Wednesday, April 30, 2014

Selfie dengan tujuh kembar saya!


Baru balik dari perasmian Karnival IAT di Aeon Kulaijaya. Tapi saya terlepas sikit je time rasmi tu, berkejaran bawa kereta. Al-maklum ler, busy sana sini. Ngam2 sampai sana YB dah habis rasmi. Interview pun staff yang jawab semua. Untung sabut staff saya tu nanti keluar TV atau paper. Ayah damia pula meeting kat KL.

First time sampai Aeon Kulaijaya ni. Paling teruja siap ada make up room lagi dalam washroom ok. Terbaik! Saya pun apa lagi sempat berselfie. Saya ni segan nak selfie sorang-sorang sebab pemalu. Tapi kalini ada 6 orang kembar kat belakang saya yang temankan saya selfie. Hihi..

Ok lah, kalau ada masa uols sekitar Kulai atau JB boleh leh ke Karnival IAT tu ya. Bermula dari jam 10 pagi sampai 10 malam dari 29/4 hingga 4/5. Lama tu kan. Mana2 warga JB yang nak beli retails Krukk Krakk tu, ni lah masanya. Coklat IQ pun ada promosi. Jemput singgah booth CocoDamia ya.


Balik dari Aeon cepat2 ke Zawara JB amik baju yang saya booked masa kat Kelantan haritu. Ok nanti selfie dengan baju baru ni ya .. Wink wink..



CocoDamia penaja rancangan temubual "Bisikan Nurani"


Cerita rabu lepas, hari yang kalut2 nak ke LCCT balik kelantan tu. Kiranya ni entry siaran tertunda ya. Kalau nak tgk siaran live boleh like fanpage: coklat iq. 


Alhamdulillah, CocoDamia terpilih untuk menjadi penaja program temubual "Bisikan Nurani" sepanjang 13 episod yang akan ditayangkan pada awal Ramadhan nanti.


Terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Johor dan TV Selatan kerana sudi berkolaborasi untuk sama-sama menjayakan temubual ini. 


Ini kiranya langkah pertama CocoDamia sebagai penaja rancangan TV. Insyallah akan datang lebih banyak lagi peluang untuk berkolaborasi dengan stesen-stesen tv lain yang gah. Nampak tak kat belakang tu, bertingket-tingket stok CocoDamia.


Syukur Ya Allah, kerana memberi team CocoDamia menambah nilai kepada mereka yang memerlukannya. 


Opsss ramai pula yang skodeng kat belakang tu tengok saya bergambar. Segan Ai tau.. Hihi..


Tajaan ini adalah untuk stesen TV Johor. Ini adalah TV online. Uols boleh search "TV Selatan" untuk mengetahui info2 menarik dan perkembangan terkini terutamanya di bahagian Selatan. 

Start Small, Dream Big!
Nothing Imposible Rite?
Selagi kita berusaha dan mengingatiNYA, insyallah banyak peluang rezeki dan lorong2 jalan yang akan menghampiri kita.

Ok lah, nanti saya dah dapat jadual siaran "Bisikan Nurani" tu, saya publish kat blog ya. Seramai 13 ilmuan agama menjadi tetamu jemputan untuk program ini.





Tuesday, April 29, 2014

VVIP saya || Baru sampai dari KL dah kena naik KL balik


Semalam lepas jer breakfast di The Everly, Putrajaya terus bergegas ke KKLW ada kerja. Then lebih kurang jam 9:30 pagi, cepat2 bertolak balik ke JB. Nak kejarkan waktu both Damias sekolah sebenarnya. Ayyunie dah 3 hari tak gi sekolah, Aleesya pula 2 hari. Kebetulan semalam Aleesya pun ada exam, so memang nak sangat dia ke sekolah.


Dari Putrajaya lagi pakai uniform sekolah siap2.
Tak sabarnya nak ke sekolah both Damias ni..


Saya dan ayah damia sangat bangga dengan mereka. Walaupun mereka ikut kami ke hulu hilir non-stop, tapi mereka tak merungut. Suka lagi adalah kan. Tapi kadang2 kesian juga kat mereka sebab penat. Tengok raut wajah mereka pun kadang2 dah tau mereka penat. Tapi langsung tak memberontak atau buat hal. Ikut jer cakap kami. Tapi Ayyunie kadang2 tu adalah merengek nak tidur, nak tidur..dia kan baby lagi..:-)

Tepat jam 12:30 tengahari kami sampai JB. Cepat2 belikan bekal roti untuk mereka. Ayyunie lambat lah sikit 30 minit. Aleesya ngam-ngam org tengah beratur berhimpun di tapak perhimpunan. Terima kasih Ya Allah kerana mengizinkan perancangan kami. 

