Tuesday, July 31, 2012

Akhirnya Iklan Jacobs dah ada dalam Youtube !!!


Wahhh...
Akhirnya...
Iklan Jacobs seperti yang ditayangkan dalam TV telah pun berada dalam Youtube..
Lega...sebab sebelum2 ni cubaan nak record iklan tersebut selalu gagal..
Ya lah kita bukannya tahu bila masa iklan ni nak keluar kat TV kan..
Time kita standby, tak keluar..
Time kita tgh buat keje, alih2 keluar..

So sekarang tak yah runsing lagi..
Sekurang2nya dengan adanya dalam Youtube..
Kenangan ni menjadi memori indah buat kami sekeluarga..
Tak pun mungkin Aleesya besar esok2...
Dapatlah dia tgk semula iklan ni kan..

Yang tak pernah tgk iklan Jacobs ni lagi...
Nah, bolehlah tgk berulang kali..






Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!
!

Monday, July 30, 2012

Beli baju sejibik macam dalam majalah Mingguan Wanita





Last few weeks, ada beli majalah Mingguan Wanita yang covernya Lisa & Yusry.. Belek punya belek, berkenan pulak dengan salah satu baju brand Payless dalam majalah tu..




Ni antara salah satu baju yang saya berkenan tu.. Cer teka cer teka yang mana...



Semalam lepas check out dari hotel, singgah kejap kat GM Plaza borong barang. Lepas tu sambung pulak shopping di Kenanga Wholesale City yang baru buka tu. Walla.. Bayangkan dari jam 2 petang hingga 5:30 petang shopping kat situ. Kebetulan baju2 payless memang ada kat situ.. Apa lagi shopping ler kan..



Yang nak beli baju2 macam dalam majalah tu, tu ada alamatnya... Memang betul2 berbaloi.. Kerana kita memang bayar pay- less pun.. Hihi

P/s: Bukan senang yer nak cari baju kurung utk saya.. Banyak yang senteng lorrr.. Dah berkenan satu2 pattern tu tak ada saiz yang nak lah pulak.. Kalau kebaya no hal.. Anytime tailor saya boleh jahitkan:)

P/s: Uolss dah habis shopping raya?? Saya yang belum cuma baju kurung raya hari pertama jer.. Yang hari2 lain insyallah.. Semua dah siap.. Opss baju ayah damia ada yang kena cari lagi..


- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Bye Bye Giossardi Lama, Welcome Giossardi Baru!!



Firstly, nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kak @Ayu Rafikah sebab sudi collectkan hadiah ni utk saya..Kebetulan kak Ayu pun menang beg ni juga dan nak gi collect beg tu juga kat Karangkraft, so apa lagi,  amik kesempatan ler kan...hehe..tq kak Ayu..kalau nak harapkan saya gi collect sendiri, susah sebab waktu nak gi amik hadiah ni hanya waktu office hour from Monday to friday...kalau weekends no hal..hehe

Wahhh..banyak gak aksesori beg ni..antaranya wallet, beg kunci, beg yang ada aksesori ketip kuku, belt dan etc. Alhamdulillah rezeki...handbag tu pun besar gak...tengah berfikir2 nak bagi kat mak ke tidak beg ni sebab ni menang slogan sempena Hari Ibu kan...hehe..

Oh ya, sekarang ni pun saya guna handbag Giossardi jugak ke hulu hilir...dah hampir setahun kot guna selang seli dengan handbag lain...ingat lagi beli handbag Giossardi sekarang ni kat SOGO beberapa hari nak puasa tahun lepas...ada less 30% masa beli beg ni..dapatlah harga affordable..hehe...

Alhamdulillah..rezeki di Bulan Ramadan..

p/s: Kak Ayu, saya ingat2 lupa exactly bayaran postage tu, jadi saya masukkan lebih yer duit postage tu..:)

p/s: Apakah jenama Handbag yang anda bawak ke hulu hilir sekarang??? Means yang anda bawak hari2 lah...

p/s: Kak Ayu juga merupakan my senior masa study Degree kat UTM...:)





 


 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Saturday, July 28, 2012

Jalan TAR sesak dan panas





Phewwwww... Penattttt sangat.. Walaupun hanya 3 jam jalan2 cari baju raya kat jalan TAR tu.. Tapi penatnya lain macam.. May be sesak bercampur bahang panas..




