Wednesday, July 31, 2013

Biarlah selendang fareeda menjadi kenangan terindah..

Tekejut saya pabila hari ahad lepas saya dapat whatapps dari seseorang yang tidak dikenali nak beli selendang fareeda saya. Katanya dia tgk dalam blog. Senang citer silent reader saya..

Kebetulan pula masa tu kat butik Zarina Ayu Collections, so bagitau dia yang saya akan whatapps gambar2 selendang yang still available lagi masa saya balik rumah nanti....tak banyak yang tinggal lepas saya buat garage sale semua shawl saya awal tahun aritu. Yang tinggal ni yang banyak meninggalkan kenangan manis serta shawl yang paling saya suka..

Antaranya shawl biru + pink tu adalah first2 tudung jenama fareeda saya beli dengan dealer dari Sabah. Best kualitinya sebab chiffon gred AAA. Lepas tu shalw coklat + mustard tu photoshoot dengan Dutch Lady dan banyak masuk dalam majalah, akhbar dan pemplet berkaitan Dutch Lady. Yang rainbow pink + purple tu pulak hadiah saguhati kenangan masa saya jadi model Fareeda 2011 dan juga masuk iklan Dutch Lady kat TV. Shawl pink + apple green tu pula shawl paling mahal rasanya saya laburkan duit beli. Beli kat Plaza Angsana. Suka sebab lembut sangat kainnya chiffon berkualiti dan warnanya pun jarang2 jumpa. Shawl polkadots tu pun saya sangat suka sebab kalau gi Holiday jer mesti sambar shawl tu. Maybe inner lycra dia labuh. Dan shawl maroon + turqoise tu pun saya suka sebab boleh match dengan banyak baju.

Tapi, dah lama saya tak pakai shawl2 semua ni...ayah damia pun banyak kali cakap kat saya, jual2 jer lah daripada bergantungan tak pakai kan. Kesian tgk shawl mahal2 bergantungan jer buat hiasan. Saya kalau labuh paras yang dikehendaki, Insyallah saya pakai lagi, tapi ni singkat sangat. Biasalah manusia kan tak putus2 nak berubah ke arah yang lebih baik. So shawl2 ni memang dah sampai masa utk dijual walaupun hati sangat berat sebab sayang kan.


Kenangan Terindah bersama shawl2 Fareeda yang banyak menaikkan nama saya.


Alhamdulillah, semalam dah selamat pos 4 dari 6 shawl yang saya ada. 
Selamat berkhidmat untuk tuan baru yang berada nun jauh di Terengganu ya. Semoga shawl2 ini memberi kenangan terindah untuk tuan barunya sebagaimana indahnya ia bersama dengan saya. 

p/s: Misi mencari shawl yang berkualiti, panjang dan lebar, ada style tapi nampak sopan serta yang penting nampak elegan dalam ciri2 seorang muslimah. Duit yang dapat, leh cover beli shawl yang baru...:)
Alhamdulillah, tak sia2 beli yang original. Terima kasih Ya Allah.

p/s: Saya ada lagi beberapa helai tudung Fareeda yang 2 layer dan 3 layer yang nak di let go. Yang berminat boleh pm facebook saya ya..:)

Coklatnya hilang, dapat stiker "night club" pula



Perhatian!!! Perhatian!!! Seperti yang kita sedia maklum, nak-nak raya ni, syarikat courier loading banyak sangat barang sebab nak kejar cuti raya. So dalam banyak2 barang tu mungkin ada parcel yang tak sampai kepada customer yg telah buat bayaran. 

Oleh itu, diminta mana-mana pembeli/pelanggan coklat IQ, jika parcel anda tidak sampai dalam masa 3 hari bekerja, sila maklumkan kepada kami utk kami buat semakan. 