 

Dan masa otw balik JB tu pula, macam2 orang call suruh hantar CocoDamia lah, suruh amik cek lah, staff production suruh beli barang lah, pastu amik kotaklah, pastu tawaran booth lah.. Haishh bang, kena hire driver dah abang ni  (Just kidding). Gerun saya sepanjang Highway Utara-Selatan cakap handphone tak henti2.


Jadi apa lagi, sampai je JB, tak sempat balik rumah, singgah beli raw materials dulu. Pastu gi Kilang kotak then singgah kilang CocoDamia tgk progress. Pastu gi Pusat Pengumpulan FAMA hantar repeat order. Bukan main larisss lagi. Then singgah Pejabat FAMA pula untuk bincang beberapa perkara. Balik ada kelas pula then malamnya baru dapat keluarkan luggage dalam kereta.

Dan pagi2 ni ayah damia dah sibuk bawa staff dan loading barang di Aeon Kulaijaya sebab ada event kat sana. Esok jam 4 pagi dah kena bertolak ke KL pula meeting lagi. Esok juga kena loading barang untuk Karnival Belia di Pontian. Dan banyak juga event yang terpaksa tolak sebab bertindih2 tarikhnya. Orang kata jangan tamak dan buat keputusan betul-betul.


Lepaskan yang BAIK untuk dapatkan YANG TERBAIK!
Dah 3 kali saya buat confirmation untuk hadir kursus yang nak sangat saya pergi ni. Ingatkan ayah damia tiada apa2 program harini dan esok, sebab saya kena stay kat hotel yang diberi 2D1N. Rupa-rupanya harini jadual dia penuh ke sana sini dan seawal pagi esok dah kena naik KL semula.

Yang terbaik untuk saya adalah kerana ANAK-ANAK! Saya tak nak menyesal kemudian hari.

Perancangan terbaik untuk saya hanyalah dari YANG MAHA ESA.

P/S: Entry campur baur dan simpang siur. Semua nak ditulis dalam satu entry. Maafkan saya kawan2..Eh, ada ke yang nak baca cerita saya ni? 


Healthy and Sunnah Breakfast


Starting your kid's day off with a healthy and Sunnah Breakfast.

CocoDamia ~ Not just an ordinary Chocolate Bar

Coklat IQ ~ Our premium product for Brain Power

Order? Sms/whatapps our hotline 010 646 8383 or 010 601 8383


Monday, April 28, 2014

Morning From The Everly, Putrajaya


Assalamualaikum and morning..
3-4 hari yang sangat hectic..
Dari Urusan di KB, pastu sambung urusan MaGIC yang dirasmikan oleh PM dan President Obama semalam, dan harini sambung lagi urusan di Putrajaya.

Semoga ada kebaikan, keberkatan dan hasil yang baik utk semua urusan tersebut.


Status saya malam tadi. Jam 7:30 petang baru check in di The Everly Hotel.

P/s: Mesti sampai JB sebelum 12:30 tengahari harini. Aleesya ada exam kat sekolah.


Saturday, April 26, 2014

Selera ramai ikan singgang || Check in Regency Hotel


Alhamdulillah, selamat tiba LCCT dari KB jam 8:50 pagi tadi. Tak rasa naik kapal terbang sebab kejap sangat. Since ada monopod ni, selfie bersama keluarga amatlah digalakkan.:-))


Both Damias this time tertidur dalam kapal terbang. Ya lah pagi tadi jam 5:45 bangun. Ngantuklah tu..


Then gi ambil kereta park paling dekat ngan airport. Keluar pintu ketibaan terus nampak kereta kami. Caj parking yang dikenakan RM95.00 selama 2 hari 4 jam.


Lepas tu ajak ayah damia gi makan. Saya teringin nak makan kat Restoran Ikan Singgang. Tahu pasal restoran tu pun sebab pernah nampak artis2 makan kat situ. Hidangan sempoi je. Antara artis yang pernah upload makan kat Restoran Ikan Singgang tu Fahmi Apek, Marsha dan siapa lagi erk.

