Friday, October 31, 2014

Kad undangan kahwin yang kreatif dan jimat

Salam jumaat pertama pada tahun 1436 Hijrah.

Semoga kita terus istiqamah dengan azam Tahun Baru yang telah kita azamkan dan tanamkan dalam jiwa.


Nak share kad undangan perkahwinan yang kreatif ni. Tak terfikir nak buat macam ni walaupun hari2 boleh dikatakan pegang buku dan kertas soalan.


Dah macam format UPSR gayanya. Ni mesti cikgu yang nak kahwin ni kan nampak gayanya. Hihi..

Apa-apa pun ilham dan idea tu dari Allah yang maha satu. Hargailah dan gunakanlah idea2 itu ke jalan yang sepatutnya.

P/s: Jangan lupa baca surah Al-Kahfi hari ini..

Thursday, October 30, 2014

Cantiknya set teko


Last meeting hari ini di EDC selepas meeting di Jab. Pertanian dan supplier mesin.

Cantik pula set teko yang dihidangkan air kepada kami yang tengah meeting. Al-maklumlah saya bukannya ada pun koleksi teko yang bunga2 macam ni. Lebih suka yang plain ataupun kalau ada corak pun semanima mungkin. Ntah nampak macam serabut banyak2 bunga macam english style tu. Tapi kali ini macam terbekenan pula. Nampaknya kena ada satu set koleksi bunga2 ni bagi tukar2 angin kan. Insyallah..

Uols suka ke set pinggan mangkuk yang bunga2 ni?

Wednesday, October 29, 2014

Reunion dengam pelajar-pelajar PT3


Cerita tengahari tadi.
Di Seoul Garden City Square.
Tempat mereka sendiri yang pilih. Kami ikutkan aje.


Sempena mereka dah tamat Peperiksaan PT3 tempohari.
Dan akan menamatkan tuisyen mereka di Pusat Bahasa Pelangi hujung minggu ni.


Nak makan steambot punya pasal, sampai sanggup ponteng sekolah hari ini. Opss..
Lagipun diaorg kata hari ni gi sekolah ada gotong royong.
Ngelat tak nak pergi gotong royong lah tu.


Sepatutnya ramai lagi yang nak datang ni. 
Dah masing2 macam2 alasan pula.
Tak de transport lah, ayah belum gaji lah, mak tak bagi lah..macam2.
Mana yang boleh kita on je.


Macam biasa. Makan2 sambil2 borak2 wajib lah kan.


Nabil sorang2nya wakil pelajar lelaki yang datang.


Lepas makan kenyang2, apa lagi..
Bergambar ramai2 lah kan.


Peace.
Lepas tu saya dan ayah damia cepat2 balik office sebab ada appointment dengan foreigner students.

Yang diaorg stay kat situ nak tgk wayang lah, nak shopping lah dan macam2..
Semoga ukhwah kita yang terbina berpanjangan hendaknya.
Ada antara pelajar2 ni start belajar dengan kami since darjah 4 lagi.
Tak mustahil SPM nanti saya akan berjumpa mereka lagi.

Aaaamin.

p/s: Alhamdulillah..;-)








Tuesday, October 28, 2014

Bestnya Ayyunie dapat banyak hadiah...


Cepat-cepat update.
Sementara tunggu ada org nak datang jumpa kejap lagi..
Cerita tentang Produk Anak Johor Fest yang diadakan pada hujung minggu baru ni di Persada Johor.
Biar gambar bercerita je lah ya cepat.


Mula2 sampai, sambil2 tunggu YB datang merasmikan event ni, ada beberapa wartawan datang interview saya. Ehem, saya dan kamera kan tak dapat dipisahkan. Hihi, Allah bagi anugerah kat situ. 
Antaranya wartawan dari Utusan Malaysia, Sinar Harian dan Star. Bila keluar cerita tu masih tak tahu lagi ya. 

Lepas tu ada majlis perasmian oleh YB Jais. Lepas perasmian YB jalan-jalan ke booth sambil mengenali produk Usahawan Johor. No worries, YB Jais memang kenal CocoDamia sebab produk CocoDamia kan ada kat EDC. Dan office YB pun memang kat EDC. 


Dan macam biasa, kalau event macam ni tak sah tak ada pertandingan mewarna kan.
Both Damias dah banyak pengalaman masuk pertandingan mewarna ni.
Cuma dapat top 3 baru sekali dua sahaja.
Yang lain biasanya saguhati sahaja.
Tak pe lah janji anak2 terhibur dan isi masa lapang.
Mana nak seni kalau ibu ayah pun kurang seninya.
Lagilah ibu manalah ambil subjek Seni masa SPM.


Ayyunie ambil hadiah saguhati.
Azza Elite yang bagi hadiah.


Aleesya pula ambil hadiah saguhati.


