Friday, November 3, 2023

Hari Ulang Tahun di Madinah

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1bPjDVmhDLxPNNj-jUQJ_9qfian1gqjbv
Jumaat
3 November 2023
Hari ke 6 di Madinah

Rasulullah saw bersabda: 
“Sebaik-baik manusia adalah manusia yang panjang umurnya dan baik amalannya” (Riwayat at-Tirmidzi).

https://drive.google.com/uc?export=view&id=16PUSc4kJOhY7Mcaj-HVqzBcjOh26xutjhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=176cGsVxQpja0Tcnr2-5FSOpQPHciNwnb
MasyaAllah.. TabarakAllah..
Bertambah lagi 1 tahun usia. Semoga bertambah jua amalan-amalan ku Ya Allah. Sesungguhnya Engkau terimalah taubat-taubatku, terimalah amalan ibadatku dan jemputlah aku dan keluargaku lagi menjadi tetamu teragungMu Ya Allah. Semoga aku mendapat SyafaatMu Wahai Ya Rasulullah. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1dj-QxnPYu2AQYWMIuWc6Tzy8kdQfE4exhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1CvSgz0EU0E9pUKL0xZUQQKs4mqf8pPX6
Mudah-mudahan sesiapa yang membaca coretan ini juga akan Allah jemput menjadi tetamuNya. Aaminn..

#sanahhelwahtome 
#mybirthday 
#helloharamainbydamiasdaim 
#umrahdiy 
#madinah

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1qhhPX7xXrwC5Tet0ceBwBRxM0wlViGCY
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1ibTicZ3sf9OOTpg2U_k3AFCPZJHFUg8D
Alhamdulillah..
Sebak rasa didada. Setelah 10 tahun, kami dijemput lagi menjadi tetamuNya. Hadiah daripada Allah tak disangka2. Tapi kalini lebih nikmat, lebih bermakna dengan anak3 tersayang.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=17MdRjVCE3dXM2rqNWwSFI-avB51_ISwa
Mohon maaf kalau sepanjang perkenalan dalam dunia nyata atau alam maya ada yg terguris atau terasa hati dari kami sekeluarga.

Doakan semoga Umrah DIY kami dipermudahkan segala olehNya



Sunday, October 8, 2023

Daim sambut Maulidur Rasul di Sekolah

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1iL071GYp5ip8QdD0s57Ch9P63xvCTsIU

Sambutan Maulidur Rasul di sekolah Daim.
Pengalaman pertama dia.
Bukan main banyak cerita lah dia.
Dia punya cerita tak habis2 sampai lepas makan lunch sampai tangan kering tak sempat nak basuh 😂.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1OXKcyNXWP4oaUPRp8b05bYSIRgrr_Qpz

Daim dan guru kelasnya bersama kawan2..
Madam Lily...

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1wT5dl5Vj7rMp70YQnKO41gtmmYUTk3OA

Famous Daim katanya semalam. Cikgu2 panggil Pak Haji Daim. Kawan2 panggil ustaz Daim. Gara2 pakai kopiah tang ada ekor tu. Dah ramai pula cikgu tanya jahit sendiri ke kopiah tu.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1rByzNmHQ8LiCtcZ2w7b6tFuL6Zpn7X43

Daim cakap “ fuhh berpeluh Daim tawaf kat padang semalam”…. bukan tawaf nak, tapi perarakan.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1atP-xRJcoEfm16oIKp0zgjQWJQBog8Uy

Tahniah juga Daim sebab menang tempat pertama Pertandingan Mewarna sempena Maulidur Rasul 👏.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1CNgSuEYyj4mbONnN2cx8E14yxKd0CQWt

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1SCYSwWi4tXA9ByMhIN4NEfKx090xEbKJ


https://drive.google.com/uc?export=view&id=1zdPkoSzTiK5sO9HTZtLAL54mbruTwyoR

Apa2 pun bagus pendedahan dan sambutan begini. Sekurang2nya ini sebagaj salah satu usaha untuk mendidik dan mengingati Rasulullah SAW. Walaupun mungkin ada yang tak faham sirah Nabi masa ceramah, lama2 nanti diaorg tahulah sendiri.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1-Nhqq3mBvQxorzAcwc02cry4nDm3W07K

Bukan main seronok eh...