Google punya google, rupa2nya restoran Ikan Singgang yang kat Damansara tu dah ditutup. Tapi jumpa pula yang kat Kampung Baharu. Nama restoran tu MZ Darulnaim. Ngam sangat dah tu, dekat je dengan hotel yang akan kami stay iaitu Regency Hotel.

Mula2 sampai fuhhh, ramai orang. Walhal baru jam 11 pagi tu. Makin lama makin ramai. Memang banyak pilihan makanan kat sini. Sampai tak tahu nak makan apa.
Oh ya landmark paling senang nak sampaj sini adalah betul2 depan Kuala Lumpur International Hotel.


Bagi pengemar makanan pantai timur, rugilah tak datang sini.


Balik kelantan asyik makan ayam, daging dan sup tulang. So this time tukar selera makan ketam dan udang pula. Budu yang ada lempuk durian tu wajib ambil. Ulam2? MashaAllah, punyalah banyak pilihan. Dan kerabu pucuk paku tu memang marvelous!!!


Dah makan yang berat, kita beli dessert pula ya. Tapi tapau je lah makan kat hotel sebab kekenyangan sangat. Dessert pun ada macam2 pilihan.


Yang saya tapau makan kat hotel adalah pulut durian 2 set, lompat tikam, bubur butir nangka dan cucur udang.


Sementara ada masa ni, kami spentkan masa utk release dan ajar anak2 ulangkaji. Isnin ni Aleesya exam. Semoga Allah permudahkan Aleesya untuk menjawab soalan exam dengan tenang.


Isnin ni exam agama dulu. So ayahnya ajar agama dululah. 


Dan kejap lagi nak eksport both Damias ke hotel tempat auntie diaorg stay. Bukan apa, kami lepas ni ada nak jumpa stokis dan dealer kat lobi. Pastu malam nanti ada program FAMA. Pagi2 esok ada program bersama Obama Presiden US. So budak2 tak leh ikut. Nasib baik auntie both Damias yang dari Kelantan tu temankan hubbynyan ada kursus. So auntie diaorg free lah. 

Semoga semuanya berjalan seperti dirancang.

P/s: Wahhh malam ni dan esok berdua je lah ibu dan ayah ya anak-anak.  Please Be kind ya nanti anak-anak.










Friday, April 25, 2014

Ootd saya pada hari ini..

Fuhh dasyatkan tajuk entry harini.
Sejak bila saya pandai ber-ootd ni. Hikss....
Btw lately saya boleh dikatakan ada je benda nak beli online. Dari pakaian, tudung, barang-barang kat rumah dan lain-lain. Tu belum masuk yang beli offline. Semua tanpa dirancang.

Tapi tak lah sampai membazir-bazir. Beli mengikut kemampuan dan tuntutan kehendak sikit-sikit. Yang penting bersyukur atas setiap rezeki yang dikurniakan. 


Gambar awal pagi tadi. Dari Kota Bharu nak ke UMK, Jeli sebab ada talks berkenaan "jatuh bangun dalam perniagaan". Dah macam pengantin kami berdua ni. Sama2 tema kuning. Hihi.. Bermonopod dalam Suzuki Swift. 

Perasan tak inner glitter saya tu? Beli online dari pengasas Sendayu Tinggi, Puan Rozita. Yang bestnya inner tu bermuncung. Tak melekap di dahi. Serius dah puas saya cari kat kedai2 inner glitter ni, semua tak ada jual. 


Alhamdulillah, crowd seramai 260 pelajar memberi saya dan ayah damia energy utk berkongsi kisah perniagaan kami. Nanti saya buat story details ya dalam entry lain.


Balik dari Jeli, lebih kurang 2 jam sampai Kota Bharu semula. Ajak ayah damia gi Pantai PCB nak beli mainan utk anak2 sedara. Sambil tu sempat ajak ayah damia selfie!

Pengantin handsome sebelah saya tu siap cakap "nasib baik lah sayang dah jadi bini 10 tahun, layan kan ajer, kalau gewe reject doh sebab berehi bennar nak pakso tok laki selfie"... Haha ampun bang. 

Alaa waktu cuti2 cam ni je sempat selfie suami isteri ni. Kalau waktu kerja nak pandang monopod pun tak sempat tau.


