Sunday, November 12, 2017

Cara didik anak Behave dan berdisiplin di meja makan



Seaktif mana pun Daim, sepantas mana pun kaki dan tangan dia tarik benda (tapi mulut tetap maintain diam je), memang ada tempat Daim akan behave dan berdisiplin...terutamanya masa kat meja makan. Dia tahu lepas baca je doa makan, dia akan fokus makan. Sebab tu tak ada hal hari-hari saya bawa dia makan kat kedai waktu lunch walaupun berdua je...Tapi lepas dia kenyang, siap sedia lah nak mengekar dia pula..haha..


Salah satu cara saya dan suami didik anak2 supaya behave dimeja makan adalah sentiasa makan bersama dan makanan mesti berhidang. Maksudnya anak-anak saya kurang pandai sikit kalau cedok nasi kat dapur, bubuh lauk siap2 dan mengadap TV makan atau makan sorang2 kat meja. Kalau paksa juga diaorg makan sorang2 (kadang terpaksa sebab rushing), memang sikit je lah diaorg makan. Sebab tu penting bagi saya anak2 masa kecil duduk dalam baby chair. Saya kalau pergi makan kat kedai atau mana2, kalau tak ada baby chair, memang tak jadi terus makan kat situ. Unless memang terpaksa sangat lah..tu pun letak anak2 masa kecil dalam stroller atau susun kerusi banyak2 bagi tinggi sama paras dengan meja..

So bila dah selalu makan berjemaah dan kita pun tunjuk cara yang betul masa makan, insyallah anak2 dari kecil lagi pun akan terikut2 cara kita makan which means ambil makanan dengan tertib, masuk dalam mulut perlahan2 dan tak terbalikkan pinggan pun dah bersyukur..kih kih... comot tu biasalah...jangan expect tangan dan mulut diaorg bersih makan macam kita yang dewasa ni...haha



Semalam...lunch di Rasa Ripablik..
Lepas separuh hari shopping di Angsana Mall, terus pusing2 area BBU cari makan..
Nak makan Western hajatnya...terus sampai ke sini...

Appertizer sebelum tunggu makanan berat sampai...mushroom soup dan french fries..



Feveret Daim lah pasta dan cheese ni..



Chicken chop



Lamb chop



Dan buat pertama kalinya, semalam masa kami tunggu makanan sampai, ada tester nasi pula...hihi..
Tu nasi Khabsah, Mandy dan Beriani...tapi kami order western je sebab sehari sebelum tu dah makan nasi arab...

Total rezeki yang masuk dalam perut kami berlima semalam RM95++..
Review makanan so-so je...sebab ada lagi lamb chop dan chicken grill yang lagi best...tapi nasi2 tu memang sedap!


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Post a Comment