Dapat sms dari stokis kami yang cenderahati hari raya dan kad raya yang kami pos kan, coklat edisi rayanya dah hilang, dimasukkan pula stiker "night club" dalam tu.. Takkan lah driver yg hantar makan coklat tu kot..dan masih ada juga yang call cakap dah 3 hari tak sampai2 jugak ni. 

Please please call me ya utk sebarang pengesahan dan semakan 0127507659..


p/s: pitam nak check satu-satu parcel yang statusnya BAD atau NO INFO

p/s: Ayah damia cakap dia nampak dengan mata sendiri pekerja lelaki courier xxxxxxxxx selamba jer makan masa ambil  barang dia sampai kat Tampoi.. Saya pula nampak selamba dekk jer beberapa pekerja lelaki tua hisap rokok kat sebuah restora  terkenal di Melaka.. Semoga mereka diberi hidayah!!!

Sana Sini budak-budak demam

3 hari lepas, Ayyunie demam.. Panasnya cecah lah 38'c.. Tapi 2 hari jer dah ok.. Pakai cool fever, minum ubat yang dibeli farmasi dan tak gi sekolah hari. Alhamdulillah, kejap jer kebah demamnya.


Tup tup, sehari lepas tu, Aleesya pulak demam. Jam 1 pagi Aleesya masuk bilik saya cakap "ibu, aleesya sejuk sangat".. Ingatkan air-cond bilik dia yang sejuk sangat, gi tutup air-cond bilik dia, alih2 tima nak selimutkan dia, rasa badan panas sangat.. Huaaaa, Aleesya demam rupanya.

Dah lah demam hari majlis berbuka puasa tu, nak tak nak angkut jugaklah aleesya dan siap duduk dalam stroller lagi supaya dia senang tido.


Hah, ginilah rupanya. Nasib baik Aleesya tak meragam. Cuma asyik tanya "bila nak balik? Bila nak balik?" Jer.

Semalam bawa dia pergi klinik. Punyalah ramai budak2 demam kat klinik tu. Doktor cakap memang musim demam.

Lepastu cg tadika both Damias call tanya kenapa dah 3 hari tak datang sekolah. Sambil suruh gi ambil homework kat tadika dia. Ayah damia cakap, cg tadika diaorg pun cakap yg ramai budak tak datang sebab demam. Maksudnya betullah musim demam.

Aleesya, ibu doakan supaya Aleesya cepat sembuh ya sayang. Tgk adik, 2 hari jer dah sihat sebab Allah suka kalau kita kuat semangat dan selalu makan ubat. Aleesya pun kena selalu makan ubat ya. Nanti nak balik kampung cam mana kalau demam. Alhamdulillah, pagi ini dah surut sikit panasnya.

Anak2 demam, ibu pun nak demam, sebab tak cukup tido malam gara2 takut demam makin melarat dan anak asyik merengekkan. Anak2 kan ujian kita daripada Allah. Tunaikan lah tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Aminnn...

Tuesday, July 30, 2013

Eh! Gambar keluarga saya dalam Harian Metro Hari ini!



Alhamdulillah, Syukur Menang!!!
Kalini guna nama suami pula utk contest Follow Me..
Snap2 guna timer jer ni masa bawa anak2 bercuti sambil study kat Bayu Marina Resort bulan 6 aritu..
Nama jer nama suami, duit tetap duit saya.. Haha kejam tak???

Sekadar kenangan utk keluarga kecil saya - Harian Metro - Selasa - 30 Julai - mukasurat 14..


Terima kasih Ya Allah kerana izinkan menang, Terima kasih Follow Me kerana memilih kami,  Terima kasih mak kerana sentiasa doakan, Terima kasih keluarga kecil saya kerana sentiasa bagi komitmen!!!

P/s: 3 Hari lepas ayyunie demam.. Pastu kejap jer dah baik, ni semalam Aleesya pula start demam.. Panas betul badannya. Since hari sabtu sampai harini tak gi school. Semoga Aleesya cepat sembuh ya nak. 