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1re97dk2SuVGFXzZiZMlx9inNQE1neMqX

Ayahnya selaku AJK PIBG turut dijemput hadir..
Tak kusyuk Cg Khai nak dengar ceramah sebab anak2 murid dok panggil...hihi

Wednesday, October 4, 2023

Cuti2 di Teega Residence, Puteri Harbour


https://drive.google.com/uc?export=view&id=1WgzIj9MHLu25gw25TQPENobp3SeGLy0A

Good Bye September.

Alhamdulillah dapat menyantuni family mertua dari Kelantan ke JB sempena cuti Maulidur Rasul & Hari Keputeraan Sultan Kelantan selama 3D2N.

Kami bertindak selaku ‘host residence/ tourist guide’ telah membawa mereka ke:

Day 1
- check in di Teega Residence, Puteri Harbour
- rehat dulu sebab sampai dah jam 6 petang
- malam dinner di Restoran Sup Tulang ZZ
- jalan2 di Marina Walk Puteri Harbour kebetulan ada event

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1HpWCgqDsD2xBmnb0jiV6e5JVW9FTwSvJ

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1-ouCUV8xUfJYB2aVpGKuX28wqHuV-pld


Day 2
- plan nak breakfast di Yunalis Club Puteri Harbour, tapi sebab semua masih jetlag, beli bungkus je lah.
- free & easy mandi pool sampai lebam. 
- lepas solat jumaat, late lunch di Azmie & Wawa ABC, Kg Melayu Majidee.
- ke IKEA & Toppen Shopping Mall
- Masjid Sultan Abu Bakar
- Bazar karat bandar JB
- Steambot Luton Van, Bandar Baru Uda
- Stadium JDT (tapi dah tutup sebab sampai pun jam 11 lebih)

https://drive.google.com/uc?export=view&id=19wldDKuIyC9uzJhr1qa-EediJEmyFQvh


https://drive.google.com/uc?export=view&id=1e5GPxgRapCRlz5yYP6f_o2-CixX_K_QS

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1-Vfl8FjwYw61Wm7U05WtUybvgHGjJAI0

Day 3
- sebelum check out jam 8 lebih, bergambar dulu kat area residence.
- terus bertolak ke Ayer Hitam sebab masing2 dah simpan perut untuk brunch di Restoran Kari Kambing 40.
- Jalan2 dan shopping di bandar Ayer Hitam.
- bersurai disini dan mereka terus balik KB

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1dChyzgA4PQaPjhQ2W0pCWiR1oIGoHVY2

Walaupun masa singkat, tapi amat bermakna buat kami semua. InsyaAllah next time datang lama sikit, boleh gi tempat2 lain pula. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1CDifvBNopmpAwv7vfXOlH3VxFzzjVr-8


https://drive.google.com/uc?export=view&id=1K97KFdGOkN445WEoqzlunFLO45bJ8uob

Sementara tunggu mak mertua shopping kat IKEA, kami makan2 dan Sweedish Cafe dan sambung ke Restoran IKEA pula...

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1FRjOiKL2DtSN_0bn0Tbm7z8CBbKOvDyf

Cantik view kat Teega Residence ni...

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1g-1dGORRwLBugTwu80mM2lbl5iFGsqK-

Syok budak2 dan dewasa mandi kat pool yang luas ni..
Jacuzzi pool pun ada..
Nak buat BBQ pun boleh..

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1elz5f3CjwMRRH3g8F9JTbZq4T2dTZJss

Kat Bazar Karat..

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1ADzoF793nikYufmiz6zTjuOnqbGCBWm3

Singgah solat di Masjid Sultan Abu Bakar

Thursday, September 21, 2023

Cuti hujung minggu di Jakarta Indonesia, 14-16Sept 2023

Jakarta Indonesia, 14-16 Sept 2023
Kalau kami menang bergaya..
Mak menang shopping..

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1weko0v3uKBrmZAaCrUmOjOEVAjYG9eE_

Fuhh puas hati eh mak trip Jakarta kalini..
Kalau boleh semua kedai dalam Tanah Abang dan Mangga Dua tu mak nak berhenti tengok dan beli.
Dari gamis (abaya), mukena (telekung), sepatu (kasut), beg, gelang, cincin, 
aksesori wanita dan banyak lagi lah..