So check in dulu kat Quality hotel.. Mandi2 rehat2... Lepas asar nak ke Bangi pulak berbuka puasa ngan kawan2 ayah damia..

Ok lah malam ni dan esok pagi sambung lagi shopping RAYA..

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Friday, July 27, 2012

Photoshoot Selena Gomez Junior..


Ni photoshoot beberapa minggu yang lalu...
Sebelum start bulan Ramadan..
Gigih photoshoot tengah2 panas..
Tapi sebenarnya makin panas, makin cantik gambar kita..
Unless kalau nak guna sumber2 cahaya yang lain seperti flash, bouncer flash atau aksesori lain..
Dalam rumah pun boleh photoshoot...:)

Ok lah jom kita zoom hasil photoshoot kat Danga Bay aritu..



They Call Me Selena Gomez Junior..
Dah ramai yang cakap Aleesya macam Selena Gomezz..
Bukan saya...:)


So cam mana?? Ada iras2 Selena Gomez lagi tak??


Panas2 pun tahan...asal boleh bergambar yer Aleesya..


Suka lah tu dapat shopping baju2 Poney..


Wahhh bukan main lagi anak dara ibu ni yer...

****************************************************************************

Kalau si kakak dah berphotoshoot??
Ingat si adik senang tengok??
Jangan haraplah yer..
Apa kakak buat, semua adik nak buat...
So jom kita tgk hasil adik pulak..


Senyum2 control gitu..


Wah wah bukan main nak silang kaki yer..


Ingat Ayyunie nak berphotoshoot lama2 cam kakaknya??
Hurmmm..main jer lebih baby ni..
Opsss..kat sekolah pun teachers panggil ayyunie baby gak..
So cam mana nak dapat baby baru?? 


Suka betul Ayyunie bergambar belakang kakaknya..
Agaknya tahu kot nak cover ke-bambam-annya..(rosak bahasa)


Opsss..perunding imej Selena Gomez Junior pun nak enterframe jugak..:)


Saja tukar jadi sepia gambar atas tu..


At last..
Mereka lah penghibur di kala duka lara..
Walaupun mulut bebel tu ni, marah tu ni, cubit2 manja diaorg ni..
Tap itulah sebahagian daripada rutin seorang ibu kan..
Tanpa mereka, tak bermakna hidup ni.

p/s: Bila last you all berphotoshoot?? Tak kisah lah hired photographer atau suami sendiri jer snap2...


Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Thursday, July 26, 2012

Dari setin biskut JACOBS





Sapa sangka dari setin biskut JACOBS.. Ia memberi banyak kenangan dan pengalaman serta ganjaran yang tak disangkakan..:)

2 hari lepas kat Jusco, ada org tegur saya " eh, awak ke yang dalam iklan JACOBS tu"??? Hehe.. Saya malu2 meowww gitu...:)... Saya tanya cam mana awak tahu?? Katanya saya look so familiar.. :)..

P/s: Hari2 yang semakin sibuk.. Sebab tu semalam tak ada entry.. Dari pagi sampai malam, jadual full!! Dan semestinya hari bekerja berbuka pun kat office.. Hopefully this weekend kat KL selain dari urusan business, dapat juga shpping RAYA!!!


- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Tuesday, July 24, 2012

Ya Allah, terliur sangat sangat nak makan ni..:)





Tadi gi tapau kuih muih utk both DAMIAS kat restoran depan tu.. Sekali ternampak pulak udang sambal petai ni.. Mak aiii.. Terliur yang amat sangat.. Siap panggil ayah damia lagi tgk menu ni.. Sekali ayah damia cakap " reject nanti mulut busuk".. Hehe

Saya memang dah tau awal2 yang menu ni pasti direject sebab ayah damia tak makan petai.. Siap pernah gurau, kalau
Makan petai, sayang tido luar.. Haha...

Selalunya kalau berpeluang saya hanya akan makan petai time period jer, sebab time tu memang confirm ayah damia tak dapat peluk erat2 saya.. Hik hik..