Hari kedua event.
Ada mascot IKS Mart pula.
First time tgk mascot ni.


Ayyunie dalam acara jawab soalan animasi.
Hurmm, kalau tanya pasal upin ipin budak mana tak tahu kan.
Dapat hadiah lagi!


Ayah damia bersama Mascot IKS Mart.


Lepas tu ada lawatan dari YB Adun Nusajaya pula.
Hihi YB kawasan perumahan dan office saya tuuuu..
Lama juga kami berbual ilmiah masa tu.


Bergambar kenangan bersama YB Adun Nusajaya serta bahagian korporat.


Shasha Meletop ajak kanak2 naik pentas menari Chicken Dance.
Aleesya tak ada. Ahad kan sekolah.
Untung Ayyunie tak sekolah hari ahad.
Dapat hadiah lagi kan!


Ni pula Ayyunie dapat hadiah saguhati sebab masuk pertandingan mewarna lagi.
Untung Ayyunie. Macam2 dapat.
Alat2 tulis tak yah beli dah. Satu beg dapat.
Buku2 nota nak buat tulis notes atau conteng2 pun banyak.
Komik pun dapat.
Makanan pun dapat.
Macam2 lagi lah.
Pendek kata walaupun hadiah saguhati pun berbaloi-baloi.

Ok itu je lah..

p/s: Satu kelemahan saya tak reti betul nak bergambar dengan artis. Orang lain punyalah sakan bergambar ngan retis, saya buat donno je...hihi..Berkesampatan solat betul2 sebelah Nurkhairiah dan Ekin Mawi. Pun reti senyum je. Dengan Ibu Wan Maimunah sempatlah berborak2 kejap. Dengan Ayu Raudhah sempat lah tegur masa dia tengah BF kan anak dia. Putih gebu youuu...














Monday, October 27, 2014

Purple teddy bear


First time Aleesya dapat hadiah bear warna purple..
Dan first time juga dalam rumah kami ada bear warna purple..
Kalau tak asyik warna pink, putih atau oren..
Tu je lah bear yang mendominasi rumah kami..
Kali ini nampak macam sangat comellll bear warna purple ni..

Tq Kak Atikah bagi hadiah belated birthday Aleesya.
Tq juga sebab tolong amik Aleesya dari sekolah petang semalam dan terus bawa ke Persada.
Semoga Kak Atikah dipermudahkan lagi rezeki ya.


Sunday, October 26, 2014

Tiba-tiba CocoDamia dalam akhbar Utusan


Terima kasih kepada En Kamal yang hantar email bagitau produk CocoDamia keluar dalam Akhbar Utusan pada jumaat lepas ( 26/10/14). Dapat tahu pun dah lewat petang masa kami sekeluarga siap2 nak menyambut Maal Hijrah yang ke 1436.


Jam 11:50 malam otw balik dari Persada malam tu baru sempat singgah 7 Eleven untuk beli Akhbar Utusan. Alhamdulillah, walaupun cerita tentang CocoDamia tak ada, tapi keluar gambar produk pun dah cukup gembira buat saya. Hadiah Tahun Baru Awal Muharram mungkin. Terima kasih Ya Allah, terima kasih wartawan Utusan, terima kasih EDC.

P/s: Minggu lepas berkesempatan org TV9 datang shooting ke EDC. CocoDamia dan saya pun ada sekali. Tapi tak sure pula bila keluar TV. Apa2 saya akan update ya.

Friday, October 24, 2014

Penghayatan Tahun Baru 1436 Hijrah


Saya betul-betul JATUH CINTA dengan masjid ini. Walaupun jauh dari rumah, tapi boleh dikatakan beberapa hari berturut2 dah saya solat kat sini. Kebetulan cuti sekolah kan, so boleh lah ke Masjid ni otw nak ke JB.


Alhamdulillah, malam tadi saya sampai lagi disini. Bagi menyambut Tahun Baru 1436 Hijrah beramai-ramai.


Renungi masa lampau dengan MUHASABAH dan ISTIGHFAR.

Hadapi masa depan dengan ILTIZAM dan HIJRAH.

Insyallah semoga kehidupan kita semua lebih baik dari kisah2 semalam.


Selesai sahaja solat berjemaah dan baca doa ramai-ramai, sambutan diteruskan dengan ceramah agama. Alhamdulillah banyak benda dalam kehidupan harian saya yang perlu diubah dan diperbaiki lagi. Ya lah, untuk menuju angan2 ke Syurga, banyak jalan dan usaha yang sungguh2 perlu kita lakukan. Ada masa nanti saya ringkaskan muzakarah dalam majlis ilmu malam tadi.