Kucing pembawa rezeki!!!



Comelkan kucing ni.. Rata2 komen yang ni kucing bertuan sebab cantik dan terurus.. Saya pun berasa begitu sebab kucing ni sangat manja dan tak takut orang.. Kalau kucing liar tu, nampak kelibat kita je terus pecut lari kan..


Pernah dengar orang kata kucing pembawa rezeki??? Masa saya pergi seminar MMR bulan Dec haritu, penceramah cakap, kalau kucing datang kat rumah kita atau gesel2 kaki kita kat kedai, tetiba lalat ada dalam kereta, atau rerama hinggap kat kita, itu tandanya kita ada aura positif dan sekaligus menandakan kita magnet rezeki. Sebab tu binatang tu datang kononnya melalui kita juga binatang tu akan dapat makanan ie rezeki. Atau mungkin binatang tu yang bawa rezeki kat kita. Allahualam, yang penting kita Yakin Rezeki tu daripada Allah yang maha kaya. 

Dulu2 masa kecik2 sampai lah masuk U, keluarga saya memang bela kucing. Siap tido dan makan bersama. Tapi sejak dah kahwin dan ada anak2 ni, rasanya takut nak bela kucing sebab bulu kan. Lepas tu lagilah sekarang ni, mana ada masa nak bela kucing. Dengan anak2 sendiri pun terkejar2 kan..semoga kucing tu dapat jumpa tuannya kembali.

Erkkk kalau tetiba harimau datang rumah kita, adakah itu pun dipanggil pembawa rezeki?? Hihi



Monday, July 29, 2013

Currently kami disini || Majlis Berbuka puasa dan Sumbangan kepadaanak-anak yatim



Seawal jam 5 petang AJK Pusat Bahasa Pelangi dan staff CocoDamia dan juga para pekerja Mak Jah Cafe bertungkus lumus membuat persediaan untuk majlis ini. Ya Allah, Berkatilah Urusan dan Majlis kami ini dan jauhkanlah daripada sebarang kesulitan. Terima kasih Ya Allah.


Rugi sangat kalau tak cari malam LailatulQadar kan!



Jom sama-sama dan pakat-pakat berebut mencari malam 1000 malam ini. Mana tau mungkin kita semua bertuah dapat bertemu dengan malam yang penuh istimewa ini.

Carilah malam LailatulQadar pada malam2 ganjil pada sepuluh malam terakhir. Namun tingkatkanlah ibadat kita pada setiap malam kerana Allah sukakan amalan hambanya yang berterusan.

Saturday, July 27, 2013

Sangat "heaven" pabila shopping raya sebelum orang dapat bonus dangaji!!!

Bukan setakat orang belum dapat bonus dan gaji jer, malah weekdays dan waktu office hour pulak tu. Mengambil masa 3 jam sahaja untuk selesai shopping semuanya. Kecuali baju melayu ayah damia yg kami tak jumpa2 warnanya. Hah tu lah, sapa suruh cari tema yang tak terfikir dek akal kan..:). Alhamdulillah, khamis lepas, lepas jer hantar both Damias ke sekolah, terus kami berdua dating sambil shopping di Aeon Bukit Indah. Memanglah tersangat "heaven"!!!


Nak bayar pun sangatlah senang!!! Tak ramai orang pun. Nak bayar pun tak payah beratur-atur. Tindakan bijakkan..:)


Hasil shopping kami!!! Oh ya lepas sahaja shopping di Aeon, kami sambung pula shopping di Tesco, dalam 1 jam jer, semua completed kecuali baju melayu ayah damia yang masih tak jumpa-jumpa  warnanya.

Setiap pembelian RM300, dapatlah 1 beg reuseable Aeon Free.. Kami shopping hampir RM700, dapatlah 2 beg reuseable Aeon Free tu..