Makanan yang ditapau utk both DAMIAs tadi.. Kuih muih jer.. Pastu makan maggie goreng segera.. Jap lagi baru ikut ibu gi PARAM cari nasi..:)

P/s: Uols makan petai tak?? Suami uols???

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Penyelamat tatkala Ramadan





Tatkala bulan Ramadan ni, jadual kerja amat pack sebab semua kelas petang di anjak ke jam yang lebih awal supaya students dan tenaga pengajar dapat balik awal utk berbuka. Maka dengan itu, pabila both DAMIAs balik sekolah jam 4 petang, mana sempat nak cari makanan kan. Jadi jalan penyelesainnya adalah makanlah instant food. Walaupun tahu instant food ni kurang bagus dan berkhasiat, tapi no choice.. Nak tak nak memang kena standbylah dalam fridge kat office ni kan...

So semalam antara instant food yang berjaya mencuri hati semasa di giant adalah set bolognise spagetti ni.. Boleh lah kan utk alas perut sementara tunggu ibu bawak gi beli makanan kat PARAM...




Ni rupanya setelah dibuka.. Ada spagetti dan sosnya, jagung dan ayam seketul yg siap dipotong. Masukkan dalam microwave selama 7 minit dgn suhu 1000'c dan akhirnya siap dimakan!!! Nampaknya aleesya berselera makan.. Ayyunie diet, ngeh ngeh ngeh.. Betul ayyunie diet!!!

P/s: Tapi pagi2 b4 pergi school, semestinya both DAMIAs dah makan hasil air tangan ibu mereka kan.. Masak siap2 masa sahur..

P/s: Anak2 uolss pulak makan apa time dah balik sekolah?? Masak khas utk mereka atau beli jer bubur Mc' D tu???


- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Monday, July 23, 2012

Bestnya shopping guna voucher





Jujurnya saya sangat jarang shopping di Parkson. Mungkin sebab ia jauh dari rumah. Tapi hari ahad aritu gigih juga nak ke parkson sebab nak guna voucher yang menang contest JACOBS yang menang osim tu. Biasalah kalau bab shopping, baju anak2 diutamakan dulu.. So tu lah hasil rembatan selama 1 jam kat parkson. Tak banyak pilihan. Baju raya kanak2 tak ada pun :(( Total RM 211.00.. RM 200 guna voucher dan RM 11 guna cash.





Yang bestnya dengan setiap pembelian RM 150, akan dapat voucher RM 10 dan juga sampul raya. So sebab tak nak bazir voucher tu sebab due datenya hanya 1 minggu dari tarikh pembelian, terus decided guna voucher aritu jugak. Saya beli ehem ehem..disebabkan harganya RM 19.00 so saya cuma bayar cash RM9.00 sahaja. Berbaloikan...



Ni balance voucher parkson. Ada lagi RM 300. So cadangnya nak guna kemudian hari sebab haritu masa suntuk nak cari baju bahagian perempuan. Yang ni tak pe delay, sebab due dated sehingga Mei 2013..

P/s: Banyaknya voucher yang dah due date.. Voucher hotel, voucher jusco, voucher spa, voucher masuk attraction kat singapore.. Huhu

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

My first jeans!!!





Semalam luangkan sedikit masa shopping baju anak2 kat Parkson.. Alahai kat JB ni mana ada Parkson selain dari Holiday Plaza tu kan.. Ke ada Parkson kat lain selain HP tu?? Kalau ada bagitau yer.. Sebab nak habiskan voucher yang ada ni..

Back to topic, as usual baju anak2 yang menjadi pilihan ibu ayah adalah gaun dan skirt lah kan.. And seperti biasa, sejak anak2 dah besar ni, bakul pun nak pegang sendiri, baju pun nak pilih sendiri dan yg tak tahan tu, nak masuk fitting room try baju sendiri, aiyokkk!! Tu tandanya anak dah ada taste sendiri dan pandai demand..

Yg hairannya semalam, aleesya pilih jeans!!!! Wahhhh sangat terkejut sebab aleesya mana pernah pakai jeans sehingga umur dia nak masuk 5 tahun ni.. Tetiba nak beli jeans pulak.. Ibu tak bagi, dia merajuk hokeyyy?? Merajuk siap mulut muncung sedepa gitu... Hurm nak tak nak belilah sehelai jeans... Dah masuk 5 tahun baru nak pakai jeans ni.. Ayyunie?? Langsung tak nak pakai jeans..tapi ibu belikanlah jugak... Kata kembarkan..