Selepas majlis ilmu dan solat isyak berjemaah, kami pun dihidangkan dengan makanan. Uniknya kali ini makan dalam dulang ramai-ramai. Anak2 happy sebab teruja tgk ramai2 jemaah duduk sama makan. Tapi anak2 saya suaplah. Hihi..


Alhamdulillah, selesai sahaja semua, terus bergegas ke Persada untuk set up booth sempena "Produk Anak Johor Fest" yang diadakan bermula pada hari ini sehingga esok (26/10/2014). Mula2 masuk dewan lagi semua dah pandang kami sekeluarga. Ada yang panggil saya hajjah, ada yang panggil ayah damia haji, ada yang tanya kami balik KT berapa... Oh indahnya panggilan itu semua. Semoga Allah makbulkan dengan cepat dan penuh keberkatan. Aaaminn..


Banyak produk2 usahawan dibawah bumbung FAMA Johor serta vendors yang menjual pakaian dan aksesori pakaian serta tudung. Semalam sempat tegur Ayu Raudhah yang sedang BF kan anaknya. 

Selain dari artis2 yang menjadi vendors, ada juga artis jemputan yang datang buat persembahan.

Semoga kedatangan Tahun Baru Maal Hijrah 1436 ini membawa 1001 keberkatan rezeki yang melimpah dan penuh istiqamah kepada saya dan keluarga serta team kerja saya.

Insyallah. Jadikan kisah2 lama sebagai tauladan, dan kisah2 baru sebagai pengalaman.

Salam Maal Hijrah semua!

Thursday, October 23, 2014

Projek Buat Chocolate....


...bersama pelajar-pelajar pasca UPSR saya.. Gambar2 diatas saya printscreen dari video yang telah diupload dalam youtube oleh salah seorang pelajar tersebut. Terima kasih Arash. 

Oktober adalah bulan aktiviti bagi pelajar2 pasca UPSR di Pusat Bahasa Pelangi. Nak belajar confirm tak masuk dah kan sebab masing2 dah habis exam. So kita kembangkan kemahiran dan bakar mereka melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh kami.


Berpeluh2 juga nak siapkan puzzle dan hafal peta dunia ni kan.


Biar mereka berimaginasi!










 :::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Mahal ke murah?


5 hengget untuk 7 biji saiz sederhana.

Selalu beli kalau banyak ni RM2 kat KipMart.

Semalam beli kat Pasar Malam. Terkejut juga sampai 5 hengget. Pantas harga naik ya. Ke makcik tu tersalah timbang.

Masa timbang tu dengar juga makcik tu cakap "terung ni susah nak cari ni"..

Erkkk.. Kat pasar-pasar besar lain selalu je jumpa.

Tapi tak pe, Allah pilih saya untuk lebihkan rezeki makcik tu semalam.

Ikhlaskan hati, positifkan diri..

Wednesday, October 22, 2014

Salam Pesta Cahaya 2014


Salam Deepavali..
Salam Pesta Cahaya..
Salam Muhibbah..
Salam 1 Malaysia..

Diucapkan kepada seluruh penganut agama hindu.

Terutamanya pelajar2 saya, client2 saya serta customer2 saya khasnya.

Tuesday, October 21, 2014

Sampai menangis kena suprise dengan staffs hotel || Terharu dapat hadiah skateline

Kisah celebrated birthday Aleesya yang ke-7 jumaat lepas.

Disebabkan jumaat haritu Ayyunie pun balik sekolah petang, pagi tu ayah damia pun ada kerja luar, lepas tu nak pergi solat jumaat lagi, so decided sambut birthday Aleesya petang2 sikit.

Jam 6 petang, barulah kami ke Thistle hotel untuk sama2 meraikan birthday Aleesya.
Kebetulan voucher hotel Thistle masih ada lagi, so gunakan untuk hari2 bahagia Aleesya ini.
Oh ya disebabkan baru minggu lepas hari jumaat kami makan2 kat sini, then kali ini pun pergi hari jumaat juga, so menu lebih kurang sama aje.


Saja pilih makan kat hotel sebab banyak pilihan keknya..hihi..
Bukan apa, beli kek sebiji pun CONFIRM berminggu-minggu dalam peti ais tu.
So sekarang beli yang slices atau yang cupcake je.
Unless nak buat birthday party lah kan.


Makanan yang saya ambil masa mula2 sampai.
Sedap betul puding mango tu.


Pastu barulah makan nasi.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Dan masa tengah2 makan tu sempatlah kami anak-beranak berbual2 kan..
Tanya apa impian Aleesya, Aleesya happy tak sambut hari ini, Aleesya ingat hadiah apa dan so on..
Tetiba dari belakang, ada 3 orang waiter berkot hitam datang membawa 2 slices kek yang lilin menyala sambil nyanyi lagu " Happy Birthday". Wahhh tak terkata kami. Semua berpandangan sesama kami dan speechless. Saya tengok Aleesya mata dah bertakung air. Huhu...terharu ler tu..