Jubah saya beli dari jualan online IG. Yang bestnya custom made. Ikut saiz kita. Kalau nak beli ready made susah sebab saya kan tinggi. Kain pun tak mudah renyuk. Princess cut. Harga berbaloi.

Opss tak nampak pula kasut baru saya. Muahaha..

Gurau-gurau je ya uolss.



Thursday, April 24, 2014

Ber-monopod dalam kapal terbang

Malam tadi habis kelas jam 11 malam, balik rumah terus cepat2 packing baju. Ya baru nak packing sebab seharian ke hulu hilir. 1 beg untuk bermusafir di Kelantan, 1 beg untuk bermusafir di KL dan pakaian seragam sekolah siap tergantung dengan bawa beg sekolahnya dan dengan kasut sekolahnya. Sebab hari Isnin baru balik JB dan kebetulan haritu start exam kat sekolah. So nak tak nak, kena sampai JB sebelum jam 12 tengahari. Kerja-kerja juga, sekolah anak2 jangan abaikan.

Lepas tu jam 1:30 pagi bertolak ke LCCT. Alhamdulillah tepat jam 4:30 pagi sampai LCCT. Highway lenggang, ayah damia bawa kereta pun tak lah laju mana. Sambil borak sambil berbual, eh eh dah sampai. Kejap je rasa.


Hah apa lagi, sementara tunggu pintu gate buka, sesi bergambar wajib kan!


Haha, boleh pulak masa tengah tunggu ni kan, si Ayyunie confius!

Dia tanya "ibu, ibu, kapal terbang yang hilang haritu dah jumpa ke? Ni kita naik kapal terbang tu ke"?


Hahahahaha! Kakak dia bantai gelak kat dia. Kakak dia cakap " adik ingat ada satu je ke kapal terbang? Banyak lagi tau"!

2-2 anak ibu pun bijak.


Ni dah masuk kapal terbang.


Hah apa lagi, nak penuh frame bawa keluarlah monopod saya kan. No worries, depan seat saya, belakang seat saya pun bawa keluar monopod juga. So tak rasa janggal.


Hah ni baru betul-betul cukup anak beranak masuk frame. Ayyunie tak sabar nak jumpa family di kampung.

P/s: Dah selamat sampai KB jam 7:35 pagi tadi. Memang sharp masa! Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.

P/s: Handbag saya kena tahan masa scanning ok sebab monopod ni. Pegawai tu nampak saya keluarkan monopod, terus dia ketawa. Hikss..






Wednesday, April 23, 2014

10 keajaiban bersedekah


Janji Allah pastikan!
Cuma cepat atau lambat!
Dan bersedekahlah!
Kalau orang kaya bersedekah itu biasa, tapi kalau orang biasa bersedekah itu yang luar biasa.
Dan Insyallah hasilnya turut luar biasa.

Semoga saya dan anda semua istiqamah dalam bersedekah.

P/s: Kalau boleh sedekahlah duit paling besar dalam dompet anda! Dan jangan ingat2kan lagi duit tu. Sedekah dengan ikhlas.

Tuesday, April 22, 2014

Sheduled lunch with husband


Nak lunch pun kena set appointment suami isteri tau sekarang walaupun sama-sama kerja satu office dan meja dalam office pun sebelah-sebelah. Ya lah kejap sorang ke sini, kejap sorang ke sana.

Sambil makan, sambil bincang strategi Company. Apa yang perlu ditambah, apa yang perlu diperbaiki dan tindakan apa yang perlu dibuat. Ingat ke nak juga masuk topik bila nak tambah anak, tapi tak sempatlah nak masuk topik tu. Hihi..

Dan kalau datang makan kat Restoran Singgah Selalu ni tak sah tak makan Sup Ekor Goreng kan. Ntah kenapa menu tu memang feveret kami suami isteri.

Oraitt, mahu ke lain dulu...


Manis leting! Tapi apa erk nama buah ni?


Pagi-pagi dah makan 10 biji buah ni.
Saya selalu jumpa buah ni kalau balik kelantan. Dan kebanyakan yang saya makan mesti masam lah. Susah betul nak jumpa yang manis. Boleh bayangkan muka yang kerut-kerut makan buah yang masam ni?

Tapi kalini ayah damia beli kat mana ntah. Mula2 saya takut nak makan sebab takut masam. Pastu nampak Ayyunie makan rileks je. Ayyunie cakap "manis lah ibu, cer rasa"! 