Yang tak tahan lagi, dah bayar barangan shopping tu, dan dan nak pakai time tu jugak.. Si ayah kata tukar dalam kereta, tak nak.. Katanya nak pakai sekarang.. Last2 tak tahan tgk mulut muncung sedepa tu lagi, tukar dalam fitting room.. Tu lah rupa aleesya pakai jeans buat pertama kali.. Siap cakap seluar macam ayah dan ibu tu..Hehe..

P/s: Ibu kecik2 pun nenek tak pakaikan jeans, masa sekolah menengah curi2 beli jeans sendiri gun duit sendiri..agaknya pakai skiry dan gaun more feminin kan..

P/s: Uolss ingat tak bila first time uols sendiri pakai seluar jeans???




- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Saturday, July 21, 2012

Mission failed || Zumbatomic





Dapat invitation utk join Zumbatomic.. Tapi bukan utk saya, utk Aleesya.. Mula2 dapat invitayion ni resah jugak sebab aleesya bukan jenis yg energetic.. Bukan jenis yang suka lompat sana sini.. Dia jenis yang suka slow dance dan main piano jer.. Tapi sebab nak exposes kan aleesya.. Saya try hantar jugak..




Serius, sangatlah terkejar2 nak hantar aleesya kelas zumbatomic ni.. Sebab balik tadika pun dah kul 4, pastu tanpa makan teris tukar baju dalam kereta fan cepat2 gi register.. Pada mulanya nampak ok jer sebelum kelas bermula..

Dan lepas instructornya tutup pintu dan pasang muzik kuat.. Sekali dengar suara budak nangis.. Tu macam suara aleesya.. Oh yer ayyunie pun masuk jugak kelas tu kengkonon nak ikut kakak.. Sekali huaaaaaaa.. Dua dua nangis.. Segan ibu tau..

Alasan nangis??? Aleesya kata muzik kuat sangat.. Haha dah agak dah sebab aleesya bukak tv suara kuat sikit pun dia dah serabut cakap bising...:)



Last2.. Lepas chatting sikit2 ngan kenalan di situ, both damias ajak balik.. Penat campur lapar kot.. Sebab balik tadika tak makan apa2 lagi kan.. Yang hairannya sampai jer bawah terus sengih2 buat macam2 gaya.. Sabo jer lah kan!!!




See, siap buat gaya zumba lagi kat bawah tu.. Haishh lah anak, jiwa tisu betul.. Tak leh terkejut sikit.. Mesti nak nangis..

Tak sure next time dia nak join lagi atau ni?? Anak2 uolsss energetic tak??

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Friday, July 20, 2012

Di sebalik pembikinan Iklan Jacobs yang ditayangkan di TV sekarang

Wahhh..lama betul yer nak buat cerita di sebalik pembikinan iklan Jacobs ni..
Kebetulan pula sekarang hari-hari iklan Jacobs On air kat banyak channels..
So ambillah kesempatan ni imbas kembali masa shooting haritu..
Kami shooting hari khamis bersamaa dengan 14 Jun 2012..

Sepatutnya tepat jam 4 pagi, van production akan ambil saya dan mak kat hotel.
Hotel yang kami stay adalah The Nomad 
Ni kali ke 2 kami stay kat hotel ni..
Tapi disebabkan ayah damia tak nak terikat dengan jadual waktu shooting sebab faham2 jer lah kan kalau bawak 2 budak kecik...so kami decide kami follow jer lah van tu nanti naik kereta kami sendiri..

Lokasi kami shooting adalah di Hulu Langat...
Kebetulan masa kami sampai tu, azan subuh berkumandang...
So, kami sempat solat di Masjid kat sebelah tu jer dulu...
Lepas dah siap2 solat, terus kami ke lokasi berhampiran iaitu di kawasan perumahan kampung disitu..
Ramai krew2 dan juga khemah2 telah tersedia utk kemudahan shooting pada haritu..