Hasil shopping kami selama 3 jam. Fuhhh, baju budak2 jer  banyak.. Panties tu pun budak2 punya...psssttt, saya ada alter baju raya both damias kat kedai tailor, huaaaa, 2 pasang alter RM80 hokeyy..memang cari duit betullah diaorg ni, walhal potong panjang tangan dan labuh kain serta kecikkan bahu jer.. Apa nak buat, rezeki auntie tu...


Ni hasil shopping kat Tesco selama 1 jam.. Nama jer tesco, tapi harga pun dah lebih kurang Aeon juga.. Kameja sehelai pun cecah lebih RM50..tapi tak pe lah, bukannya selalu shopping raya kan.. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi. Syukur..


Dan setiap pembelian RM400, akan dapat 8pcs food storage ni free dari Aeon. Dengan syarat guna Visa Debit Card atau Credit Card. Alhamdulillah, kami guna Visa Debit Card, senang, tak yah bawak duit kepok2 dalam poket. So qualified dapat food storage ni. Jenama Zebra.


Bolehlah guna buat basahan bekas kat rumah. Nak buat bawa bekal utk anak2 ke sekolah pun boleh kan. Anti-karat gitu!!!


Dan setiap pembelian RM100, akan dapat 1 pek sampul raya. Kami dapat 6 pek. Bolehlah buat bubuh duit raya utk sanak saudara dan sahabat handai serta jiran2. Sampul raya dari bank-bank pun banyak kami dapat. 

Konklusi dari entry ini, Shopping raya sebelum orang lain dapat gaji atau bonus, waktu office hour in weekdays, dan yang penting tiada anak-anak kecil semasa memilih dan membeli sangatlah heaven!!! 

Selamat shopping uolss yang keluar shopping raya harini dan masa2 akan datang!!!




Friday, July 26, 2013

Umrah 2013 II Ziarah Masjid Quba' dan Jabah Uhud

Hari kedua di Madinah, kumpulan jemaah kami sama-sama dapat ziarah ke tempat yang sepatutnya di Madinah.



Opsss, gambar terlebih cahaya pula..
Ni otw nak ke Masjid Quba' dari tempat parking bas.

Bas kami paling awal sampai...
Lepas tu dah nak balik, alamakkk!! Bukan main banyak bas lagi...berpuluh2 bas parking kat tempat sama..nasib baik tak sesat cari bas..

Masjid Quba' ialah Masjid pertama dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira2 2 batu dari Masjid Nabawi. Diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Mekah.

Sabda Nabi Muhammad SAW:
Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) dirumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba' lalu mendirikan solat didalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah..

Dan Alhamdulillah, rata2 jemaah memang mengikut sunnah nabi tersebut.

Ayah Damia bergambar kenangan dalam Masjid Quba' dengan para jemaah yang agak rapat dengan kami..


Bestnya abang dapat bergambar dengan DSLR dalam Masjid Quba' ni ramai2..
Saya pula bergambar dengan Iphone saya sahaja, dan memang tak ada rezeki saya, tak sempat pun nak abadikan kenangan didalam blog, iphone saya dah hilang. Tak pe, insyallah..memori di Masjid Quba' terpahat utuh di Memori.


Selepas ziarah dan Solat di Masjid Quba', kami meneruskan ziarah kami di Jabal Uhud pula..
Memang dah rezeki, tak sangka antara jemaah yang turut serta dalam rombongan saya adalah isteri kepada owner kedai yang saya sewa hampir 10 tahun tu..

Bukit Jabal Uhud ni sempena perang uhud yang berlaku disitu sehingga mengorbankan ramai pejuang islam kita di tangan tentera kafir. Dan semestinya Syurga adalah balasan mereka kerana mereka mati Syahid.

Kebanyakan pengunjung dengan tertib menyampaikan salam buat para Syuhada yang terkorban dan dikebumikan di tanah perkuburan Uhud ini.


Kelihatan jua ramai jemaah yang tidak melepaskan peluang memanjat Bukit Uhud ini .


