Friday, November 3, 2017

Kena suprise dengan staff

Today is my birthday!

Alhamdulillah. Bertambah lagi satu angka harini dan masih dapat menikmati rezeki bersama insan2 tersayang.

Pagi tadi kena suprise. Terkejut ramai2 nyanyikan lagu Happy birthday dan bawa hadiah dari belakang. Bukan main lagi buat sinetron cuak tersalah bancuhan coklat.

Hurmm menjadi sangat suprise uolss!

Dah makin dewasa ni memang touching dapat suprise2 macam ni. Terutama daripada orang yang rapat sekeliling kita.

Terima kasih juga atas ucapan dan doa-doa-doa kalian semua dalam muka buka, IG dan blog ni ya. Semoga yang baik2 itu dimakbulkan doanya dan begitu juga utk kalian. Aaaminn..


Wahh.. Tahun ni birthday dapat makan pulut kuning lah..


Disclaimer: 2-2 tu bukan tangan saya.. Hihi


Terima kasih my staff, Kak Ita yang susah payah baking cheese cake yang sedap tu..


Tunjang belakang CocoDamia


Ok! Boss nak potong kek dah..


Siap ada ubi rebus dan sambal cili pedas.. Fuhh mengancam..


Alhamdulillah.. 
Terima kasih Ya Allah..
Permudahkan lah rezeki ku untuk menambah nilai dan membantu lebih ramai lagi.. Aaaminn..

P/s: Tengah dalam kereta ni, suami dan anak2 bawa gi suprise kat mana pula ni.. Berluggage bagai -:)






:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Post a Comment