Sunday, June 28, 2009

Kisah seorang tabib...........

26.06.09

8.30 pm
Ayah dapat panggilan dari Bibik menyatakan Aleesya jatuh dari kerusi.....berdegup jantung ayah n ibu masa tu...hanya tuhan yang tau....Aleesya menangis tak henti-henti....masa tu ayah n ibu masih kat office....ayah suruh bibik pujuk Aleesya dahulu...sementara ayah n ibu habiskan kerja....

8.45 pm
Bibik telefon lagi....Aleesya menangis tak henti-henti....jantung ayah n ibu berdebar-debar....selalunya Aleesya akan menangis tanpa henti kalau betul-betul sakit....so ini mesti Aleesya sakit sangat2 ni....
Text Color
9.00pm
Ayah tinggalkan kerja sekejap...balik tengok Aleesya
Text Color
9.15pm
Ayah sampai rumah....sedihnya ayah tengok....mata Aleesya bengkak kerana kuat sangat menangis...Aleesya tak henti-henti cuba bagitau yang tangannya sakit...ayah cuba pegang tangan Aleesya..lagi kuat Aleesya menangis....dalam hati ayah cakap...sah memang betul Aleesya sakit...ayah ambil keputusan bawak Aleesya pergi jumpa ibu kat office..sepanjang perjalanan Aleesya diam coz ayah umpan dengan vcd ABC dalam kereta

9.30pm
Aleesya n Ayah sampai kat opis ayah....ibu sebak tengok keaadaan Aleesya....Aleesya kena bertahan sampai kul 10pm...coz 10pm baru ayah n ibu boleh tinggalkan opis...sabar ye Aleesya

10.00pm
Ibu n Ayah ingatkan nak bawak pi jumpa tabib...tapi waktu kerja tabib tu hanya sampai kul 9pm aje....so Aleesya kena bertahan sakit la malam ni...tapi ayah n ibu tampal salonplas kat tangan Aleesya supaya hilang sakit....malam tu ...satu malam Aleesya tak tidur..mungkin sakit sangat kot...maka tak lenalah ayah n ibu malam tu....

Inilah rupa Aleesya yg kesakitan n tangan ditampal salonplas

Keesokkan hari 27.06.09

7.00 am
Lepas solat subuh, terus Aleesya, ibu n ayah pergi kat rumah tabib tu. Tgk2 dah ramai org. Ayah pun amik no giliran. No 35. Sedangkan no yang dipanggil sekarang baru no 5. So ayah decide g makan dulu kat kedai berdekatan.

ramai orang sedang menunggu giliran

macam-macam org yg datang, cina, india, melayu, yg bertongkat, yg berbalut,yg guna kerusi roda, tapi Aleesya sorang ja kanak2 datang berubat

9.15 am
Masih menunggu...lebih kurang 1/2 jam kemudian, no Aleesya dipanggil. Ni antara dialog ibu n tabib:

Tabib: siapa sakit?
Ibu : anak.
Tabib: kenapa?
Ibu : masa dia main2, dia jatuh.Tak Tahu dia ........................(tak sempat habis cakap)..................................
(Dalam masa yang sama ntah apa yg tabib tu buat kat tangan Aleesya)
Tabib: Ok, dah boleh balik. (Ibu n ayah terpinga2, Aleesya pula melaung la kuat2).


Kitaorg semua confius. Org kat belakang kitaorg siap senyum2 n muka tercengang2. Lepas ja ayah dukung Aleesya, tangan Aleesya automatik dah leh angkat. Dengan kuasa tuhan, tak sampai 1 minit pun tabib tu sembuhkan Aleesya. Masuk ja dalam kereta, Aleesya siap boleh main2, ketawa2 n angkat benda dengan tangan yang sakit tu. Alhamdulillah.................

FYI, rumah tabib ni memang terkenal. Pelanggan yg dtg dari merata-rata negeri termasuklah Singapore. Ayah pernah terbaca dalam Mastika yg Sultan Johor pun pernah dtg berubat kat sini masa baginda jatuh dari kuda. Ibu pun pernah bawa nenek dtg berubat kat sini tahun lepas. So kalau ader sapa2 yang nak berubat disebabkan patah or terseliuh, boleh la cuba dtg sini.

No comments: