleh tahu pasal murtabak cheese ni. Google punya google, oh dah viral rupanya murtabak cheese ni. Dah pernah masuk TV juga.


Walaupun panas terik dan suhu kat sini mencecah hampir 40'c, tapi orang tetap berpusu-pusu beratur dan makan disini. Penuh asap kepul-kepul, bahang membara, parking jammed, tak patahkan semangat kami nak makan mustabak cheese yang superb ini.


Memang ramai sungguh orang!


Bahagian menebar murtabak ni ada 2. 
1 bahagian luar untuk yang order awal/ by call atau tapau rasanya.
Lagi satu kat bahagian dalam untuk order yang walk in atau on the spot.

Tempat display makanan yang depan sekali tu adalah ruangan layan diri.
Boleh ambil kuah, timun dan sos sendiri disitu.


Taraaaaa!
Akhirnya murtabak cheese daging biasa kami pun sampai.
Harga RM10.

Agak lama jugalah kami menunggu nak boleh sampai murtabak cheese ni.
Tapi kami redha sebab org ramai kan.
Takkan nak harapkan layanan VVIP pula..;-)


Close-up cheese lelehnya.


Cheese yang ditarik-tarik sebab melekat2 kat isi daging murtabak.


Alahai, kesian Ayyunie berpeluh-peluh menunggu ketibaan murtabak cheesenya.
Dah macam sauna dalam tu.
Mujur ada air sejuk yang dapat melegakan kehausan dan kepanasan kami sementara.

Oh ya, disebabkan murtabak ni kaya dengan cheese, maka order sepinggan pun cukup untuk 3 beranak.
Makan lebih 4-5 sudu pun dah terasa muak.
Tapi sedap. Tu yang masuk lagi mulut. Hihi..


Jam 3 selalunya dah habis murtabak cheese ni.
Kalau nak datang, baik datang awal.
Tak pun call tempah dulu, sampai2 je boleh terus makan kata kawan saya yang komen di FB.

Harga pula kalau murtabak cheese bermula dari RM10 hingga RM28.
Kalau murtabak tradisional lebih murah.


Selain daripada murtabak cheese, macam2 makanan lagi ada di gerai ni.
Masakan panas ada, nasi ayam ada, burger ada, char kuew tiaw ada dan macam2 lagi kot.

Sebelum balik sempat saya beli ayam golek separuh ekor untuk Aleesya makan balik sekolah nanti.
Separuh harganya RM10.
Dan tapau otak-otak juga untuk Ayyunie makan petang nanti..
Sekeping RM0.70

Apa2 pun Alhamdulillah.
Rezeki yang sedap dinikmati bersama keluarga dari Allah.
Akhirnya sampai juga hajat kami nak makan Murtabak Cheese ini!