Kami juga tak lepaskan meluang ini utk sama-sama memanjat Bukit Uhud ini dan berdoa apa yang sepatutnya. 


Terdapat ramai jua peniaga-peniaga yang menjual pelbagai barangan, kekacang, akar2 dan juga lain-lain. Saya hanya beli kekacang sahaja disini kerana memang awal2 dah beli kismis, kurma dan juga lain2 di Pasar Kurma. 


Selepas itu, jemaah kami menaiki bas lagi untuk ke Ladang Kurma pula. Rata2 yang pernah datang ke sini menasihati supaya jangan mudah terpedaya dengan harga yang agak mahal di Ladang Kurma ini.. Hihihi, tepuk poket tanya hati sendiri..Oh ya, orang sangatlah sesak disini ya. Dan yang bestnya rata-rata orang arab kat Madinah ni boleh berbahasa Melayu jua.


Sempatlah saya membeli buah tin dan juga buah zaiton untuk dibawa pulang ke Malaysia sebagai cenderahati...:)


Antara tempat2 lain yang diziarah di Madinah 
(maaf gambar tiada sebab iphone hilang)

- Perkuburan Baqi'
- Masjid Qiblatain (masjid 2 kiblat)


p/s: Ok, ada masa sambung lagi cerita umrah 2013 kami..:)



Nota Kaki:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Sumbangan daripada anda semua, hanya Allah sahaja yang dapatmembalasnya.



Salam jumaat semua...
Dan Salam Nuzul Al-Quran..
Harini Johor masih bekerja dan bersekolah seperti biasa, sebab aritu kami dah cuti sempena 1 Ramadhan kan..

Alhamdulillah, Syukur ke Hadrat Illahi..persiapan utk Majlis Berbuka Puasa akan datang telah siap 80%..tinggal 20% lagi adalah utk memperkemaskan majlis serta daripada pihak katering sendiri.

Dan yang paling mengalakkan selain daripada hasil jualan barakah coklat IQ Edisi raya yang memberansangkan kerana RM1 daripada setiap pembelian sekotak akan didermakan kepada anak2 yatim, sumbangan daripada ibu bapa Pusat Tuisyen Pelangi serta para tutor juga sungguh tak disangka-sangka... Tak kira berapa jua sumbangan ikhlas anda, ia tetap mendapat saham di akhirat nanti.


Terima kasih Ya Allah atas sumbangan anda semua. Bukan sahaja saya turut mendapat rezeki yang tak disangka-sangka, malah rezeki anak-anak yatim itu jua tak disangka-sangka melalui pengantara Pusat Bahasa Pelangi dan CocoDamia..

Percayalah, setiap perbuatan yang ikhlas dan benar ke Jalan Allah, pasti Allah tak akan mengecewakan kita. Kerana Janji Allah itu pasti. Kami warga kerja hanya ikut sahaja GPS yang memang telah ditetapkan olehNYA. Subhanallah.. Allahuakbar!!!

Kepada yang masih ingin membeli Coklat IQ Edisi Raya (limited dah) atau pun yang biasa, boleh hubungi/sms/whatapps 0127560895 atau 0127507659 utk fast reply, fast action. Jom sama-sama menuju ke Sunnahtullah dan Barakah!!!

UPDATED:


Disebabkan sumbangan serta hasil jualan barakah yang kami terima daripada anda semua sangat mengalakkan, maka pihak kami telah decided bahawa pertambahan sumbangan kepada anak2 yatim akan ditambahkan lagi bilangannya. Syukur Ya Allah!!! Semoga urusan kita semua dipermudahkan pada hari jumaat yang penuh barakah ini.. Aminn..

Thursday, July 25, 2013

Mudahnya menjemput rezeki || Dapat Ipad Mini Free!!!

