ALHAMDULILLAH..
ALHAMDULILLAH..
ALHAMDULILLAH..
Sesungguhnya kuasaMU tiada had batasnya!
Ingat lagi tak yang CocoDamia terpilih untuk Karnival "satu daerah satu industri" peringkat Negeri di Angsana awal bulan Oktober lepas?
Tak ingat??? Boleh refresh semula kat
sini.
Dan dari peringkat Negeri tu lah akan dipilih ke peringkat Nasional pula. Kriteria pemilihan adalah berdasarkan produk yang berdaya saing serta memenuhi ciri-ciri yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
Dan Alhamdulillah, masa saya dan ayah damia di HPPNK Kuantan, salah seorang pegawai FAMA datang memberitahu bahawa CocoDamia dicalonkan untuk ke SDSI peringkat Nasional. Tapi masa tu saya dan ayah damia masih tak teruja sebab baru dicalonkan. Dan akan masuk mesyuarat lagi utk penentuan produk mana 3 daripada 5 usahawan yang akan terpilih mewakili JB. Dan sesungguhnya kuasa Allah tu maha besar. Dapat panggilan Rasmi dari Pejabat Daerah bahawa CocoDamia terpilih!!!
Banner promosi Showcase "Satu Daerah, Satu Industri"
Dari Malaysia ke Persada Dunia.. Itulah taglinenya...
Ya Allah, sesungguhnya ia merupakan satu rahmat kepada kami pabila CocoDamia terpilih ke peringkat Nasional. Penat lelah kami lupakan semata2 utk CocoDamia. Dan akhirnya berbaloi. Terima kasih Ya Allah.
Aturcara Program SDSI yang akan berlangsung dari jumaat ini hingga ahad ini (29/11 - 1/12).
Jom ramai2 ke MITC utk melihat sendiri produk2 muslim dari usahawan-usahawan Bumiputera.
Di samping menyertai serta menonton program-program yang dianjurkan.
Dan yang paling sangat saya gembira dan terharu, khamis lepas saya dapat email dan panggilan bahawa CocoDamia terpilih untuk ke Pertandingan produk makanan terbaik di peringkat Nasional. Allahu Robbi. Bergenang air mata saya dan suami dan terus sujud syukur. Sampai tahap ini Allah permudahkan urusan CocoDamia. Dapat terpilih ke SDSI pun dah bersyukur, ini apatah lagi masuk pertandingan tersebut.
Sebenarnya khamis lepas sebelum dapat panggilan dari UPEN, saya dapat juga panggilan dari FAMA dan KKM unit kualiti makanan. Ya Allah Mudahnya menjemput rezeki. Sungguh Indah Aturan Allah. Yang baik-baik sahaja datang serentak. Disebabkan kami terlalu happy, kami benarkan semua staff balik 1 jam awal dari biasa. Mereka pun layak untuk happy juga!
Dan sebab saya happy sangat2, saya juga menawarkan harga promosi RM39 utk pembelian CocoDamia 10 yang terawal. Khususnya kenalan saya di FB. Ya Allah, bukan main hebat lagi penangannya. Nak tidur pun tangan masih lagi reply pm dan whatapps. Dan ada yang malam tu juga COD area tmn u, desa skudai dan jiran saya sendiri...hihi..bijak-bijak mereka grab time promosi ni. Bukankah rezeki kena berkongsi bersama. Insyallah lebih berkat dan cukup rezeki kita.
Ada yang beli 10 kotak, ada yang beli 3 kotak dan rata2 beli 2 kotak..
Alhamdulillah dah selamat pos semua semalam..
Bual Bicara Showcase "Satu Daerah, Satu Industri" pagi tadi di MHI.
PromosI besar-besaran akan diadakan.
Iklan SDSI oleh ABON. Teringat masa KUD yang lepas, ZIZAN yang promote dalam iklan. Memang betul strategi dan pelan pemasaran pihak penganjur. Habis licin semua produk usahawan. Semoga SDSI kali ini juga turut berjaya dan mencapai target jualan.
Doakan supaya CocoDamia juga berjaya dalam pertandingan produk makanan terbaik ya semua.
Yakin pada rezeki Allah. Yakin pada rezeki Allah. Yakin pada rezeki Allah.
Dan kami team Cocodamia akan berusaha sebaiknya kerana USAHA itu milik kita, REZEKI jua milik Allah.
Andai menang! Itulah hadiah daripada Allah.
"YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, IZINKANLAH PENYERTAAN COCODAMIA DALAM SHOWCASE SDSI 2013 PERINGKAT KEBANGSAAN INI DI BERKATI, DI RAHMATI, DI REDAI DAN DIPERMUDAHKAN OLEH MU YA ALLAH. IZINKANLAH USAHA COCODAMIA DALAM MEMPROMOSIKAN MAKANAN SUNNAH MELALUI COKLAT IQ DIBERKATI DAN DIREDAI OLEH MU YA ALLAH. TERIMA KASIH YA ALLAH, TERIMA KASIH YA ALLAH, TERIMA KASIH YA ALLAH