Ni mak tengah make up selepas menukar pakaian utk shooting iklan ni..
Seawal pagi tu dah make up..
Selepas make up, kami mengambil sarapan yang disediakan di bawah khemah .
Mak aiiii..banyak sungguh pilihan makanan..
Serius cakap, setiap kali shooting, makanan memang tidak menghampakan..




SCENE PERTAMA
Selepas tu kami menaiki van yang disediakan ke destinasi pertama iaitu di satu kawasan berbukit yang sangat cantik..memang tak ada org pun lalu lalang kat situ...penuh dengan krew2 dan tenaga kerja shooting sahaja..




Yeayyy...matahari terbit dah nampak..
Tujuan kami ke sini awal pagi adalah semata2 nak tunggu matahari terbit ni lah...takut terlepas pulak..
Tapi sebelum tu rasanya mahu 40 kali mak ulang alik bawak motor dari hujung sana sampai hujung sini..
Tapi bukan mak sorang jer...ramai crew2 yang jaga mak..
Kalau mak kena patah balik ke tempat hujung sana, mak naik motor yang crew bawak..
So pendek kata kebajikan mak memang dijaga..
(Perasan tak dalam iklan Jacobs yang mak bawak motor tu?? kat sinilah lokasinya)



Nampak tak asap2 yang keluar tu..
Tu diaorg guna alat apa ntah suruh keluar asap2 tu..
Kengkonon macam kabus kot..
Oh yer...masa mak tgh shooting ni, saya and both DAMIAS duduk dalam van yang disediakan sebab takut penat..ayah damia pulak memang duduk kat area shooting sebab takut mak nak apa2 kan..
Yang tak tahan tu, pokok durian ni boleh pulak gugurkan durian bedebokkkk time org tgh shooting...sabo jer lah...hahaha...




SCENE KEDUA
Lepas dah habis shooting yang scene bawak motor tu, kami ke destinasi seterusnya pula..
Kat sini mak kena lalu jambatan ni..
Memang cantik pemandangan kat sini...
Nasib baik sekejap jer sebab matahari dah naik betul dan panas pun dah rasa..
Kami anak beranak tunggu dalam van tgk dari dalam van jer..




SCENE KETIGA
Lepas tu kami menaiki van ke kedai makan yang telah dipilih oleh produksi..
Wahhh...kat sini nak makan apa cakap jer, nak minum apa pun order jer..
Tu mak tengah gigih bawak periuk kengkonon nak jual kat kedai makan..
Tapi area shooting tu sikit jer pun..
Kat area luar tu jer..kabinet makanan pun produksi bawak dengan lori tau..
Bukan owner kedai tu punya..pergh memang bersusah payah juga yer nak berlakon atau buat iklan ni..
Macam2 prop yang pihak produksi kena sediakan..




Para crew dengan tugas masing2..
Selain dari crew, org2 dari agensi juga hadir utk memantau kelancaran shooting ni..
Mana2 yang mereka ada nak bantah atau tak suka, boleh on the spot komen..
So kami sebagai TALENT akan buat sekali lagi...




Layanan terhadap mak memang best!!!
Makanan minuman semua terhidang utk mak..
Al-maklum ler...yang muda lebih menghormati yang tua..:)




SCENE 4 DAN SETERUSNYA
Lebih kurang jam 12 tengahari, TALENT kena balik ke rumah yang disewa utk shooting..
Walhal crew2 masih lagi berada di kedai makan tadi utk shoot resit dan lain2..
(Seperti yang tgk dalam iklan Jacobs tu)
Kami makan tengahari..yang bestnya tu, kawasan rumah sini penuh dengan buah-buahan tempatan..
Sempat juga kami mencari buah manggis dan makan sampai lebam..
Yang crew2 tu lagi lah..pantang dengar durian gugur, laju jer pi cari durian dan makan terus..
Memang rajin owner rumah ni, Kak Ros..
Rumahnya selalu dijadikan tempat shooting...

Oh yer..dah siap makan bagai...terus saya dan mak solat dan make up lagi..
Kebetulan masjid dekat kat sebelah tu..
So, memang pantang dengar azan, memang terus jer nak solat..