Rezeki yang langsung saya tak terfikir, dan jujurnya memang tak disangka-sangka. Sebab ianya bukan dari contest atau apa-apa peraduan, bukan dari cabutan bertuah, bukan dari ahli keluarga, bukan jua dari sahabat handai atau saudara mara. Syukur Ya Allah..


Kisahnya begini, ingat lagi tak saya dan keluarga iftar dengan wakil dari Kedutaan Libya sabtu lepas..
Kisahnya bermula disitu lah..
Lepas makan-makan, Mr Libya tu pun ajaklah kami ke Pavillion untuk shopping sama-sama. Katanya nak beli some sweets utk kami. Kami pun kebetulan teramat sangatlah penat, so kami decided tak ikut lah Mr Libya tu shopping sama-sama dan terus check in hotel. Lagipun kami dah cakap tak payahlah beli apa2 sweets pun utk kami. Oh sebelum tu, sempatlah saya hadiahkan beberapa kotak coklat Edisi Raya utk keluarga Mr. Libya tu..


Ok fine, sampai2 jer hotel, saya terus uruskan anak-anak.Tiba-tiba ayah damia dapat call dari Mr. Libya tersebut yang dia nak jumpa kat lobby hotel nak pass kan some sweets tu. Ok, demi menghargai kesungguhan Mr. Libya tu, ayah damia pun turun dari hotel dan tunggu depan lobby. Malangnya jalan sangat jammed. Dan ayah damia menelefon supaya tunggu jer kat Jalan Besar. Nanti ayah damia jalan kaki gi ambil.


Selang setengah jam kemudian, ayah damia pun masuk bilik dengan keadaan muka cuak dan panggil "sayang, sayang...cuba tgk apa Mr Libya tu bagi??"...Saya budget t-shirt atau seluar raya sebab plastik bag tu macam shopping complex pakaian punya plastic bag, lepas tu pabila saya tgk isi didalam...gulppppp!!! Saya pula yang pucat. Ayah Damia cakap dia naik lif baru perasan tu adalah Ipad Mini. Sebab jumpa tengah jalan kan pass plastic bag tu, lepas tu ayah damia terus balik hotel tanpa melihat apa ada dalam tu. Sekali naik lif ayah damia ternampak perkataan "mini"...aikkk apa benda mini kan...memang tak sangka langsung yang Mr. Libya tu bagi Ipad Mini ni sebab masa iftar sama-sama tu, dia sendiri tgk depan mata yang both Damias tgh guna Ipad kepunyaan kami. Takkan lah dia nak bagi Ipad Mini lagi kan..

Saya cepat2 suruh ayah damias call Mr. Libya tu tanyakan betul ke dia bagi Ipad Mini tu kat kami...lepas ayah damia call katanya "FOR YOUR DAUGHTER"...Allahuakbar, terharu rasa...dah lah siap bagi duit raya kat both Damias, bukan sikit...ratus2 tau...Subhanallah..betullah orang kata <mudahnya menjemput rezeki> andai kita yakin dan percaya akan kuasanya!!!

Dan percaya atau tidak, dalam masa 1 hari tu, saya dapat 3 benda yang tak disangka-sangka2...termasuklah jumpa adik handsome yang beli coklat IQ ni..Subhanallah, Masyallah, Alhamdulillah..

Setelah direview semula apakah yang menyebabkan Allah tak berbelah bagi kami rezeki pada hari tersebut, nyatalah JANJI ALLAH ITU PASTI...semuanya bermula masa kami bersedekah kepada pakcik yang jual kerepok keping di Masjid Bandar Baru Bangi pada hari tersebut sebelum saya jumpa Kak Zik utk serahkan stok Coklat IQ edisi raya tu!!! Terkesan lagi dihati ini pabila pakcik tu cakap 
"Terima kasih nak, ringan jer pakcik nak bawa beban harini"..:)

p/s: Sampai sekarang saya tak buka lagi Ipad Mini tu...tak tahu nak guna ke tak...yang pasti saya tak akan jual, sebab itu adalah penghargaan buat anak-anak saya dan keluarga dari seseorang yang bukannya begitu rapat dengan kami sekeluarga. Kenal atas dasar business sahaja..:)



Dah lama tak beranak, jakun kejap tgk benda ni..