Tak sempat saya nak snap gambar masa 3 waiter tu datang bawa kek ni sambil nyanyi lagu "Happy Birthday".. Ya lah saya pun terkejut jugak sebenarnya.
Sebab memang tak planned semua ni. Tetiba ada kejutan.


See, Aleesya tak nak bagi saya amik gambar dia yang sedang menitiskan air mata. Jujurnya saya dan ayah damia pun bergenang air mata dengan kejutan ini.
Saya tanya apa perasaan Aleesya masa tu, dia jawab kenapa ibu buat suprised?
Ibu dengan ayah pun tak tahu ada suprised ni Aleesya..

Kisahnya mungkin bermula disini.
Masa mula2 sampai, saya ada tanya waiter tu ada lilin tak?
Dia kata ada, kejap lagi dia bagi.
Lepas tu ayah damia pun bagilah hadiah birthday kat Aleesya.
Masa tu waiter tu pun tuang air dalam gelas kami dan sambil senyum2.
Agaknya masa tu lah kot dia tahu haritu birthday Aleesya.
Bertuah kamu nak! Rezeki datang tanpa disangka.
Dah lah makan2 haritu pun free tak payah bayar sebab ditaja oleh HOMESOY Malaysia.
Again.Terima kasih HOMESOY.


Disebabkan moment tiup lilin tu tak sempat disnap, saya hidupkan semula 2 batang lilin tu dengan menggunakan lilin hiasan yang memang bernyala atas meja tu.
Kami nyanyi lagi lagu birthday sekali lagi bersama family kecil kami.
Hah barulah boleh snap moment tu kan.
Alahai, masih nampak muka Aleesya yang cukup terharu tu.


Semoga membesar menjadi anak yang solehah dan kaya dan berjaya dunia akhirat ya Aleesya.


Wajib ler bergambar ngan adik kan.
Mujurnya waiter tak tertukar mana satu Birthday Girl sebab baju sama, tinggi sama, ikat rambut pun sama. Hihi..


Dah nak balik, singgah lobby snap2 dulu.
Muka Ayyunie tak puas hati tak dapat hadiah tu juga.
Aiyooo, sibuk je Ayyunie nak hadiah birthday kakak juga.


Jeng jeng jeng..
Hadiah Skateline untuk Aleesya..
Tapi nampaknya Ayyunie yang konker..


Mula2 takut juga nak ajar budak2 ni main skateline ni..
Takut jatuh, takut luka, takut macam2..
Tapi ayah damia kata sampai bila nak takutkan..
At least Aleesya belajar sesuatu yang baru sempena birthday dia yang ke 7 ni..


Gilir2 lah main ya..
Dah pro nanti ayah beli sepasang lagi main sama2..


Tapi tapi tapi..
Sekejap je praktis, masing2 dah boleh imbang badan..
Wahhhh...happynya ibu dan ayah..
Walhal mula2 tu asyik jatuh dan nak jatuh je..
Siap bawa ke Danga Bay practice..


See, Ayyunie dah boleh main slow-slow tanpa perlu berpaut pada mana2..
Tapi ayahnya tetap memantau dekat2..
Takut tergolek atau terjatuh kan..


Fuyooo..makin laju Ayyunie..
Dah tak bagi ayahnya ikut dia..
Haishhh Ayyunie ni confident level dia memang tinggi..
Kita baru ajar ABC, dia dah sampai GHI..


Aleesya as usual slow and steady..
Walaupun slow, tapi jangka masa untuk dia stabilkan badan serta bergerak guna skateline lebih lama berbanding Ayyunie..
Apa2 pun ibu ayah Aleesya dan Ayyunie happy sebab dapat belajar sesuatu yang baru kan.
Kalau suruh ibu, ibu pun tak nak belajar ni...takuttt..hihi


Lepas tu bawa mereka berdua round2 Danga Bay..
Dah banyak laut kena tambak dah..
Tapi entertaintment tetap ada macam dulu2..
Cuma tempat makan je tak ada.

Ayyunie ajak ayahnya main kereta ni..
Haishhh ibu yang tak bagi..
Ntah macam pening arrrrr main kereta pusing2 macam ni..


Last2 bagi Both Damias naik permainan ni.
Ok lah RM6 per person.
Cuma Ayyunie mula2 semangat nak naik..pastu tiba2 keluar air mata..haha..
Adoilah adik..

Apa2 pun semoga memori kita pada hari ini dapat dijadikan kenangan untuk masa depan.
Nanti dah besar, Aleesya dan Ayyunie bolehlah baca semula kisah2 yang ibu abadikan dalam blog ini ya.

Semoga Aleesya happy dan hargai Birthday Celebration yang sederhana itu.