Saya pun try lah sebiji. Sekali betullah manis. Ore kelate royak manis leting! Lebih dari 10 biji makan ni. Mau ada yang cerah perut nanti.

Tapi kan tapi kan, macam mana pula saya boleh tak tahu nama buah ni ya. Saya pernah dengar ore kelate panggil apa dah buah ni. Buah kuinin? Eh bukan buah kundang? Eh tak pastilah. Buah apa erk nama ni?

Ada sapa2 leh bagitau. Kalau tak sampai ke sudah saya bebankan otak fikir nama buah ni. Macam tak ada benda lain nak fikir je kan. Haha.. Bertambah-tambahlah tugasan dan bebanan otak saya.

Please.. Apa erk nama buah ni?

Monday, April 21, 2014

SAYA PERCAYA, BY THE TIME YOU'RE 40, AWAK SEORANG JUTAWAN


Cerita pada hari Isnin lepas (14.04.14)
Alhamdulillah, semua berjalan dengan jaya dan lancarnya.


By the way, penilaian ini adalah untuk sebuah pertandingan.
Alhamdulillah, saya terpilih untuk top 5 dalam negeri Johor.
Dan saya mewakili daerah Johor Bahru.
Dan jika berpeluang, boleh bertanding ke peringkat Kebangsaan pula.
Apa2 pun kita berusaha dan yakin dengan rezeki Allah.


Terima kasih Ya Allah kerana melancarkan lidah saya agar panel penilai faham akan perbicaraan saya.


Goodies untuk panel penilai dan juga tetamu-tetamu yang lain.


Ruangan sumber inspirasi


Tempat end product disusun dan dikira.
Tapi jujur cakap buat masa ni tak sempat nak susun lambakan product.
Siap packing, hantar!
Siap bungkus, stokis dan dealer datang ambil. Tak ambil, kita pos!


Sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JAKIM


Panel penilai yang sporting dan banyak memberi kata2 galakan.


Lawatan ke tempat production CocoDamia.


Penerangan diberi oleh saya bagaimana CocoDamia boleh dihasilkan dari ZERO to END product.


En Khairuddin aka ayah damia bawa masuk ke bilik buat coklat pula.


Sesi interview dan soal jawab bersama staffs CocoDamia.
Di samping tu panel penilai juga melihat cara-cara CocoDamia dihasilkan.

Produk premium CocoDamia - Coklat IQ


Produk baru CocoDamia - Krukk Krakk


Sijil-sijil yang dihadiri oleh team CocoDamia.
By the way ada banyak lagi sijil..
Tak ada tempat pula nak pamerkan.
Tunggu pindah kilang baru kita buat tempat khas pamer sijil ya..;))


Sedikit jamuan ringan disediakan.
Masa jamuan ni kami jemput juga semua pemandu-pemandu dari pelbagai agensi Kerajaan naik atas utk makan.
Kalau tak sebelum tu semua lepak kat bawah jer. hiks..
Hah tu, photographer tengah pindahkan gambar yang dia snap ke laptop saya.
Dan semua gambar2 dalam entry ni dari DSLR abang photographer tu lah.
Saya pun ada suruh staff admin saya snap2 guna DSLR saya.
Tapi berzaman lah nak tunggu pindahkan gambar ke pc saya kan.


Akhir kata daripada saya, terima kasih kepada semua pegawai-pegawai yang datang menilai dari MARDI, Jab Pertanian, Jab Perikanan, Lembaga Ikan Kemajuan Malaysia dan Jab Veterinar. Semua kata-kata semangat kalian serta cadangan-cadangan bernas kalian akan saya buat pelan tindakan untuk masa depan CocoDamia.


Dan yang paling membuatkan saya berderau darah pabila:


{ SAYA PERCAYA, BY THE TIME YOU'RE 40, AWAK SEORANG JUTAWAN)

Subhanallah..
Masyallah..

Itulah ayat terakhir seorang panel hakim kepada saya selepas presentation yang berakhir jam 6:30 petang hari tersebut.

Dan mereka yang lain mengaminkan kata-kata panel tersebut.

Energy dan aura positif mereka semua yang memudahkan presentation saya harini.

Terima kasih Ya Allah..
Terima kasih Ya Allah..
Terima kasih Ya Allah..

Besar sekali harapan mereka terhadap saya dengan COCODAMIA.
Semua dengan IzinNya..


....Aamiinn Ya Rabbana Alamin...






:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::