Scene2 seterusnya saya tak dapat nak snap sebab giliran saya dan mak pulak shoot..
Nak harapkan ayah damia????
Boleh pulak dia hilang ngan anak2 pergi amna ntah..
Tanya kat whatapps abang pergi mana..dibalasnya gambar dia tgh mandi kat sungai congkak tu..
Perghhh siap mandi sungai lagi diaorg tu...dan dan jugak meratah durian kat tepi jalan tu..
Sabo jer lah..tapi ok lah kan...janji budak2 happy..




Masa ni saya berehat kejap..
Mak pulak kena scene yang buka kotak biskut Jacobs dan makan biskut Jacobs tu..




Masa playback kat TV...saya sempat record ni...
Ni adegan saya tunjuk gambar2 both Damias kat mak guna IPAD..
Alaa...yang macam kita tgk dalam iklan Jacobs tu..
Tu gambar both Damias kat Cameron yang masa gi bulan Feb aritu...
Ingat lagi tak???




Sangat sweet kan..
Kebanyakan gambar2 saya masa kecil di paparkan..




Ni lagi gambar2 saya masa kecil dan mak masa zaman muda2..
Yang bestnya pihak produksi dah cuci besar2 gambar asal yang 3R sahaja tu..
So memang tuah kami lah dapat semula gambar2 lama dalam saiz yang lebih besar..hehe



Waktu utk rehat makan tengahari..
Tapi mak tak nak makan nasi..
Katanya nak makan durian jer..
Kebetulan pula pengarah iklan belanja kami semua makan durian..
Wahhh suka mak makan durian banyak2..
Memang dia tak makan nasi pun..
Tengahari tu makan meehoon soup sahaja..
Bersama mak adalah owner rumah tu, Kak Ros..




Waktu ni scene Aleesya dah nak start..
Tu gambar Aleesya bersama juru make upnya..




Ni pula gambar Aleesya bersama dengan crew produksi..




Saya dan Aleesya..
Nampak lainkan muka pakai tudung cenggitu..
Aishhh....first time ni pakai tudung yang ada inner neck cam tu..
Saya kan selalu pakai yang ada awning jer...




Cucu dan nenek..
Nenek lagi glammmm dari saya dan cucunya..
Kat kampung semua tegur mak tanya pasal iklan ni..hik hik..




My sweet heart..
Sangat bagus komitmen yang diberi haritu..




My script..
Berpuluh2 kali berulang baca skrip ni..




Ni scene kat dapur pulak..
Alaaa..kalau yang dalam iklan tu yang time mak menumbuk bawang tu..
Tumbuk bawangnya sikit..tapi aksesori tambahannya bukan main banyak lagi...




See!!!
Nak gunanya seulas dua jer bawang..
Tapi sebab nak perfect punya pasal masa shooting..berkilo2 dibelinya semua ni..




Lepas tu saya dibawa ke sebuah kawasan atas bukit yang sunyi dengan menaiki HYUNDAI STAREX utk record suara pula..
Nasib baik ada pihak agensi teman...
Kalau tak serammmmm jugak...hehe




Last scene..
Mak kena buat aksi bangun tido dalam bilik...




Kat bawah pulak crew2 yang jaga audio, visual semuanya bekerja keras..




Dan finally...tepat jam 9 malam, semuanya settled!!
Wahhhh...badan dah terasa huyung hayang...
Otak pun dah penat..
Tapi sempat lagi kami makan malam dalam khemah yang disediakan..




Dan mak???
Tetap nak makan durian jugak...
Langsung tak makan nasi..
Akhirnya selesai sudaaaa shooting iklan Jacobs kami...phewwwww!!!!

Sampai2 jer hotel...terus terbaring...serius saya tak sedarkan diri..
Last2 kul 4 pagi baru mak kejutkan solat isyak...
Memang pengalaman yang paling bermakna buat kami sekeluarga terutama mak!!!
Insyallah...harapnya next time ada job lagi kami nak berlakon iklan..ngeh ngeh ngeh!!!

p/s: Maaf kalau ada tersalah ejaan...taip sekali lalu jer ni...tak sempat nak check ejaan..
p/s: Apa2 pun legaaaa entry ni dah terbuat....sekurang2nya ia memberi pengalaman dan memori yang bermakna buat kami