Masa berbuka puasa dengan kawan Libya tempohari di Hadramawt Palace, Bukit Bintang.. Ada yang bawa anak. Lepas tu masa ibu kepada baby ni nak suapkan nestum kat baby ni, wahh jakun kejap saya dan ayah damia tgk dia suap anaknya hanya dengan menggunakan botol susu yang ada sudu panjang attached siap2 kat muncung botol tu.. 

Wahhh dah canggih sekarang. Dulu2 teringat masa both Damias kecik suap nestum pakai tuppeware kecik yang boleh lekat sudu tu. Pastu kacau air panas dan suap macam biasa. Yang ni nampak lebih senang.

Ayah damia cakap, sekarang semua dah canggih, nak suap anak makan pun canggih. Saya pula cakap, dah lama tak beranak, cam mana nak amik tahu barang baby apa yang latest kat pasaran..:)


Ya Allah, comelnya baby yang bernama "masmah" ni.. Matanya bulat. Sangat behave. Sepanjang kami iftar sama-sama, langsung tak meragam. Siap tidur lagi..


Ni lah kalau ada baby girl. Macam2 aksesori boleh digayakan. Masmah baru berusia 6 bulan, tapi budak zaman sekarang pantang nampak kamera, terus senyum jer.


Aleesya memang suka baby kecik. Memang nampak dia pandai tolong jaga budak kecik. Tapi Ayyunie no no no.. Ada sedikit jeles di situ..hihi


Wednesday, July 24, 2013

Persiapan untuk Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan kepada anak-anakyatim.

Minggu ni lain macam busynya. Ya lah hampir tiap2 hari kami warga Cocodamia dan Pusat Bahasa Pelangi serta kerjasama Zarina Ayu Collection bertungkus lumus untuk menyiapkan persiapan Majlis Berbuka Puasa dan juga   Sumbangan kepada anak-anak yatim.

Masing2 ada tugas masing-masing. 


Contohnya team CocoDamia sekarang ni   Sedang menyiapkan hamper2 untuk mereka yang berkenaan. Dan juga menulis kad-kad raya untuk diedarkan kepada para stokis dan dealer sah CocoDamia. Wahhh dah lama tak tulis kad raya banyak2 cam ni.. Opss bukan saya yang tulis, kami suami isteri tandatangan sahaja..:)


Lepas tu jua menyiapkan goodies utk setiap tetamu yang hadir pada Majlis berbuka puasa tersebut. JOM UBAH, goodies biasa kepada goodies makanan sunnah lagi barakah.


Set Helwa dan Set Sultana untuk para stokis dan dealer yang banyak jua menolong mengembangkan nama CocoDamia!!! Ada yang dah dapat via COD. Ni yang jauh2 punya stokis dan dealer.


Alhamdulillah, stok HELWA kembali pulih seperti biasa. Maka semalamnya, see ramai yang membeli sambil beramal. Siap ada customer bank in duit lebih untuk ditambahkan nilai derma kepada anak-anak yatim. Semoga usaha kalian yang membeli sambil beramal diberkati olehNYA. Aminn


Wowww, Jom Ubah hamper biasa kepada hamper yang lebih berkhasiat dan mempunyai barakahnya. Kepada sesiapa orang perseorangan atau syarikat yang ingin menempah Hamper Coklat IQ ni, boleh lah sms/whatapps 0127507659 utk fast reply, fast action.


Dan warga Pusat Bahasa Pelangi jua tidak ketinggalan since isnin lepas  lagi bekerjasama dan bertungkus lumus utk menjayakan Majlis Berbuka Puasa akan datang. Sayangnya tarikh yang kami pilih jumaat ni sempena hari Nuzul Al-Quran. Tapi tempat penuh pula. So postponed next week. 