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1e7Cra4AUKeZEiCp4uUvLf72gIujDITWx

Hampir semua kedai yang mak masuk, mesti orang tanya umur mak berapa.
 Pabila cakap umur 83, ramai yang terkejut sebab mak masih kuat lagi berjalan dan sihat. 
Pastu orang yg tanya tu akan tadah tangan doakan mak supaya panjang umur lagi. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1mLC-_ilDSuAbvaUZi-ab_0wcz-B5Sv9J

Kata mereka, purata umur mereka kat sana 73 tahun. Jarang2 sempat sampai umur 75. Kalau umur 83 tahun tu bonus. Umur pun ada bonus eh 🤲. Ah ah bonus sangat ni, sampai nak beli insurans travel mak pun tak boleh online. Terlebih umur kena beli dengan ejen insurans direct.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1LkgbXgBGWQERvTckBzzVIy99sVJIE8sV

Sebab tu sis tak berani nak bawa mak bercuti long haul flight. Lagi2 kalau musim winter. Risiko. 
Haritu mak pergi Umrah pun touch down je esoknya terus kena warded sebab telinga masih berdenggung dan kurang oksigen. 

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1BwMLk_lDQH1o7cLAmDo-U2ubZ0EaWjDc

Apa2 pun mak terlajak happy trip kalini. Siap ajak nak gi lagi.. phewwwww 😅…
 adalah benda yang nak dibeli lagi tu 😀..

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1yNUNileuVZskupUzYGyddPa5TmeL6Co0

Dalam masjid Istiqlal Jakarta..
Iaitu masjid terbesar di Asia Tenggara.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1vwt0cIjFGu6rjJ_2K6YqAYh221J5Mcgq

Insya-Allah nanti akan repeat lagi Jakarta ni..
Sebab nak gi area Jakarta Selatan pula belah Bogor..
Doakan semoga mak sentiasa sihat dan masih bertenaga berjalan untuk kami bawa mak jalan2 lagi,

Sunday, February 19, 2023

Daim dah habis tadika....



17 FEBUARI 2023

Maka..
Tamatlah sudah episod Daim sekolah tadika..
Alhamdulillah..Dah pandai membaca dengan laju, dah pandai mengira, siap hafal sifir 2 dan 3 lagi (ayahnya paksa ;-) dan dah pandai juga melukis apa yang diimaginasikan olehnya. Ok lah perkembangan seiring dengan usia.


Tahniah Daim dapat TOP 3 untuk class performance..
Siap dapat sijil berhenti belajar di Tadika juga tu..
So ibu ayah dah tak ada anak fasa belajar di Tadika..
Adakah itu bermaksud ibu dan ayah semakin tua?
Tak pe..jiwa kami masih muda selagi anak3 bersekolah..hihi


Pusing2 dari dulu memang 3 orang BFF ni lah yang akan dapat TOP 3.
Kalau tak dia ni dapat no 1, dia tu yang dapat no 1...
Yang pasti TOP 3 memang dalam tangan mereka bertiga..
Tapi nanti dah sekolah rendah dah kena berpisah..
Kecuali sorang tu je lah sama sekolah dengan Daim..
Tu pun tak sekelas dengan Daim..


Last day sekolah..
Selain dari bertukar2 hadiah..
Ada juga jamuan pot luck..
Daim request nak bawa maggi goreng ibu paling sedap di dunia katanya..haha..
Balik2 dari tadika je, terus cakap "habis licin bu maggi, semua cakap sedap"..
Alhamdulillah..


Semalam dah dapat pun hadiah TOP 3 dia..
Daim ni senang..
Apa2 hadiah LEGO je..

Dan sekarang Daim counting days nak sunat dah..
Dia dah bersedia nak sunat..
Nak masuk darjah 1 kan..
Nak bujang dah anak ibu..
How time flies...



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, January 16, 2023

Wow...Pak Arab Muda suap mak makan kat Restoran Star Hadramout..


Tudia....
Berapi-api hah..
Kena tunggu roti tu naik gelembung penuh dulu baru boleh serve..


Ni lah nasi yang ada dalam roti berapi-api tadi..
RM150/set..


Herlokkk Pak Arab pun yang buat show Nasi & Roti berapi tadi..


Me & mak..
Dah seminggu datang JB..
Semalam dah balik Kelate semula..


Roti tu lepas kena potong still boleh dimakan ya..


Besarnya roti ni...Saiz medium pun dah cenggini..
Kalau big size ntah cam mana lah besarnya..
RM5/pcs


Kebab ni recommended
RM25/set


Kunafa Cheese..
Puas hati rasanya...
RM 20 sebekas


Untunglah mak...
Ada Pak Arab muda tolong suapkan lamb shank...

Nama menu yang kami order keluar2 api tu Premium Mixed Family set...sedap..

Boleh tonton video kat atas ya tengok reaksi mak pabila kena suap..hihi..





:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::