Banyak jua kerja2 utk warga Pusat Bahasa Pelangi ni. Ada team tadarus, ada yang azan Live, ada yang mengalunkan zikir live, ada penyambut tetamu dan bahagian kaunter pendaftaran dan macam2 lagi bidang tugas yang perlu diselesaikan.

Ya Allah Ya Tuhanku, izinkanlah kami semua dipermudahkan kerja serta urusan  pasa hari tersebut. Engkau limpahkan lah kurniaan ReZeki dan Berkatilah Majlis kami pasa hari tersebut. Jauhkan lah kami dari sebarang permasalahan serta kesulitan pada hari tersebut. Izinkanlah Ya Allah. Terima Kasih Ya Allah.





Iftar dan celebrated birthday di banglo Rose..

ROSE!!!
Cantikkan nama tu..
Bukan bunga sahaja ada nama Rose, tapi orang pun ada nama rose juga..:)

Semalam saya dan rakan-rakan sekelas pelajar saya, Rose mendapat jemputan Iftar dan sekaligus celebrated Birthday Party di Banglonya. 
Itu pun dah last minute planning katanya...
Warga Pusat Bahasa Pelangi yang baru habis kelas jam 6:45 petang tu, ramai2 konvoi jalan kaki ke Banglo belakang Pusat Tuisyen kami. Saya pula dari rumah sebab bawak both Damias balik rumah dulu lepas balik sekolah. Saya dan both Damias lah paling lewat sampai. 5 minit nak berbuka baru sampai..:)


Ayah Damia dah biasa ke sini.
Sebab dia yang ajar kelas private untuk Rose tahun lepas.
Tahun ni tak lah sebab sibuk dengan CocoDamia..:)
Kat meja tepi swimming pool ni lah dia mengajar.
Rose cakap ngantuk sebab udara segar sangat..hihi..
Saya pun dah 2 kali datang ke sini sebab hadir Open House.


Aleesya yang kelaparan.
Tapi malu2 nak amik makanan kat dalam..:)


Rakan sekelas Rose, semuanya Form 3.
Hampir 40 pelajar yang hadir semalam..
Oh ya masa ni perempuan semua makan, lelaki solat berjemaah. kat ruang tamu.
Lepas tu tukar pula, perempuan solat, lelaki pula makan..:)


Free and easy nak makan kat area mana..
Banglo luas2 pilih jer nak makan kat mana..hihi


Port makan kat tepi swimming pool juga menjadi feveret diaorg..:)


Lepas tu perempuan naik atas utk solat sama-sama..
Saya ABC (Allah Bagi Cuti)..


Lepas semua dah siap solat, berkumpul pula di ruang tamu bawah utk tiup lilin dan potong kek.
Haihhh ni lah students saya yang memang suka sangat bergambar...:)


Yang tudung hijau tu lah Mama Rose..
Prof . Dr. Rose, selaku TNC akademik dan antarabangsa UTM..
Haritu nenek Rose ni admitted kat ward, siap Sultanah Zarith Sofea lagi gi melawat nenek Rose..


Yang lelaki malu2 pula nak ambil kek..


Happy sebab ramai2 boleh celebrated bithday Rose..
Thanks to Prof Hamdan too yang begitu sporting melayan kami..Dah besar2 ni siap dapat goodies lagi..
Again, thanks to Prof Rose sebab sudi tapaukan saya Spaghetti Blognise dan Aglio Olio yang sedap itu..

Rose!!! Nanti ingat buat Pavlova untuk cikgu tau!!..hihi

p/s: Ingat party buih kita akan datang!!! hihi..Cikgu Doakan awak semoga panjang umur, berjaya dalam PMR serta menjadi anak yang baik dan solehah!!